Showing posts with label technology. Show all posts
Showing posts with label technology. Show all posts

Monday, June 25, 2012

Menjadi ahli PRADAS 23 Jun 2012 - Welcome Papa Romeo Victor Papa Romeo...

Pada 23 June 2012 bersamaan hari Sabtu, aku bersama 3 org rakan GLR iaitu Orca, Beluga dan Marlin menuju ke Kg Pandan untuk mengikuti kursus insentif yang disediakan oleh PRADAS.

Tanpa ragu2 aku mengisi borang dan membayar yuran serta mengikuti kursus yang mana presidennya, bang faizal (9W2SMF) telah memberi guideline dan pengalaman beliau sebagai seorang radio amatur.

Aku tertarik dengan pelbagai maklumat yang diberikan walaupun pada hakikatnya aku hanya pernah memegang handy hanya sebanyak 2 kali iaitu pertama kali apabila PR-SNK (Seasnake) meminjamkan handy kedua beliau untuk kondoi ke Ulu Yam (aku monitor je) dan kali kedua apabila 9W2GRS (Sealion) meminjamkan handy beliau untuk aku semasa berkondoi ke Felda Sg Lui Timur. Pelbagai pengalaman semasa menggunakan handy ini.

Sesudah menghadiri kursus, PR-KYE (Orca) terus membawa aku dan PR-NBJ (Marlin) ke kedai radio komunikasi iaitu Wave Comm (9W2KFC). Alhamdullilah, berikut adalah item2 yang aku telah dapatkan di situ :-

1. Antenna SuperGainer.
2. Handy dual band model Baofeng with charges.

3. Connector2 yang berkaitan.
4. Bracket Antenna, allen key dan penutupnya.
5. Mic.
6. Power Saver.

Manakala, PR-NBJ (Marlin) menyambar Antenna yang baru (dgn kakinya yang lebih besar) dan dikhabarnya signalnya kini lebih jelas hingga boleh didengari antara Tol Latar yang pertama dari Rawang ke Shell Rawang.

Apapun, thanks to brother2 dalam EOCM-GLR yang telah banyak bagi bimbingan dan kutukan OKU sebelum aku buat keputusan untuk attend kursus dan at least dpt sedikit pendedahan sebelum ke-udara kelak.

Oppss, Malam pertama aku sebagai ahli Pradas, telah ke udara dan dapat lah some guidance serta nasib baik takde otai2 PRADAS yang radikal menghentam aku. Maaf pada Net controller (x ingat siapa dia) dan bbrp rakan PRADAS pd malam tu. Maklumlah, pegang handy kejap, tiba2 tertekan PTT tu... nak tahu signal masuk ke idak... Buku dan pen jauh sangat dari lokasi berdiri tu, jadi memang x salin la siapa org2 yang dalam sequence.

Anyway, ianya suatu aktiviti yang menarik dan menjadi hobi terbaru aku. Aku plan nak mengambil exam RAE pada Disember tapi x sure samada tahunnya...

Thanks juga pada beberapa Radio Amatur yang banyak memberi panduan dan nasihat berguna :-

1. 9W2HRZ   (Hafriz - Kuala Terengganu)
2. 9W2GRS    (Wan TJ or Sealion - Batang Kali)
3. PR-ATZ (x sure apa callsign Radio Amatur dia)   (Ajaq - Sg Buaya)
4. dll yang aku masih belum kenal callsign mereka ni.

Salam 73 Cerio... Papa Romeo Victor papa Romeo QRT.



Thursday, March 26, 2009

Delphi for PHP, Jafriyusrin, Wanita dan Pemuda UMNO dan Carta Pelayaran...


Minggu ini fokus aku kepada Unix, Delphi for PHP dan juga some PL/SQL exercises. Aplikasi Delphi for PHP adalah IDE yang terbaik dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Pelbagai komponen telah diwujudkan sejak aplikasi ini diperkenalkan bermula pada tahun 2007. Kalau tak silap aku, saudara Jafriyusrin yang memaklumkan kepada aku akan kelebihan aplikasi IDE ini memandangkan pembangunan laman web seringkali berjalan dalam jangkamasa yang agak lama berbanding perisian. Disitu, saudara Jafriyusrin cuba mengambil inisiatif mencari penyelesaian terbaik. Aku amat berterima kasih di atas nasihat dan peringatan beliau tentang hal ini. Jepp, walaupun dah lama tak jumpa kau bersama yati dan anak perempuan kau, aku tetap doakan agar kau sekeluarga berbahagia tak kira dimana juga kau orang berada.

Kini, Delphi for PHP di dalam versi 2 dan ianya masih belum menjadi IDE pilihan memandangkan kebanyakan php developer menggunakan tool-tool yang sudah sedia ada sebelum wujudnya Delphi for PHP. Pelbagai features telah diwujudkan dalam IDE ini dan integrasi Codegear dan Qadram Software telah menampakkan hasil-hasil yang baik dan output yang menakjubkan bagi pengguna Delphi for PHP.

Aku memberi sedikit perhatian terhadap perisian ini memandangkan client aku memerlukan interface yang serupa dengan software tetapi aplikasi masih dalam format web-based. Setelah aku kaji sedalamnya, aku fokus dalam pembangunan menggunakan IDE ini memandangkan ia memberi kemudahan yang pelbagai kepada aku dan ia mempercepatkan aku membangunkan web dengan baik. Insya Allah.

Aku masih mengkaji bagaimana untuk melaksanakan konsep frame memandangkan aku perlu copy-paste setiap kod MainMenu pada setiap page/module. Ini pasti merumitkan aku kalau ada 1 perubahan kecil pada kandungan kod MainMenu, aku kena adjust semua page yang terlibat dengan kod itu. Gabungan javascript dan PHP amat kritikal bagi memastikan ianya dapat dipermudahkan kelak.

Oh yer, aku ucapkan TAHNIAH kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang memenangi kerusi Wanita UMNO penggal 2008/2011 dan begitu juga kepada Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Pemuda UMNO penggal yang sama. Semoga mereka senantiasa bersemangat dalam melaksanakan pelbagai tugasan yang diberikan. Perkasakan lagi bangsa Melayu di mata dunia. Selepas ini kita tentu menanti siapa bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO memandangkan Dato' Seri Najib sudah mengosongkan jawatan itu dan menaiki takhta utama UMNO sebagai seorang Presiden UMNO yang diserahkan oleh Pak Lah dengan cara yang baik.

Pelbagai pesanan dan pantun yang diucapkan oleh perwakilan yang berucap di persidangan kali ini. Semoga semuanya mampu memberi semangat waja kepada semua pejuang Melayu di dalam UMNO untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Aku berundur diri dahulu. Ada banyak tugasan yang menanti aku. Beberapa hari lagi aku bercadang nak ikuti kursus membaca carta pelayaran. Walaupun aku takde kapal untuk dilayarkan, at least aku tahu serba-sedikit bab pelayaran di laut yang terbentang luas ini. Tenaga pengajar seorang yang berpengalaman dan merupakan seorang Master Mariner (kapten kapal).

See ya...