Pages

Thursday, July 17, 2008

Lempeng Oh Lempeng..

Assalamualaikum wbt.


Lempeng segera


1 cawan tepung gandum

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

sedikit serbuk penaik

1 cawan susu segar

1 biji telur (bersaiz sederhana)


- Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul hingga sebati.

- Jika anda rasa terdapat sebarang kekurangan, anda bolehlah olah bahan tersebut mengikut citarasa anda.

- Apabila campuran sudah sedia, anda boleh mula memasaknya di atas pan mengikut saiz yang anda sukai.

- Sesudah siap, anda sudahpun boleh menikmati lempeng segera anda! Sama ada bersama jem, susu manis, chocolate paste, sambal tumis atau begitu sahaja! Mudah bukan? Memandangkan keluarga aku keluarga Jawa, mereka lebih suka makan lempeng dengan sambal tumis sotong atau ikan bilis. Tapi bagi yang sukakan lempeng bersama jem atau yang seangkatan dengannya, anda perlulah mengurangkan kadar kemanisan di dalam campuran lempeng anda sebelum anda memasaknya.


Tambahan:


*Jika di rumah anda tiada stok susu segar, anda boleh menukarnya dengan santan tetapi jangan letak terlalu banyak. Bagi yang menggemari rasa lemak, anda boleh gantikan terus susu segar dengan santan walaupun anda mempunyai stok susu segar yang banyak! :D

*Jika anda ingin menggunakan susu pekat manis, anda tidak perlu lagi mencampurkan gula kerana anda mungkin berisiko tinggi untuk mendapat kencing manis! Walaupun lempeng ini segera, anda patut menitikberatkan soal kesihatan anda. Jangan disegerakan semuanya!

*Makanan ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat sama ada kanak - kanak, orang dewasa, pelajar yang sedang menghadapi musim peperiksaan (bagi mereka yang tidak tinggal bersama keluarga dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk ke dapur menyiapkan juadah makan mereka.) atau orang yang sedang sakit gigi (yang tidak boleh menggigit makanan yang keras). Ianya sungguh praktikal bukan?

*Nota terakhir: Ini tidak berkaitan dengan resepi kita hari ini. Cermin mata aku pecah sebelah dek dipijak oleh seekor gergasi yang sedang berlegar - legar di ruang tamu awal pagi ini. Jadi, sepanjang hari ini aku terseksa hendak menonton tv kerana semua gambar dan tulisan di tv itu kulihat bertindih2! =(
Anda boleh menyediakan sesuatu yang lebih menarik dari yang digambarkan di dalam gambar di atas. Selamat mencuba!

Tuesday, July 15, 2008

Nak Main Lintah Atau Makan Cendawan?

Assalamualaikum wbt.


Kalau korang dengar pasal lintah, apa korang rasa? Pernah kena gigit dengan lintah? Kalau dulu – dulu, masa kecil – kecil, aku selalu dengar orang kata kalau digigit lintah, bahaya. Sebab dia boleh masuk dalam badan melalui mana – mana lubang yang ada. Itu masa dulu – dulu. Tapi sekarang orang dah tak takut dah pada lintah. Malah sekarang boleh pula lagi buat business pakai lintah.


Hari Ahad lepas ada satu program keusahawanan di perkarangan Carrefour cawangan Klang. Ramai usahawan tak kira muda atau tua datang memeriahkan program tu. Setiap mereka ada booth untuk mempromosikan produk mereka. Ada juga yang mengajak untuk melibatkan diri dalam kursus – kursus yang disediakan. Contohnya lintah (Kursus Perusahaan Lintah Secara Komersial) atau kursus penanaman cendawan kelabu. Banyak lagi kursus yang dioffer. Tapi yang menarik perhatian Emak dengan Abah adalah kursus perusahaan lintah. Haha. Diorang nak jadi pengusaha lintah pula sekarang! Tambah pula Abang Rizal pun menunjukkan rasa minat nak menceburkan diri dalam perusahaan lintah tu. Hai, penuhlah rumah aku dengan lintah nanti.


Mimin dengan Kak Idah pula rasa macam nak tanam cendawan pula. Haritu diorang tanya kat pegawai tu macam – macam. Mimin pun ada pengalaman tanam cendawan, mungkin tak susah bagi dia nak mulakan. Pastu masa dia praktikal, bukan setakat cendawan, cacing pun dia ternak juga. Course yang dia ambil kat UM tu memang berkaitrapat dengan cendawan, cacing, dan yang seangkatan dengannya.


Aku sokong kalau Mimin nak tanam cendawan. Sebab cara jaganya macam senang je. Kalau aku cuti lama sikit, boleh la tolong – tolong jagakan. Aku tengok pun macam seronok je nak tanam cendawan tu. Tapi Emak dengan Abah nak usahakan lintah pula. Kalau buat sebelah – sebelah nanti, silap haribulan lintah tu jadi vegetarian sebab makan semua cendawan tu. Haha…..

Monday, July 14, 2008

Cuti Hujung Minggu

Assalamualaikum wbt.


Sekarang ni sakit - sakit badan aku. Mana taknya, tidur atas kerusi kayu panjang yang ada kushen la. Hampir setiap malam aku tidur atas kushen tu. Letaknya di ruang tamu. Masa awal - awal balik tu aku tidur kat bilik hujung (bilik yang selalunya jadi bilik pengantin kalau ada kakak - kakak aku yang kahwin), tapi bilik tu banyak nyamuk (ni keje malas nak sembur dengan Ridsect!) plus, kalau aku tidur situ, kalau aku tak bangun subuh sendiri, pasti tiada yang mengejutkan aku. Tapi bezanya kalau aku tidur di ruang tamu tu, nyamuknya kurang, bila pagi - pagi Emak biasanya akan bangun untuk sahur lepas tu tanya kat aku nak sahur sekali ke tak atau terus kejut subuh, plus kat ruang tamu tu ada TV! haha.. Biasanya aku kalau dah penat sangat, baring je atas kerusi kayu tu konon - konon sambil nak tengok tv tapi akhirnya.... tv yang tengok aku. Hahahaha..


Semalam Kak Idah datang rumah. Dia ada conference kat Shangri La Hotel kat KL. Jadi hari Sabtu tu dia tinggalkan anak - anak sedara aku kat sini. Takut nak tinggalkan kat Seremban katanya. Tambah - tambah Along (anak dia yang sulung) demam pulak, sampai termuntah kat atas rambut Ira, salah seorang adiknya yang bergulung - gulung rambutnya! haha.. Yang kelakarnya, Ira tak marah pun, bahkan gelak! Tak tahulah gelak bangga atau apa.. Bila anak - anak sedara datang rumah, biasanya sapu rumah berkali - kali. Kenapa? Yela, sebab sapu sekali, bersepah. Sapu lagi sekali, bersepah lagi. Lastly kitorang biarkan aje. Lepas diorang balik je, sapu terus satu rumah. Ni harini rasa malas nak mop pula. Nampak gayanya aku la yang kena mop memandangkan Nana and Meen tak ada. Seorang kerja, seorang lagi sibuk dengan Masternya.


Sabtu lepas, aku ke rumah Kak Faaiqah. Dia kawan KS. Aku kenal masa pergi Egypt. Dia kahwin hari tu. Ni aku rasa dah cerita, tapi takpa nak cerita lagi! Aku yang sibuk - sibuk nak pergi. Bukan dapat kad pun! Aku ambil alamat dia, aku cari. Mulanya nak pergi dengan Fatt, tapi dia nak ke Penang. Pastu minta tolong dengan Ammar, pun tak boleh juga sebab dia ada hal. Diorang berdua tinggal dekat Bangi, jadi aku minta tolong diorang. Bila dua - dua tak dapat join, aku pergilah juga tapi sendiri la, survive! Yela, sebab hadiah dah beli, takkan tak pergi pula. Sebelum pergi tu, siapkan dulu kerja - kerja rumah dulu. Senang sikit Emak nanti.


Masa pergi tu, banyak betul dugaannya. Mula - mula komuter yang menghala ke Seremban tu stucked dekat Segambut. Aku tunggu punya lama sampai make - up pun cair (eceh, pandai ke awak tu pakai make up cik wanie ooii!). Bila komuter sampai, punyalah ramai orang sampai aku yang 'besar' dan 'bajet melampai' ni tersepit di tengah - tengah puluhan rakyat Malaysiaku tercinta. Bila dah sampai tu, terus je cari cab, bagitau pakcik teksi tu aku nak ke alamat sekian - sekian. Dia pun tak sure. Dia tanya aku, aku lagi tak tahu. Dia pun kata: Takpa, kita cari sama - sama. Rumah si pengantin letaknya jauh ke dalam. Kalau nak jalan kaki, rasa macam boleh patah kepala lutut untuk orang yang dah berdiri lama dalam komuter di celah - celah orang macam aku ni. Sampai je, aku called KS. Yela, dah la datang seorang, lepas tu yang aku kenal hanya si pengantin dan KS. Mula - mula makan dulu sementara aku tengok KS sibuk layan tetamu.




Dari kiri Sdr Yasir Tamizi, Cik KS, Sdr Azwan dan Cik Aku


Bila aku habis je makan, KS pun perasan aku yang tengah duduk sorang - sorang layan blues (cewah!) tu. Tak lama tu, KS cakap dengan aku yang kawan bloggers dia juga datang . Yasir Tamizi dengan Azwan (patutkah aku address mereka dengan word Bro di depan memandangkan mereka macam lebih senior dari aku? Aku tak pernah panggil mana mana lelaki dengan panggilan 'Abang' melainkan abang - abang ipar aku! haha..). Tapi tak apalah. Panggil nama je la. Kang rasa pelik pulak. Haha.. KS yang kenalkan aku pada diorang. Selalu dengar je KS sebut - sebut nama tapi orangnya tak pernah jumpa pun. Tapi jangan risau, apa yang KS sebut - sebut tu hanya yang baik - baik saja. KS suka bercerita. Jadi aku yang suka mendengar cerita orang ni, selalu juga dengar cerita KS.

Masa pergi tu boleh la tahan lagi sebab ada teksi. Aku bagitau KS, aku tak tahu nak balik ke stesen komuter naik apa memandangkan tiada langsung kelibat teksi di kawasan berdekatan. Lepas aku bagitahu KS aku pun tumpang solat Zuhur. Lepas tu je KS kata kawan KS yang aku baru kenal tu boleh tumpangkan aku sampai stesen komuter. Alhamdulillah. Haha.. tiada lagi kerisauan! huhu.. Terima kasih ye.. Kalau tak, nampak gayanya saya jalan kaki la balik stesen komuter!

Tapi apa pun, majlis Kak Faiq sangat meriah. Rindu nak ada majlis kenduri kahwin kat rumah sendiri. Tunggulah siapa - siapa kahwin nanti. Huhuhu~


Kesimpulannya, weekend ni sungguh terisi! Terima kasih kepada watak - watak yang terlibat.

PS: Saya nak buat pengumuman. Budak kecil dalam entri sebelum ni saya, adalah anak sedara acik Wanie yang sekarang ni ada kat Melbourne, Australia mengikut mama saya yang sambung belajar dalam PhD. Nama saya Arfah Sahira bt Azrin. Ayahlah yang jaga kitorang adik beradik bila mama pergi ofis. Kat sini sejuk, tu sebab kena pakai snow cap, tutup kepala. Hehe..

Friday, July 11, 2008

Tertanya?


Siapakah si cilik ini? Lagak seperti anak mat salih. Tapi realitinya, siapakah dia? Mari kita cari..

Monday, July 7, 2008

Sedapnya mempelam..

Assalamualaikum wbt.


Sekarang ni kat rumah banyak betul buah mempelam yang gugur. Kat rumah aku ni banyak jenis pokok mempelam. Ada kecil, ada besar. Aku pernah tanya Emak. Apa sebenarnya beza antara mangga dengan mempelam. Emak kata sama je. Aku pun tak adalah nak cari dalam kamus dewan ke apa ke. Tapi aku dulu kecik – kecik suka berebut dengan kakak – kakak aku bila emak potong mempelam. Nak tahu apa yang kitorang rebutkan? Ha! Biji dia. Kitorang memang suka biji mempelam. Sebab ada satu je. Kan orang selalu berebut benda yang ada satu je. Kalau ada banyak, bukan nama berebut tu..


Buah kuini pun salah satu jenis buah yang rupanya macam mempelam. Kalau nak kenal, senang je. Bau dia pun kita dah tahu itu kuini. Aku tak suka sangat sebab rasa dia kuat sikit. Nak cerita rasanya pun tak tahu macam mana. Aku paling suka mempelam yang jenis besar. Sebab isinya manis. Potong pun senang. Sekarang ni jarang makan mempelam walaupun banyak yang gugur. Malas nak potong. Kena potong kulit tu yang malas.


Dulu masa duduk rumah lepas SPM selalu juga aku buat kerabu mangga. Pakai mangga yang belum masak sangat. Campur dengan pegaga dan bunga kantan, pergghh.. sedap hingga menjilat jari si pemakan! Haha.. kalau nak pedas, potong sikit cili api tu kecik – kecik dan bawang merah potong halus - halus. Letak gula sikit, garam sikit, limau nipis. Huuuu. Meleleh air liur. Sedia untuk santapan tengahari. Haha..


Kalau nak makan yang masam pun sedap. Cecah dengan kuah rojak… huuuuhh.. sangat sedap. Begini rasanya hidup di kampung. Kalau tak caya, cubalah makan dengan kuah rojak. Pasti puas hati! Eceh, aku ni macam mempromote pulak..


Kalau kat Moscow tu, harga sebiji mangga melampau – lampau. Kalau nak makan, baik tunggu balik Malaysia je. Tak berbaloi langsung beli kat sana. Siapa – siapa nak makan mempelam free tu, boleh la bertandang ke rumah aku. Ada yang tahu ke?

Saturday, July 5, 2008

Panjangnya cerita dia!

Assalamualaikum wbt.

Minggu pertama:

Sampai rumah. Minggu pertama ni, biasanya aku makan semua benda yang aku idamkan sepanjang tahun. Haha… cucur badak, laksa, rojak campur, cendawan goreng, pulut panggang, sate, mempelam dan macam – macam la. Kesimpulannya, keinginan mahu mengurangkan lebihan – lebihan lemak di tempat – tempat yang sepatutnya tiada lemak – lemak itu. Huhu.. jumaat lepas Abang Baha (abang ipar aku) balik. Tapi kakak aku tak. Dia sebenarnya singgah rumah sementara menunggu flight balik Kuching. Petang Sabtu tu Watie telefon. Dia kata apa pasal aku balik Malaysia aku tak bagitahu. Dia kata kalau Abang Baha tak bagitahu, dia pun tak tahu. Aku gelak je. Bukan tak nak bagitahu. Terlupa. Banyak benda yang aku buat sampai aku tak terbagitahu. Selain makan – makan, aku jalan – jalan. Ala, pergi Carrefour pun ikut juga! Tu yang aku tak tahan tu. Padahal Carrefour tu tak jauh pun dari rumah.

Campur dengan rutin aku hari – hari tengok tv. Cerita yang tak pernah aku tahu pun, aku layan sebab kakak – kakak aku layan tiap – tiap hari. Kalau rajin, sapu rumah sikit – sikit, mop lantai sikit – sikit. =)

Sekarang ni bila turun bandar Klang dah leceh dah. Jalan diorang buat satu hala, semua keluar dari Bandar Klang. Tambah dengan diorang tutup beberapa jalan yang aku rasa penting lalu menjadikan tempat tu jam teruk terutama bila waktu orang balik kerja. Aku pun setuju dengan Cikgu Jawe, kalau nak turun Klang tu, turun bila perlu sahaja. Kalau tak, buang duit minyak pusing – pusing cari jalan.

Minggu kedua:

Hari Isnin tu aku hantar laptop kesayangan aku ni ke kedai. Suruh diorang translate ke English dan masukkan anti – virus. Aku tak kisah kena bayar berapa pun even ada member aku offer diri untuk buatkan tapi free of charge. Tak apalah. Tu yang buat aku tak update blog ni lama dah. Hari Selasa teman kakak aku Mimin pergi register kat UPM. Dia sambung Master. Dari rumah dia drive. Jalan yang kitorang lalu tu punyalah jauh untuk sampai ke UPM. Ye la, kitorang ikut je semua signboards yang menuju ke UPM tu. Dari 1 jam kitorang boleh sampai, jadi 1 jam setengah. Tu takpe lagi. Baliknya satu hal. Akibat tersalah masuk lorong, habis semua jenis tol kitorang lalu: KESAS, PLUS, NPE, entah apa – apa lagi jenis entah. Punya pening redah jalan – jalan kat Malaysia ni. Dah la bawa aku yang tak tahu apa – apa ni. Padanlah muka masing – masing. Hahaah!!!

Rabu dengan Khamis tu aku tak buat apa –apa. Cuma hari Khamis tu je la aku dengan kakak – kakak aku keluar berjalan – jalan yang akhir sekali berhenti kat Pizza Hut beli piza untuk berbuka puasa. Ramai puasa hari tu. Emak, Nana, aku dan yang lainlah. Malam tu aku kena gastrik. Lagi sekali. Kali terakhir kena kat Moscow. Mujur aku bawa sikit stok ubat gastrik dari Moscow. Malam tu memang tak boleh tidur!

Jumaat tu teman Mimin lagi sekali jumpa supervisor dia. Kali ni perginya pula yang sesat sampai ke Kajang. Nasib baik Mimin tu familiar dengan jalan Kajang sebab dulu dia sekolah kat SMAP Kajang. Kalau tanya aku, haram jadah aku tak tahu apa – apa. Apa pun, balik kali ni dah tak sesat dah. Mimin start kelas Selasa depan. Kali ni memang aku akan tinggal rumah dengan Emak dan Abah je. Siang Abah biasanya keluar. Emak pula mengadap dengan komputer rumah. Main Spider Solitaire lah! Haha…

Petang tadi pergi rumah Mak Wah (aku panggil Mak We je. Tapi untuk korang, kena taip betul – betul la..). Dia la yang jaga kitorang adik – beradik dari kecil. Lepas juga rindu aku pada dia. Lawat juga rumah Wak Ani, makcik aku yang juga baik dengan kitorang sedari kecil lagi.

Tu je la kot cerita aku dari kampung ni. Kalau rajin, aku update lagi. Ingatkan harini nak buat karamel, tapi mood tu dah terhilang pula. Wahai mood buat karamel, kau datanglah balik!!

Baca entri KS rasa macam nak pergi je rumah kak Faaiqah. Selalu dengar KS bercerita tentang kak Faaiq. Pertama kali jumpa dengan dia masa kitorang pergi Cairo tahun lepas. Apa pun, tahniah kak Faaiq! Kalau ada kawan, turun lah kot saya nanti. Tak kisahlah akak tak jemput. Huhu!!

Aku nak reply semua komen kat bawah tu, tapi internet ni lembab buat aku fed up!