SELAMAT DATANG KE LAMAN KOLONI HITAM .. BACA , KOMEN DAN FOLLOW .. TERIMA KASIH .. DATANG LAGI .. =)

Showing posts with label artwork. Show all posts

Facebook Cover V1

No Comments »









Sedikit sharing my artwork. Design Facebook Cover Timeline, Edisi ketika masa terluang . Ada lagi coming soon

Suka Conteng

No Comments »


Before photoshop ini lah tempat nak main-main, dulu masa kecik-kecik selalu bukak benda ni..Zaman sekarang ada lagi ke yang bukak dan guna paint?
 

Final Piala Malaysia 2012 TRW vs ATM

No Comments »




Setelah menyingkirkan Selangor dalam saingan separuh akhir dengan agregat 3-0 , kelantan mara dengan langkah bergaya di final yang mana akan berentap bersama pasukan juara liga perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia. ATM mara ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan naib juar liga super iaitu Lions12 melalui penentuan sepakan penalti.

Kebangkitan ATM pada musim ini seolah-olah melaung amaran bahawa mereka bukan lagi pasukan belasahan, malah mereka telah menyingkirkan juara bertahan N.9 pada peringkat suku akhir. ATM yang di barisi dengan tonggak berpengalaman seperti HaiO,Rizal Zambri, Aidil dan berebrapa nama besar bola sepak juga memiliki penyokong yang kosistan sorakan padu mereka.

Berbalik di kem Kelantan yang mara ke perlawanan akhir 2 kali dalam tempoh 3 tahun mempunyai cita-cita tersendiri iaitu untuk mencatat treble pertama pada kali ini. Walaupun mereka terpaksa beraksi tanpa kelibat Ghaddar dan Farhan pada saingan akhir nanti, TRW mempunyai penganti tempat yang sesuai dan pilihan yang berbagai, sama ada mahu meletakan afiq azmi bergandingan dengan norshahrul mahupun menolak indra kehadapan.

Sama-sama kita saksikan kemuncaknya pada 20.10.2012 , 8.45 Malam , Stadium Shah Alam.

Poster Kempen Kitar Semula

1 Comment »











Antara design untuk memberi kesedaran terhadap bahayanya pengunaan beg plastik, dan mengajak supaya penguna mengunakan kempen kitar semula beg kertas dan bahan-bahan kitar semula.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ancaman plastik kepada alam sekitar di negara kita kelak? Jawapan sudah di kenali ramai iaitu melalui kaedah kitar semula atau dengan kata selamatnya beg kertas kitar semula. Dengan pengunaan beg kertas kita semula ketika keluar membeli belah ianya dapat mengurangkan jumlah pengunaan beg plastic, seterusnya mengurangkan pengeluaran beg plastik dan menurunkan kadar pelupusan beg plastik. Kebanyakan di negara-negara eropah mula mengharamkan pengunaan beg plastik ini dan mengantikannya dengan beg kertas.

Menurut ensiklopedia bebas, Pada 4 Mei 2009, Australia Selatan melarang penggunaan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli. Larangan ini akan mengurangkan jumlah sampah di tapak pelupusan, mengurangkan jumlah sampah di jalan, di taman dan aliran air. Pengguna akan diberi beg kompos selain beg yang boleh digunakan semula dengan mengenakan sedikit bayaran. Pembeli hendaklah menyediakan "green bags, atau membayar sehingga A25 sen di kedai utama untuk beg yang boleh reput sendiri.Beg plastik bergulung untuk mengisi buah-buahan, sayur-sayuran dan daging, masih terus disediakan, bersekali dengan beg lebih kukuh di gedung membeli-belah atau kedai pakaian. 4 bilion beg plastik di seluruh dunia amat membazir. Larangan ini dapat mengurangkan 400 juta beg plastik daripada sampah di Selatan Australia setiap tahun.Kumpulan pencinta alam sekitar Planet Ark berharap tindakan ini dapat dicontohi semua.

Di United Kingdom, pengharaman beg plastik adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan. (Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan) ini adalah langkah yang wajar untuk mengurangkan pencemaran sisa beg plastic yang berleluasa. Di Malaysia, isu pengunaan beg kertas juga mula di perkenalkan oleh kerajaan apabila melihat kepada ancaman yang serius terhadap beg plastik. Kerajaan mula melancarakan kempen hari tanpa beg plastic secara berperingkat bermula pada setiap hari sabtu. Di Malaysia, Pulau Pinang ialah negeri pertama yang melaksanakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada 6 Julai 2009 di pasar raya hingga dapat menjimatkan lebih 1 juta beg plastik dalam masa empat bulan.

Program ini kemudian dilanjutkan ke tiga hari seminggu iaitu setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu mulai 1 Jan 2010 dan pada tahun ini, Pulau Pinang mengorak langkah dengan memperkenal kempen 'Setiap Hari Tanpa Beg Plastik Percuma'. 

Di Selangor kebanyakan pasar raya besar seperti Tesco, Carrefour, Giant dan beberapa premis perniagaan lain turut menyokong kempen ini dengan tidak menyediakan beg plastik kepada pengguna pada hari Sabtu. Sekiranya pengguna masih mahu menggunakan beg plastik, mereka akan dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg plastik yang digunakan dan wang itu akan disalurkan kepada badan kebajikan atau untuk program kepenggunaan dan pemuliharaan alam sekitar.

PM | Selangor vs Kelantan

No Comments »



Pertembungan Kelantan dan Selangor boleh di ibaratkan pertemuan El Classico Malaysia, di mana pertembungan dua seteru pasukan bola sepak ini . Setelah bertembung pada separuh akhir 1 tempoh hari telah menarik ramai minat peminat bola sepak tanah air. Sememangnya menjadi tumpuan mata-mata peminat bola sepak masa kini untuk menantikan detik-detik mencemaskan yang terjadi . 

Karathu Maruthaiah

''Well done TRW. Farhan's goal was a superb left foot drive. If Kelantan can score one in Shah Alam , Selangor need to score three in Shah Alam. I dont think they are capable.The road is clear to Bukit Jalil. Kelantan biggest hurdle would be ATM in the final.''I didn't watch Man City versus Sunderland but watch the full match between Kelantan vs Selangor. If Kelantan can score one in Shah Alam, they need to score three goals. We thrashed Selangor 5 - 1 last year in Shah Alam. Hahaha-----. TRW fans can have good night sleep today.

Selangor dengan misi 33 iaitu memburu koleksi piala malaysia untuk kali ketiga setelah sepi untuk menjulang trofi buat seketika. Manakala di kem Kelantan misi mereka untuk memburu 3 piala untuk satu musim semakin bersinar apabila membawa bekalan 1 gol untuk bertandang di stadium shah alam nanti. Kelantan hanya memerlukan seri sudah memadai untuk sekali lagi beraksi di pentas final piala malaysia 2012.

Seolah-olah enggan mendabik dada setelah merangkul kejuaraan piala fa dan juara liga super, Kelantan di lihat tenang untuk mengawal amaran awal jurulatih Selangor dan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk saingan kedua nanti.

Di shah alam nanti , berita gembira buat penyokong TRW apabila di khabarkan captain marvel, Badri radzi akan di turunkan  setelah berehat akibat sakit mata pada perlawanan tempoh hari. Kehadiran piya cukup member impak di bahagian jentera tengah.

Selangor pula akan beraksi tanpa kelibat nasriq akibat layangan kad merah yang terimanya. Namun bahagian tengah Selangor yang akan di kemudi oleh safiq rahim akan menjadi impak menarik nanti. Kelibat 2 kapten ini akan menjadi tumpuan pada 12.10.2012 .

Jangan lupa temu janji kita pada 12.10.2012 untuk saingan separuh akhir 2 Piala Malaysia 2012.

Salam Lebaran

2 Comments »



Kejap je masa sebulan berpuasa , pejam celik dah 1 syawal hari ni. Rasa sedih,sayu pun ada bila mengenangkan ramadhan tahun ni sudah berlalu pergi, semoga ada lagi kesempatan pada masa akan datang.

Selamat hari raya buat semua kekawan, ampun di pinta sekiranya terkasar bahasa dan tersilap cakap. Mohon jangan di simpan dalam hati . Maaf Zahir Batin .

PS | Sayu raya tahun ni, pagi-pagi raya pun dapat mimpi buruk , mimpi buruk ni sudah berlarutan  sejak sebelum puasa lagi .
Photobucket



Sabah Vs Kelantan - Liga Super 2011

No Comments »



Photobucket
Misi terakhir untuk musim ini . Selangkah lagi kita JUARA LIGA

Kelantan Vs Perak - Liga Super 2011

No Comments »


Ayuh The Red Worriors, Lupakan kekecewaan lalu dan bangkit untuk mencipta satu lagi sejarah..
Photobucket

Kata-Kata Buat The Red Worriors

No Comments »


Membilang hari untuk sampai ke tarikh keramat 11 Jun dimana medan penentuan antara 2 pasukan pantai timur di Final Piala FA 2011 . Kelantan VS Terengganu . Kelantan berjaya mara ke final sebanyak 2 kali dalam tempoh 3 tahun dan belum pernah memeluk piala FA .

Photobucket

FINAL MATCH 2011 - Manchester United VS Barcelona FC

2 Comments »





Detik penentuan yang kian hampir di mana bakal menyaksikan 2 kelab gergasi bakal berentap pada perlawanan akhir liga juara-juara . Barca sah bergelar juara La Liga 2011 walaupun masih terdapat beberapa baki perlawanan meninggalkan pencabar terdekat Real Madrid . Begitu juga dengan Manchester yang mana telah sah bergelar juara liga perdana inggeris setelah mengikat Blackburn 1-1 dengan meniggalkan pesaing terdekat Chelsea di tempat ke-2.

Masing-masing telah berjaya mendapatkan piala liga tempatan setelah kedua dua pasukan ini terlepas 1 piala domestik . Barca yang kehilangan piala Copa De Ray setelas tumpas 0-1 kepada Real Madrid pada saingan akhir.

Manchester pula terpaksa melupakan hasratnya untuk menyandang piala FA setelah tumpas di tangan Manchester City 0-1 pada saingan separuh akhir. Kini masing masing semestinya mahu merebut PIALA LIGA JUARA-JUARA.





Photobucket

Final Piala FA 2011 | Kelantan Vs Terengganu

No Comments »


Tahun 2011 merupakan tahun penguasaan pasukan dari timur di mana pada perlawanan separuh akhir menyaksikan 3 pasukan dari timur berentap pada separuh akhir yang mana pasukan pahang menentang pasukan terengganu dan menang secara agregat 5-2. Lawannya di final iaitu pasukan kelantan pula berentap dengan pasukan selangor dan mencapai kemenangan agregat 6-2 ...

Pertemuan 2 Jiran tetangga ini sememangnya sengit dan di nantikan peminat arena bola sepak negara. Kedua dua pasukan mempunyai keseimbangan untuk menang...
Photobucket

EPL Team VS Malaysia Soon

No Comments »


Banner Edisi Khas . hehe

Haraplah team ni hantar player yang betul2 beraksi di EPL bukannya team akademik..=)
Do The Best Malaysia . AAuuuMMMm . Kalau tengok kepada rekod semasa HM tidak mustahil untuk HM memberi saingan sengit kepada 3 Pasukan tersebut..Lagi

Photobucket

Amukan Kijang Piala FA 2011

No Comments »


Wow . 5 Gol di jaringan pada saingan separuh akhir pertama piala FA 2011 di stadium shah alam. Gol pertama di perolehi seawal minit ke 11 jaringan ramzul.,

Photobucket

Artwork for Packaging Brand

No Comments »

Brand STRIKE ( Deadoran Lelaki )


Brand Makanan Fastfood

 Packaging pada botol deadoran



Photobucket