Pages

Saturday, June 30, 2007

time for charity..

This morning, i opened my blog and i saw at the chatterbox: wanie, u r tagged! from Auntie Azzah. So, i've decided to open her blog to see what's she was trying to share with me.

Let me tell you what is exactly all about:
Auntie Azzah tagged me, which is started from Mr. Idham's blog. As mentioned from Auntie Azzah's blog, "he is planning on a noble effort. On 26tAugust 2007, he would like to compile and bind the 100 bloggers’ memes, for which every meme, he will contribute RM127 to this orphanage. Anyone who wishes to support his effort can do so. No need to wait to be tagged.Remember, we need 100 memes by end of July. (Idham will host the kenduri etc on 11th August at the Darul Izzah orphanage). Once this tag is done, please leave a comment in his blog to inform him that you have done the tag." For me, by doing this meme, you can express what is in your heart, what is in your mind and the most important, what is exactly your principles! It's fun..
This is the rule:If you are tagged, you need to write an entry related to the meme. At the end of your entry you just need to tag as many persons as you like. You will then leave a comment in their blog to let them know they have been tagged.
>>And to include this message, "By doing this meme you are contributing RM127 to the Darul Izzah Orphanage".Then please copy and paste this rule somewhere in your entry.
The meme is about completing at least seventeen out of the following twenty seven sentences........
*These can be copied and pasted to your entry*

1. A person is only as good as ...he changes his bad habit to a good one
.2. Friendship is ...always priceless and wonderful (thanks to mando)
3. To love is to...sharing everything in your life
4. Money makes me...thinking nothing to buy whatever i want!
5. I miss ...my memories in Sambestari
6. My way of saying I care is by ...treating whoever i care about with love
7. I try to spread love and happiness by...treating others as i treat myself
8. Pick the flowers when ...the flowers are blooming during spring!!
9. To love someone is to... believe that he is yours!
10. Beauty is...subjective
11. When I was thirteen, what I remember the most was...being selected for ping pong tournament which was held in my school
12. When I was twenty one, I remember...haha,im not 21 yet..
13. I am most happy when ...my friends and family celebrating my birthday
14. Nothing makes me happier than ...finishing my studies in medicine
15. If I can change one thing, I will change...my destiny, but i knew its impossible!
16. If smiles were...healing the wounds and releasing the pains.then I...will smile while treating my patients
17. Wouldn't it be nice if we could...get the job without facing the suffers of studying
18. If you want to ...be respected.then you have to ...respect the others
19. Money is not everything but...without money, can you survive?
20. The most touching moments I have experienced is...asking for forgiveness from my parents during Aidilfitri 2004
21. I smile when...im happy
22. When I am happy, I....will do solat syukur and fasting
23. If only I don't have to ...study.Then...i will get married! haha
24. The best thing I did yesterday was...visiting Auntie Azzah and her family
25. If I ever write a book, I will give it this title,"...my life..."
26. One thing I must do before I die is...being a solehah daughter to my parents
27. Doing this meme, I feel like ...expressing my emotions and tired thinking how to finish this meme.. hehe

And now, I am tagging you. I hope you will have some time, for original meme, please refer back to: "Idham's - tagged for charity".

- mia
- fareena
- KS
- filzah
- kak elin

Hopefully this charity is blessed and have fun!!

Friday, June 29, 2007

2 weeks activities

Within 2 weeks since i went back from Moscow, I'm just doing my houseworks (cooking, washing dishes, cleaning up the mess), laundry (this is not officially my work, usually it's done by my mom or my dad!), watching television, playing computer games (i was influenced by my parents playing spider solitaire..) and surfing internet (usually visit sambest.net and of course this blog!).

Several dramas i've watched and still watching within this 2 weeks :
1. Emil Emilda - every Tuesday until Thursday, 10.30 pm (TV 3) >>ended
2. Taiwanese drama (i've forgotten the title, but the characters were Ruixi, Quan, Senior Nan, etc) - weekdays, 7.00 pm, (8TV) >> ended

3. The mischievious princess - weekdays. 3.00 pm, (8TV)

4. Mutiara hati 2 - Monday to Saturday, 5.30 pm (TV9)

5. Manjalara (adaptation from Mi Gorda Bella) - weekdays, 6.30 pm (TV3)

P/S : And i've finished watching Korean drama ~ My girl. So sweet. I was touched by their sacrifices and of course by character of Yoo-Rin and Gong-Chan. It was good when the tennis player (i forgot her name) felt regret on what was happen and the guy (also forgot!hehe) was very calm managing his life!

~ Sesiapa yang telah kecewa dalam percintaan, kemungkinan dia akan kecewa juga dalam hidup - Kosmo! (lupa siapa tokoh yang ucapkan ini)~
>>sejauh mana kebenarannya bergantung kepada empunya diri yang sudah kecewa itu!

Friday, June 22, 2007

malam ini..

Puasa hari ini menyebabkan aku bangun lewat. Puasa yang perlu aku langsaikan secepat mungkin. Selepas subuh, aku melelapkan mata. Tahu - tahu sudah masuk waktu zuhur! Mana taknya, sebelum subuh, melayan novel 'BUATMU KEKASIH' karya Aisya Sofea. Selepas Zuhur, aku membantu Nana di dapur, menyediakan makan tengahari. Rancangan Watie dan Nana untuk keluar ke The Store langsung tidak kuendahkan. Mungkin kepenatan berpuasa! Cuma aku sempat berpesan yang aku teringin makan A & W. Kesimpulannya aku berbuka A & W dan sepinggan nasi. Banyak sungguh aku makan harini. Tidak lupa secawan nescafe di waktu berbuka puasa dan secawan lagi ketika menonton Emil Emilda tadi. Inilah padahnya minum nescafe banyak sangat! Kan dah tak boleh tidur!
Sekarang ni memang tak boleh tidur. Mata sudah mengantuk, tapi tak mahu lelap. Cepat - cepat aku turun bawah dan meng'online'kan diri. Yang pastinya, aku buka blog aku ni dulu. Baru kemudian ke blog KS. Aku tahu perangai KS. Dia tak boleh dipisahkan dengan karangan di blog! Dan selalunya lewat malam begini, dia akan update blog dia. Kalau di Moscow, inilah juga habitnya.
Tadi aku mengemas bilik yang sedikit bersepah. Cuma aku belum sapu. Aku ingat mahu sapu satu rumah esok. Memandangkan Sabtu ni Watie nak balik Sibu, dan Nana akan ikut, aku mesti memulakan tabiat bangun awal dan mengemas rumah, macam aku buat tahun lepas. Kalau tak mulakan awal, nanti aku dah malas nak buat.
Kerja aku di rumah sekarang hanya menonton VCD My Girl (sekarang baru VCD 9/16) dan 'menjaga' Hasya (sebetulnya aku sekadar menengok si Hasya tu, yang jaga dia tentunya mama dia!). Tapi aku tengok di laptop Nana sebab VCD player dah rosak dan main computer kat rumah ni telah di'cop' abah dengan mak untuk bermain spider solitaire. Mak kata, "Apa lagi aktiviti orang yang dah pencen ni. Main game lagi best!" Kerusi depan laptop tu tak pernahnya kosong! Lepas seorang bangun, seorang lagi tunggu belakang mahu ambil tempat. Nana kata sampai kena ambil 'giliran' baru boleh main. Kalau tak, jangan harap!
Aku pun malas nak tulis. Berbunyi - bunyi! Takut mak dengan abah terbangun nanti.


KS, I've promised to put your picture at the airport in this entry. Here it is! But this is the most beautiful picture among the others. So, i put this one. Hope you like it!

~Mengapa kita sering menyalahkan orang lain atas kesalahan yang kita sendiri lakukan tanpa sedar? Bukankah itu membuatkan kita terus leka dengan kesombongan yang kita sendiri cipta? Berfikir jalan terbaik.~

Wednesday, June 20, 2007

Ulangtahun SAMBEST ke-10

Assalamualaikum wbt.
3 tahun selepas meninggalkan SAMBEST membuatkan aku terasa rindu sangat pada sekolah itu. Sejak akhir - akhir ini aku selalu menjengah ke laman web SAMBEST, mengikuti perkembangan sekolah, senior - senior yang pernah mengajar aku kehidupan di asrama dan cerita - cerita terbaru mengenai SAMBEST. Kali terakhir aku menjejakkan kaki ke sekolah seingatku tahun lepas. Waktu itu aku bersendirian, mengambil keputusan SPM yang melayakkan aku berpijak di bumi Moscow sambil melawat guru - guru kesayangan (terutama cikgu yang selalu membuli aku! Mr. Hashim Wahdi). Tidak lupa aku melawat hostel yang kini penghuninya makin bertambah. Keadaan tak ubah seperti sardin dalam tin! Memang ramai! Sehinggakan bilik gymnasium terpaksa dibubarkan untuk dijadikan dormitory. Bilik gymnasium itu bilik aku. Sayangnya sudah tiada. Tapi tak mengapa. Keputusan sekarang lebih baik. Semakin ramai ahli usrah SAMBEST, semakin maju sistem pendidikan di sana. Dan juga mereka inilah yang akan mengharumkan nama SAMBEST di peringkat yang lebih tinggi. Nanti aku juga yang menumpang bangga.

Dalam tempoh 3 tahun ini jugalah, ramai guru wanita yang menimang cahaya mata. Terutama ketika keputusan SPM 2004 diumumkan, kami ke sekolah untuk mengambil keputusan. Cikgu - cikgu kata inilah rahmat Allah kepada mereka dengan kedatangan kami. Tahun itu merakamkan keputusan SPM paling cemerlang dalam sejarah penubuhan sekolah (tapi sekarang semakin cemerlang. Budak - budak sekarang semakin bijak!) dan cikgu - cikgu perempuan ramai sedang mengandung. Kami sejuk hati mendengar kata - kata daripada cikgu. Seolah - olah kami sudah menjadi anak kesayangan cikgu! Walhal batch kamilah yang paling bermasalah dan yang paling degil. Tak cukup dengan itu, beberapa guru sudahpun menamatkan zaman bujang mereka. Contohnya Cikgu Nurunnuha, Cikgu Syazrin dan Cikgu Abdul Raouf (kalau salah eja, minta maaf cikgu!). Tambah lagi, cikgu - cikgu yang sudah berpindah keluar. Sekarang di SAMBEST sudah wujud generasi baru dari segi struktur pentadbiran, jemaah pendidik dan kelompok penagih ilmu.

Majlis perkahwinan Cikgu Raouf (atas dan bawah)


Majlis perkahwinan Cikgu Nuha (dua gambar terakhir)

Aku pun agaknya sudah lupa wajah - wajah junior aku yang pernah aku didik dulu. Seingat aku jika sewaktu aku tingkatan lima dan mereka tingkatan 1, sepatutnya mereka sudah jejakkan kaki ke tingkatan empat sekarang. Bagaimana agaknya mereka menguruskan diri? Sudah mampukah mereka membahagikan masa dengan efektif tanpa memerlukan kakak - kakak mereka sebagai pembantu? Agaknya mereka jauh lebih baik dari aku sekarang. Ah, aku menaruh percayaku sepenuhnya pada mereka! Apa yang hendak dirisaukan, mereka sudah 16 tahun! Sudah tentu mampu mengurus diri.

Memori yang masih terpahat di minda sekarang:

- Laungan Doa Wihdah yang masih terngiang - ngiang di lubuk hati ini. Terasa bersemangat bila mendengar sambil melafazkan kalimah agung itu. Genggaman tangan yang erat antara sahabat yang juga saudara seIslam seolah - olah mengikat hati ini untuk meluncur tepat ke arahNya. Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan!
- Tradisi 'kekek' pada tudung (menutupi bawah dagu) yang sangat kurindui. Sungguh! Terasa diri di dalam suasana yang baik (bi'ah solehah). Namun apa yang aku kesalkan, aku bersama - sama rakan Ketua Pelajar lain tidak mampu mempertahankan nilai 'kekek' apabila junior - junior kami mempertikaikan pemakaian 'kekek' di sekolah. Sehinggakan mereka bertanya pendapat ustazah tentang isu 'kekek' itu. Kami tidak pasti samada mereka terbeban dengan 'kekek' itu ataupun apa. Tapi kami (pioneers of SAMBEST) sungguh terkilan dengan keadaan itu. 'Kekek' inilah yang meletakkan SAMBEST di tempatnya sekarang. 'Kekek' inilah yang membuatkan orang tabik dan memandang hormat dengan SAMBEST. Dan 'kekek' inilah yang menjadikan SAMBEST lain dari yang lain. Inilah keistimewaan SAMBEST. Tapi, sungguh tercalar dan tercabar kehormatan kami apabila ustazah menyatakan itu bukan satu kemestian! Memang! Itu bukan satu kemestian, tapi bukankah itu satu benda yang baik?? Hmm.. Hendak dikesalkan pun, sudah tiada guna.
- Uniform kuning Ketua Pelajar. Uniform inilah yang meletakkan aku di bawah penjagaan Mr. Hashim Wahdi! Guru yang selalu 'membuli' aku untuk menyelesaikan kerja - kerja beliau. Tapi, kenangan ini yang aku bawa bersama sehingga ke hari ini. Memegang portfolio Sukan menjadikan diri aku sekarang. Seorang yang tidak malas untuk bersukan (kadang - kadang memang malas!). Seseorang yang tidak malu untuk bersorak menyokong pasukan pilihan sendiri. Seorang yang sering mengajak sahabat lain agar bersukan (adakah aku seorang yang seperti itu??).
- Pengalaman mengendalikan majlis perhimpunan mingguan dalam Bahasa Arab. Memegang gelaran pembahas ketiga bahas Bahasa Arab, ini menjadikan aku tidak kekok mengemudi majlis berkenaan kerana lidahku waktu itu sudah fasih berbahasa Arab (tapi sekarang? Hmmm..). Ditambah dengan ustazah Bahasa Arab aku duduk di belakang menyebabkan aku bertambah yakin!

Semua pengalaman ini menjadikan diri aku sekarang. Terima kasih SAMBEST! Kamu membentuk aku, pendirianku, prinsipku, azamku, harapanku, kejayaanku, nasibku, masa depanku. Terima kasih SAMBEST dan ahli - ahli di dalamnya..

~Memories always come without any signals. Either they may hurt you or make you happy~

Saturday, June 16, 2007

Untitled..

salam
After 3 days being in Malaysia, i really dont know what should i do within this 2-months-break! Last year, i was really excited for being here, but this year, i totally lost my plan at all!
Last year:
-i woke up early and started to wash all clothes and dishes. And also cleaned up the house by my own.
-i cooked for lunch and dinner, waited for my parents, and we ate together.
-i watered all my mom's plants and cleaned the house compound.
-i cleaned all the bathrooms and toilets.
-i fed on my chickens every evening.
-i took care of my nephew and nieces (K.Idah's children).

But now, i have no mood at all to do such these activities! Maybe something has spoilt my mood since i went back to Malaysia.. But i'm not sure. I really miss my roomates now! When will u guys reach here, huh??
My sister (Watie) gave birth to a baby boy last 2 months. She'll go back to Sibu this Saturday, and Nana will follow her to take care of her son. And i'll be here with my mom and dad. Alone! But never mind. I'll find another creative ideas for spending this holiday! Now, Meen is staying in k.Idah's house to pay an accompany because K'Idah's maid will be going back to Indonesia this Wednesday. K.Idah has 'oncall' and conference some more. So, Meen will take over my job for this week!
I paid a visit to Mak Wah, Wak Ani and Wak Mah just now. I gave a box of chocolates which i bought from M0scow for each of their families. Hafidz (my cousin-Wak Ani's son) just married to a girl named Aida last month. I met her at my auntie's house. She looks cute. I also saw their wedding pictures. A pair of golden (it supposed to be green but because of optical illusion or maybe the flash of camera made it become like gold in colour) songket made them an ideal couple. Hafidz now looks a bit thinner compared to last time i saw him (but i'm not sure when!). But he still 'macho' as usual. Huhuhu!! (just kidding!!)
Until now, i hvnt meet K.Mija yet. She is busy lately. Taking care of her daughters (plus her latest daughter, Arfah Syahirah bt Azrin). Yeah! I hvnt meet my niece! Oh Arfah! When can i meet u baby?? U look like your father, girl! I'll wait. The time will come. Maybe next week or next 2 weeks. Who knows??
Arfah Syahirah bt Azrin
I think i should stop here. My Fareena, Fatini and Dibah are now on their way to airport. I hope all of u will have a safe and nice journey. Dont forget to keep in touch with me yeah!
And i should thank those who always be here and stay accompanying me in this small part of my life. Thanks for being a loyal reader here. For listening my feelings. For solving my problems. Thanks for everything!

the bored face waiting for the flight.

~Everytime u think that he (she) always makes you smile, sometimes he(she) can make you cry. By that time, u may lost your trust towards him (her).~

My new nephew



Thursday, June 14, 2007

semoga SELAMAT semuanya

Ketika entri ini ditulis, aku sudahpun selesai mengemas barang2 yang aku perlu bawa pulang ke Malaysia. Sedih juga mahu meninggalkan sahabat yang sedang bertungkus - lumus dengan exam. Tapi insyaAllah dorg mampu lakukan. Satu hari ni aku berjalan sambil membeli barang di Arbat Street. Kalau di Malaysia seakan Petaling Street! Aku pergi dengan KS. Kami dengan happynya bershopping sampai lenguh kaki! Sangat penat.. Tambah lagi pergi beli coklat di PAMCTOP (sebut:ramstor) KAPITOLII. Punya la banyak sampai sepatutnya kena balik dengan cab, tapi pakcik cab tu ingat kitorg ni 'bodoh' ke.. Sampai nak charge berlebih - lebih! Finally, we hv decided to end up with metro! Never mind. At least, we spent a lot of time to hv these happy moments..

Ni sebenarnya tengah sakit kepala. Lepas ni nak tido! Esok nak kena bangun awal sikit.. Ada benda kena buat. Hehehe.. Memandangkan kawan2 aku nak exam 15th June, this is for you guys!

Send this free eCard
Send this eCard !
*(Also to all my friends those who are sitting for exam! This is also for u..)
Being a part of u make me smile in everything i do. Being in a small world with u make me appreciate every memory i got in the other side of this world. Because of these, i wish all of u with ALL THE BEST and will the best luck is always with u..
Malaysia, Mak, Abah, family... I'll reach your hands 2 days after tomorrow! It will be the best moment ever in my 20th life time!
~Pandangan mata selalu mempengaruhi ucapan insan. Namun, ucapan kalam yang indah bermula dari hati yang jujur.. Hati yang jujur lahir dari jiwa yang sentiasa suci di bawah peliharaanNya Yang Maha Esa..~

Saturday, June 9, 2007

Strawberry salut coklat?!

Hmm..bila dah selesai exam ni, melepak macam apa ja aku ni. Asyik la bergolek - golek atas katil sebab tak tau nak buat apa! Sampai ke petang la aku buntu.. Tapi bila dah petang, baru la ada aktiviti sikit.. MASAK! yeah!! Itulah aktiviti yang paling aku suka.. Kenapa suka?? Sebab aku memang suka masak. Lagi satu, aku suka tengok orang makan dengan gembiranya!! Dan orang itu adalah......Hahahaha>>Mestilah budak2 205! Habis lah korang!!! Nanti badan naik, jangan salahkan aku.. Sebab aku tak boleh nak halang tangan aku ni dari memotong bawang lantas mulakan aktiviti memasak aku. Tambah2 bila aku dah tak tau nak buat apa lagi.

Sebelum duduk depan laptop ni, sebenarnya aku menikmati buah strawberry yang aku beli di pasar petang tadi. Siap letak chocolate spread atas buah tu. Rasa macam Siti Nurhaliza la pulak! (ececehceh.. perasan la ko wani ooiii!!). Ala, apa salahnya kalau perasan sekali - sekala kan? Lagipun, nak juga rasa macam mana Kak Siti kita kata strawberry salut coklat tu sedap. Huh! Rasa hidup macam orang kaya! Hahaha.. Tambah2 sekarang ni boleh kata strawberry tengah 'agak murah'.
Cuba bandingkan strawberry salut coklat yang atas dan yang bawah. Baru aku rasa betapa buruknya strawberry aku kalau nak dibandingkan dengan hantaran Datuk K untuk Siti (Wani, kalau Datuk K bagi hantaran kat Siti seburuk kau punya tu, mahu kena pelempang dengan En. Taruddin!)
Terima kasih kepada Dibah yang menyumbangkan chocolate spread untuk dimuatkan dalam entri kali ini! Thanks Dibah!
Uuuiiii,, kalau makan, mestilah kena ada airnya, betul kan?? So, aku dengan kehabisan stok susu manis, aku buat juga teh susu. Tapi dengan fresh milk + sugar. Layan la. Asalkan ada rupa teh susu, cukup!
Hmm.. Tengah tunggu tiket aku ni, bila la nak dapat. Dah tak sabar dah ni nak balik Malaysia! Tarikh : 15 Jun 2007. Tapi agensi yang aku beli tiket tu kata tiket aku belum sampai dari Head Office Qatar Airways. Aku pun kata la dalam hati.. "Layan la.. Asalkan bila aku nak balik nanti, tiket tu ada. Kalau tak, siaplah si Sazzad tu!"

Malam tadi memanglah tak ada kerja yang bermanfaat yang aku boleh buat melainkan membaca blog orang. Aku baca blog kawan aku. Oh, dia kata dia dah habis exam. Tapi kat sana (Jordan) masih ada summer sem tapi sementara tengah tunggu mula sem tu, dia akan menunaikan umrah (memandangkan dia lelaki, boleh la dia pergi. Yang Asma tu, sebab dia perempuan, so tak boleh pergi sebab kena ada mahram yang ikut..). Tapi sekarang ni dia tengah gembira di Turki. Hai, harap2 nya ada la something untuk aku.. Hohoho!! (melampau kau Wani oiii..). Aku pun dah lupa bila Amna bertolak balik ke Malaysia. Yang pastinya aku akan sempat jumpa dengan dia balik ni!! Seronoknya...(melompat - lompat dengan penuh bersemangat!).
Apa lah yang aku nak beli untuk bawa balik ke Malaysia ni? Kurang idea la. Siapa yang boleh tolong aku ni? Tahun lepas mak pesan, kalau nak bawa balik buah tangan, bawa untuk anak saudara aku yang sedang membesar itu! Tapi nak bawa apa? Aku memang dah tak tau apa benda yang best untuk dibawa balik. Tapi, untuk Meen n Nana, aku dah tau apa yang aku nak bagi kat diorang (since they already finished their degrees!).
Tadi membelek - belek 'Index Quran Tercanggih' kiriman Amnah untuk semua nuqaba' Spartiv (tempat kitorang tinggal sekarang). Lepas tu, apa yang aku dapat adalah...

"Wahai isteri - isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan - perempuan lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al-Ahzab : 32)

>>Adakah aku ni termasuk dalam golongan berbicara lembut sampai membangkitkan nafsu? Adakah aku ni seperti perempuan - perempuan lain yang dinyatakan dalam ayat itu? Adakah aku ni sering ucapkan perkataan yang tidak baik? Na'uzubillahi min zalik! Shazwani ooiii!! Bila la kau ni nak berubah. Aku tahu bukan mudah hendak jadi perempuan. Apatah lagi jadi perempuan yang solehah. Bermacam aku kena buat. Bermacam aku kena tinggalkan. Bermacam juga aku kena timbang tara dam titik beratkan. Tapi, sepanjang 20 tahun aku hidup, apalah sangat yang aku sudah laksanakan untuk melengkapkan diri sebagai wanita solehah? Less than 1%! Even 0.1%!

Dalam tengah tak buat apa ni lah baru aku tersedar yang aku ni belum cukup sempurna untuk bergelar wanita menurut perspektif Islam. Perlakuan yang belum cukup cantik dan perkataan yang belum cukup indah untuk seorang wanita muslimah (tak se'gah' id emel ko, wani oiii!).

~Renungilah setiap apa yang kamu katakan. Sesungguhnya kata - kata mencerminkan apa yang ada di hati kamu..~

Friday, June 8, 2007

TAWAKAL is the best way

Setelah seminggu berhempas pulas dengan fisiologi (subjek yang paling menakutkan sepanjang tahun kedua!), alhamdulillah! Memang susah kita nak capai maksud sebenar - benar TAWAKAL. Konsepnya sungguh mudah >>usaha kemudian TAWAKAL. Tapi adakah kita betul - betul berusaha sehabis baik untuk serahkan segala urusan kita kepadaNya?? Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Kita mampu menilai diri kita, sejauh mana usaha kita, setinggi mana tawakal kita.
Terima kasih sangat yang tidak terhingga buat teman - teman sebilik dan serumah (Fareena, Fatt, Emy, KS, n Dibah) yang sering menghadiahkan sekalung doa buat aku. Hanya dengan doa jugalah kubalas jasa kalian. Semoga dipermudahkan segala urusan kalian. Tapi kena selalu ingat! TAWAKAL is the best way! Aku tahu, korang lebih banyak usaha daripada aku. Aku tahu, kemampuan korang sangatlah tinggi. Dan aku juga tahu, usaha korang akan dibalas. Bukankah Allah telah menjanjikan yang terbaik buat hambaNya yang berusaha? Barangsiapa yang membantu jalanNya, nescaya Dia akan membantu kamu..
Pagi ini aku hanya terlelap untuk 2 jam. Risau tak terkata! Tanyalah Emy, Fareena atau KS. Sesudah solat subuh, aku terduduk. Memikirkan boleh ke aku buat ni? Aku sambung study di ruang depan bilik. Refresh apa - apa yang belum masuk lagi dalam kepala. Behavior is.. Motivation is.. Type of conditioned reflex... Stages of sleep... Niat aku memang nak tidur dalam pukul 5 pagi. Tengok jam. Oh, baru pukul 4.10 pagi, tapi kepala dah tak boleh berfungsi dengan baik. Dalam keadaan yang risau campur "bengong", aku pergi gosok lab coat dan baju kurung biru yang aku akan pakai untuk pergi exam. Habis gosok, tengok jam lagi. Huh! pukul 5 dah! Aku kena tidur.. Kalau tak, sure otak tak jalan waktu exam.
Draw reflex arch! Alamak, Mdm Ionkina suruh aku lukis reflex arch pulak.. Mana nak ingat! U cannot answer? Ok, I give u 4. >> sedutan mimpi aku yang membuatkan aku terbangun tepat jam 7 pagi. Adakah ini bermaksud aku akan dapat Ionkina? "Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan aku pada hari ini." Aku keluar rumah pukul 8.05 pagi, naik bas dan sampai kat department pukul 8.40 pagi. Belum ramai lagi. Takpelah..
Dipendekkan cerita: Aku antara orang yang sampai awal tapi buat exam lambat>>sebab: cuak punya pasal. Examiner aku Prof. Pavel (betul ke die dh prof? - layan je la..). Menggigil juga aku menerangkan jawapan aku depan dia. Pasal blood transfusion n Rh conflict plus measurement of blood pressure. ALHAMDULILLAH! Semuanya sudah berakhir.. Hanya tinggal balik Malaysia dan jumpa keluarga. Sangat rindu mereka..
"TAWAKAL IS REALLY THE BEST WAY"
Letaklah sepenuh pergantungan kita kepada Allah, nescaya kita tidak akan dikecewakan. Usahalah selagi termampu, nescaya kita tidak rugi sedikit pun. Tawakkallah kepadaNya, nescaya hati kita akan tenang..
Terima kasih kawan2.. Doaku sentiasa mengiringi perjalanan korang ke exam.. Doaku untuk semua yang bergelar sahabat..

Sunday, June 3, 2007

apebile kepala sudah pusing...

ni salah satu gambar kiriman sahabat. rajin benar dia mengedit gambar ni..memang dia rajin pun..hehe =)

dlm kepala sungguh bercelaru..
dlm hati amat keliru..
dlm diam aku terfikir..
apa yang aku patut lakukan??
setiap kali sedang belajar, minda kerap berfikir, apa yang mereka lakukan sekarang? sihatkah? sakitkah? gembirakah? sedihkah? patutnya aku laporkan keadaan aku..ni tidak, aku mengharapkan mereka bercerita kepadaku. sungguh tidak patut...



sudah besarkah anak2 saudaraku itu? sudah petah berkata - kata? sudah mampu berlari? atau sudah pandai mengeja dan membaca? aahhh!! wani, sudah la tu! berhenti mengelamun! banyak lg kau perlu cover!

bagaimana pula sahabat2ku yg sama sekolah denganku dulu? pastinya mereka sedang gembira bercuti sekarang.. yang asma n amna? huhu!! mereka pun seperti aku!!

saat bericeskating tahun lepas. rindunya! seperti mahu bermain sekali lagi. tapi bila lah agaknya?


biarlah masa menentukannya. jangan ditunggu, pasti dia akan tiba. jangan diharapkan, kelak nanti tinggal kenangan. jangan difikir, nanti kepala pusing!!

Friday, June 1, 2007

seminggu punye cerite

salam..
dah lame rasenye x tulis entry..sejak akhir2 ni sangat busy dengan exam. masa nk exam mcq fisiologi, satu rumah buat discussion (+ diana skali) cz nk jawab soalan mcq. yang aku pulak ade final test untuk microb. so, nak xnk ak kene agihkn masa study sumer bende. dalam masa seminggu ni banyak betol yang berlaku.. antaranya:
i. 26 mei 2007 (sabtu) - kakak ak (nana) graduate UiTM. course Hotel Management kalau xsilap. mak dengan abah pergi majlis tu. but hari jumaat,ak tepon mak. aku tahu pon cz mak yang bgtau. pastu mak kata, "time majlis tu, parents xboleh masuk dewan sebab graduan ramai sangat! so, maybe hari tu semua parents akan duduk luar. nana kata xpelah mak ngan abah dok lua, tapi pastikan ade jambangan bunga bile die keluar dr dewan." time tu, aku bgtau mak, "ala, mak xyah la bg bunga ros.. mak bg je bunga kertas siap ngan pasu skali.. senang nk jage!"

ii. 27 mei 2007 (ahad) - sepupu ak (apis) kawen. ahad tu rumah die buat kenduri. dats y aku talipon rumah hari jumaat. lagipon, weekend tu ak kene stadi untuk fisio n microb. byk bende kene settle...

iii. 28 mei 2007 (isnin) - mcq fisio (final exam). aku dtg awal.. konon2 nye nk prepare la..xnk kasi kelam kabut. tp2 dtg2 je, lecturer dh suruh masuk bilik exam. ak pon layan je la.. buat mane yang ak ingat.. pastu, aku xtunggu result pon. terus je balik.. balik ngan fareena, singgah beli frozen vege n ayam 2 ekor. saje beli frozen vege cz waktu2 exam ni, kitorg satu rumah mogok xnk masak.. lgpon, tgh busy exam,kdg2 makan pon xlalu.. so, kitorg amik keputusan: sape nk makan, masak sendiri! bagus x cadangan tu?? lepas tu, aku tido. bangun je tido, tgk laptop. ternampak pulak stat muna : kepada gp 1 - 8, exam biochem dicepatkan ke 4th june 2007. mak aih!! dekanat ni gile ke ape! mane sempat nk stadi biochem dlm mase 4 hari? pastu exam fisio plak 8 hb. mmg tabahkn je la hati... alasan: sbb cikgu2 ade conference time exam tu.. then, disbbkn aku group 6, exam aku abes awal. time ni otak aku ligat berfikir yang aku nk tukar flight date ak!!

iv. 30 mei 2007 (rabu) - final test untuk microb. tapi aku buat xsebagus mane. bg aku, ak kurang berpuas hati ngan pencapaian aku..ntahla, kenape ntah pencapaian aku teruk sgt.. mungkin rase tension menyelubungi kot! rase nk balik mesia tu memuncak!

v. 31 mei 2007 (khamis) - pagi2 lagi aku ade exam russian lang. byk kene hafal.. ak pon cuak gak pagi tu. ye la, bukan prepare sgt pon.. dh la russian pon tunggang langgang! tp hari tu berakhir dengan ALHAMDULILLAH!! ak pon rasenye dh amik keputusan nk balik saing dengan ks, cume belom telefon travel agent je untuk tukar date.

vi. hari ni (1 jun 2007) - aku kene start stadi fisiologi. walopon ade mase seminggu, aku xleh leka.. ni pon aku tulis sbb aku dh lame x tulis. td ade sorg budak 1st yr dtg. die bgtau die nk balik for good. kitorg pon masak la,makan same2. sedih gak la sbb die la antara budak 1st yr yang rapat dengan kitorg. pape pon, moga die berjaya..
ok la, ni saje menulis nk isi mase lapang la konon nye.. padahal membuang masa! aku ingat nk telefon malaysia jap lagi.. rindu bangat sama family....
"Ya Allah, Ya Tuhan kami, sucikanlah hati kami dari kemunafikan dan sucikanlah amal kami dari riyak dan sucikanlah lisan kami dari berdusta dan sucikanlah mata kami dari khianat kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui pandangan mata yang khianat, dan apa yang disembunyikan oleh hati."