Isnin
Akhirnya..gigi geraham yg sakit ni berpisah drp gusinya.
Yg saya nak highlightkan ni bukan pasal sakit gigi ni..tapi pilihan rawatan utk gigi ni. Asal gigi geraham atas sblh kanan ni sakit masa saya ngandungkan Alia peringkat trimester akhir, kiranya lagi sebulan or 2 minggu nak bersalin. Masa tu, saya pergi ke klinik gigi cina yg dah simpan rekod pergigian saya sejak mengandungkan Huda lagi. Sama seperti Huda dulu time mengandung trimester akhir, doktor tak mau cabut gigi tu sbb kesannya nanti saya blh kena contraction bersalin sedangkan tarikh due lambat lagi. Jadi doktor tampal dulu gigi tu sementara tunggu saya bersalin dan lepas tu baru saya boleh cabut gigi. Mmg tahan tampalan tu dan hilang sakit gigi selama setahun lebih ni, hinggalah 3 minggu yang lalu sakit tu datang balik. Kali ni saya pergi klinik gigi kat area Gombak sbb kami dah duduk di sini. Yg klinik gigi cina ni di area Selayang sebab kami duduk di sana dulu. Klinik gigi di Gombak ni, saya pergi k klinik melayu.
Di klinik gigi melayu ni,
-doktor bagi pilihan samaada cabut atau matikan akar (tak yah cabut gigi, matikan saraf jer dan kmdn ditampal, prosesnya 3x dlm masa 3 minggu berturut2 -1x seminggu-). Yg cabut, dlm 45 inggit dan yg matikan akar, 500 inggit.
Masalahnya dia tak terang lebih lanjut mana yg sesuai utk saya dan cadangan yg terbaik utk saya. Dia suruh pilih jer mana satu yg saya nak. Masa tu tak leh nak cabut dan matikan akar sbb gigi saya terlalu sakit dn dah bengkak pun gusi. So, dia bagi pain killer dan antibiotik. Selepas 3 hari dia suruh datang lagi, samaada utk cabut atau matikan akar.
Tapi, dah 3 hari pun tak hilang lagi sakit gigi tu, jd saya datang semula pada hari k 5 (tak dan nak p awal) dan diberi pain killer dan antibiotik lbh kuat. masa kali kedua kami dtg ni, secara tak sengaja kami dpt tau yg lepas 6 bln matikan akar, kena buat crown pada gigi tu pulak ( bila saraf dah dimatikan, gigi tu dah tak kuat, jd nak elakkan gigi reput, ia dikukuhkan ngan sarung gigi yg dipanggil crown ni) yg berharga 400 lbh krg.
Bila tau hal ni suami saya merungut depan saya sbb kami tak diberi penjelasan panjang lebar pasal ni, yelah bagitau citer sekerat jalan jer dulu pasal matikan akar. ingatkan cukup matikan akar jer, tapi kena wat crown pulak lepas tu. At least kami blh buat keputusan bijak samaada nak cabut gigi or matikan akar dan berbaloi tak duit yg dibelanjakan tu terutama jika kami pilih rawatan matikan akar (bab gigi pun peningkan kepala). Tapi saya sempat tetapkan appointment seminggu berikutnya utk cabut or matikan akar ni. Suami bagitau, sementara saya abihkan antibiotik kali k2 ni, kena wat survey kat klinik lain dulu nak tgk samaada penjelasan dan kos rawatan tu sama atau tidak ngan klinik melayu ni.
Dalam masa yg sama juga, entah kenapa hati saya berat nak teruskan rawatan di klinik melayu ni. Bila suami kata wat survey klinik lain dulu, terus hati saya tergerak nak dtg ke klinik cina ni semula. Terutama sekali rekod ttg gigi ni ada di sana. Bila time tiba appointment kat klinik melayu tu entah nape, tergerak jer saya nak cancel appointment tu.
kemudian, minggu lepas berlalu camtu jer, gigi tak berapa sakit sangat. still makan antibiotik on off (time sakit jer..x leh sebenarnya). suami tak dan nak wat survey kat klinik lain ngan tight schedulenya. Saya pun berdoa gak, tunjukkan mana klinik gigi yg patut saya pergi.
Hinggalah Sabtu petang baru ni , lepas kenduri kahwin tu kami p ke klinik cina tu semula. Bila dia check gigi saya ni, punyalah panjang lebar explaination doktor tu ngan pembantu dia, antaranya;
-kena cabut gigi ni jugak sebab gusi dah bengkak di luar (nerve kat luar tu dah rosak dan bila ia rosak maka kuman2 dia akan menyerang gusi gigi lain yg blh mengakibatkan semua gigi rosak)
-so, no point habis lbh seribu untuk mati akar dan crown sbb akhirnya gigi tu kena cabut juga.
-nak buat mati akar dan crown ni hanya jika gigi sakit dan gusi luar tak bengkak. sbb yg nerve kat dlm tu jer bermasalah. maka ia akan bertahan at least selama 10 thn. kalau buat juga sedangkan gusi luar dah bengkak, ia akan bertahan at least 8 bulan. kan rugi duit yg dah dibelanjakan tu
keputusannya: saya bersetuju utk cabut gigi dan dipersetujui bersama oleh cik abe.Fikirkan buat apa buang duit lbh seribu utk menyelamatkan gigi yg dah rosak betul ni. Fuh..punyalah berminggu nak wat pilihan rawatan gigi ni. Dan kliniknya? saya pilih klinik cina ni, sbb ketelusannya memberikan explaination panjang lebar mengenai rawatan ni yg kita tak minta pun penjelasannya. Lagi satu, nampak dia ni tak kejar keuntungan besar, yg penting kesihatan gigi pesakit dia.
Bayangkan jika saya laburkan duit seribu lebih utk sebatang gigi yg dah tue ni dengan harapan ia boleh berkekalan hingga ke kubur bersama saya, tetapi akhirnya kena dicabut juga disebabkan mendapat penerangan yg tidak jelas.Kan dah rugi tu...
Kenapa saya pening kepala antara cabut gigi dan mati akar sblm ni? hehe, ada citer gak tu (huh...itupun nak citer). Suami suruh saya pilih nak wat mana satu, lepas kami dtg ke klinik melayu ni stlh diberi pilihan. Ikut hati nurani saya, naklah matikan akar, tak yah cabut gigi, sbb gigi geraham depan tu dah kena cabut. Nak cabut yg ni pulak, alamat bertambah besarlah ruang kosong gigi atas tu sbb bersebelahan jer. Tapi, kalau senyum jer, tak nampaklah. Jgn gelak, mau lalat lalu terowong tu. Dan yg keluarkan duitnya cik abe sbb saya ni permaisurikan (makno eyy den tak kojo ;D), tak sampai hati nak suruh dia melabur 500 inggit lebih tu kat gigi nan sebatang ni campur crown nanti 400 lbh, total mau seribu lbh (blh wat belanja dapur 4 or 5 bln tu!!!) . Kalau cabut gigi, tak sampai 50 inggit. Kan jauh beza nilainya tu.
Saya pun bagitau suami,ayatnya lebih kurang gini;
kang den cabut gigi..rongaklak nampak eyy..sonyum kang dah nampak lubang. Tak malu ko isteri abang rongak?Abang gak yg nak pandang muko den...org lain den tak kisah doo.. (konon2nya nak nampak ayulah depan suami)
Bila saya cakap camtu, punyalah dia suruh saya posing senyum ngan dia..mula2 wat senyum, ok lagi..lepas tu dia suruh lebarkan senyum, ok lagi, lepas tu dia suruh saya gelak. Saya gelak besarlah. Dia terjerit..eiii berlubang!!(imaginasi dia bila gigi ni cabut gak mmg lubang besar nampak kalau saya gelak kuat).Kahkahkah...
Dan kalau tak kerana gusi luar ni dah bengkak, confirm saya buat matikan akar dan crown ni atas tajaan kasih sayang cik abe. Apapun terima kasih buat suamiku tersayang kerana sudi menaja perbelanjaan mencabut gigi ini.;D (yolah, sapo laiy yg nak tajo,yo tak?)
*************************************************************************************
Petang Ahad, sblm kami melawat Z di hospital, saya n suami berborak2 pasal agenda nak p klinik gigi n antar huda & alia k rmh mak. Lagi sekali suami nak tgk rupa muka saya kalau saya cabut gigi tu nanti..saya pun posing senyum hinggalah peringkat nganga sebesar2nya. Lawak tul. Suami pun kata, ha ah..nampak lubang besar. ..
Tiba2 suami suggest kat saya, lebih kurang ayatnya:
nanti masukkanlah pasal cabut gigi ni dalam blog
mestilah, nanti wat tajuk sayonara gigiku
Hehehe...tersengih menggeleng suami saya dengar tajuk tu.