Di saat orang semua sibuk membuat persiapan menyambut tahun baru, ada di kalangan kami yang membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Bercakap tentang tahun baru, segelintir dari masyarakat kita menimbulkan isu AZAM BARU. Kalau dilihat di ruangan karikatur pun, semua berkisar tentang azam baru. Hurm, bercakap tentang azam baru, aku ni tak pernah la pasang azam baru setiap kali datangnya tahun baru. Bagi aku, hari2 biasa pun, aku kena berazam untuk membuat sesuatu yang bermanfaat untuk diri aku dan orang sekeliling.
Kalau ditanya kepada kamu, apa akan kamu jawab berkenaan azam baru kamu? Adakah semuanya terlaksana? Kalau aku, aku selalu berfikir tentang sesuatu yang aku rasa aku mampu buat. Tak guna kalau azam saja kuat tapi langsung tak mampu nak laksanakan. Tapi tak salah nak pasang azam yang tinggi melangit. Paling kurang, kita ada usaha nak jadikan ianya kenyataan, kan?
Hurm.. Apa azam kamu? Azam tahun 2007 sudah tercapai atau tidak? Aku ingat lagi bagaimana aku menyambut tahun baru 2007 pada 31 Disember tahun lalu. Aku bangkit dari tidur, basuh baju yang bertimbun. Di saat itu, ramai student Malaysia yang riang bermain bunga api di luar walaupun salji turun dengan lebatnya. Kawan aku yang lain dengan kegiatan masing2. Tepat jam 1 pagi, baru aku bersedia membuka buku Anatomy memandangkan aku ada peperiksaan akhir subjek itu. Tidak menyambut kedatangan tahun baru seperti yang lain. Aku rasakan tiap2 tahun pun, segalanya tidak berubah melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Kalau mahukan keadaan lebih baik, kita kenalah jadi baik. Kalau tidak, akan jadilah sebaliknya.
Kalau perasan, kulit blog ni dah bertukar rupa. Boleh la juga nak katakan blog ni pun mempunyai tema baru sempena tahun baru ni. Di kesempatan ini, aku mewakili blog ni (memandangkan blog ni tidak boleh bercakap pun!) mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pengunjung setia blog ini. Semoga azam baru kamu akan terlaksana dengan sebaiknya.
Hari ini juga bersamaan 30 Disember 2007, ada orang menyambut ulangtahun hari kelahirannya yang ke - 20. SELAMAT HARI LAHIR buat Fareena Zahari. Semoga sentiasa dilindungi di bawah rahmat Allah SWT.
~ Setiap kali datangnya Tahun baru, datang juga Hari baru, kalau ada Azam baru, pasanglah juga Niat yang baru, maka ia boleh jadikan diri anda yang BARU! ~




