Hello guys, whats the news today..eh eh…ya Allah sesungguhnya semangatku telah tiada entah dimana dia berada ,ia telah pergi meninggalkan seorang Yaty disini…sob sob…cedihnya kita sampai hati tinggalkan kita….* sambil lap ayaq mata bak kata oghang kedah na*, kita ni bukan tak nak update but sometimes kita dah habaq banyak kali, pi baca entry lepas awat kita tak update,kita ada mention sebab apa….kehkeh..sat sat jangan marah na..kita baru nak warming up menaip guna keyboard balik ni, selalu kita update by phone using cakap je,auto taip, see , time tu memang rasa nikmatlah juga sebab tak yah menaip, hanya cakap je kan tapi tula dah namanya manusia,cepat rasa bosan, cepat rasa turn off, walaupun ada feature camtu still mula2 je excited, lama2 rasa biasa2 je wak….camtulah kehidupan, kita tak perlu buat untuk orang, kita kena dahulukan diri kita sendiri,bukan bermaksud kita pentingkan diri sendiri, cumanya ada perkara jika buat kita sakit hati lebih baik kita jauhkan diri, bukan putuskan silaturrahim tetapi kita jaga jarak demi menjaga hati sendiri dari tersakiti…see see…dak yaty dah jadi Doktor chinta lak dia…*sambil flip tudung pandang pembaca* ehhh…ko ni kang….huhu
Tujuan utama aku update pun memang aku nak abadikan kenangan diri bersama anak2, sebab aku boleh baca balik pada masa akan datang(if panjang umur sampai tualah) sambil layan keropok lekor bersama cucu cucu aku nanti eh eh macam da melarat ko merapu ni yaty cuma aku nak khabar, ada orang baca atau tak , inshaAllah aku okay sahaja, sebab niat asal aku tak cari pembaca, this blog is my online diary, aku tak promote pun secara direct dekat my iG stories, cumanya aku ada letak link blog aku dekat profile IG, so sesiapa yang Allah gerakkan tekan link blog aku ni maka dia akan jumpalah entry aku ni ,tapi aku tak harap la ea…jangan tekan link tu. Bio orang yang tak kenal in realiti je yang baca blog aku ni…huhu
Sesungguhnya 2 perenggan kat atas tiada apa yang ko ceritakan yaty, lebih kepada luahan ke tu???hahaha…ok aku nak cerita apa jadi 5 hari ke belakang (ouhhh lamanya 5 hari tu yaty oii sedihnya …kembali cam dulu k…aku boleh tunggu dan aku akan sentiasa tunggu ko…ye itu monolog dalaman dak yaty ), hari Selasa lepas aku dengan BFF bawa kawan pi Socso, dia nak minta bantuan support bayaran dialisis dia, semasa beratur, ada one chinese ni tengah tanya pasal suri socso, jadi PIC khabor 55 tahun ke bawah sahaja boleh apply, that chinese nak apply for he mother if tak silap which is cannot apply la,sebab mak dia dah lebih 55 tahun, aku ni kat belakang macam Allah bagi idea, cuba ko apply yaty , umur ko belum cecah 55 lagi, jangan sibuk tanya berapa tahun lagi ea…ppp nn cc…hihihi like seriously yaty,tiada siapa pun tanya perasan je ko ni…π.Aku pendekkan cerita, aku pi ambil no giliran before ambil tu aku tanya dululah ,jadi pic kata boleh buat online atau direct dekat kaunter so, aku kata buat jela hari ni tu yang dapat no giliran (kemain explain panjang lebar ea…,kononnya aku nak settlekan pada hari tu , coversation semasa di kaunter
“Bagi saya IC puan”
Hulurkan IC
“Puan da ada account suri ni”
“Eh biar betul ,saya baru tak kerja tahun ni, lepas tu sy tak pernah buat lagi, siapa plak yang bayarkan?” (Debaq weeiii sebab weii aku clueless and speechlesss)
“Kejap sy cuba check siapa bayar kan?”
“Oh boleh tahu ye?”
“Boleh”
“Ok” (aku menantikan dengan penuh kesabaran)
“Yang bayarkan puan ni Jabatan Pembangunan Negeri Melaka”
“Owh, saya tak pernah mohon apa2 kat situ,tapi maybe ini ada sangkut paut dengan saya jaga anak2 arwah adik saya kot”
“Tula, sebab kadang2 kerajaan negeri ni main ambil je nama dan bayarkan, ada yang diinform dan ada yang tak diinform”
“Oh macam tu pula ye, kalau saya tak tergerak hati nak buat sampai sudah saya tak tahu saya ada suri perkeso ni…takpelah terima kasih ye..”
Hakikatnya panjang lagi tapi biasalah, dak yaty mana nak ingat2 setiap inci kata2 dia tu…π
Ending dia aku dapat surat yang menyatakan validity suri perkeso aku tu dari bulan 4 2026 sehingga bulan 4 2027. Jimat duit aku RM 120, bff aku la kena bayar sebab dia memang tiada account suri tu, dan aku balik dengan rasa happy sebab Allah gerakkan aku nak buka account tu sebab Allah nak inform, Allah dah gerakkan hati orang lain untuk bukakan account untuk aku tu…sweet kan Allah? MashaAllah TabarakAllah, sesungguhnya tiada yang sia-sia dari Allah swt.oklah korang aku rasa sampai sini je entry ni, aku nak masuk tidur dah…ok wassalam,babaiiii daaaa…
 |
| Buat kek pisang coklat (this is my second time attempt) letak minyak, buat kali pertama tak letak minyak sebab tak tengok video sampai habis, padan muka dak yaty…huhuπ |
 |
| This is my first attempt, yang tak tengok video sampai habis tu,tekstur dia kering, macam kek bantat tapi still boleh makan but still tak capai piawaian ..biasalah dak yaty…kan ada piawaian dia tersendiri…π |
Nota kaki : Day 18 update blog (kena count sebab biar dak Yaty tahu dia masih on the track...tiber) walaupun ko da skip 5 hari tak update yaty, weii baru 18 hari ko update lamanya nak ke monthsary. |
Cahaya Kehidupan : ‘ala kullihal , sekecil2 pertolongan Allah adalah sebesar2 nikmat untuk aku sekeluarga , Syukur alhamdulillah. |
|
|
Love.Peace.Respect
Jazakumullahu Khairan Kathira