Memaparkan catatan dengan label Nik Omar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nik Omar. Papar semua catatan
Khamis, Ogos 13, 2020
Khamis, Mei 23, 2019
Umat Islam perlu lebih memahami intipati al-Quran berbanding ritual, kata Nik Omar

Umat Islam perlu sedar tentang pentingnya penghayatan terhadap pesanan yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Nabi berbanding melaksanakan ritual keagamaan itu tanpa disertai dengan pemahaman.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nik Omar Nik Aziz berkata, bersempena dengan peristiwa Nuzul Al-quran, umat Islam diingatkan untuk menghayati hikmah yang terkandung pada peristiwa ini dan isi kandungan al-Quran secara keseluruhannya.
Tegasnya, beliau meminta umat Islam supaya tidak terperangkap dengan retorik dan slogan indah yang tidak berpijak di alam nyata dan pada masa yang sama mengalami kekosongan dalam memahami isi kandungan al-Quran dan Sunnah itu sendiri.
“Ada segelintir dari kalangan kita sibuk dengan ritual-ritual keagamaan seperti tidak pernah terlepas sembahyang lima waktu, rajin puasa sunat Isnin dan Khamis, menyokong kehidupan Islamik, akan tetapi pada masa yang sama mereka melanggar dan menyeleweng daripada prinsip dan kandungan al-Quran.
“Contohnya, mereka taksub kepada kumpulan dan pemimpin tertentu, suka mengkafir dan menyesatkan orang Islam lain, tidak menghargai perbezaan pendapat, bertindak zalim, memfitnah, pecah amanah, rasuah dan sikap negatif yang lain.
“Bersempena peristiwa Nuzul al-Quran, Yadim mengharapkan slogan kembali kepada al-Quran dan sunnah dijadikan sebagai hujah untuk mengukuhkan perpaduan seluruh umat Islam tanpa mengira peganganmazhab, aliran keagamaan dan pegangan politik,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Beliau turut berkata, Umat Islam harus berhati-hati supaya tidak menjadi ejen kepada perpecahan umat kerana sesungguhnya al-Quran menyediakan wahana dan tafsiran yang begitu luas yang memungkinkan berlakunya khilafiah.
5 hikmah di sebalik peringatan Nuzul al-Quran
Dalam pada itu, beliau turut menyenaraikan lima hikmah di sebalik peringatan Nuzul al-Quran di mana ia dapat membersihkan akal dan menyucikan jiwa dari segala bentuk syirik serta memantapkan keyakinan tentang keesaan yang sempurna bagi Tuhan sekalian alam.
Selain itu, katanya, peristiwa ini turut mengajar sifat kemanusiaan yang adil dan berakhlak karimah yakni umat manusia merupakan suatu umat yang sepatutnya dapat bekerjasama dalam pengabdian kepada Allah dan pelaksanaan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi.
Selain itu, katanya, peristiwa ini turut mengajar sifat kemanusiaan yang adil dan berakhlak karimah yakni umat manusia merupakan suatu umat yang sepatutnya dapat bekerjasama dalam pengabdian kepada Allah dan pelaksanaan tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi.
“Seterusnya adalah mencipta persatuan dan kesatuan, bukan saja antara suku atau bangsa, tetapi kesatuan alam semesta, kesatuan kehidupan dunia dan akhirat dan kesemuanya yang berada di bawah satu keesaan, iaitu keesaan Allah SWT.
“Hikmahnya juga antara lain untuk mengajak manusia berfikir dan bekerjasama dalam segala aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara dengan cara bermusyawarah dan mengelakkan perpecahan.
“Yang terakhir adalah membanteras kemiskinan tegar sama ada kemiskinan secara keagamaan mahupun secara ekonomi, kebodohan, penyakit, dan penderitaan hidup,” ujarnya.
Isnin, Mac 04, 2019
Selasa, November 13, 2018
Khamis, Oktober 11, 2018
Maahad Darul Anuar: ‘Saya pemegang amanah tidak berhasrat serah mandat kepada sesiapa’

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Nik Omar Nik Abdul Aziz menafikan dakwaan beliau menghantar permohonan untuk menyerahkan pengurusan Maahad Darul Anuar kepada Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Beliau berkata, bapanya Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menyerahkan tanggungjawab pemegang amanah Maahad itu kepadanya selaku anak sulung Tuan Guru, dan sejak itu beliau mengambil tugas yang diamanahkan itu sehingga kini.
“Kesimpulannya, saya sebagai penerima wasiat dan pemegang amanah tidak terlintas untuk menyerahkan mandat kepada sesiapa, dan saya akan terus melangkah untuk memastikan impian saya dan Tuan Guru terlaksana.“Apabila saya diamanahkan wasiat dan mandat tersebut, saya terima dengan rasa tanggungjawab kerana minat saya yang mendalam dalam bidang pendidikan.
“Suka saya menarik perhatian bahawa dengan status ‘wakaf’, tanah dan segala aset yang berkaitan dengannya, tidak lagi menjadi milik mana-mana individu, atau keluarga, atau pertubuhan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata liputan media bahawa YIK berhasrat untuk mengambil alih pengurusan Maahad Darul Anuar pada 2019.
Sedangkan katanya lagi, beliau selaku pemegang amanah dan juga ahli lembaga pengarah tidak pernah pada bila-bila masa menghantar permohonan untuk menyerahkan Maahad Darul Anuar kepada YIK.
“Pihak keluarga tidak sepatutnya membuat apa-apa permohonan mengenai sekolah dan wakaf berkenaan, kerana harta wakaf itu bukan milik keluarga, malah bukan juga milik saya secara peribadi.
“Saya hanyalah pemegang amanah, bukan pemilik. Saya tidak boleh dan tidak pernah berhasrat untuk memiliki atau menguasai harta wakaf berkenaan. Saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah.
“Sehingga kini operasi Maahad Darul Anuar berjalan seperti biasa. Kami sedang menguruskan untuk pengambilan pelajar baharu bagi sesi 2019,” ujarnya lagi.
Beliau menegaskan mana-mana pihak tidak sepatutnya membangkitkan isu menuntut hak, sebaliknya patut bersama berusaha untuk mengembangkan mutu pendidikan dan pembelajaran demi kepentingan semua.
“Semoga dengan kenyataan ini segala kekeliruan dapat dijelaskan, dan marilah kita sama-sama berdoa agar peninggalan wakaf ini dapat memberi manfaat kepada ummah, dan ganjaran pahalanya dilimpahkan kepada mana-mana yang berkenaan,” ujarnya.
Berita maahad itu akan diserahkan kepad YIK tular di media sosial setelah tersebarnya surat yang ditandatangani Pengarak YIK Tengku Ab Rahman Tuan Yunus.
Berdasarkan surat tersebut, YIK memaklumkan menerima permohonan daripada Keluarga Besar Nikmatillah yang mendakwa selaku pemegang amanah yang menguruskan tanah dan bangunan di Maahad Darul Anuar untuk menyerahkan pengurusan sekolah kepada pihaknya.
mdlKhamis, Ogos 09, 2018
Beri peluang PH laksana agenda Islam
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
SHAH ALAM - Masyarakat Islam di negara ini perlu memberi peluang kepada kerajaan PH untuk melaksanakan agenda Islam, kata Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Menurut anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat itu, beliau yakin kerajaan PH sememangnya komited memelihara Islam di samping memberi kebebasan kepada agama lain untuk diamalkan.
“Itu sebenarnya pendekatan yang baik agar umat Islam di Malaysia khususnya mendapat kefahaman jelas tentang Islam sebagai sistem kehidupan kita. Dalam masa sama, orang bukan Islam berasa selesa berada dalam pemerintahan negara yang meletakkan Islam sebagai landasan,” katanya kepada Sinar Harian.“Kalau kita tengok ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perjumpaan dengan ulama dan cendekiawan Islam baru-baru ini, beliau berulang kali sebut mahukan kerajaan Malaysia ini bersandarkan al-Quran dan hadis sahih. Beliau bukan sekadar minta pandangan dan idea ulama, tetapi juga sumbangan tenaga untuk pastikan Malaysia berada di landasan tepat.
Mengulas mengenai kenyataan ‘menjaga agama lain’ atau hifzuddin oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mengundang kontroversi, Nik Omar berkata, kenyataan itu perlu dilihat dalam konteks sebenar.
“Beliau berucap selama satu jam tetapi hanya seminit daripada ucapannya mengundang pertikaian. Masyarakat perlu ambil sumber sahih setiap kenyataan dibuat menteri agar kita dapat hadam sebaiknya.
“Kalau kita tidak setuju, kita boleh nyatakan pandangan tapi tak boleh hukum ucapan itu. Kita kena yakin tidaklah seorang menteri agama itu bertujuan melalui ucapannya untuk menolak agama atau memberi tafsiran yang menggambarkan pandangan bertentangan dengan agama,” katanya.
Menurut beliau, kekeliruan yang timbul tidak perlu dipanjangkan sebaliknya boleh diselesaikan secara dialog dan perbincangan.
“Ada yang kata Hifzuddin khusus kepada Islam, tetapi ada juga ulama dan cendekiawan Islam berpandangan kita turut jaga agama-agama lain. Namun, jaga bukan bererti kita beri sokongan untuk agama lain disebarkan.
“Tetapi dalam kerangka Perlembagaan kita beri ruang kepada penganut agama lain untuk laksanakan ibadah cara mereka. Itu yang dimaksudkan menteri agama kita,” katanya.
sh
Isnin, Julai 09, 2018
Kerajaan buat pilihan tepat lantik Mujahid Menteri Agama

Nik Omar menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Semua pihak diminta menghormati suara rakyat yang memilih Pakatan Harapan (PH) menerajui negara dengan hasrat melakukan yang terbaik.
Penasihat panel syariah AMANAH Kelantan Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, tidak perlu pihak tertentu membuat desakan-desakan yang tidak munasabah terhadap kerajaan baru yang sedang menyusun langkah-langkah membina semula negara.
“Barisan Nasional (BN) telah diberi peluang 61 tahun mentadbir, akhirnya rakyat menilainya sebagai gagal.
Dalam Pilihan Raya Umum 14 (PRU14) baru-baru ini, rakyat memberi keyakinan kepada PH untuk membawa perubahan ke arah lebih baik,” katanya ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Wisma Tok Guru Salor semalam.
Menurutnya, pembentukan kerajaan baru jelas berbeza dengan cara pentadbiran kerajaan BN yang telah membawa negara terjebak dalam pelbagai masalah.
“Kerajaan pimpinan Tun Mahathir kini jelas merombak asas-asas kerosakan negara dan meletakkannya di landasan yang betul.
“Rakyat kini bebas menegur kerajaan tanpa rasa takut dan pihak kerajaan pula kelihatan sedia berubah keputusan-keputusan semata-mata memenuhi kehendak orang ramai.
“Ini bukan perkara mudah dan sesuatu yang tidak mungkin berlaku di zaman pemerintahan BN,” katanya.
Menurutnya dalam konteks pembangunan Islam, penambahbaikan akan terus dibuat berdasarkan keperluan dan kesesuaian.
“Ada pihak yang mahu kita mencontohi negara seperti Arab Saudi, Mesir atau negara-negara Timur Tengah yang lain.
” Malangnya, jika kita perhati amalan-amalan Islam yang ada di negara-negara itu, ia jelas berbeza dengan apa yang ada dalam Al Quran dan As Sunnah,” katanya.
Syukur katanya, pihak kerajaan membuat pilih tepat apabila melantik Datuk Dr. Mujahid Yusuf sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan mengendalikan hal ehwal Islam di negara ini.
“Bila kita meletakkan orang yang betul di atas insya Allah segalanya akan menjadi elok hingga ke bawah.
“Kita akan meneruskan segala yang baik yang telah jadi amalan selama ini dan akan menambahbaik apa yang masih kurang betul,” katanya.
Beliau yakin kerajaan baru yang kini bukan lagi dimonopoli oleh mana-mana parti akan mampu membuat perubahan berdasarkan kebenaran dan aspirasi rakyat.
mdlRabu, Jun 27, 2018
Ustaz Nik Omar menyangkal dakwaan pemerintahan Pakatan Harapan membuka ruang ke arah sekular
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
SHAH ALAM - Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Omar menyangkal dakwaan pemerintahan Pakatan Harapan membuka ruang ke arah corak pentadbiran sekular.
Jelasnya, tafsiran mendakwa Malaysia ke arah negara sekular satu kenyataan yang tidak tepat.
"Ketika ini masih tidak ada dasar atau polisi baru mengambarkan negara kita ke arah sekular. Apa yang kita nampak, saya secara peribadi sebutkan, kalau kita tak boleh terima bahawasanya kerajaan sekarang kerajaan sempurna, mungkin paling kurang kita boleh banding kerajaan sekarang dengan BN dulu."Macam mana boleh katakan Malaysia ke arah negara sekular sedangkan pembentukan Kabinet tidak sempurna lagi dan setakat yang telah ada menteri majoritinya Islam.
"Kalau boleh sepakat dua-dua ada mudarat mungkin kita pilih mana yang lebih ringan, dari sudut mudaratnya, macam itulah kita tengok sekarang Pakatan Harapan lebih jauh baik dari sudut ringan mudaratnya, seterusnya mungkin tengok dari sudut masa, dulu, kerajaan BN 61 tahun rakyat boleh bersabar ini baru 50 hari, jadi takkanlah dalam tempoh kabinet pun tak sempurna lagi kita nak sebut lebih sekuler jadi pandangan itu tak tepatlah," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dipetik berkata, dasar negara yang melindungi Islam dan hak keistimewaan Melayu dipertikai secara terbuka menunjukkan permulaan sekularisme di negara ini.
Kata Ahamad Shabery, perkara itu dahulunya dianggap tidak mungkin akan berlaku.
Menurutnya, kekuatan kerajaan bukan lagi berada di atas tangan Melayu dan Islam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia ke arah negara sekular: Ahmad Shabery]
Dalam pada itu menyentuh mengenai desas-desus bahawa beliau bakal dilantik menjadi menteri, Nik Omar berkata 'saya serahkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad'.
"Mungkin rasanya tak perlu bincang, serah kepada Tunlah tak perlu bincang," katanya.
sh
Isnin, Mei 28, 2018
Nik Omar: Dengar kehendak, keluhan cara kerajaan PH hormati rakyat

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 bukanlah untuk dibanggakan.
Menurut Ustaz Nik Omar, PH yang diberi mandat mentadbir kerajaan Pusat perlu mendengar suara rakyat yang memilih gabungan empat parti itu.
“Kerajaan tidak perlu meminta penghormatan daripada rakyat. Kerajaan yang perlu menghormati rakyat.
“Rakyatlah menyebabkan PH berada di kedudukan sekarang ini.
“Cara kerajaan Malaysia menghormati rakyat adalah mendengar kehendak dan keluhan rakyat,” katanya dalam bual bicara di saluran Astro Awani semalam.
Bekas calon AMANAH-PH bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Chempaka itu berkata, kerajaan pusat di bawah kepimpinan Tun Mahathir Mohamad mempunyai tanggungjawab besar untuk mengembalikan semula sistem pentadbiran di landasan yang betul.
“Kita harap Malaysia di bawah kepimpinan baru dapat memberi keutamaan kepada rakyat.
“Saya rasa manifesto yang kita fokuskan 100 hari setakat ini, Alhamdulillah berjalan dengan baik.
“Mungkin ada program dan keputusan-keputusan baru yang asasnya memenuhi kehendak rakyat. InsyaAllah,” ujarnya ketika ditemubual perantara Nazri Kahar.
Ditanya tentang kemungkinan wujudnya rasa terkilan ekoran kalah di Dun Chempaka, Ustaz Nik Omar berlapang dada menerima keputusan rakyat.
“Alhamdulillah. Kita akur dengan pilihan rakyat,” katanya.
Beliau turut bersikap terbuka dengan keupayaan Pas mempertahankan kemenangan di Kelantan serta menawan Terengganu.
Bahkan, beliau berpendapat PH dan Pas masing-masing mempunyai tanggungjawab terhadap kemenangan yang dicapai.
“Secara mudah kita kena raikan demokrasi itu. Rakyat bebas memilih. Ia juga ketentuan Allah Taala yang memang cantik.
“Di peringkat negeri, Gagasan Sejahtera yang diketuai Pas menang. Di peringkat Pusat, rakyat memberi kemenangan kepada PH.
“Jadi, itu satu pembahagian yang adil. Masing-masing sekarang ini perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
“Terutamanya melaksanakan manifesto bagi parti dan negeri masing-masing.
“Jadi, itu satu perkembangan yang sihat,” jelas Ustaz Nik Omar lagi.
mdlSabtu, Mei 05, 2018
Khayalan DAP akan musnahkan Islam akibat termakan dedak Umno, kata Nik Omar

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Percubaan menggambarkan DAP sebagai anti Islam dan merancang memusnahkan agama itu di negara ini hanya datang dari pemikiran yang begitu lama diasak Umno kepada pengikutnya.
“Mereka yang takut kononnya DAP memusuhi Islam dan akan hancur Islam kalau berpakat dengan DAP adalah akibat termakan dedak Umno,” kata calon Pakatan Harapan Dun Chempaka, Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.
DAP katanya, mempunyai sikap yang jelas dan konsisten menentang Umno-Barisal Nasional (BN).
“Masa Tok Guru ada dia ajak DAP berhujah.
“Kalau tak puas hati apa tak kena dengan Islam sila datang ke Kelantan, kita mahu dengar hujah.
“Bukan terus kata kamu kafir, kami tak akan dengar hujah kamu,” katanya ketika berceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) kampung Laut pagi tadi.
Menurutnya golongan non-muslim dalam DAP sama seperti rakan bukan Islam lain tentu menjalani kehidupan berbeza dengan masyarakat Islam di negara ini.

Wan Ahmad menunjukkan gambar lama bersama Tok Guru kepada Nik Omar.
“Tidak perlu menuduh mereka yang bukan-bukan kerana mereka juga mahukan kehidupan harmoni seperti manusia lain.
“Semalam pemimpin DAP, Hanna Yeoh yang berucap sepentas dengan saya dan Tun Mahathir di Putrajaya dengan berkata beliau tidak anti Islam.
“Dia jelas menerima persetujuan PH yang berikrar untuk tidak mengganggu Islam, hak Melayu, sistem beraja dan segala yang telah termaktub dalam perlembagaan.
“Semua ini telah dibincang dan dipersetujui dalam Majlis Presiden PH.
“Sebab itu saya katakan yang tidak setuju dengan perkara ini hanyalah Umno dan yang termakan dedak Umno,” katanya.
Mengenai sebab mengapa beliau memilih PH beliau berkata, itulah intisari panduan ayahandanya, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
“Ayahanda saya dulu selalu berpesan dan acap kali ulang dalam ceramah dia bahawa bergegar tiang masjid berceramah pun kalau tak ada kuasa tak boleh buat apa.
“Saya berpegang pada kaedah ini, kita perlukan kuasa memerintah.
“Maka realitinya di Malaysia sekarang, kalau nak kuasa kalau nak memerintah kita perlukan gabungan kuasa gabungan yang kukuh dengan parti-parti pembangkang yang lain.
“Pas dasarnya Islam PH juga tak akan tinggalkan Islam tetapi kaedahnya sekarang nampak berlainan.
“Kaedah Pas sekarang berseorangan.
“PH pula kukuh dengan gabungan parti pembangkang yang lain.
“Maka ambo setuju dengan kaedah PH,” katanya.
Turut menyampaikan ucapan di majlis itu adalah calon Keadilan Parlimen Tumpat, Datuk Nordin Salleh dan calon Keadilan Dun Pasir Pekan, Wan Johari Wan Omar.
mdlJumaat, Mei 04, 2018
Pesona Nik Omar telah ingatkan bukan Melayu kepada Nik Aziz

Nama Ustaz Nik Omar sedang meningkat naik dalam arena politik Malaysia apabila beliau membawa mesej perpaduan dan kasih sayang.
Kemunculan Nik Omar Nik Aziz ke pentas-pentas ceramah di Lembah Klang telah mendapat sambutan hebat orang bukan Melayu sebagaimana mereka menghormati Tok Guru Nik Aziz sebelum ini.
Selepas beliau berceramah di Shah Alam petang semalam dan di Putrajaya malam tadi, media sosial dilimpahi dengan komen-komen mereka terhadap Nik Omar.
Hal itu dapat dilihat pada paparan komentar ketika program itu disiar secara langsung dengan meraih setinggi 62,000 tontonan menerusi Facebook rasmi atas akaun Dr. Mahathir bin Mohamad.Anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Nik Aziz Nik Mat itu dilihat mewarisi karisma kepimpinan ayahnya yang lembut berbahasa dan bersikap terbuka meraikan orang bukan Islam.
Ibarat mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, pesona Nik Omar yang meneruskan perjuangan ayahandanya dalam AMANAH mengundang kekaguman segenap lapisan masyarakat ketika berbaki lagi enam hari untuk 14.9 juta rakyat Malaysia membuang undi.
Mengikuti cara dan pengisian ucapan Nik Omar, ramai yang memberitahu mengingatkan mereka akan Almarhum Nik Aziz sebagai pemimpin yang disayangi dan dihormati banyak pihak.
MESEJ KASIH SAYANG

“May God bless all of us in Malaysia from now n forever. Peace for all. Thank for the inspiring speech Nik Omar,” tulis Fung Fong.
(Semoga Tuhan merahmati kita di Malaysia dari sekarang hingga selama-lamanya. Keamanan untuk semua. Terima kasih atas ucapan yang penuh memberangsangkan Nik Omar)
Christopher Lee pula menulis, “Islam is beautiful through Nik Omar.”
(Islam itu indah melalui Nik Omar).
Chris Cheng Lai Peng pula menulis, “What a speech Nik Omar…You are so like your father TGNA!!! May Allah blessed you!! If your dad was alive he would have been do proud!!! Hidup PH.”
(Ucapan apa ini Nik Omar. Awak saling tak tumpah TGNA!!! Semoga Allah merahmati anda!!! Jika ayah mu masih hidup, dia tentu berbangga dengan mu!!).
Pengguna Facebook, Wilson Wong mengucapkan selamat maju jaya kepada Ustaz Nik Omar dan menganggap calon PH yang bertanding di kerusi Dun Chempaka itu antara individu yang dihormatinya.
Sementara itu, Ganesh Raj menulis, “Kami bangga dengan anda. Saya melihat TGNA (Tuan Guru Nik Aziz) dalam diri anda” manakala Erica Phoon berkata, “Nik Omar, anda akan buat ayahmu berbangga.”
Pendapat sama diluahkan Victoria Loh yang menyifatkan Almarhum Nik Aziz sentiasa berada bersama Nik Omar.
“Kami bangga dengan kamu. Semangat Nik Aziz terus hidup selama-lamanya,” kata Loh lagi.
Netizen juga berpendapat Nik Omar seorang pemimpin yang bersifat rendah diri apabila membahasakan diri sebagai ‘ambo’ (hamba iaitu saya) serta menggunakan gelaran ayahanda dan bonda kepada Tun Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah.

Pecah rekod penonton siaran langsung malam tadi Putrajaya. Semasa Nik Omar berucap sudah pecah rekod lepas, semasa Tun Dr Mahathir lagi meningkat.
Antaranya, Saravaswaran Gunalan berkata, “Beliau sama seperti ayahnya Nik Aziz. Orang yang merendah diri” juga diakui sama Chan Sp yang berpendapat, “Good father good son.”
Kesemua tulisan ini muncul selepas ucapan Nik Omar di Shah Alam dan Putrajaya malam tadi.
Ketika berucap di Seksyen 8 Shah Alam, Nik Omar mencerita antara memori beliau dengan Allmarhum Nik Aziz.
Antaranya Nik Aziz memberitahu suatu pagi dia demam tetapi mahu berjumpa juga dengan Karpal Singh bagi meraikan harijadinya.
“Pagi ayah beritahu dia demam tetapi nak jumpa juga Karpal Singh untuk raikan harijadinya. Petang saya dapat tahu ayah sudah berada bersama Karpal di Pulau Pinang,” cerita Nik Omar.
Menurut Nik Omar, pilihan raya kali ini bukan soal pilih agama tetapi memilih pasukan mana untuk mentadbir negara.
“Kita bersama-sama berlumba membuat kebajikan – fastabikul khairat.
“Bagi ambo, kita kena pilih pasukan terbaik untuk tadbir negara iaitu Pakatan Harapan,” katanya disambut tepukan gemuruh para hadirin.
KOMENTAR BUKAN MELAYU
Berikut antara petikan komentar lain yang turut memuji pesona kepimpinan Nik Omar ketika menonton secara langsung ucapan anak bekas Mursyidul Am Pas itu di Putrajaya:
Jchanet Tan – God bless you… this May 9th will be the day.
Kogee Sinniah – We must unite, unite, unite… respect each other, work hard together, love each other.
Brian Low – We have found our future Minister of Religion.
Sai Murugan N – My respect to him grows more and more!!
Ken Ken – ISLAM IS GREAT… NIK OMAR CAN BECOME A GREAT LEADER…
Michelle Cheong – Well said Mr Nik. We respect all religion in Malaysia. BN always used religion to create hatred between the races.
Ken Ken – I FEEL HAPPY LISTENING TO THIS MAN TALKING… A GREAT INSPIRATION…
Fung Fong – Best said Nik Omar! Thanks for your encouraging words!
Meggie Teoh – You have all our support Nik Omar.
Valentina E. Pinji-Rajatin – Respect Nik Omar. A true leader!
Sum Km – His DAD must be so proud of him today…for doing the right thing.
Michelle Cheong – Nik Omar, your father will be so proud of you.
mdl
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Senarai Blog...Geng
-
-
Guru tuisyen ditahan lakukan amang seksual terhadap lima pelajar lelaki - Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul@hmetro.com.myKuala Lumpur: Guru tuisyen ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki melakukan amang seksual dan persetu...7 jam yang lalu
-
Rumah Disewa Jadi Lombong Bitcoin, Wanita Orang Kurang Upaya (OKU) Buntu Terima LOD Tenaga Nasional Berhad Tuntut RM91,567 - *KUANTAN:* Seorang wanita buntu apabila menerima Notis Tuntutan (LOD) berjumlah RM91,567 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) susulan kegiatan mencuri ...15 jam yang lalu
-
Pilihan raya Melaka indikator Piraum ke-16 - *SUSUPAN PETANG* 1. Pilihan Raya Negeri (Pirane) Melaka akan berlangsung pada *14 November *ini, manakala hari penamaan calon pada 31 Oktober. Sehingga ki...Sehari yang lalu
-
PENCERAHAN TONE WOW PARLIMEN MALAYSIA 2.0 - @amrinor88 Had to share this with you Hit follow, join the fun #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound - DaPor SuRi3 bulan yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR - Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat malapetaka ...7 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...5 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com8 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PMX
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus



