Showing posts with label Famista. Show all posts
Showing posts with label Famista. Show all posts

Bilik tidur pengantin

Nak update pasal kahwin tapi rasa macam dah basi jer. Al maklumlah dah hampir 4 bulan kahwin. Tapi, tu lah, once dah kahwin ni kesempatan nak update blog berkurangan. Kalau dulu hujung minggu boleh layan blog sampai lebam!

Just nak share hiasan kamar beradu masa kahwin dulu. Takdalah gempak sangat pun. Idea dari family dan juga jiran tetangga. Awal-awal tu agak sukar juga nak tatarias bilik pengantin ni sebab keluasan bilik boleh tahan luas. Lebih kurang 20x20 kaki. Nak tambah perabot poket saya dah tinggal habuk! Jadi guna saja apa yang ada. Ada juga jiran yang bermurah hati pinjamkan set lampu dan pasu bunga.

Jom layan gambar!




Kalau perasan, ada bunga tangan warna merah atas katil tu. Itu sebenarnya dari kak Nadia (Dina Halim). Baik kan mereka? Siap tanya saya lagi nak guna bunga tangan tak? At first, kakak nak buatkan guna fresh flower. Tapi, risau juga if something happen. So, for safety saya terima saja bunga tangan ni dari kak Nadia. Orang bermurah hati pinjamkan saya lagilah berbesar hati menerima walaupun pinjam aje. Pihak Dina Halim memang tak berkira langsung. Suka sangat deal dengan mereka and highly recommend untuk bakal-bakal pengantin di luar sana terutamanya pengantin muslimah!



Set bilik tidur ni seperti katil, meja solek, almari dan meja tepi adalah dari perabot FAMISTA. Sebenarnya menyesal beli perabot FAMISTA ni. Low quality dari segi workmanship dia. Dulu memang beria aku nak beli. Kononnya murah dan ada kualiti. Sekali hampeh! Agak mendukacitakan sungguh.... Macam katil tu, hujung kepala dia dah banyak kali tercabut. Drill lah pakai skru paku dan bagai tapi semua tak menjadi! Walhal bukan beraksi ganas pun. Ooopppsss...@gatai

Seingat aku malam pertama tu siap pesan lagi kat hubby, janan tidur ganas-ganas. Katil ni tak cukup kuat. Malu weh kalau malam pertama dah reban katil.. Wakakaka...macam parents aku dulu-dulu...hikssss....@diam

Walaupun perabot yang aku beli tu half wood half bukan wood tapi still rasa macam kena tipu pasai wood dia tak cukup kualiti. Yelah belakang katil tu dah berlubang dah sana sini. Tapi, tak lekat juga. Beli kat kedai perabot biasa lagi puas hati you all. Dahla kedai FAMISTA ni jauh kat Klang. Rasa tak worth it je. Mungkin aku jer bernasib malang terkena begini kot. Mungkin orang lain tak ada masalah. Tapi, pengalaman pertama ni membuatkan aku black list terus jenama FAMISTA ni. Sorry! Walaupun u pandai layan pelanggan tapi janji manis yang you tabur tu setakat di mulut you sajalah! Woooppsss dah jauh kelencongnya!

Back to hiasan bilik pengantin ni, meja solek tu idea dari my younger sister. Suka sangat dia gantung manik-manik berjurai dekat cermin tu. So unik! Simple aje...Janji malam pertama boleh tidur dengan selesa! Rasanya semua bakal pengantin boleh hias sendiri. kamar beradu Tak perlu lah nak ambil perkhidmatan tertentu kerana at the end semua barang-barang yang you sewa kena pulangkan. Tapi, if you decorate sendiri barang-barang hiasan tu still boleh guna lagi. And paling penting tak lah berserabut. dan puas hati Saya rasa idea yang pasang kelambu kat katil pelamin tu macam dah lapuk...hehehe.... Tu my own opinion lah... jangan ada yang terasa lak! Sebab saya suka tengok yang lapang, tak terlalu sarat dan serabut!


Total damage:
Bedroom set (Famista): Rm 2,200 (kalau tak silap!)
Cadar (Jakel): Rm 350
Langsir (Nilai 3): Harga tak ingat pasai tempah untuk satu rumah...heee
Lain-lain hiasan: pinjam dari rumah sendiri & jiran


psst: Ada yang berminat nak sewa bunga orkid tu?

Kad kahwinku = unik, murah, bajet


Salam all,

Maaf ya, lama tak kemas kini blog. (Cehh bajet macam ramai la sangat yang baca blog saya ni!) Minggu sudah saya sibuk dengan persediaan IELTS. Alhamdulillah semuanya lancar dan minggu ni keputusannya bakal keluar. Waduhh...berdebar-debar rasa hati ini. Orang sekeliling terutamanya my colleague dah sibuk bertanya. Rasa macam ambil SPM pula jadinya. Haihh.... Untuk bloggers yang turut mendoakan, thanx ya! I memang harap sangat akan lulus dengan jayanya...

Actually, saya nak update tentang perabot FAMISTA yang dah sampai last week. Tapi, my sis tak email lagi those pictures so, I tangguhkan dulu entry pasal tu. Banyak benda yang I nak story sebab ada beberapa perkara yang buat saya tidak puas hati. Dan saya tidak berapa suka lagi nak recommend perabot FAMISTA atas beberapa perkara yang saya akan ceritakan kemudian okay?

Orite, tujuan utama update ini dibuat adalah khusus buat girlFriday. Beliau telah bertanya pada saya tentang printing kad kahwin. Dan sebenarnya saya sendiri ada berjanji nak share dengan kalian. So, entry ini adalah untuk semua yang bertanya tentang printing kad kahwin (rujuk sini).

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah design kad sendiri dan bercadang untuk cetak saja kad tersebut dengan bajet terendah. Sebelum itu ingin saya tegaskan di sini, saya mengambil keputusan untuk mereka sendiri kad kahwin kerana
1. nak jimat kos
2. kad kahwin yang dijual 30sen ke bawah biasa tak cantik design dia. Macam hampeh. Walaupun saya nak jimat tapi saya pun ada selera tinggi juga.
3. Memang dari dulu lagi saya nak buat sendiri. Supaya ada sentimental value di situ.

Saya telah survey dari banyak syarikat percetakkan. Rata-rata memberi harga quotation yang agak tinggi sehinga mencecah RM 1 sekeping walaupun saya bercadang nak cetak 2000pcs. Mahal ok? Baik saya tempah aje kad 60sen kat pasaran. Design pun dah ok dan jauh lagi murah kan? Tapi sebab saya dah berkeras hati berhajat nak design dan cetak dengan harga yang rendah sekitar 50sen ke bawah maka saya teruskan pencarian juga.

Finally, saya dapat satu vendor ini yang bukan sahaja bukan sahaja harga quotation serendah 50sen ke bawah malah dapat sampul percuma dan juga 2 banting! Malah harga yang ditawarkan buat mata saya terbeliak seketika.... 29 sen sekeping ok! Murahkan? Sangat murah! Ini baru namanya kad bajet!

Tapi, Encik tunang dan mak saya tak setuju pula....adesss... Bukan apa ya kawan-kawan. Kad ni jenis sekeping aje. Front page, jemputan dan belakangnya peta. Mak saya cakap kad bogel togel. Tunang pun tak setuju. Dia kata kad yang saya design kan ada cover which is jenis 2 fold. Yang 29sen saya sebut tu tak ada fold/ lipatan ok. Memang sekeping tu aje.

Sebenarnya tak ada masalah pun sebab pihak mereka salah faham pada awalnya. Mereka ingat saya nak buat jenis yang macam tu walaupun sah-sah design saya jenis lipat 2. Akhirnya mereka beri harga quotation baru iaitu 35sen sekeping. Harga ajelah bertambah sedikit tapi masih lagi bawah bajet saya.

Saya memang sangat puas hati dengan perkhidmatan mereka sebab melayan kerenah saya. Saya rasa ada la dalam 4 ke 5 kali mereka terpaksa edit mengikut citarasa saya. Sangat berterima kasih kepada kesabaran mereka. Dan untuk B2B lain yan bercadang nak design kad sendiri saya sangat recommend kan pihak ini untuk mencetak kad anda.

Mahu tahu siapa? Email saya! Hahaha.....Takdalah, saya tak kejam ok?

Okay, vendor yang saya maksudkan ini adalah pihak Seri Kreatif. Anda boleh lawati laman web mereka dan lihat sendiri. Not bad okay mereka ni. Mereka bercawangan di Melaka tetapi mendapat tempahan dari pelbagai negeri dan rata-rata sangat puas hati dengan khidmat mereka. So, inilah kad bajet yang saya design dan bakal dicetak oleh pihak Seri Kreatif. Ini my own design tapi setelah diedit oleh mereka ada sedikit perubahan tapi masih corak yang sama. Nak tengok final touch kena tunggu bulan puasa nanti la ye!
Cover depan kad.


Bahagian dalam kad.

Design kad saya tak cantik and pro pun sebab saya bukan nya designer ke or art person tapi sangat bermakna buat saya ok :)


Sebelum saya berhenti saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang silent reader saya kerana beliaulah yang telah me'recommend'kan kepada saya. Tanpa AnoiHalim tak mungkin saya bertemu dengan vendor ini dan tak mungkin dapat saya kongsikan dengan pembaca lain. Thanks AnoiHalim walaupun saya tak kenal dan tak tahu nama blog beliau tapi sangatlah berterima kasih di atas budi beliau!

Rasanya persoalan girlFriday dan yang lain-lain sudah terjawab kot? Anything just email me ok? I'll be happy to share with you all.

**Bahh...mau tidur sudah so tired dengan pendaftaran pelajar baru. My first lecture note pun tak siap lagi...damn!**

90 hari lagi...

Ding dong! It's exactly 90 days more to go before the wedding day!


Ada rasa cuak dalam diri. Masih banyak lagi hal-hal besar yang tidak langsai. Malas nak sebut kerana bikin cuak saja. Tambah pula minggu ini sangat padat dengan bengkel dan exam. Exam besar yang buat saya gerun. Kalau saya tak lulus alamatnya kena mengulang lah lagi. Mengulang saja tak pa tapi nak ambil exam ni kena bayar RM570 tuh! Itu tak termasuk lagi kos perjalanan dan penginapan. Mujur juga tempat exam kat rumah. Kawan-kawan saya terpaksa belanja hampir 1k semata-mata nak ambil exam ni. Ada yang ambil 3 kali pun tak lulus juga. Seram ok. Tuh la dari dulu mak suruh belajar english betul-betul tak nak. Haha... Anyway, kawan-kawan tolong lah doakan saya lulus dengan jayanya. Saya tak mau mengulang banyak kali. Ya Allah bantulah hambaMu ini... Ameen...

Oh ya tadi tauke Famista telefon! Yep! esok set perabot bilik saya sampai. Yahuuuu...... Hujung minggu ni saya balik rumah merasa lah nak tidur atas katil baru. Sebelum ni saya tidur kat lantai aje tau! Nanti saya post gambar ok? Errr... perlu ker? Macam nak menunjuk pula, tak baik kan?

Seperkara lagi yang buat saya ceria ialah, Kak Nadia dari Dina Halim sms saya tanya tentang idea pelamin yang saya impikan. Wah wah wah....bagus betul sebab pihak Dina Halim bagi saya peluang untuk menyatakan pelamin idaman saya. Memang selang 2 hari terus saya email gambar pelamin idaman. Hehe... Alhamdulillah, Kak Nadia akan cuba buat mengikut bajet yang telah ditetapkan. Mini pelamin ini ditaja khas oleh pihak Dina Halim melalui pertandingan yang dianjurkan awal tahun ini. Saya sangat gembira dan bersyukur. Merasa juga daku duduk di singgahsana! *Walaupun sebenarnya saya masuk contest ni sebab aim untuk dapat second or third place sebab dapat sponsor baju tapi lain lak jadinya...hahaha.... Saya suka baju kahwin Dina Halim sangat cun dan menepati citarasa muslimah terkini!*

Oklah, patutnya ringkas aje update ni, terpanjang pula jadinya. Tunggu next update dari saya ok?

Bedroom set from Famista

Last week, saya balik kampung (means KL lah). Memang lah penat. Sebab Jumaat pagi sampai dan esok malamnya dah balik semula ke sini dan straight away bekerja. Nak pula hari Ahad tu ada macam-macam program kat sini dari pagi sampai lah ke 7 petang. Tapi, I have no choice. Mesti juga kena balik since banyak lagi preparation nikah yang belum siap!

BTW, rumah yang dulu 'under renovation' kini telah siap sepenuhnya. We already moved in tapi MasyaAllah macam tongkang pecah la. Still bersepah dengan barang and mostly kotak-kotak. Even my room pun tak ada furniture lagi so it's hard for me to unpack my things. Memang seriously serabut gila. Kesian juga kat mak sebab dia lah yang harus membersihkan dan menyusun atur rumah sorang-sorang. Setakat balik sehari tu banyak mana lah sangat dapat saya buat. Itu pun, sesampai pagi Jumaat tu dah keluar untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan IELTS.

Whatever it is, on the last day tu berkesempatan untuk ke Famista!@rayaand damn, I love it!!! Layanan mereka sangat superb plus there lots of choices dari yang murah sampailah yang mahal-mahal but still murah compare dengan kedai perabot lain. Kenapa? Sebab sewa di Klang sangat murah. Kalau depa buka cawangan kat KL memang tak kan dapat harga semurah ni pun.

Masa mula-mula tu I decided untuk choose bedroom set yang below RM2000. Memang banyak pilihan ok. Cun melecun. Cuma problemnya kayu yang digunakan tu mudah kembang bila terkena air. So untuk jangka masa lama, tak tahan sangat lah. Pendek kata tak long lasting. Mugkin maksimum dalam 3 tahun gitu dengan syarat jaga elok-elok. So, daku pilih yang half wood. Takda lah mengembang bila kena air. Tahan lasak dan nampak kukuh. Harga? Rm2,200 sahaja. Itu pun saya banyak songeh. Ambil set katil lain. Almari dari set lain. Dressing table dari set lain. Siap nak tukar corak/design tombol laci lah. Mula nak gloss wood kemudian tak nak, kemudian nak balik. Memang tauke dia sabar saja. Siap gelak-gelak lagi.

Bila tauke tanya bila mau? Saya kata kalau dapat esok pun bagus. Tercengang jap tauke. Bukan apa...nak tunggu transportation tu yang panjang listnya. Kira bulan 6 ni kan ramai yang nak kawin so, busy sedikit lah. Apa pun akhir bulan 6 ni set perabot bilik akan sampai.. Yehaaa...suka! suka! suka!

So, for those yang masih mencari bedroom set saya sangat recommend kan Famista ni ya! Harga sangat berbaloi. Kalau sekitar KL, transport free sahaja. Siap you boleh pilih design apa yang you suka. Either you boleh dapat FOC atau sedikit caj sahaja untuk tukar design. So, sekarang boleh tersenyum sedikit lega. Kalau nak set pengantin pun ada ya. Siap dengan cadar, kelambu, langsir dan yang sewaktu dengannya. Tapi, saya nak hias sendiri so ambil bedroom set sahaja lah without any package!

Unik kan?

P/s: This week Family Encik Tunang datang nak ajak cari cincin kahwin...yeay!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
abcs