Wednesday, January 30, 2013

Ganu Kite


Assalamualaikum,

Minggu lepas Auntie ke Trengganu, setelah sekian lama tak kesana., hampir lupa dah akan keindahan negeri Ganu Kite ni. Auntie memang tak pernah ke sana dengan kereta sendiri, dulu kalau pergi pun atas urusan kerja, meeting atau site visit, selalunya pergi dengan flight, ada sekali tu naik bas pejabat sebab ada site visit.

Pemergian kali ini adalah disebabkan mengikut rombongan perkahwinan anak sedara Auntie En. Akmal.(Anak adik Auntie) Kami bekonvoi 5 buah kereta melalui lebuh raya Timur Barat.Jalannya berliku, turun naik bukit membelah Banjaran Titiwangsa, udara nyaman pemandangan hutan belantara yang sungguh mendamaikan. Hampir 6 jam, setelah beberapa kali berhenti, barulah kami sampai ke destinasi, rumah Cikgu Yati dan Cikgu Stapa di Kg. Pengkalan  Maras, Batu Rakit. Lebih kurang 22km dari K. Terengganu. Cantik dan besar rumahnya. Setelah dapat minum secawan dua, kami beredar ke homestay yang telah di booking oleh Cik Gu Stapa, dia ni biras kepada adik ipar Auntie, ia itu emak kepada En. Akmal si Pengantin...faham ke? Auntie pulak telah booking Chalet berdekatan homestay tadi. Memang seronok sebab kedua dua tempat penginapan mengahadap laut.

Malamnya kami makan malam dirumah Cik gu Stapa. Esoknya lepas breakfast kami ke KT, menuju Pasar Payang...bestnya pasar ni, macam-macam ada, kalau ada duit banyak harus lah nak diborong apa saja yang terjual. Auntie hanya beli beberapa helai kain batik, baju kelawar, kain telekong.....yang bestnya Auntie terjumpa tali,pinggang besi yang dipakai oleh mak mak kita jaman Auntie kecik-kecik dulu, dah lama Auntie cari tu, terus le beli.

Pasal makanan pulak, puas lah dapat makan keropok lekor yang ori, sotong celup tepung, nasi kerabu dan nasi dagang, dan paling best harga makanan tersangatlah murahnya. Untuk breakfast, makan nasi kerabu dengan daging bakar, mihun dan segala bagai lauk campur air untuk dua orang baru RM7! Adik ipar Auntie beli nasi bungkus dengan lauk baru RM1.50!...terkejut dia.

Hari Jumaat lepas solat Asar, rombongan bergerak ke rumah pengantin perempuan, kampung Lalang ke Sg. Lalang, Tepoh...dlm 10 km dari homestay kami. Lepas Akad nikah ada sedikit jamuat, ingat ke jamuan ringan, rupanya nasi minyak dengan berbagai lauk. Sedap nasi minyak orng Ganu ni.
Malamnya sekali lagi kami di jemput keluarga Cik Gu Stapa kerumahnya....ada...bbq pulak....makanlah kami hingga perut sendat...

Esoknya, sebelum waktu Zuhur, rombongan kami sekali lagui ke rumah pengantin perempuan untuk majlis jamuan. Kali ini kami dijamu dengan nasi putih dengan lauk kari kambing yang sungguh sedap. Mihun sup pun ada juga. Selesai sessi bergambar dengan pengantin, Auntie dengan Cik Din bergerak meninggalkan majlis menuju Kuantan melalui jalan pantai.

 Memang Terengganu dan jauh berbeza, pesat membangun, negerinya cantik dan sangat bersih, orangnya pun sangat ramah tamah. Insya Allah Auntie akan ke Terengganu lagi.

Na...na...na.....na...na...Ganu Kite eeee...!!

Thursday, January 10, 2013

Tahun 2013


Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru 2013.

Sekian lama tidak memblog, hampir lupa cara cara nak buat  ' post baru'....adui!

Alhamdulillah, kesihatan lutut Auntie bertambah baik. Syukur sangat2 setelah pembedahan. dah tak ada lagi sakit-sakit dan kualiti kehidupan seharian pun rasanya bertambah ceria, insya-Allah esok ada appoinment dengan pakar orthopedik Hospital Putrajaya. Routine biasa selepas pembedahan. Buat x-ray, check-check lutut, balik. Selepas pembedahan kali ini, Auntie tidak mengikuti pysio-thrapy seperti sepatutnya, malas nak berulang ke hospital, Auntie buat sendiri kat rumah je, setiap pagi buat warm-up, lepas tu cycling dalam 15 minit....petang, buat lagi perkara yang sama, itu dah cukup kata doktor...senang tak payah keluar rumah.

========================================

Cik Din - sedang mengira hari untuk bersara...dia tak sambung hingga usia 60. Katanya nak relax dan nak buat apa yang tak dapat dibuat masa bekerja.

Anja - macam tuuu lah jugak. Kerja, kerja, kerja......entah bila dia nak kawin??

En. Amir - masihhhh lagi keje dengan 7 E...sekejap dulu dah dapat keja yang sesuai dengan kelulusan, tapi tak sesuai pulak dengan setuasi sekeliling, katanya.... walau pun gaji agak lumayan.........pun, entah bila nak kawin ??

Jim -  baru habis praktikal selama 6 bulan, sekarang  dah dalam semester 5, alhamdulillah, nampaknya Jim ni rajin dan tekun belajar ada wawasan...dan yang pentingnya dialah  'baby' Auntie yang masih boleh dipeluk cium, walau pun bermisai berjanggut.....kawin??? oh, tentulah belum lagi, baru nak masuk 21 tahun, tak sesuai ok...

Cukup dulu buat permulaan...

Jumpa lagi, insyaAllah.
 

Wednesday, October 31, 2012

Assalamualaikum.....


Assalamualaikum.

Hampir dua bulan blog Auntie berehat. Alhamdulillah, hari ini tergerak pulak hati nak memblog.

Auntie telah selamat menjalani pembedahan lutut pada 10/10 yang lalu. Jadual asal adalah pada 17/10, tapi telah dipercepatkan disebabkan ada kekosong bilik OT pada hari tersebut. Kini Auntie dah beransur pulih, dah boleh berjalan tanpa menggunakan walking frame. Auntie berada selama lebih kurang seminggu di hospital. Pembedahan kali ini hanya memakan masa 3 jam berbanding pembedahan kali pertama dulu hampir 6 jam. Terima kasih yang tidak terhingga kepada empat orang pakar bedah orthopedik, doktor-doktor serta jururawat hospital Putrajaya yang telah menjalankan tugas mereka dengan begitu cemerlang, hanya Allah sajalah yang akan membalas sekala jasa baik mereka. Amin
Mudah mudahan selepas ini Auntie tak ada lagi masaalah sakit lutut.Insya Allah dapat pula menjalani hidup seharian seperti orang lain.

Sekian.







Wednesday, August 08, 2012


Bertemu Semula.


Assalamualaikum dan salam Ramadan.

Muncul semula setelah sekian lama tidak menunjukkan diri di alam maya. Memang sangat lama meninggalkan blog tanpa ada khabar berita. Terlama dalam sejarah berblog setelah hampir sepuluh tahun menjadi blogger.

Alhamdulillah, Auntie masih bernafas, masih diberi Allah untuk meneruskan hidup, semoga usia terus panjang dan penuh berakah. Banyak yang terjadi sepanjang empat bulan lalu.
Auntie dah rasa sihat setelah setiap pagi melakukan senaman. Malangnya kedaan itu hanya sempat di nikmati dalam masa tiga bulan saja, sakit lutut yang telah dialami hampir sepuluh tahun kembali memperlahankan kegiatan seharian Auntie. Rutin ke hospital bermula semula.

Insya Allah ada rezeki, lepas raya ni Auntie akan menjalani pembedahan lutut sebelah kiri pulak.
Surat kelulusan untuk rawatan baru saja Auntie terima semalam, tinggal nak bincang tarikhya dengan Pakar Orthopedik saja lagi. Jika dingat ingat pasal pembedahan ni memang le rasa seram. Pembedahan akan mengambil masa lebih kurang enam jam dengan biusnya dari pinggang ke bawah......bagi pembaca yang belum kenal Auntie atau baru kenal, Auntie telah menjalani pembedahan serupa untuk lutut kanan pada Januari 2008. Ok, nanti kita cerita lagi bab ini bila sampai masanya nanti.
---------------------------------------------------------------

Hari ini dah masuk hari ke 19 kita berpuasa. Sungguk cepat masa berlalu. Zaman kanak kanak Auntie dulu nak menghabiskan satu hari berpuasa rasanya terlalu lama, dah tido, bangun, tido semula masih juga belum berbuka. Sekarang dari hari ke hari langsungtak terasa, macam tak percaya, Ramadan akan berlalu meninggalkan kita. Kita pun belum pasti samda kita akan bertemu dengan Ramadan akan datang...
Seminggu sebelum Ramadan Auntie dikejutkan dengan kematian dua arang kawan yang agak rapat.Pertama, kawan Auntie semasa kerja dulu, (lelaki) meninggal kerana komplikasi jantung (ada jugak yang kata kena buatan orang, wallahu alam) Dia dah hampir dua tahun sakit jantung, salurannya tersumbut, dan telah pun di masukkan sten ke saluran jantungnya. Dia ni beberapa tahun muda dari Auntie.
Selepas tiga hari, kawan belakang rumah pulak meninggal kerana komplikasi buah pinggang.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas Roh kedua dua mereka.

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, itu janji Allah.
------------------------------------------------------------------

Minggu lepas Auntie ke shopping komplek, nak cari baju raya untuk dua orang anak bujang Auntie.
kalau ikutkan diaorang, alamat pakai baju lamalah....susah betul bebudak sekarang. apa lagi bila dah besar panjang. Untuk Auntie pulak macam biasalah, tak ada nak baju baju baru, pakai saja apa yang ada, masih elok lagi. Yang penting hari raya dapat balik kampung jumpa mak. Tahun ni giliran kampun Auntie, lagi lah excitednya. Kampung Cik Din kami balik  juga, tapi lambat sikit lah, mungkin seminggu kemudian, insya Allah.

Kueh mueh memang le tak rajin Auntie nak buat....tunjuk tunjuk saja macam selalu. :-)

Sekian wasallam, selamat berbuka.





Thursday, March 22, 2012

Hemmmmm....


Assalamualaikum,

Semalam harijadi Auntie....sian Auntie...dah tua rupanya... :-(

Monday, March 12, 2012

Ada hikmah..


Assalamualaikum,

Alahai! lama tak update..

Cuti sekolah dah bermula, sunyi sikit kawasan rumah Auntie (yang dekat sangat dengan sekolah) terutama time sesi sekolah berakhir, aman sikit rasanya. Tak tahu kenapa ramai mak ayah yang tak perihatin bila meletak kereta semasa nak tunggu anak anak keluar kelas, main redah je, tak kira depan gate orang ke, depan pintu rumah orang ke....yang penting dia nak ambil anak dia walau pun menyusahkan pergerakan orang lain. Sabo je lah!

Auntie terima undangan perkahwinan daripada sepasang pengantin yang dulunya satu ofis dengan Auntie. Mereka ni bercinta dalam diam, ramai yang terperanjat apabila kat diedarkan.
Katanya geng kat ofis langsung tak dapat menghidu percintaan mereka. Bagus lah macam tu.

Majlis di langsungkan pada Sabtu lalu di TTDI sebelah perempuan, pihak lelaki pulak pada hujung minggu ni di Marang Trengganu.
Al kisahnya, Auntie pun excited semacam nak menghadirkan diri ke majlis tersebut, almaklumlah, selain daripada meraikan pengantin, dapat juga bertemu dengan kawan kawan.

Hari Sabtu tu, awal lagi Auntie dah bersiap siap. Auntie kenakan baju kurung warna merah menyala yang Auntie pakai untuk kali pertamanya masa majlis kawin anak buah Cik Din di Kuantan dulu. Kami bergerak awal, maklum le nak ke TTDI yang dah berkurun kami tak pergi.
Jalan agak sesak memanjang. Kami masuk ke Damansara, berpandukan map yang tercatat di kad kawin...rupanya, dah banyak sangat perubahan berlaku, sana sini ada construction works...dan elok ikut map, tapi terus pulak ke jalan mati! jumpa jaga tanya...hampeh, jaga Bangla, mana dia tahu asyik goyang goyang kepala sambil tangan tunjuk sana sini. Lastnya kami cari jugak sendiri, pusing sana, pusing sini, tak jugak ketemu, dah le jem ...jam dah pukul 2.00, perut dah lapo...akhirnya kami giveup, terus cari jalan balik....sampai Bangi, terus saja ke restoren nasi beriani gam.....ha, ha,,,,sedap betul beriani dia, mungkin sebab kelaparan!

Mai hari Ahad, bangun dari tidur saja, lutut macam jem, sakit yang amat, rasanya kalau la tu boleh di operate, la tu jugak nak dibuat. Nasib baik le ada pain killer, telan dua bijik dan rest...tergolek macam dugung, tak boleh nak buat apa apa. Alhamdulillah menjelang tengahari sakit makin berkurangan. Biasa le, bila dah rasa ok je, rasa nak jenjalan, Cik Din ajak ke kedai lampu..tengok-tengok katanya. Auntie pun siap lebih kurang, Cik Din dah kat luar rumah, Auntie keluar dan terus je tarik pintu.....astaga....kunci rumah dan kunci kereta masih kat dalam rumah.....sudahnya nak masuk rumah tak dapat, nak gerak tak dapat. Nasib baik ada h/p, call En.Amir minta dia balik buka pintu...dia pulak ke Alamanda jumpa kawan adalah dalam 40 minit menunggu....

Nasib, nasib....adalah hikmahnya di sebalik kejadian.


Wednesday, February 22, 2012

Warm up saja...


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Auntie masih sihat (walau pun masih sakit lutut) masih tak terasa boring duduk dirumah, walau pun ramai yang selalu bertanya 'tak boring ke' ?.. :-) apa nak boringnya???...tak siapa mengganggu Auntie kat rumah. Banyak dah kitab-kitab yang Auntie beli lama sebelum pencen dah selesai Auntie baca, malah, dalam masa 2 bulan pertama tahun ni saja Auntie dah habiskan lebih kurang 5 bijik novel dan 5 bijik kitab...he...he... ok kan?

Banyak juga perkara/peristiwa yang berlaku, tapi tak semua yang boleh Auntie kongsikan di sini. Antara yang boleh dikongsi....adik Auntie yang sakit tu (Cik Mat) insya-Allah akan menjalani rawatan susulannya di HKL mulai 27 Feb, ni.
Minggu lepas pulak Auntie ke Kuantan menghadiri majlis perkahwinan anak buah Cik Din....di buat besar-besaran...pelamin pun atas pentas besar macam nak berkonsert. Ada penari kebudayaan, ada band dari Indon lagi...sayangnya dalam kelam kabut bersiap, terlupa nak bawak kemera. :-(
Satu lagi berita gembira, En. Amir dah dapat kerja baru, yang setimpal dengan kelulusan dia...happy bukan main budak tu...ha...ha.. kalau dulu kerja dalam air con, la ni kena jaga projek ...kenalah berpanas berhujan. :-)
Masa cuti Maulidur Rasul baru ni Auntie balik kampung, balik dengan Cik Di, (adik bongsu)...mula tu rasa berat juga nak ikut dia,dia ni bila bawak kereta laju yang amat...seriau Auntie...tapi, sebab nak tengok mak punya pasal, Auntie beranikan diri saja.....ha, ha, memang rasa macam terbang saja..apalah lagi dia ni pakai kereta Sport...he...he....Auntie dok ngucap sepanjang jalan... Mak Auntie semakin uzur, pendengaran dah kurang beno, susah nak sembang dengan dia, tapi alhamdulillah ingatannya masih ok, makan ok, tido pun ok.

Takat ni saja dulu untuk 'meng warm-up ' blog ni setelah sekin lama tido.