Showing posts with label Ads. Show all posts
Showing posts with label Ads. Show all posts

Sunday, May 31, 2015

I Love Nursing Kurung by MumsLuv.

Lagi beberapa hari je Ramadhan nak datang menjengah.

Seronok pulak bila teringat bukak puasa ramai-ramai dengan famili. Meriahhhhhh!! err.. seronok, seronok jugak, puasa dah abis ganti belum, weh? *krikk krikkk krikkk*

 

Tapi dah kalau nama perempuan, 5 bulan sebelum raya dah pening dok fikir raya tahun ni nak tema warna apa, baju pesen apa, peplum ke, kain kembang payung ke, tu belum kira kuih raya, langsir raya, perabot raya, uuuuuiiiiiiii panjang berjela list nya!

 

Aku pun tak terkecuali. heh.

 

Baru-baru ni, masa window shopping online, ter-jumpa website MumsLuv, lepas tu ter-bekenan la kat koleksi raya nursing kurung moden MumsLuv ni. Cantik-cantik semuanyaaaaa! Dari mata turun ke hati, gituuu. Rambang mata nak pilih.

 

AMK03-18A-480x720AMK03-11A-480x720AMK03-05A-480x720

Shortlisted *juling mata*

 

AINY KURUNG 03

Perkara paling kritikal bila nak shopping online ni, of course la pasal size. Al-maklomlahhh, body tak berapa nak model figure, kan. Alignment dah banyak lari. Bila check sizing guide MumsLuv ni, rasa nak lompat bintang bila tengok size kite ada dalam list.

 

Taaadddaaaa!!!!

Jpeg

Jpeg

Macam mana? Comei tak kak tonnnn? heh. Yours truly in AINY Modern Nursing Kurung 03 – 13 dan Naelofar Babes & Basic (Fuchsia), ai pun taowkey Lopa sekarang ni. Kalau nak, WhatsApp eh. PM pun boleh. Drop comment kat entri ni pun boleh. Amboiii, sempat promote :p

 

Besssst sangat sebab sejukkk je. Material jenis printed high quality korean lycra. Cantik terletak je. Tak melekap, tak jarang. Dan, faktor terrrr-palinggg best semestinya tak perlu digosok. Sejak beranak-pinak ni, part menggosok baju lah yang aku paling tak suka, tau. Kalau boleh, nak ada semua koleksi nursing kurung MumsLuv ni. Bahagia mak. Part nursing access pulak, cuma tarik dan selak je. Tak payah nak terkial-kial bukak butang atau zip. Anak menangis nak susu, selak dan zassss je sua. Sorrggaaa.

 

Benda best memang perlu dkongsi, kan?

image

Selain website, nak tengok koleksi Mumsluv kat Facebook MumsLuv dan Instagram (MumsLuv) pun ada. Kot-kot ada extended discount ke? Jimaaatttt belanja baju raya *hasutan tahap dewa*

 

 

HER : Perlu tailor URGENT untuk jahit baju raya kami anak-beranak. Last minute dapat sponsor kain. Area sini semua dah taknak ambik. Sesiapa ada contact, let me know ok.

Thursday, June 12, 2014

#MameeChefDay Out to Melaka

Walaupun jadual hujung minggu biasanya dipenuhi dengan jemputan majlis kahwin, majlis harijadi dan berkhidmat untuk negara, bila sesekali dapat jemputan melawat kilang macam ni, memang rasa rugi pulak aku nak lepaskan. Jakun gila, kot! Zaman sekolah dulu, paling hebat pun, melawat Zoo Negara tengok gajah mandi je (-_-“)

 

P1080366

Pagi-pagi morning dalam pukul 11 dah sampai Kilang Mamee Double Decker kat Melaka Bandaraya Bersejarah nun. Alhamdulillah perjalanan hari tu ambil masa lebih kurang 2 jam je. Itupun delay sikit sebab kebanyakan bloggers sesat barat nak pergi ke meeting point kat Mamee Double Decker Subang, termasuklah aku. Heh.

 

10300771_10152225064288752_4729053470359653057_n

P1080364

Tu diaaaa bloggers seantero Malaya menyerang masuk ke kilang! Termasuk si famous amos Namee Roslan yang aku baru kenal hari tu. Ngeeee *slap face*

 

P1080367

Gaff si ketua rombongan group hijau dan oren sedang menyambut ketibaan kami di Kilang Mamee Chef. Siap ada red carpet, gitu. Feeling retis sangat tau! *libas shawl*

 

P1080377P1080379P1080380

Sebelum dibawa masuk ke kilang pemprosesan, layan tengok demo buat Mi Tarik dulu daripada Sifu Chef yang diterbangkan khas dari China. Sambil-sambil dia uli tu, dalam 5 minit kemudian…

 

P1080385

…pooofff!!! Tiba-tiba doh yang Sifu Chef dok uli tadi tu dah jadik rupa mee jurai-jurai macam ni. Serious kagum, weh. Rasa macam magic pun ada. Dia tarik-tarik je kot. Alih-alih jadik mee. Oh ya, dua dari kanan tu big boss Mamee; Datuk Pang.

 

P1080393

Lepas tu, ada demo memasak pes bagi salah satu perisa kuah Mamee Chef yang popular iaitu Laksa Kari. Bau dia perghhhhh! Menggugat selera betul.

 

P1080387

Sambil-sambil tu, boleh tengok galeri Mamee ala time-travel ni. Kat sini display packaging semua produk Mamee sejak dari tahun penubuhan sampai la sekarang. Macam-macam anugerah Mamee dah dapat dan yang terkini adalah Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 under Food Stuff Category

 

P1080400

Tibalah masa yang dinanti-nantikan; the factory visit! Kami dibawa melawat ke kilang pemprosesan Mamee noodles iaitu segala jenis mee segera yang dikeluarkan oleh Mamee termasuklah snek Mamee kegilaan kite zaman kecik-kecik dulu.

 

P1080402P1080406P1080412

Penghasilan produk Mamee noodles secara umumnya, akan melalui 9 proses iaitu Mixing (Campuran tepung untuk dijadikkan doh) > Rolling (Uli/nipiskan doh) > Slitting (Hiris/cetak doh) > Steaming (Kukus) > Cutting (Hiris doh mengikut saiz) > Seasoning (Bubuh perasa) > Frying (Digoreng pada suhu 165 darjah celcius)> Cooling (Sejukkan sebelum dibungkus)> Packaging (Dibungkus dalam individual pack)

 

P1080416P1080420

Menurut tour guide kami, lebih kurang 600 paket Mamee dihasilkan dalam masa seminit. Dalam sehari, kilang Mamee boleh mengeluarkan sehingga 1 juta paket Mamee! Kantar WorldPanel punya kajian mendapati daripada 5.47 juta isirumah di Malaysia, 4.2 juta adalah pembeli tegar mee segera Mamee *makcik kayoooo*

 

P1080427P1080429

Dah penat melawat kilang, apa lagi? It’s makan timeee! Menu luch hari tu ditaja oleh Mamee Jonker House. Ada Nasi Ayam Kepal, Satay dan Desserts. Sedap hoiii. Dah nama pun makan free, kan. Heh.

 

P1080424

Perut kenyang, suka hati. Sempat posing feeling remaja kat photobooth Mamee Chef dengan Pretty Miss Fiona.

 

P1080446

Mamee Jonker House |No. 45 & 8 , Jalan hang Jebat 75200 Melaka | Tel : 06 – 2867666

Lepas tu kami dibawa ke Mamee Jonker House kat Jonker Walk Melaka. Kali terakhir aku sampai Jonker Walk ni nak dekat 10 tahun dulu, kot. Zaman aku jadi orang Melaka masa praktikal degree dulu. Masa tu Mamee Jonker House ni belum wujud lagi. Banyak berubah dah rupa Jonker Walk ni.

 

P1080451

Ketibaan disambut oleh our childhood hero; The Mamee Monster! * Mhaameee Mhaaameee - annoying soundtrack berkumandang* Harus lah posing seround dua bersama mommy bloggers Ryyhan dan TheMummySha. Kebetulan pulak, kami semua share same birth month, Gemini babies rocks!

 

P1080457P1080515

Sambil-sambil dengar taklimat, mata aku melilau-lilau melawat kawasan. Uniknya Mamee Jonker House ni, bukan semata-mata sebuah restoran. Dalam bangunan yang dah berusia lebih 200 tahun ni, ada Mamee Café, Mamee World, Lil Monter Kitchen, Noodle Doodle dan Merchandise Store.

 

P1080454P1080478P1080477

Mamee Café.

Boleh lah rasa signature dish; Nasi Ayam Kepal. Dijamin HALAL. InsyaAllah.

 

P1080481P1080482

Lil Monster Kitchen.

Agak-agak bosan hujung minggu kat rumah dok layan anak-anak menghadap tablet je, ada bagusnya bawak datang sini. Boleh belajar buat snek jajan Mamee tu sendiri. Dibuka setiap hari Sabtu dan Ahad, boleh tempah slot pukul 11 pagi, 1.30 tengahari atau 3 petang.

 

P1080480P1080491

Noodle Doodle.

Lepas belajar buat snek Mamee, masuk sini boleh custom-made Mamee Chef perisa dan packaging citarasa sendiri. Memang anak-anak akan suka la buat aktiviti kreatif macam ni. Makpaknya pun boleh join sekali apa. Kiranya, boleh masuk dalam list aktiviti hujung minggu anak-beranak la.

 

P1080490P1080498

Konon-konon nak simpan dalam almari kaca buat kenang-kenangan. Takde maknanya. Baru sempat dua hari, jiwa perut ku ini meronta-ronta mahu. Sedapnyaaaaa hingga menjilat jari. Dah kata resipi sendiri, kan. Kemain over aku letak favorite condiments dalam tu. Patutlah The Ramen Rater mencalonkan Mamee Chef sebagai Top 10 Best Instant Noodles in The World for 2014.

 

P1080462P1080463

Merchandise Store.

Macam-macam barangan ekslusif Mamee boleh beli kat sini. Aku beli jugak sehelai tshirt untuk Alfiy dengan special discount 10%. Harga masuk kategori affordable la.

 

P1080465P1080464

Souvenir wajib bawa pulang dari mana-mana tempat yang dilawati.

 

P1080455P1080460P1080467P1080469

Demo pemprosesan snek Mamee oleh Mamee Monster. Cute sangat pleaseeee.

 

P1080501P1080510

Mommies Mamee day out sudah berakhir. Sobs. Gambar last kopek sebelum kembali ke pangkuan suami dan anak-anak yang dikasehi.

 

P1080519

Meet Alfiy Monster; the new Mamee mascot.

 

Lepas ni, memang konfemmmm terus upgrade to Mamee Chef!

Kenapa nama dia Mamee Chef? Sebab bersempena dengan kolaborasi Antara Mamee dengan Selebriti Chef terkenal tanahair; Dato’ Chef Ismail. Resipi Mamee Chef (prerisa Kari Laksa dan Tom Yam) adalah air tangan Chef Ismail sendiri yang direkacipta khusus mengikut selera rakyat Malaysia.

 

Jutaan terima kasih Nuffnang dan Mamee atas peluang hebat ni.

It was a whole new exciting experience for me.

 

Untuk ketahui lebih banyak perisa Mamee Chef yang sedap-sedap, boleh follow Facebook Mamee Chef

 

 

HER : Puasa tak habis ganti lagi niii  T____T