SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Showing posts with label trw. Show all posts

Juara Treble 2012

No Comments »




Kancah Piala Malaysia melabuh tirai , dengan aksi final yang sunggu sengit dan dramatik, secara tidak langsung saingan piala domestik musim ini turut menutup musimnya dengan penuh gilang gemilang oeh The Red Warriors apabila berjaya mencapai Trebel pada musim 2012 . Aksi konsistan yang di pamerkan oleh anak buah Boyan Hodak ini mampu mengekalkan kejuaraan liga super dan merampas kembali piala Malaysia dan mencipta sejarah apabila bergelar juara piala FA tahun ini.

Walaupun di landa dengan pelbagai provokasi dan kontroversi , The Red Warrior kini boleh mendabik dada dengan kejayaan treble ini tetapi harus berwaspada dengan ancaman pasukan lain pada musim depan. Kerana untuk mencipta kejayaan mudah tetapi mengekalkan kejayaan tidak mudah.

Dalam aksi final Piala Malaysia, menghadapi lawan yang di barisi dengan tonggak berpengalaman dan perkasa ATM, tindak melenturkan semangat juang pasukan untuk merobek ATM. Seawal visel di tiup, ATM mula melancarkan serangan kegawang Kelantan . Namun Kelantan juga berpeluang untuk meraih gol namub tandukan Afiq berjaya di tepis keluar penjaga gol ATM Faizal Harun.

Indra putra muncul wira apabila menghadiahkan gol kemenangan pada masa tambahan . Aksi Matyo yang luar biasa pada malam final lalu patut di puji apabila meledak 2 gol pada masa sebenar. Walaupun di lema isu penggantungan Nor farhan dan Ghaddar , Skuad TRW tidak berdepan masalah walaupun di laporkan tempang di final .

Misi 2012 Tercapai :  

Final Piala Malaysia 2012 TRW vs ATM

No Comments »




Setelah menyingkirkan Selangor dalam saingan separuh akhir dengan agregat 3-0 , kelantan mara dengan langkah bergaya di final yang mana akan berentap bersama pasukan juara liga perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia. ATM mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan naib juar liga super iaitu Lions12 melalui penentuan sepakan penalti.

Kebangkitan ATM pada musim ini seolah-olah melaung amaran bahawa mereka bukan lagi pasukan belasahan, malah mereka telah menyingkirkan juara bertahan N.9 pada peringkat suku akhir. ATM yang di barisi dengan tonggak berpengalaman seperti HaiO,Rizal Zambri, Aidil dan berebrapa nama besar bola sepak juga memiliki penyokong yang kosistan sorakan padu mereka.

Berbalik di kem Kelantan yang mara ke perlawanan akhir 2 kali dalam tempoh 3 tahun mempunyai cita-cita tersendiri iaitu untuk mencatat treble pertama pada kali ini. Walaupun mereka terpaksa beraksi tanpa kelibat Ghaddar dan Farhan pada saingan akhir nanti, TRW mempunyai penganti tempat yang sesuai dan pilihan yang berbagai, sama ada mahu meletakan afiq azmi bergandingan dengan norshahrul mahupun menolak indra kehadapan.

Sama-sama kita saksikan kemuncaknya pada 20.10.2012 , 8.45 Malam , Stadium Shah Alam.

PM | Selangor vs Kelantan

No Comments »



Pertembungan Kelantan dan Selangor boleh di ibaratkan pertemuan El Classico Malaysia, di mana pertembungan dua seteru pasukan bola sepak ini . Setelah bertembung pada separuh akhir 1 tempoh hari telah menarik ramai minat peminat bola sepak tanah air. Sememangnya menjadi tumpuan mata-mata peminat bola sepak masa kini untuk menantikan detik-detik mencemaskan yang terjadi . 

Karathu Maruthaiah

''Well done TRW. Farhan's goal was a superb left foot drive. If Kelantan can score one in Shah Alam , Selangor need to score three in Shah Alam. I dont think they are capable.The road is clear to Bukit Jalil. Kelantan biggest hurdle would be ATM in the final.''I didn't watch Man City versus Sunderland but watch the full match between Kelantan vs Selangor. If Kelantan can score one in Shah Alam, they need to score three goals. We thrashed Selangor 5 - 1 last year in Shah Alam. Hahaha-----. TRW fans can have good night sleep today.

Selangor dengan misi 33 iaitu memburu koleksi piala malaysia untuk kali ketiga setelah sepi untuk menjulang trofi buat seketika. Manakala di kem Kelantan misi mereka untuk memburu 3 piala untuk satu musim semakin bersinar apabila membawa bekalan 1 gol untuk bertandang di stadium shah alam nanti. Kelantan hanya memerlukan seri sudah memadai untuk sekali lagi beraksi di pentas final piala malaysia 2012.

Seolah-olah enggan mendabik dada setelah merangkul kejuaraan piala fa dan juara liga super, Kelantan di lihat tenang untuk mengawal amaran awal jurulatih Selangor dan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk saingan kedua nanti.

Di shah alam nanti , berita gembira buat penyokong TRW apabila di khabarkan captain marvel, Badri radzi akan di turunkan  setelah berehat akibat sakit mata pada perlawanan tempoh hari. Kehadiran piya cukup member impak di bahagian jentera tengah.

Selangor pula akan beraksi tanpa kelibat nasriq akibat layangan kad merah yang terimanya. Namun bahagian tengah Selangor yang akan di kemudi oleh safiq rahim akan menjadi impak menarik nanti. Kelibat 2 kapten ini akan menjadi tumpuan pada 12.10.2012 .

Jangan lupa temu janji kita pada 12.10.2012 untuk saingan separuh akhir 2 Piala Malaysia 2012.

TRW Kalendar Edisi March 2012

No Comments »



























Grafik | Koloni Hitam
Gambar | Arthelance www.kelate.net

Sabah Vs Kelantan - Liga Super 2011

No Comments »



Photobucket
Misi terakhir untuk musim ini . Selangkah lagi kita JUARA LIGA