para pengikut

Showing posts with label Jalan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Aku pun ingin bahagia

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Enchik pun nak rasa bahagia. Rasa bahagia untuk konvokosyen enchik nanti .

Oleh itu . enchik nak juga beli sehelai baju formal kemeja dan sehelai seluar slack. Cadangnya boleh la pakai untuk kerja nanti. Dah lama teringin. Adala duit lebih sedikit, simpan-simpan. Boleh tak ??


Mencuba. Tapi tak beli pun

Dalam banyak-banyak timbunan baju polos cotton beharga RM 6.50, terjumpa seekor anak lipas!
-Hanya di Carrefour Alamanda!-
: )


p/s : Hanya mempunyai 3 helai baju kemeja semasa belajar. Kemeja itulah yang dibawa kemana-mana untuk seminar.

Saturday, September 29, 2012

Pilihan anda?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Enchik mahu berkongsi pemandangan yang menarik di malam hari di Teluk Intan.

29 September 2012                                10.30 malam





PILIHAN ANDA?.......
(dah macam eklan Simplysiti Perfume tu dah...)

 : P

p/s: Andai Menara Pisa Itali runtuh, Menara Condong Teluk Intan menjadi Menara tercondong di dunia mungkin.

Wednesday, September 12, 2012

Mengapa perlu online di luar?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mengapa perlu online di luar?

Untuk makluman pembaca, enchik jarang online di mana-mana kafe, restoran mahupun restoran fast food yang menyediakan kemudahan Wi-fi percuma. Almaklumlah, rumah enchik di kampung dan di Putrajaya mempunyai akses internet berkapasiti tinggi. Yerla, bonda enchik bekerja di TM  kan.Lantaran itu, enchik mahu mengkaji apa keseronokan online di luar.

Jadi hari ini, enchik online di McDonald's Teluk Intan. Ha, entri kali ini ditulis di luar ya. Jadi, Enchik order set kegemaran enchik.


Lepas itu, enchik mula la mencari port terbaik untuk menikmati set makanan kegemaran ini dan juga memastikan enchik mendapat port terbaik untuk online. Port terbaik haruslah mempunyai sambungan elektrik, manalah tahu tiba-tiba laptop enchik ini kehabisan bateri pulak.

Ada sekumpulan pelajar, lepasan sekolah menengah agaknya duduk satu meja yang digabungkan, enam orang semuanya. Dua di antaranya membawa notebook bersama. Baik, telahan enchik, mereka membuat group discussion. Oh begitu, masa zaman enchik, tiada pun group assigment semua yang sebegini, apatah lagi menggunakan laptop, tambahan berkumpul di McD pulak tuh. Oh bonda, zaman begitu pantas berlalu. Pastinya hasil daripada perbincangan adik-adik ini , mereka akan mendapat A!.

Di sebelah enchik pula ada seorang gadis, bersusuk besar berkulit cerah. Di atas mejanya, kelihatan beberapa helai kertas, alat tulis serta hidangan McD. Tekun sungguh menelaah di samping mempunyai tablet di sampingnya. Mungkin si gadis ini selesa menelaah pelajaran dalam suasana bising seperti di sini. Sedangkan enchik pun online di sini sambil mengenakan headphone, keadaan di sini terlalu bising.

Di hadapan enchik pula, seorang gadis sedang melayan movie Korea, juga di tabletnya. Mungkin mahu meluangkan masa lapangnya untuk menonton movie Korea, tapi takkan takde bawak headphone? Itu kan lebih baik, bukan semua mahu mendengar movie anda itu. Sehingga sekarang enchik pun tak paham apa specialnya Oppa Gannam Style tu. Tarian sahaja kot. Ooopps ok ini tiada kena mengena.





Jadi, mengapa perlu online di luar?

1) Bukan semua mempuyai akses internet di kediaman, kalau ada pun, mugkin ada yang masih menggunakan perkhidmatan 1515 kot?
2) Mungkin Seronok layan movie di luar berbanding di rumah? Kelajuan internet di sini lebih hebat . (Tapi agakla, bawala headphone!)
3) Dapat berkumpul bersama kawan-kawan, online bersama-sama sambil berbincang mengenai kerja sekolah. (95 % online, 3% makan, 2% perbincangan )
4) Mungkin juga sebab senang, kalau lapar, pergi sahaja ke kaunter McD.(sebab paling munasabah)

Sebab anda?
Komen, enchik nak tahu juga.

p/s : Ada gadis berbaju kurung kuning di hadapan enchik, manis... Ahh, ini kebaikan online di luar!

:)


Saturday, March 5, 2011

Daud, dan Dinner

Assalamualaikum wbt.Hi

Today was a great day, for a long time. Since i can remember, it was a few month i didn't go out with him.
We've been together for about 4 years. He always beside me, in my bad day, though in my good days. He also give me strength and gave me a lot of advice. 

Today, we went out. We met at Mall near Cheras Selatan. He said to me

"Tun, ak stuck kt tol sg besi. Jem entah kenapa entah " -5.32pm- celcom text service

"Tun" - The name he gave me......

I waited for about 15 minutes, waited long enough for me to buy a new cheap sandal

my old ones look so dirty, so i need a new sandal
Cheap yet lawa..... lawa tak??
and also home perfume for my room.

Need for my ROOM...
He arrived. we shake hand. That's all. Apa, korang ingat enchik nak cium kissing hug2 ke? gilorr apa!

He went to electrical department store. Something about warranty, i don't know what items......bla bla..

and then we had our hi tea at one of the bistro in the mall. I told him i'm full already, just need something to alas perut sahaja.

Dia pun makan yang ringan-ringan sahaja. Kami berbual selama lebih kurang 40 minit, bercerita tentang apa yang menarik tentang kehidupan masing-masing. Enchik pula menceritakan apa yang menarik tentang apa yang berlaku sepanjang bulan ini. Kami berbual tentang ibu bapa kami. Berbual sehingga masuk part research , vitamin E, tocotrieonol, squalen, thesis and so on. 

Sehingga waktu maghrib, kami berhenti dan kami pergi menunaikan solat secara berjemaah.

Setelah selesai solat, kami shake hand balik. Now it's time to say goodbye. Enchik perlu balik selepas maghrib kerana enchik ada temu janji lain pula, dan dia pun kena balik lepas maghrib sebab ada dating kali kedua pula. 

Him

Me
Korang jangan pulak fikir bukan-bukan ya?! Dia, Daud namanya. Daud ini kawan enchik, kosmate enchik yang sekarang sudah bekerja di salah sebuah syarikat multinational. Daud ini banyak tolong enchik ketika enchik struggle ketika belajar dahulu. Susah senang enchik, dia lah jaga enchik. Kami pernah sama-sama tak siapkan kerja khusus tahun akhir. Sama-sama susah time tu. Sehinggalah sekarang, if kami ada masa, kami akan keluar, jika tak kuar seorang, keluar bersama kawan-kawan lain. 

Entri enchik malam ini, mudah. 

Persahabatan itu hebat. Hebat sehingga enchik boleh melupakan segala masalah kalau meluahkan dengan seorang sahabat yang enchik kagumi. Hargailah sahabat anda.


Selepas selesai berjumpa dan berjalan-jalan dengan Daud, enchik terus pulang ke rumah dan bersiap-siap pula untuk keluar makan malam.

Makan malam kali ini bersama keluarga. Mak ayah datang dari kampung melawat kami di sini
Yang sebelah enchik tu , adik enchik
klik! <<<  klik untuk membaca blog adik enchik




Selamat malam.

malam kita sama, yang pasti pengalamannya berbeza

: )

Wednesday, March 2, 2011

PUTRAJAYA SENTRAL

Assalamualaikum wbt 

Malam ini enchik nak menulis entri tentang Putrajaya Sentral. Bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Putrajaya Sentral ini , ia merupakan seakan-akan KL Sentral yang berfungsi sebagai pusat menaiki tren ke KLIA/LCCT . Sebenarnya, Putrajaya Sentral ini dulu dibina dan dimajukan adalah untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur di wilayah Putrajaya ini. Direncanakan untuk membina monorail bagi memudahkan pekerja-pekerja sektor awam di Putrajaya menaiki tren ke pejabat mereka.

Senang cerita, kalau nak ke ofis, hanya perlu parking kereta di Parkir lot yang disediakan dan kemudian naik la tren ini ke pejabat mereka. Yerla, nak mengelakkan jem yang teruk . Tapi projek itu tergendala dan tidak disiapkan sepenuhnya. Kecewa kan

Akan tetapi, menurut kawan enchik yang bekerja di sektor pembinaan dan arkitektur, pembinaan tren ini akan dimulakan kembali .

Perkhidmatan bas NADIPUTRA , yakni bas intercity pun ada di Putrajaya Sentral.
Tapi, sekitar tahun lepas, Putrajaya Sentral telah membuka laluan bagi bas-bas ekspres untuk keluar negeri. Jadi, mudahlah bagi mereka yang menetap di Putrajaya, tak perlu lah ke TBS atau Bukit Jalil untuk pulang ke kampung halaman semasa hari raya (apakah?......).

Cukup panjang mukadimah tentang Putrajaya Sentral ini. Baik, bagi mereka yang tidak tahu dimana lokasi Putrajaya sentral ini, ia terletak betul-betul opposite dengan Hospital Putrajaya. Tak tau mana Hospital Putrajaya?? >> sila la cari signboard once anda di Putrajaya ya?!

Malam tadi sekitar jam 8 malam , enchik dan kakak enchik pergi menghantar adik enchik ( sila klik <<-- di sini untuk membaca blog adik enchik)  pulang ke kampung halaman enchik yang terletak di utara Semenanjung Malaysia. Naik bas ekspres.

Enchik pernah juga menghantar beberapa kawan enchik di Putrajaya Sentral ini. 

Ala-ala airport kan??

Banyak kemudahan di sini, ada ATM (Maybank), surau, tandas(itu sudah pasti), tempat menunggu, cuma tempat makan je takde, Tapi bagus juga tempat makan takde, nanti kotor pulak Putrajaya sentral ini.

Ada kaunter tiket Konsortium untuk ke utara seperti Kangar

Sudah tentu ada kaunter tiket bas kan...


Ada juga mini kedai runcit untuk mereka mendapatkan makanan ringan untuk dimakan ketika dalam bas seperti roti...


Ada juga ruang rehat/tempat menunggu .Boleh makan-makan sebelum menunggu bas.
Selain itu ada juga kiosk-kiosk yang menjual beg-beg tangan . 

Ini pula ruang menunggu bas. Nak peluk-peluk cium ke sebelum mengucapkan bye-bye kepada kesayangan pun boleh


Pendek cerita, kemudahan itu ada. Kita je kena memanfaatkan. 

Ok sampai sini sahaja ya entri enchik malam ini. Thesis enchik belum siap lagi. Matila, nanti mesti kena membebel dengan kawan enchik kalau dia tahu enchik tak wrting-writing ni .Jangan marah ya. Nanti kena gigit!.hehehe


: )