Showing posts with label Bali. Show all posts
Showing posts with label Bali. Show all posts

Thursday, November 1, 2012

Jom Bali : Hotel, Pak Supir & Budget.

*Ehem ehem* Xetopia tiba-tiba menjadik Bali information center sejak aku buat 3 siri entri Jom Bali. Maka bagi memudahkan kerja membalas email pertanyaan, di samping membuat amal jariah memberi serba sedikit panduan buat rakan-rakan yang berhajat nak melancong ke Bali, maka terimalah…

P1050755

Grand Mega Resort & Spa Bali

Dah lah ’Grand’, ‘Mega’ pulak, so congak je lah berapa bayaran untuk semalam. LOL!

 

Kami bernasib baik sebab terjumpa deal baik punya kat Agoda.com beberapa hari sebelum terbang ke Bali. Kebetulan hotel ni baru, maka adalah diskaun secara besar-besaran. Bagi hotel 4 bintang, kami dapat harga RM 388.66 untuk 3 hari 2 malam, siapa nak bagi? It was a jackpot! Terletak di tengah bandar, dekat dengan airport dan kedai-kedai serbanika. Melintas jalan, boleh cuci mata dan duit kat Mall Galeria Bali.

 

P1050899P1050710toilet

Such a pleasant and romantic interior!

Bagi orang kebanyakan macam aku yang jarang-jarang nak merasa duduk hotel 4-5 bintang, dah tentu I was like jumping over the moon! Too sexcited! Lebih-lebih lagi bila dapat berendam dalam bath tub besar sambil tengok TV, yaww. Rasa macam tanak keluar je dari bilik ni, nak berendam lama-lama macam badak berendam.

       P1050751     P1050746

Alfiy pulak lebih excited dengan exterior dan landscape. Celik mata, dengan tahi mata lekat-lekat, terus sarung kasut ajak Papa dia keluar jalan-jalan kat swimming pool. Cfu? Dia layankan je lah jakun bini dengan anak sorang. As long as we’re happy, he will be happy too even he was all broke sebab nak bawak anak bini peliharaan pi berjalan. heh.

 

P1050750

Overall, with the price we paid, cannot complaint much lah, kan.

 

Staff sangat peramah dan very helpful. Makanan pun ok. Dapat wi-fi dalam bilik. Syukur sangat-sangat dah. Cuma ada dua benda lah yang tak berapa best. Satu; dah nama pun hotel baru, masa kami pergi Jun 2012, masih ada lagi kerja pembinaan di sana-sini. Boleh dengar lah pung pang pung pang orang bertukang, spa pun masih dalam pembinaan. Tapi, kebanyakan masa pun dok keluar berjalan, tak duduk kat hotel, why bother? Dua; lokasi kat tengah bandar, sila expect traffic jammed, ye. Lagi-lagi peak hour. Plan your trip, wisely. Tanya Pak Supir masa yang sesuai untuk keluar-masuk hotel. Aku tak recommend hotel ni bagi surfers & yang nak buat aktiviti pantai sebab jauh dari pantai.

 

Satu lagi soalan popular adalah Pak Supir di Bali.

 

Dah nama pun blogger tegar, dah tentu lah aku buat research pasal travel pun melalui pengalaman blogger lain jugak sebab omputih kata, experience is the best teacher, kan? Rata-rata blogger recommend Pak Isme dari BaliFunTourism. Sesuai untuk Muslim sebab diorang akan bawak ke tempat makan halal dan singgah kat musolla untuk solat. Sepanjang tempoh urusan sebelum ke Bali, aku buat melalui email je. Easy peasy. Once confirmed, Pak Isme bagi itinerary dan nama seorang lagi supir di bawah kompeni sama; sebab dia tak available masa tarikh kami ke sana. Mula-mula macam waswas jugak tapi have faith je lah dengan Pak Isme sebab kalau servis kompeni dia tak bagus, takkan ramai orang bagi good review, kan?

 

P1050639   

Alhamdulillah, turns out our Supir; Pak Ari was amazing!

Peramah, helpful, dan yang penting tak berkira. Sesetengah supir sangat rigid dengan masa. Lebih masa je, mintak extra tips. Not with Pak Ari. Dia layankan je lah bila kitorang mintak tolong singgah mana-mana, delay masa sikit, tolong ambil gambar, & he even help us to babysit Alfiy! Tolong kejar Alfiy ke sana ke mari. heh. Nah, memang highly recommended! Boleh telefon +0852 3333 1598 (Pak Ari) atau drop an email kat BaliFunTourism. Sebut nama kitorang 3 kali, dan mintak diskaun 50% :p

 

Maka dengan ini, entri Jom Bali ditamatkan dengan budget seperti yang dipinta.

 

Budget kasar je ni, nak kena pandai-pandai basi lah kan. Ni tak masuk makan minum & duit shopping tau. Jangan lurus sangat ikut bulat-bulat jumlah budget yang aku buat.  Stand by jugak kad kredit to international mode. Kot dibuatnya ada apa-apa hal kat sana ke, kan. We’ll never know.

 

image

hah, ambik kau nak kena ada ‘satu juta’ baru boleh pergi Bali :p

Harga tiket flight kami memang mahal sebab ambik last minute. Kalau korang got lucky on Air Asia FREE SEATS yang tengah berlangsung beberapa jam lagi ni, dah boleh jimat banyak kat transportation. Airport transfer semua dah termasuk dalam ground fees. Kalau nak details pasal itinerary 3H2M di Bali, just shoot me an email sebab aku malas nak carik dari email dan tepek kat sini. Nanti ai forward kan aje lah, ye.

 

Sekian, bertemu lagi dalam entri ke Jepun, tahun depan (eh?)

 

 

HER : Prefer berhabis duit pergi berjalan, timba pengalaman tengok negara orang berbanding melabur kat emas dan tas tangan mahal, kot. heh.

 

*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***

klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]

Monday, July 23, 2012

Jom Bali : Siri 3.

Hari terakhir di Bali T______T

eh, sedih pulak? Bukan ke aku patut hepi sebab kronologi entri Jom Bali selama 8 hari 8 malam ni dah nak sampai ke penghujungnya. Sedih lah jugak sebab nanti dah kurang modal nak update Xeatopia. heh.

 

Tanah Lot

Kalau datang Bali, tak pergi sini seolah-olah macam pergi Penang tak pi pekena laksa seround. Aku syorkan kalau nak datang sini sila pergi awal-awal pagi. Orang tak ramai sangat. Cuaca pun redup je. Sepanjang perjalanan nak ke kawasan pura, berderet-deret kedai kat kiri kanan bahu jalan. Macam-macam ada! Kami sempat last minute shopping kat kedai cenderamata Agung. Aku lagi suka shopping kat sini daripada kat bandar sebab orang tak ramai sangat. Design t-shirt pun lawa-lawa. Harga ada yang lagi murah, weh. Fridge magnet yang aku beli kat Krishna boleh dapat murah kat sini. Beza dalam IRP 5k. cissss.

 

P1050906P1050913P1050945P1050944P1050950P1050946P1050948P1050949

P1050910Dalam banyak-banyak benda yang ada dijual di sepanjang jalan kat Tanah Lot, Alfiy boleh pulak tertarik nak berhenti kat sini.

 

P1050943

Dia heran agaknya kenapa ada banyak ‘teettttttt’  kat sini (-_-“)

Aku sendiri pun heran kenapa lah bersepah-sepah replika *censored* terutamanya di kawasan pantai Bali. Perasaan ingin tahu tu memang membuak-buak, nak tanya orang, tapi ai ni kan pemalu orangnya. auwwwww!

 

P1050915

P1050932

Selepas berjalan dalam 10-15 minit, sampai jugak akhirnya. Kawasan ni menempatkan pura (temple) yang terletak di tengah laut. Kebetulan masa kami sampai pagi tu, air belum pasang, so boleh lah nak menyeberang untuk masuk ke dalam pura. Lepas tu, pastikan balik semula ke pantai sebelum air pasang. Kalau tak, menangis tak berlagu lah kau terkandas dalam kuil kat tengah laut nun.

 

P1050936P1050937P1050939P1050940

Pemandangan dan suasana kat sini terlalu indah sampai tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Nak kena datang tengok dengan mata kepala sendiri baru boleh menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan. Betullah, kata orang-orang tua, jauh perjalanan, luas pemandangan, banyak pengalaman, duit pun pokai. ok, part yang last tu aku memandai tambah sesedap rasa :p

 

P1050959

Ini merupakan destinasi akhir sebelum bertolak pulang ke tanahair tercinta. Biarpun tempoh percutian tak lama, namun memori tetap kekal terpahat dalam jiwa. Semoga dimurahkan rezeki untuk melihat tempat orang lain pula di lain kali.

 

do donts

Oh ya, Selamat Berpuasa kepada para pembaca Xeatopia yang dikasihi. Moga bulan yang mulia ini membawa 1001 rahmat & keberkatan kepada kita semua. Jangan ponteng puasa, nanti tak boleh raya !!!

 

 

HER : Lepas ni tinggal satu lagi entri Jom Bali khusus untuk cerita pasal hotel & pak supir di Bali dan kalau sempat, akan tambah sikit mommys tips dan budget.

 

*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***

klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]

Tuesday, July 17, 2012

Jom Bali : Siri 2.

Sebab dah ada bakal pengantin dari belog Isu Bumper Kahwin yang nak honeymoon kat Bali dah sound bila nak sambung entri Jom Bali, maka marilah kita baca sambungan…

 

Shopping di Bali

Kalau tanam niat nak bersuka-ria shopping perabihkan beras, Bali bukan lah tempatnya. Lebih baik ke Bandung atau Jakarta. Bali lebih kepada art, cultural & beaches. Tapi, kalau setakat nak beli buah tangan, aku recommend kat Krishna, Hawaii dan Agung. Harga berpatutan, kualiti pun bagus. Kalau baca recommendation bloggers, memang ramai suruh pergi membeli-belah kat Pasar Ubud, murah dan banyak pilihan katanya tapi bagi yang bawak anak kecik macam kami, tak berapa sesuai lah kan. Kang ‘banjir’ Abang Cfu kite berpeluh sakan kejar Alfiy. Kalau indoor market, ada jugak aircond buat sejuk badan.

 

Satu lagi keunikan yang sukar nak dilihat di tempat lain adalah bangunan kat Bali ni semuanya lebih kurang sama. Mula-mula tu aku macam konpius jugak ni shopping complex ke temple? Bila masuk dalam baru tau. Pak Ari kata, kebanyakan rumah bukan muslim mesti ada temple kat laman. Temple lagi besar daripada rumah pun ada. Tu yang macam susah nak beza yang mana rumah yang mana temple. Sebab tu orang putih kata Bali ni ‘island with thousand temples’.

 

bali10

 

Kintamani

Tempat yang aku paling suka dan tak berapa nak suka (eh?) Suka sebab kawasan ni sejuuuukkkk! Nyaman je rasa. Bila ambik wudhu’ kat sini, habis menggigil satu badan sebab air dia sejuk gila kot. Suasana pun saujana mata memandang. Gunung berapi ni dah tak aktif. Kali terakhir meletus tahun 70-an dulu kalau tak silap. Tapi kesan letupan pun masih boleh nampak kat kawasan kaki gunung tu.

 

Yang aku tak berapa suka kat kawasan ni terlalu ramai penjaja tepi jalan. Diorang menjaja bukan setakat duduk tepi jalan panggil-panggil je tau. Ni yang stok sampai macam ‘lalat menghurung makanan’, siap tarik-tarik tangan dan mengekor masuk ke kereta. Rimas! Cfu memang dah naik angin lah kat sini. Tak sempat nak layan feeling lebih-lebih. Dah lah nak masuk kawasan ni kena bayar IRP 10k/pax. Mujur lah Pak Ari cepat-cepat bawak kami lari pergi lunch buffet kat Restoran Kintamani. Merasalah kami mengubat kempunan nak layan makan sambil menikmati view gunung berapi. Makanan kat sini sedap-sedap belaka! Harga pun berpatutan, dalam IRP 80k/pax.

 

P1050779

bali11bali12

P1050800

 

Ladang Kopi & Limau Madu Bayung Bagus

Pernah dengar Kopi Luwak? Kopi yang diproses daripada tinja musang. Haaaa, kat sinilah tempat Kopi Luwak dihasilkan. Kami ke sini untuk petik limau madu dan menghirup kopi panas sambil menghayati kenyamanan udara lereng gunung Kintamani. Coffee tasting adalah PERCUMA. Ada 6 perisa semuanya. Tapi, kalau berminat nak rasa Kopi Luwak, kena bayar IRP 50k. Alfiy suka datang sini sebab ada ‘cat’ (Baca : musang). Cfu pulak suka sebab ada cewek lawa yang entertain kami selama berada di sini. Kemain beriya dengar explaination cewek tu pasal kopi dan limau, padahal masuk telinga kanan keluar telinga kiri je.

 

bali14bali15

 

Rice Terrace Tegallalang

Kebetulan masa kami ke sana, padi dah habis dituai. Jadi, nampak macam togel je lereng-lereng bukit tu. Kalau nak turun masuk kawasan rice terrace tu kena bayar IRP 50k, ok. Kami cuma jengah-jengah ambik gambar dari dalam kereta je lah. Takde ape sangat pun kat situ, sekadar menikmati pemandangan sawah padi kat lereng bukit. Kalau padi tengah menghijau, mesti cantik.

 

bali16

 

Kawasan Ubud

Sepanjang perjalanan turun dari Gunung Kintamani, kami menyusuri kawasan Ubud yang terkenal dengan hasil seni. Kawasan ni macam terbahagi kepada beberapa bahagian; seni ukir kayu, lukisan, arca, kraftangan, barangan perak dan macam-macam lagi. Macam sampai kat satu kawasan tu, semua buat ukiran kayu. Tiba kawasan sebelah pulak, semua jual lukisan. Sempat jugak kitorang sambar lukisan tiga serangkai terus daripada pelukis sendiri. Fresh from the oven, gitu.

 

bali17

 

Dinner at Jimbaran

Kalau berkesempatan datang ke Bali, silalah pergi sini. Very very very lively. Bayangkan makan seafood segar sambil menikmati matahari terbenam, angin pantai bertiup sepoi-sepoi bahasa, diiringi alunan live band, dipadankan dengan jagung manis bakar dan air kelapa muda, nak nak pulak dikelilingi oleh orang-orang yang dikasihi. ohhhhh, romantiknyaaaaaaa!

 

P1050863P1050859

P1050866

Kebetulan pulak berdepan dengan lapangan terbang yang sayup-sayup kelihatan. Terkebil-kebil si Alfiy tengok airplane turun naik kat depan mata dia. But seriously, this is my favorite place in Bali. Tatau lah apasal aku macam suka sangat. Terkenang saat bulan madu dulu, kot. Takpun sebab minah sentimental macam aku memang suka suasana feeling feeling camni. heh.

 

P1050868

P1050873

P1050874

P1050881

Such a great way to end a beautiful day.

:)

 

ehhh bersambung lagi... Siri 3 lah pulak!

 

 

HER : Banyak lagi entri tertunda nih. Mak tengah high layan Instagram lah. Siapa takde IG, memang makan hati wa cakap lu. Segeralah bertukar kepada Android atau iOS!  *saja bakar line*

 

*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***

klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]

Tuesday, July 3, 2012

Jom Bali : Siri 1.

Sebenarnya, kami tak merancang untuk melancong tahun ini sebab kononnya aku mengandung kan hari tu. Tapi sebab tak jadik mengandung, maka mari lah kita pergi melancong.

 

Destinasi ini dipilih bagi mengubat kempunan nak berbulan madu di Bali dulu tapi tak kesampaian atas faktor tertentu. Kalau ikutkan malas, nak je longgok semua dalam satu entri, tiba-tiba dah separuh jalan, decide nak split kan ikut hari sebab otak macam jem pulak nak muntahkan semua fakta sekaligus. Maka korang tataplah entri Jom Bali selama 8 hari 8 malam. heh.

 

Kuala Lumpur – Denpasar

Beli tiket last minute dari Air Asia. Dalam dua minggu sebelum kejadian kot. Rasa dah paling murah lah tu antara semua airlines, tapi bila ditolak tambah bayar makan minum dengan tahap servis semua, rasa lagi berbaloi kalau beli tiket MAS. Lebih kurang sama je rate nya. Perjalanan dari KL ke Denpasar memakan masa kurang lebih 3 jam. Denpasar ni kira ibu negeri Bali lah. So, kalau baca kat information screen, carik flight ke Denpasar ye, bukan Bali. Jangan jadik macam Cfu. Lepas tu gelabah sendiri. hihi.

 

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Denpasar, naik juling mata aku nak carik nama kat signage. Beratur hah pak supir (tourist guide) kat ruang legar international departure tu.  Bali memang terkenal sebagai pusat pelancongan, jadi jangan terkejutlah kalau tengok merata-rata orang bawak signage tertulis nama pelancong dari seluruh pelosok dunia. Airport sini biasa-biasa je, tak boleh lawan kecanggihan KLIA tapi antara yang paling sibuk di dunia. Plane nak terbang pun kena beratur panjang, ok.

 

P1050522

bali1bali2

bali3P1050557

MPV yang digunakan sebagai pengangkutan rasmi selama kami berada di Bali. Pak Supir kami namanya; Pak Ari. Dia salah seorang business partner Pak Isme yang banyak di recommend oleh rakan-rakan blogger dari Bali Fun Tourism. Sangat puas hati dengan servis Pak Ari. Cfu bagi 11/10. Nanti aku akan buat entri khas pasal Pak Ari ikhlas dari sudut hati. ewah.

 

Makanan Halal di Bali

Bila sebut je nak ke Bali, bising lah orang tua cakap susah nak carik makanan halal lah, banyak orang Hindu lah, bersepah babi guling lah dan pelbagai tanggapan negatif yang lain. Pada hemat aku, dah menjadi kewajipan seorang Muslim untuk mencarik makanan halal walau di mana pun kita berada. Maka pandai-pandai kau lah kan nak carik makan macam mana. Hatta kat negara tanah tumpah darah sendiri yang kononnya ramai Muslim ni pun belum tentu 100% makanan yang kita makan tu halal. Kalau sibuk fikir susah itu, susah ini, sampai bila pun tak berjalan tengok tempat orang. Use your common sense & faith, of course.

 

bali4

Pecal Lele yang kalau teringat sampai hari ni air liur meleleh-leleh.

 

Garuda Wisnu Kencana Cultural Park

Tempat ni kalau kat Malaysia lebih kurang  macam Taman Mini Malaysia + Batu Caves.  Difahamkan, taman ni belum siap sepenuhnya. Kat sini menempatkan pelbagai statue mengikut adat kepercayaan orang Hindu. Ada satu statue paling besar kat situ, kalau dah siap nanti, bakal menempatkan sebuah hotel di dalamnya. Korang bayangkanlah besar tak besar. Dahlah nak kena panjat 104 anak tangga untuk tengok statue tu dari dekat.

 

Mula-mula, Alfiy cuak jugak tengok patung besar sana sini, lama-lama dia tak heran dah sebab banyak sangat kot, alah bisa tegal biasa kata orang. Kat sini jugak ada persembahan kebudayaan yang terkenal di kalangan masyarakat Bali iaitu Barongan dan Tarian Kecak. Persembahan macam ni, nak kena faham jalan cerita baru boleh menghayati. Kalau tak, menganga lah kau kat situ terpinga-pinga.

 

P1050565

bali5

P1050603

P1050590

P1050592

Dari atas puncak bukit boleh nampak pemandangan satu Bali.

Subhanallah, cantik sangat!

 

Padang Padang Beach

Tempat yang paling Cfu gemari. Boleh cuci mata tengok mat dan minah saleh bergelimpangan sun bathing. Tiba-tiba rasa macam aku ni kat Gold Coast Australia bukannya di Bali Indonesia. Menurut Pak Ari, Australia dengan Bali jarak penerbangan cuma 2 jam sahaja. Sebab tu majoriti pelancong di Bali berasal dari sana. Siap ada yang melabur beli tanah, jadik penduduk tetap.

 

Selain pemandangan ‘indah’ yang buatkan Cfu lupa kejap kat anak bini, lanskap kat pantai ni cukup menawan kalbu. Uniknya Padang Padang Beach ni, untuk turun ke kawasan pantai, nak kena menyusuri gua kecil yang hanya muat satu orang sahaja pada satu masa. Risau jugak aku kot-kot perut Cfu tak lepas, tersangkut kat tengah gua ke kan tapi Pak Ari kata, besar mana pun badan orang tu, mesti boleh lepas punya. Ajaib!

 

P1050617

P1050655

bali5

P1050637

bali6P1050641P1050646P1050628

Bali memang kaya dengan kawasan pantai yang cantik. Ombak pun sangat sesuai untuk main surfing. Sejak dari airport lagi aku tengok ramai yang mengangkut surfing board besar-besar mengalahkan orang. Tapi kalau untuk aktiviti snorkelling, personally aku lagi suka Pulau Manukan Sabah.

 

Uluwatu

Satu lagi kawasan ala Batu Caves. Nak masuk kawasan ni, mesti berpakaian sopan. Cfu kena pakai kain sarung sebab pakai seluar pendek. Aku dengan Alfiy kena ikat kain lilit kat pinggang. Sepanjang perjalanan ke lereng bukit yang menempatkan ‘pura’ (temple) kanan kiri bahu jalan penuh dengan monyet! Pak Ari kata, monyet sini pandai-pandai. Suka rampas barang-barang pelancong as in barter dengan makanan. Aku mengekor Pak Ari je sebab dia siap bawak tongkat kayu nak menghalau monyet-monyet tu dari datang dekat. Alfiy sikit punya berani, melebih-lebih nak pergi beramah mesra dengan monyet.

 

Uiii seriau mak!

 

Selain mempunyai kawasan pantai yang cantik, Bali mengamalkan adat kepercayaan Hindu yang sangat kuat. Biarpun begitu, setiap penduduk Bali bebas untuk menganuti agama yang disukai dengan syarat, sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan adat yang telah ditetapkan. Pak Ari beritahu, Bali ada meraikan satu perayaan unik yang dinamakan Hari Nyepi. Pada hari ini, semua penduduk tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang aktiviti luar. Semua kena duduk rumah, lampu pun tak boleh dinyalakan. Kalau ada yang ingkar, akan diambil tindakan oleh polis adat. So, hati-hati sewaktu memilih tarikh nak datang melancong ke Bali. Jangan kena tarikh perayaan ni pulak. Takde orang nak entertain nanti.

 

Rata-rata penduduk di sini lebih takutkan polis adat berbanding polis kerajaan. Dan, uniknya lagi, walaupun Hari Nyepi ni merupakan kepercayaan masyarakat Hindu di Bali, namun penduduk yang belainan agama turut menghormati perayaan ini dengan mematuhi pantang larang yang telah diatur.

 

P1050674

bali8P1050670bali9

Selain menikmati keindahan matahari terbenam di lereng bukit, kami berkesempatan untuk menonton Tarian Kecak.

 

Macam yang aku beritahu sedari awal tadi, persembahan kebudayaan macam ni nak kena faham jalan cerita baru boleh enjoy. Tarian Kecak ni dianggotai oleh 150 orang lelaki separa bogel. heh. Tanpa iringan alat muzik, lagu iringan tarian hanyalah bunyi-bunyian ‘chak-achak-achak’ daripada para penari. Dari situlah datangnya nama ‘Kecak’. Menurut pamphlet yang dilampirkan, tarian ni berkisar kepada kisah dongeng perjuangan Ramayana nak menyelamatkan Sita setelah diculik oleh Rahwana sewaktu beliau keluar berburu.

 

Aku macam faham sikit cerita ni sebab pernah baca buku cerita bertajuk ‘Hanuman’ masa zaman sekolah dulu. Tu yang feeling lebih. Cfu dah buat muka bosan je. Alfiy tak payah fikir panjang, terus tidur je sepanjang persembahan berlangsung. Buat rugi IRP 20k je. cheit.

 

Bersambung... Siri 2 lah pulak!

 

HER : Kagum dengan jati diri penduduk Bali yang begitu kuat mengamalkan adat budaya mereka.

 

*** Lagi cerita pasal Bali; Island of Thousand Temples ***

klik sini ---> [Jom Bali : Full Story]