Pages

Sunday, December 30, 2007

Welcome 2008!

Assalamualaikum wbt.

Di saat orang semua sibuk membuat persiapan menyambut tahun baru, ada di kalangan kami yang membuat persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester ini. Bercakap tentang tahun baru, segelintir dari masyarakat kita menimbulkan isu AZAM BARU. Kalau dilihat di ruangan karikatur pun, semua berkisar tentang azam baru. Hurm, bercakap tentang azam baru, aku ni tak pernah la pasang azam baru setiap kali datangnya tahun baru. Bagi aku, hari2 biasa pun, aku kena berazam untuk membuat sesuatu yang bermanfaat untuk diri aku dan orang sekeliling.


Kalau ditanya kepada kamu, apa akan kamu jawab berkenaan azam baru kamu? Adakah semuanya terlaksana? Kalau aku, aku selalu berfikir tentang sesuatu yang aku rasa aku mampu buat. Tak guna kalau azam saja kuat tapi langsung tak mampu nak laksanakan. Tapi tak salah nak pasang azam yang tinggi melangit. Paling kurang, kita ada usaha nak jadikan ianya kenyataan, kan?


Hurm.. Apa azam kamu? Azam tahun 2007 sudah tercapai atau tidak? Aku ingat lagi bagaimana aku menyambut tahun baru 2007 pada 31 Disember tahun lalu. Aku bangkit dari tidur, basuh baju yang bertimbun. Di saat itu, ramai student Malaysia yang riang bermain bunga api di luar walaupun salji turun dengan lebatnya. Kawan aku yang lain dengan kegiatan masing2. Tepat jam 1 pagi, baru aku bersedia membuka buku Anatomy memandangkan aku ada peperiksaan akhir subjek itu. Tidak menyambut kedatangan tahun baru seperti yang lain. Aku rasakan tiap2 tahun pun, segalanya tidak berubah melainkan kita sendiri yang mengubahnya. Kalau mahukan keadaan lebih baik, kita kenalah jadi baik. Kalau tidak, akan jadilah sebaliknya.


Kalau perasan, kulit blog ni dah bertukar rupa. Boleh la juga nak katakan blog ni pun mempunyai tema baru sempena tahun baru ni. Di kesempatan ini, aku mewakili blog ni (memandangkan blog ni tidak boleh bercakap pun!) mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2008 kepada semua pengunjung setia blog ini. Semoga azam baru kamu akan terlaksana dengan sebaiknya.


Hari ini juga bersamaan 30 Disember 2007, ada orang menyambut ulangtahun hari kelahirannya yang ke - 20. SELAMAT HARI LAHIR buat Fareena Zahari. Semoga sentiasa dilindungi di bawah rahmat Allah SWT.

~ Setiap kali datangnya Tahun baru, datang juga Hari baru, kalau ada Azam baru, pasanglah juga Niat yang baru, maka ia boleh jadikan diri anda yang BARU! ~

Friday, December 28, 2007

Blast rocks shopping centre metres from Kremlin

Assalamualaikum wbt.


Firecrackers Clear Manezh Mall
By Svetlana Osadchuk
Staff Writer

Tatyana Makeyeva / Reuters

People evacuating the Okhotny Ryad shopping center Thursday evening after two sets of firecrackers went off.

Hundreds of people were evacuated Thursday evening from the Okhotny Ryad underground shopping center near Red Square after a pack of firecrackers was set off on the steps of the mall, city authorities said.

City police spokesman Viktor Biryukov said at the scene that no one was injured in the incident, though Interfax cited an unidentified emergency worker as saying five people suffered from smoke inhalation.

The firecrackers went off shortly before 6 p.m., sparking a panic in the shopping center, Biryukov said. The sound from the firecrackers was powerful enough to be heard in the State Duma building across the street.
Wanna read more? Click here.

There's another news about this incident. Click here.

............................................................................

Masa kejadian tu berlaku, aku dengan Balqis ada kat shopping complex (Manezh) tu. Saja jalan2 sebab dengar2 tengah hebat sale kat situ. Saja la tengok2 manalah tau ada yang berkenan dan harga berpatutan kan.. Kitorang masuk beberapa kedai sebelum kitorang masuk satu kedai ni, Pull & Bear. Kedai tu kat floor paling bawah. Sebelum kitorang decide nak keluar dari kedai tu, tiba2 bunyi benda meletup yang sangat kuat. Macam dalam filem tu.. Sangat kuat.. Mujur Pull & Bear tu letaknya dekat dengan eskalator. Tempat pertama kitorang terfikir adalah metro!

Masa tu, semua orang kelam - kabut nak keluar dari kompleks tu. Semua menuju metro! Kitorang apa lagi, tersepit la di celah2 orang2 Russia! Hurm.. Bila dah sampai metro, semua orang dok sibuk cakap pasal letupan tu. Kitorang dah tak kisah, yang penting kena naik metro dan balik hostel! Sempat juga kitorang tengok jam time tu, baru pukul 6.00 petang.

Dalam perjalanan balik, kitorang berdua senyap je. Tak cakap apa pun. Bila dah sampai stesen yang kitorang nak turun tu, baru kitorang timbulkan isu tu. Pagi ni, aku baca blog Judin, ada cakap pasal benda ni. Tu yang terkejut tuh. Maknanya betullah ada letupan tu! Dan sangat dahsyat! Aku sempat tengok sebelum aku keluar dari kompleks tu, siling dengan lampu kat kompleks tu jatuh dan berhabuk - habuk. hurm.. Tu la ceritanya..

~ Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku. Kalau tidak, Macamana mahu ambil final? ~

Monday, December 24, 2007

Sang Aidil Adha vs Exams

Assalamualaikum wbt.

Sang Aidil Adha sudahpun melabuhkan tirainya. Sekarang tiba masanya untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan akhir yang akan menjengah kurang dari sebulan. Tapi entah kenapa aku ni tak boleh tumpu 100 % perhatian. Mungkin ada benda yang mengganggu fikiran tapi tak mampu nak buang dari akal fikiran. Hurm.. Wanie! Ko kena berusaha..

Ni saja nak berkongsi gambar Aidil Adha lepas. Bergambar bersama senior 4th year.























Gambar I : Dengan Yana, one of my groupmates.
Gambar II & III : Dengan senior 4th year yang sangat happy - go - lucky.
Gambar IV : Tengah menikmati nasi kambing yang disediakan oleh pihak Embassy Malaysia.
............................................................................................






Ni pula gambar sepanjang conference Microbiology yang disertai oleh lebih kurang 84 orang pelajar Malaysia di sini. Tahniah kepada semua participants. Ada yang buat posters, slide presentation and typing. Malas nak cerita panjang2..



Salah satu poster yang agak menarik perhatian! Wow! Congratulations kepada siapa yang buat ni. Cantik!


~ Tadi dapat mesej dari mak n abah dari Tanah Suci, sangat seronok, Pastu dapat gak emel dari Kak Mija di Melbourne. Pun seronok gak. Ni dapat inspirasi supaya dapat buat final dengan sebaiknya.. ~

Sunday, December 23, 2007

Buta mata? Apekah?

Assalamualaikum wbt.


*
Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak di tuju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bila mana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
tapi jika buta hati menderita

ulang *

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
negeri yang kekal abadi
tak diukur tidak diukur dengan masa
kerana tiada kawan yang membantu

Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunjuk kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

ulang *

Menderita di negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti

ulang *


Sekarang minggu peperiksaan. Kami semua sedang bertungkus - lumus untuk menghadapi peperiksaan akhir ni. Termasuk KS. Dia ada final Ophthalmology esok. Semoga berjaya. Mesti semua orang pelik. Dah la exam, still nak update blog. Hurm.. Saja je sebab nak share lagu Buta Mata tu. Lagu tu zaman aku kecil2 dulu. Sangat sayu lagu tu. Boleh buat aku terfikir apa yang aku dah buat sepanjang aku hidup kat dunia ni. Boleh ke nanti aku menghadapi waktu yang mana tak ada siapa pun yang boleh tolong aku time tu. Cukupkah amalan aku nak bertemu Al - Khaliq? Cukupkah persiapan aku untuk menghadapi waktu tu? Cukupkah?

Hurm. Saja bawa kita semua merenung sejenak apa yang kita dah buat selama ni. Kadang2 dengar lagu ni boleh buat kita tersedar akan kesilapan kita yang kita sendiri kadang2 tak perasan.

Aku nak minta kalian berdoa untuk kejayaan aku dan kawan2 menghadapi exam final ni ek. Thanks.
  • KS, All The Best For You. Lepas KS habis exam, boleh la masakkan untuk kitorang yang amik final Microbiology ni.. Hehe.. =P
  • Fareena and Fatt, Semoga hasil kerja korang diterima. Lepas tu tak payah amik oral exam. Patu korang pon boleh tolong KS masak sekali! =P
  • Emy and Dibah, Semoga kita terus kuat menghadapi microbes yang pelbagai jenis ni. Semoga otak kita ni still ada ruang untuk isi segala macam nama microbe yang pelik2 itu.
  • Kepada diri aku, Semoga Wanie tabah dan istiqamah mengingat semuanya! InsyaAllah
  • Kepada 3rd year yang amik exam Microbiology, All The Best untuk korang. Kalau berdoa, doa untuk kawan2 sekali. Takpe, biar kita berjaya ramai2.

~ Jangan putuskan harapan kita pada Al - Khaliq ~

Wednesday, December 19, 2007

post-zachut-microbe mode : ON

Assalamualaikum wbt.

Moscow.
11.19 pm. Rabu.

Aku sepatutnya tidur sekarang ni, sebab dah beberapa hari tak cukup tidur. Hurm, tapi mata ni tak mahu tutup! Nak kata aku minum nescafe kesukaan aku, langsung tak sentuh. Nak kata stay up study pun tak juga. Kat Moscow raya haji esok. Malam ni sepatutnya ada takbir raya tapi sebab banyak exam, guys tak boleh nak takbir bilik ke bilik. Takbir sendiri2 je. Dalam bilik ni pun, aku je yang agak ' lepak ' sebab aku dah habis exam Microbiology untuk dapatkan kredit ke final. Tapi masih ada satu exam ( Pathophysiology ) yang masih tertunda disebabkan kelas pada hari Sabtu. Maka, Sabtu ni aku akan ada lagi satu exam la..

Minggu depan dah start final exam paper mcq subjek Microbiology. Nak kata aku bersedia, tak juga sebab sibuk melengkapkan buku kredit ( zachut ). Kalau nak melengkapkannya, kat sini kami kena selesaikan semua tests dan kena ganti mana2 kelas yang tak datang. Kalau tak lengkap kredit tu, tak boleh ambil final exam. Sebab tu aku bila naik 3rd year nih, prinsip aku senang. Belajar la selagi termampu. Kalau tak mampu tu belakang kira la.. Tapi, kalau ada test ( kat sini panggil colloq. ), jangan tangguh2. Buat je. Supaya tidak menyusahkan diri sendiri. Tapi jangan la paksa diri. Buat ikut yang termampu. Nanti kalau sakit, susah lak kan?

Aku ni bukanlah rajin sangat. Banyak je tidur nya. Banyak juga makan nya. Study nya agak kurang kalau nak dibandingkan dengan makan dan tidur. Haha.. Tapi aku selalu ingat pesan mak. Tak rugi kita belajar. Belajar tu untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain. So, itu yang buat aku kuat untuk belajar. Tapi takde la kuat sangat pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Aku buat sekadar yang termampu je.. Kadang2, pesan orang tua yang buat kita kuat untuk berusaha, kan?

Aku pun tak tahu aku melalut apa ni.. Otak dah tak betul di malam raya nih. Aku doakan Emy, Pena, Fatt and Diba berjaya berhadapan dengan Bandarchuck ( lecturer pharmacology yang sangat vogue! ) dan berjaya menjawab Microbiology esok. Kawan2 lain juga. Semoga berjaya. Aku selalu doakan korang yang terbaik. Kamu yang baca nih, doakan sekali kami ok?

Updated: Lupa nak minta doakan untuk KS yang akan ambil final. Selalu nya tak lupa lak nak tulis! All the best KS!!


"SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1428 H"


PS : Kalau Aidil Adha, orang akan sebut pasal pengorbanan. Pernahkah anda berkorban? Aku? Hurm.. *keluhan yang sangat panjang..*


~ Pengorbanan tidak akan bermakna tanpa niat yang ikhlas dan jika tidak kerana Tuhanmu Yang Satu ~

Tuesday, December 18, 2007

Aidil Adha 1428 H

Assalamualaikum wbt.


Buat pembaca yang budiman, tidak kira di mana anda berada, aku ucapkan ( for all readers out there, wherever you are, I wish you ) :


SALAM AIDIL ADHA 1428 H DARI MOSCOW, RUSIA.

HAPPY EID ADHA 1428 H FROM MOSCOW, RUSSIAN FEDERATION.


From,
Shazwani Bt Adnan
Moscow, 18 Dec 2007

PS: Aku dan rakan - rakan sedang berjuang untuk menghabiskan sesi pembelajaran semester ni. Ini termasuk peperiksaan untuk mendapatkan kredit ke peperiksaan akhir. Doakan kami. Terima kasih.

Sunday, December 16, 2007

USA > UKM > MOnash Univ

Selamat Jalan Buat Kak Mija + Family.

.All the Best.

PS: Kak Mija dan keluarga bertolak ke Melbourne pagi tadi pada pukul 9.30 pagi dari KLIA. Thanks Elin sebab bagitau aku!

Saturday, December 15, 2007

Albi Nadak ~

Assalamualaikum wbt.

Sejak kebelakangan ni, ramai bagitahu pada aku pasal lagu yang aku letak kat blog aku nih. Sedap katanya. Ha! Meh sini nak cerita berkenaan lagu ni. Tajuk dia ALBI NADAK ( Seruan Hatiku - bak kata KS ). Ada seorang kawan aku yang kirimkan lagu ni. Mula2 dengar dah terus 'jatuh cinta' walaupun masa tu mana nak faham maksud dia! Tapi sebab muziknya sangat menyentuh hati.. Cewah! Hahaha.. Tapi betulla, bila tahu je maksud nya, MasyaAllah! Jiwang nya! Terkejut gak. Tapi sebab dah jadi lagu kesukaan kan, nak buat macam mana.. Hehe..

Bagi yang dah tahu maksudnya, mesti ingat aku ni ada apa2. Ni diorang la cakap dengan aku.. Tapi sebenarnya, kalau kita pandai manipulasikan maksud lagu ni kepada sesuatu yang lebih indah dan berkekalan, mesti lagi seronok.

Ok, sebelum korang baca lirik lagu nih, ada beberapa simbol yang korang kena tahu:
- 3 > baca huruf ain
- 7 > baca huruf ha ( ha lembut tu )
- 2 > baca huruf hamzah


leek, ana melk leek
for you, I'm for you
ta3ala arrab dommeny
come closer and hug me
me7tag eleik /
I need you
leek, w ro7y feek
for you, and my soul is in you
ya 7ob 3omry ana 3omry kollo
o love of my life, all my life
ha3eesho leek
I'll live it for you

hawak howa el-7ayah
your love is the life
wenta elly ana ba3sha2 hawah
and you're the one whose love I love
kan alby monah
my heart used to wish
agmal malaak yekoun ma3ah
that the most beautiful angel would be with it

yah, alby nadaak
yah, my heart called you
wetmannak teb2a enta wayaya
and wished that you'd be with me
yah, ba3d sneen
yah, after years
sho2 w 7anin ala2eek hena ma3aya
of longing and yearning I find you here with me
yah, dommeny leek
yah, hug me to you
danta 7abiby 7ayaty leek
my love, my life is yours
w ha3eesh 3omry fadaak
and I'll sacrifice my life for you
(2x)

eih, a7tag le eih?
what, what will I need?
law kont ganby ma3aya dayman
if you were by my side with me always
oully eih?
tell me what?
yah, dana men zaman
yah, for a long time I've
me7tag le alb ye7ess beya
needed a heart to feel me
w a7ess beeh
and I'd feel it in return

hawak howa el-7ayah
your love is the life
wenta elly ana ba3sha2 hawah
and you're the one whose love I love
kan alby monah
my heart used to wish
agmal malaak yekoun ma3ah
that the most beautiful angel would be with it

yah, alby nadaak
yah, my heart called you
wetmannak teb2a enta wayaya
and wished that you'd be with me
yah, ba3d sneen
yah, after years
sho2 w 7anin ala2eek hena ma3aya
of longing and yearning I find you here with me
yah, dommeny leek
yah, hug me to you
danta 7abiby 7ayaty leek
my love, my life is yours
w ha3eesh 3omry fadaak
and I'll sacrifice my life for you


Manipulasikan lagu ini sebaiknya ( Pesanan Penaja )

~ Albi Nadak Li Men? ~

Thursday, December 13, 2007

Motivate yourself!

Assalamualaikum wbt.
Just want to make myself being motivated, I found this quote from my Kak Mija + Abg Azrin's blog. It makes me realize that actually all things around us can motivate us. We just not realize it, isnt it? Lets share with me!


"7 Secrets of Success; I found the answers in my room.
  • Roof said "Aim High".
  • Fan said "Be Cool".
  • Clock said "Every Minute is Precious".
  • Mirror said "Reflect Before You Act".
  • Window said "See the World".
  • Calendar said "Be Up-To-Date".
  • Door said "Push Hard to Achieve Your Goal".



Have u realized it? And what u wanna do next? Start to transform yourself for the better? So do I!


~ Why we should keep thinking about the past? It really doesnt help us to achieve our own goal! Unless it really helps us! ~

Monday, December 10, 2007

Dogs And A Cigarrette

Assalamualaikum wbt.

Just now, when i was going back from Microbiology lecture, in front of the metro (underground transport) exit, i saw a big dog like waiting for something. I really shocked because i really hate and afraid of that animal. I dont know why, but then, when it started to follow me, my mouth started to recite Surah Al Masad (Tabbat yada habi lahabiwwatab. To the end). Last time i had heard someone said when we are facing a dog, just recite that Surah and that dog wont disturb us. I dont really know that is true or not. I just do it! Then, i walked very fast, and made sure that dog was not following me. That was a 1st dog.

The 2nd dog. I was walking on one of the street behind the apteka ( pharmacy ) which is located near the metro. That street is very dark. I couldnt see even a shadow of a man (of course because there's no light either!). Then suddenly i saw a figure of a dog! Oh my God! It's really a dog! In front of me was a man who was smoking at that time. He looked like enjoying his journey going back to his home. I wanted to overcome him but near to him was that dog. And that time i recited once again Surah Al Masad. I felt a bit angry to that man because when he exhaled, the smoke came out from his nose, and i had to inhale that smoke since i was walking behind him. It made my head a bit dizzy. Honestly, i dont like smoke. I dont know why. Even when my Abah smoking, i will keep distance from him. I hope it's not a rude manner. I just dont like it. Enough. And lastly, i could escape from that dog. Fuhh..

Speaking about this kind of habit, before i came here, I remembered that my Emak had voiced out about her worries to me. She said a lot of her friends' sons or daughters started to smoke when they exposed to this extremely cold country. What they said? Oh.. They wanted to get warm. So, they smoke. I told her, " Emak, dont worry. Since i dont like cigarrette, InsyaAllah i will not smoke. And i will remember it!" Alhamdulillah, since i live almost 3 years in this country, i dont even touch a cigarrette. Thanks Allah for guiding me.

After i learnt about diseases, teacher told us that smoking can lead to development of atherosclerosis. Hurm.. I really dont know how to tell Abah to stop this habit. My Emak had tried for many years to persuade Abah to stop but it doesnt work. I dont want Abah get this
atherosclerosis. It can lead to cardiac dysfunction. I love Abah. And i love Emak too. So, anyone can help me? What is the best way to advice my Abah?

~ Tomorrow i will have a colloqium on Internal Diseases and a computer test on Pharmacology. Pray the best for me please. Thanks alot! ~

Sunday, December 9, 2007

tO : eLiN ~ ShaRLiNaDnaN

Assalamualaikum wbt.

Today, 9th December 2007, someone has celebrated her birthday with her beloved one. Specially dedicated to Sharlina Adnan aka Elin, Happy Birthday To You.. Just read this until the last fullstop.

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]



This is my 'hand - make cake' for you. It's not as attractive as in the bakery, but it's YELLOW! Hahaha.. Quick! Quick! Blow the candles! Otherwise, they will spoil your birthday cake!

Do you realize that the combination colours looks like Selangor's flag? Hahaha... Take this and celebrate your birthday with our family!





Hurm.. And this? These are all my 'presents' for you! I just simply put them in the bubble, so that i can ask the wind to send them directly in front of your footstep. So how? Have you received them? They are lovely right? You dont need to wait until June next year to get it from me. I have already gave it to you. Dont ask for more ok? Hahaha...




But, until now, you are still my lovely sister, just like others! And now, you have your own life. Build it with happiness, and dont forget to bring that happiness in our family..



HAPPY BIRTHDAY AGAIN..

Friday, December 7, 2007

Nokia --> Samsung

Assalamualaikum wbt.

Hari ni aku patut secara rasminya mengucapkan Selamat Tinggal kepada telefon aku, model Nokia 322o yang hilang / orang ambil / salah letak 2 minggu lepas. Aku pun tak pasti aku ke puncanya telefon aku tu hilang atau kalaupun orang yang ambil, dia dah aim aku.. Aku memang betul2 rasa susah takdak telefon nih. Kalau nak pesan apa2 pon, terpaksa pinjam telefon kawan. Kadang2 malu gak. Tapi layan je la.. Tadi, sempat juga aku keluar dengan KS pergi survey handphones dekat Novi Cheryomushki, pusat barangan elektrik dan elektronik yang sangat popular di kalangan warga Moscow, terutamanya batch aku! haha..

Bila dah ronda2 tu, last2 aku ambil keputusan grab je satu yang harganya reasonable dan tak lapuk sangat. So, aku dapat
lah Samsung M600. Mula2 aku tak nak ambil handphone selain Nokia, tapi tengok Nokia semuanya macam tak best je, terpaksalah aku langgar pendirian aku. Tapi apa pun, budjet still tak lari. Masih dalam range. Handphone tu pun bukan canggih sangat pun. As long as i can call out and text messages, its quite enough for me. Nanti aku mintak la nombor korang ye.. Sebab nombor korang semua dah kat dalam telefon yang hilang itu.. Hahahaa!!





<-- Nokia 3220

Samsung M600 -->






Thursday, December 6, 2007

Bincang - bincang

Assalamualaikum wbt.

Dah selang berapa hari aku tak update blog ni. Exam menjengah time tengah - tengah semester. Mahu tak mahu, hadap je la.. Ni aku baru je bangkit dari tidur lepas telan sebiji Panadol ActiFast sebelum tidur tadi. Fast sungguh! Kejap je dah tetidur. Ni semua gara - gara aku termasak ikan masin semalam. Bukan sengaja! Ada orang terbeli ikan masin yang disangkanya ikan biasa. Aku tak menyalahkan orang tu pun, cuma rasa sangat kelakar! Sepanjang tahun ni, dah 2 kali termakan ikan masin tu. Hahaha.. 1st time dulu masa masak kari ikan pun, guna ikan jenis tu. Habis masin kari tu! *Gelak golek2*. Tapi tak kisah la.. Asalkan tak ganggu study. Sebenarnya dah lebih kurang 4 malam aku tidur tak betul sangat. Ye la, kena prepare untuk exam. Tidur pun mana yang sempat je. Habis sakit2 badan aku. Ingat lagi, Selasa lepas, kaki aku kejang sekejap sebab tidur tak pakai selimut. Dah la sejuk, ter'cengkam' kaki aku. Rasa nak jalan ke kelas pun dah sangat malas.

Semalam, aku 'qada' balik semua tidur aku. Lagak macam dah final exam! Tapi itulah hakikatnya. Tidur lepas selesai dinner (gemukla aku..) Pastu pesan pada Fatt suruh kejut pukul 1.00 pagi. Nikmat betul tidur. Orang hantar mesej ym pun aku dah tak balas dah. Bukan main lagi aku tidur! Haha.. Masa Fatt kejut tu pun bukan bangun pun! Sambung tidur. Memang tak study.. Dah la kelas Internal Diseases sangat menakutkan! Berani betul aku tak study. Aku cuma buka buku lepas solat Subuh, dalam pukul 6.45 pagi. Itu pun bukan habis baca pun. Tertidur... Pergi kelas otak separuh penuh. Nasib baik tajuk
Arterial Hypertension. Boleh juga aku berfikir kalau2 cikgu nak tanya. Mujur aku dapat soalan yang senang sikit tadi. Tapi cikgu gabung tajuk Ischaemic Heart Disease, Myocardial Infarction dan Arterial Hypertension. Tu tajuk lecture hari ni. Aku ni kalau lecture ID rajin sikit datang sebab doktor yang bagi lecture tu sangat best.

Sejak akhir2 ni, aku selalu terfikir, apa nasib aku lepas aku graduate nanti. Adakah normal untuk orang seusia aku berfikir tentang masa depan? Ni ada satu cerita yang aku nak cerita, tapi lepas baca, diam2 sudah la ye.. Hehe.. Dulu aku ada kenal seorang budak ni kat sini aku gelar dia dengan S, S ni perempuan. Dia selalu cerita masalah dia dengan aku (biasanya masalah cinta la ni). Selalu minta nasihat aku. Aku pun tak tahu nak bagi nasihat apa kat dia sebab aku ni mana la ada pengalaman. Ceritanya lebih kurang macam ni. S ada suka seorang budak ni (semestinya lain jantina ok! Aku gelar budak ni pula dengan M). Dia rapat juga dengan budak ni. Satu hari, entah macam mana, M mesej si S, dia kata dia suka seorang budak ni. Tapi dia tak tahu nak cakap macam mana. Dia minta nasihat kat si S. S ni apa lagi. Frust menonggeng la. Lagak seperti putus cinta! Padahal bukan declair pun. Dia je yang suka kat si M ni. Lama - kelamaan diorang ni dah tak rapat dah sebab S seperti menjauhkan diri. Aku cakap dekat S, " S, jodoh tu kalau ada, adala.. Tak payah nak menonggeng2 macam ni. Mungkin M tak sesuai dengan awak. Tunggu jela.. Mungkin ada yang lebih baik untuk awak nanti.. Janji Allah tu kan pasti!" Sejak tu, aku pun dah tak cakap dengan S..

Kadang kala orang ingat dia cinta pada seseorang padahal tu adalah kasihan. Tapi kadang kala orang ingat dengan mesej2 kat ym, emel atau yang seumpama dengan itu, dia cinta pada orang tu, padahal orang yang dimesej tak rasa apa2 pun. Kadang kala orang ingat dia cinta pada seseorang, padahal orang di sekeliling yang selalu kena2 dia dengan orang itu.

Tapi, lain pula ceritanya kalau orang tu selalu bersama - sama tapi tak bercinta. Orang di sekeliling yang ingat diorang ni bercinta padahal diorang ni kawan baik. Hurm.. Memang banyak betul tanggapan manusia terhadap ekspresi pertama yang diorang nampak.


Aku ada persoalan. Cinta kah kalau masa senang, bergembira tapi masa susah ditinggalkan? Cinta kah kalau bertepuk tampar sebelum waktu itu menghalalkan mereka berbuat demikian? Cinta kah kalau berpelukan di khalayak ramai padahal mereka tahu mereka tidak boleh melakukan sedemikian dan pandangan orang sekeliling terhadap perlakuan mereka itu?

Fikir2kanlah.. Aku nak cakap banyak pun, aku mana ada pengalaman. Lagipun, aku tengah mencari orang yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku, dan boleh menerima aku seadanya (Cewah.. Bergurau je.. Tiba - tiba terjiwangla pula! Kakakaaa *Gelak lagi sampai berguling - guling!*). Tapi apa pun, carilah pasangan korang yang boleh membimbing korang dunia dan akhirat. Nanti korang tak rugi.. Percayalah..

~ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu... (Ar-Rum: 21). ~

Sunday, December 2, 2007

Kisah 1 & 2 Disember 2007

Assalamualaikum wbt.


Kisah 1 Disember:

Semalam, tepat jam 3.30 pagi (waktu Moscow) bersamaan 8.30 pagi waktu Malaysia, Mak dengan Abah bertolak ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya untuk berangkat ke Tanah Suci. Kelmarin, aku telefon rumah untuk mengucapkan selamat jalan kepada Mak dengan Abah. Aku juga meminta mereka mendoakan kejayaan aku dengan kawan2 di sini. Mak beritahu yang Mia sudah sampai ke rumah dari Australia untuk menghabiskan cuti musim panas di Malaysia. Aku sentiasa doakan Mak dengan Abah selamat pergi dan kembali. Semoga amalan mereka dan jemaah haji lain diterima Allah SWT. Amiinn..

.........................................................................................................

Kisah 2 Disember:

Pada jam 12 tengah malam, aku dengan teman serumah mula bersiap dan mendaki tangga hostel untuk ke tingkat 6. Kitorang berdiri depan bilik 611. Tiba2, aaaaaaaaaaaaaa!!!! Terkejut! Tiba2 ada orang buka pintu dari dalam. Tak sempat nak buat apa2! Tujuan kitorang nak menyambut hari lahir AFIFAH aka PIP yang jatuh pada 2 Disember. Konon2 macam nak buat suprise, tapi kitorang yang terkejut.. Lagipun masa kitorang sampai, Pip dah dicelebrate oleh teman rumahnya. Kitorang bukan la orang pertama. Tapi xpe, at least datang, kan? This is for u...


TO : NOR AFIFAH BT MUSA

.:с днём рождения:.
( s dnyom razhdeniya )
.:Happy Birthday:.

.:Selamat Hari Lahir:.
.:Sanah Hilwah:.

::Sweet 20::
May Allah Bless You


Suasana sambutan Hari Penting Buat Pip



Tak ramai tapi meriah..

Yang ni nampak ramai sikit.. Memang seronok! =D

Masya Allah! Bila Wanie dengan Pip bertemu! Beginilah jadinya! Selamat Hari Lahir Pip! Sponge Bob je aku bagi..





>> Tadi ada diorang main coletkan krim ke muka, tapi gambar tidak dapat diletakkan atas sebab2 yang tidak boleh dikemukakan di sini. Harap Maaf. Tapi kesimpulannya, penat aku gelak tadi!! Memang seronok!


~ Sahabat itu satu anugerah ~

Thursday, November 29, 2007

Survey, Again??

Assalamualaikum wbt.

Just having fun doing this survey which i got it from my friend's blog. I know him when i was in the preparation course to Middle East (more specific, to Jordan). His name is simply called Nadzeem. He is now studying in Irbid, Jordan. *Sorry Nadzeem for promoting u here!* Hehe.. Actually i accompanied KS to tell mama (the person who is responsible for each floor in our hostel. Just like warden!) that one of the pipes in our 'beloved' toilet is leaking. So, the toilet is flooded with water (make it clear that the leakage is not from the bowl of toilet! It's from the pipe ok? The cold water pipe!). Then the technician will repair the pipe, but till now, there's no one has come here and look after the pipe! While waiting (im not really waiting for the technician actually. It should be the best moment for studying! Wanie, get back to your desk please!), im having this type of releasing - tension - way before i continue my study.. Just share with me.. It's all about me INDIRECTLY..



1. How old will you be in 12 months?
*21

2. Do you think you'll be married by then?
*Really have no idea on that.

3. What do you look forward to most in the next 3 months?
*Im concentrating on my final 'Microbiology' which will be on 12th December. Then i will have my winter break! Yeah..

4. Who was the last person that you call?
*KS, but i didnt use my own mobile phone.. It was this evening!

5. Who was the last person to text you?
*Really dont remember since i lost my phone last 2 days. Now i am the 'phoneless' girl!

6. Do you prefer to call or text?
*In Moscow, i prefer to call. But in Malaysia, that will be switching to text (hey, i wanna save my credit!)

7. Do you have any pets?
*Yes. 10 cats. I hv posted about this before.

8. What were you doing at 12 am last night?
*I was sleeping that time! And i just woke up at 2 am.

9. Do you like carrots?
*Yes, i really do like carrots.

10. When is the last time you saw your mum?
*Before i flied back to Moscow on 1st September.

11. How many houses have you lived in?
*There's only one which is my beloved home now..

12. How many cities/towns have you lived in?
*Klang, Moscow

13. Do you prefer shoes, socks, or bare feet?
*Of course shoes! Can u imagine i walk without shoes during this snowy day?

14. Are you a social person?
*Not sure.. What do u think?

15. What was the last thing you ate?
*Rice, vegetables and chicken with lemon sauce. Prepared by Pena..

16. Favorite color(s)?
*Black, blue. It is including blue black.

17. What are you doing for your next birthday?
*Havent planned yet.

18. What is your favorite TV show?
*No favourite TV show now..

19. What kind of jelly do you like on your PB & J sandwich?
*No jelly please..

20. Last time you had a bath?
*To be honest, it was this morning =)

21. Last item you bought?
*Pizza with vegetables. (is it considered as an item?). If not, the item will be stationaries.

22. How many glasses of water a day do you drink on average?
*Maybe 4 to 6 glasses.

23. What kind of foods do you prefer?
*'Kampung' style.

24. What are you listening to?
*Of course music.. This survey should ask "What kind of music do u prefer?"

25. Do you sleep on a certain side of the bed?
*Nope. Anywhere i can sleep. Anytime.. But lately, i sleep improperly. Dont know why..

26. Do you know how to play poker?
*No

27. What are you thinking about?
*How to improve my Russian Language. Now im thinking how can i memorise the clinical terms in russian for the class tomorrow!

28. Any plans for this weekend?
*Frankly speaking : STUDY!!

29. Do you eat out or at home more often?
*At home.. The more, the merrier.

30. What would you change about yourself?
*My style on Islamic practice. It should be better than now!

31. What are you wearing?
*Seriously u wanna know? T - shirt and long pants.

32. Who was the last person to tell you they liked you? When?
*I cant share with u who's the person but it was last spring!

33. Have you ever been in an ambulance?
*Never once..

34. Do you prefer an ocean or pool?
*Ocean

35. Who's your crush?
*Should i tell u huh?

36. Do you know how to drive a stick shift?
*Dont know..

37. What is your favorite thing to spend money on?
*Foods may be.. That will always be the SUSHI =)

38. Do you wear any jewelery 24/7?
*I havent jeweleries right now. Do u wanna give me some?

39. Do you speak any other language?
*Yes i do. English, Russian

40. Do you love anyone right now?
*Hurmm.. Yes i do.

41. Who is the funniest person you know?
*My friend, Pire who is studying in Seoul, Korea (he always make me laugh by his jokes eventhough i am really sad at that time.. Thanks Pire)

42. Do you sleep with stuffed antilopes?
*No

43. Do you have any regrets?
*A lot..

44. Do you like coffee?
*Yeah. It's better to say, Im craving for coffee!

45. What is the main ring tone on your phone?
*I dont have phone right now. But it was the song 'Sayang Sayang' sang by my niece, Rina, recorded by Nana (my sister)

46. What is the color of your bedroom walls?
*Green with leaves

47. Do you shut off the water when you brush your teeth?
*Sometimes yes, sometimes no..

48. Do you wish someone was with you right now?
*Yes.. And they always be my family

49. Do you miss someone right now?
*Yes, i do.

50. Do you talk to the person who posted this before?
*Yes. I had talked to Nadzeem before..


--> The best moment in my lifetime is being with my family

~ Welcome back Mia! U r almost welcome in our home.. eventhough im not there right now. Take care mom and dad. Send my regards to Mecca Al Mukarramah. ~

Tuesday, November 27, 2007

happy belated birthday Amna!

This entry is specially dedicated to Nur Amalina Faisal, the arabic language and literature student of Yarmouk University :

HAPPY BELATED BIRTHDAY DEAR..
( On 25th of Nov )
  • Hopefully you will be always in the pink of health
  • Hopefully you will get everything that you dream of
  • Hopefully you will always be blessed
  • And hopefully i can meet you up! i really miss u dear!


Maintain your natural beauty ok?

Saturday, November 24, 2007

Sayu Hati Perlu Diubati..

Assalamualaikum wbt.

* Ini hanyalah entri beremosi. Jangan nangis ok? Jangan ejek juga! Malu den nanti... :) *


Aku : Assalamualaikum, sapa nih?

Mak : Waalaikummussalam. Mak ni.

Aku : Mak, ni Wanie ni.

Mak : Mak tau.. Sape lagi yang nak talipon waktu2 macam nih?

Aku : Oooo..Mak apa kaba? Sihat tak?

Mak : Alhamdulillah, cuma tekak nih gatal sikit.

Aku : Mak makan ape sampai tekak gatal2?

Mak : Entahla.. Mungkin masa 'kondangan' kot, minum air sejuk..



Bla..Bla..Bla..





Mak : Wanie, maghrib dah 10 minit berlalu..

Aku : Ooo.. Ye ke? Ok la kalau macam tuh.. Mak punya flight bila ek? 1 hb tu hari ape?

Mak : Hari Sabtu. Next week la.. Ingat 28 hb nak buat kenduri qiqah Ammar dengan Kak Mija sekali. Nak buat 29 takut sibuk, nak amik Mia kat airport. 30 pulak takut dah lambat sangat.

Aku : Ok la kalau macam tu.. Mak, kalau Wanie tak sempat nak talipon Sabtu depan, Wanie nak mintak mak jaga diri baik2 tau. Mak doakan Wanie habis belajar kat sini, doakan Wanie sihat selalu.. Mak doakan jugak yang lain ye..

Mak : Mak selalu doakan Wanie. Doa tu doa jugak. Yang penting kene fikir positif. Kalau orang lain boleh buat, Wanie pon boleh buat jugak. Wanie pon doakan mak dengan abah kat sana rajin beribadah, sihat dan kuat kudrat nak tunaikan amanah ni.

Aku : Okla mak. Nanti mak bagitau abah gak tau apa yang Wanie bagitau mak nih. Jaga diri baik2.. Kirim salam pada semua. Assalamualaikum.

Mak : Waalaikummussalam.



Situasi nih berlaku time aku telefon mak aku tadi. Aku dapat tahu mak dan abah aku terima tawaran menunaikan ibadah haji hampir 3 minggu lepas. Aku rasa happy. Tapi dalam masa yang sama, sayu jugak terasa. Time aku berborak dengan mak tadi, menitis jugak air mata ni, tapi tak berbunyi sebab malu dengan mak. Ye la.. Dah besar panjang pun masih nak nangis lagi. Ciwek orang Jawa kata. Hehe..

Tambah2 Kak Mija (kakak ke - 2) pulak nak sambung belajar di Melbourne, Australia. Pun sedih juga! Bila lagi aku nak jumpa dia dan anak2 sedara aku (Anis, Aina and Arfa) lagi. Pikir2 balik, terasa nak turun Australia la pulak dalam masa 3 tahun nih. Tapi macam ada budjet je.. *Termenung*

Last 2 days, aku terime pulak message ym dari Mia. Katanya dia balik Khamis depan. Hurm... Happy nye dia.. Boleh jumpa anak2 sedara before diorang bertolak ke Melbourne 16 Dis nih. Kat sana pon boleh jumpa lagi. Tapi takpe. Biasala terpisah2 ni.. Dulu aku 5 tahun duduk asrama, ok je.. Sekarang nih apa nak sedih2, kan?

28 hb nih mak nak buat kenduri doa selamat kat rumah. Untuk mak n abah nak pergi haji, untuk Kak Mija nak ke Australia and Aqiqah Ammar (anak sedara aku yang latest - anak Kak Idah, kakak - 1). Aku miss lagi kenduri kat rumah!

Dalam minggu ni, rata2 orang sekitar aku berborak pasal cuti winter kali ni. Ramai juga nak balik Malaysia. Tak kurang jugak nak bercuti ke Spain, Paris, London, mana lagi entah! Seronok dengar diorang ada plan sendiri.. Aku belum plan lagi nak pergi mana2. Rasa malas la... *Asyik malas je aku nih*


~ Berjalanlah di Bumi Tuhan. Lihatlah keindahan ciptaanNya, nescaya kau akan tersedar Kebesaran dan KekuasaanNya ~

*kondangan - kenduri kahwin
*ciwek - suka menangis
>> Istilah Jawa yang kitorang satu family selalu guna.

Monday, November 19, 2007

Sechenov Unity Games 2007

Assalamualaikum wbt.

Hurm. Dalam entri yang lepas, aku bagitahu yang hari Ahad lepas ada Sechenov Unity Games. Aku participate dalam sukan yang paling aku suka dan sayang >> Ping Pong. Aku berpasangan dengan KS. Sekarang ni rasa memang serasi la dengan KS. Setelah beberapa tahun aku cari partner yang serasi untuk main ping pong (sejak Nur Liyana Mohd Sharif, kawan aku pindah sekolah masa form 3, aku dah xde partner regu yang sesuai, sampailah aku diletakkan untuk menjadi regu dengan KS.).

Aku malas nak cakap panjang2, biar gambar yang menceritakan semuanya..


Wanie and KS


KS in action

KS in action (lagi)

Wanie and KS (jadi pasangan regu)

Wanie in action

Wanie in action (lagi)

Team futsal yang best! Nama team : XOXO (2nd place)
>>Tu nampak tak Dibah tu?? Barisan depan, paling kiri. Tu la roomate aku yang lagi seorang campur Fatt

Team netball KS : Penyu Ninjas
Apasal ada aku? Aku jadi pengganti sebab team ni time tu xcukup player

Ni baru team aku : Soulja Galz (3rd place)

Ni pulak? Hurm.. Ni la netball referees kita yang HOT!! Yeah!

Aik? Ni apasal tetiba ada kek lak nih?
..........................................................................................

Nak tahu? Ni la kek hari jadi Shahida (kitorang panggil Cici sebab dia comel dan lagi kecik dari kitorang.) Hari jadi dia 19 Nov yang lepas. Di kesempatan ni jugak aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat Atiqah Asbi (anak usrah aku) yang menyambut hari jadinya yang ke - 20 hari ini (21 Nov 2007)


~ Bersukan mampu mengelakkan tension, beribadah boleh menghilangkan depression ~

Saturday, November 17, 2007

Mengenang Zaman Muda

Assalamualaikum wbt.

Tika ini, aku hanya mampu tersenyum membelek gambar - gambar dalam simpanan aku ini. Lepas menelaah, aku melepaskan sebentar lelahku dengan meneliti gambar ketika aku 'muda - muda' dulu. Senyum lagi. Betapa tidak matangnya aku dulu.. Betapa kebudak - budakannya aku dulu! Sengih. Saja nak berkongsi zaman muda aku dengan kamu. Mahu kamu berkongsi dengan aku? Mahu?

Tahun 2005 : Dengan senior Sambestari >> Kak Atique Maliki (sekarang beliau berada di Ukraine menyambung pengajian dalam bidang perubatan).

Tahun 2004 : Ketika sesi penangkapan gambar untuk dimuatkan dalam AnNur (majalah Sambestari) Updated: Eh bukanla.. Nama dia Imtiyaz.. Thanks Asma'! Nih mungkin sbb dh byk sgt term Arab dlm kepala otak nih.. Tu yang main letak je mane yang sedap.. Hehehe. Inilah 'Geng' aku dulu ketika berkhidmat sebagai Ketua Pelajar. *Mana Asma'? Apasal ko takdak time nih ek?*

Sebelum tahun 2004 berakhir; sebelum dak2 form5 berperang dengan SPM: Perlawanan bola jaring antara aras. Sukan Asrama 2004. Aku jadi kepala yang menganjurkan sukan ini bersama AJK Sukan yang lain (kata Biro Sukan...)


**Bagaimana agaknya zaman muda kamu dulu ye.. Alangkah seronoknya jika boleh berkongsi..**



P/S: Esok (18 Nov 2007), akan diadakan Sechenov Unity Games di sportzal M2. Kepada yang main, SEMOGA BERJAYA diucapkan. Mainlah dengan bersungguh - sungguh. Tunjukkan semangat kesukanan yang aku tahu dah lama terperap dalam diri kamu! Bersemangatlah seperti mana Cik Fatt kita bersemangat! Kan Fatt kan?? Aku pun bersemangat juga.. Kepada yang buka gerai tu, SEMOGA JUALAN LARIS esok. Kepada penyokong - penyokong, sokong team favourite anda ok? Biar kita semua gembira..


~ Minda yang cerdas lahir dari badan yang cergas. Badan yang cergas terbit dari amalan yang sihat. ~

Thursday, November 15, 2007

Reasons why you should date a Doctor - To - Be

Assalamualaikum wbt.

Just now I was looking through my friendster and at one of the posted bulletins, I have found such an interesting topic entitled "Reasons why you should date a doctor - to - be". I read it and have decided to post it in my next entry. But first of all, I want to emphasize that this is not the way I figured out this profession. For me, a doctor is a noble profession that should be protected because a doctor deals with humans' lives. I post it because I want to share something with you. Just for fun. Because I have fed up with all these Russian terms for hypertension (this is what im doing right now. >> memorizing all these terms for tomorrow's lesson! My tongue has been twisted pronouncing these words). These are what people 'think' about date with a doctor - to - be. Okay! Lets check it out!

Doctors:

1. They have the tool (stethoscope).

2. They can give you the gift of "missing them" because they are always at work.

3. They can give you a free medical consultation (everyone's favourite).

4. You save yourself the embarrassment of going to a doctor with an infection.

5. They are smart.

6. They know their anatomy well.

7. They are well trained to listen.

8. They know how you feel, or at least pretend to!

9. They always have a strange new story to tell.

10. They offer you a tissue when you feel like crying (it is a reflex).

11. They can stay up all night if you want them to do so.

12. They are unshockable.

13. They always dress nice.

14. They can guide you in the gym.

15. Money! (That's why they work for long hours).

16. Free medical samples.

17. They know what do you want to hear and tell them.

18. They are trained in breaking bad news in a nice way.


And now, I want to know how u figure out this profession. Is that just for fame or wealth? How to be the best doctor? Is it by curing patients physically, emotionally or both? I leave these questions for you..


~ Setiap pekerjaan adalah amalan selagi ia tidak bercanggah dengan batasan agama ~