Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Monday, May 20, 2013

I'm back

Assalamu'alaykum wbt

Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati untuk update blog ! hoho..hampir setahun jari tidak menari-nari di sini. Sibuk? tidaklah sangat. Cuma..kurang minat untuk update atas sebab-sebab tertentu. Tetapi sungguh, hati ini rindu untuk menulis. Sepanjang 'silent mode' di sini, terlalu banyak perkara yang berlaku, gembira dan sedih segalanya bercampur. Nak sangat berkongsi segalanya tetapi tunggulah di masa yang sesuai.

Alhamdulillah, aku sudah menikah. :) penantian yang sekian lamanya telah berakhir, namun ia adalah permulaan yang baru buat kami. Bila sudah berstatus isteri, maka tanggungjawab semakin bertambah, pengurusan emosi perlu lebih stabil dan matang. Sungguh, aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang amat baik, penyabar dan memahami diri ini. Walaupun jarak memisahkan kami, tetapi ikatan hati ini tetap satu dan utuh.

Aku sekarang sedang berada di akhir pengajian tahun pertama bidang Optometry IIUM. Semester ini adalah semester yang paling mencabar aku kira untuk setakat ini. Tetapi sudah banyak ingatan dari senior-senior mengatakan semakin naik tahun semakin mencabar ! oh hoo..bersediakah aku?

InsyaAllah. Luruskan niat dan gandakan usaha. Aku mahu berjaya dalam bidang ini. Masih aku ingat hari pertama perlu menggunakan kalkulator (yang hampir 5 tahun tidak disentuh), terkial-kial mahu menekan pad kekunci. Blured. Hampir menangis !. Dalam hati rasa gusar yang amat sangat, takut dan bimbang tidak dapat kuasai ilmu ini dengan baik. Namun, semakin banyak belajar dan praktis, semakin lama aku semakin yakin untuk berada di jalan ini. Semoga Allah permudahkan pengajianku yang masih berbaki 3 tahun.

Berbalik kepada kisah perkahwinan aku dan suami, kami tidak tinggal bersama selepas kahwin memandangkan aku masih belajar di Kuantan dan suamiku bekerja di Kota Bharu. Jarak ini tidaklah terlalu jauh, tetapi cukup menguji. Betapa baru aku sedar apa itu erti rindu ! Semoga Allah teruskan tautkan hari kami hingga ke syurgaNya. :)

Aku akan menghadapi peperiksaan final Sem 2, Year 1 pada minggu hadapan. Seperti biasa, tak sah jika tiada jadual exam di blog. hehe. Doakan kejayaan diri ini ye. Doakan saya cemerlang untuk naik ke tahun 2. Dan ini adalah peperiksaan pertama bergelar isteri ;)

Ok, semoga aku akan rajin update blog lagi..haha. :D

26 May 2013 : Optometry Instrumentation
31 May 2013 : Philosophy of Science
01 Jun 2013  : Visual Optics
03 Jun 2013  : Microbiology & Immunology

03 Jun at night : Back to Husband :)



                                                           me & husband = us :')



Tuesday, November 20, 2012

Bukan semua kita yang punya





Kebiasaan yang terhenti lama membuatku rasa kaku. Allah. Aku rindu untuk kembali mencoret kata.

Bismillah..


Air mata bergenang melihat dan membaca perkembangan yang berlaku di bumi Gaza. Ya Allah, mereka sangat hebat, mereka hebat menghadapi ujian-ujianMu, dan sesungguhnya mereka amat bertuah.

Peristiwa yang menuntun diri untuk kembali muhasabah. Setakat mana bantuku, dan kebersamaanku dengan mereka di sana. Terlalu jauh. Ratib doa Rabitah semakin kuat, setiap masa dan ketika.

Namun, aku pasti, Palestin akan bebas tidak lama lagi. Zionis laknatullah semakin dalam ketakutan!

Sekali lagi aku melihat diri dan suasana sekitarku, terlalu jauh rupanya.....



Aduh, kuatlah semangat, tabahlah hati, ujian hidup di dunia ini hanyalah kecil, sekecil pepasir di pantai.

Memujuk diri untuk kuat, sabar dan tabah.
Memujuk hati supaya redha..
segala impian bukan semua kita punya..
kerana itu Allah yang punya..
Kekayaan..kecantikan..kecintaan..
Milik Allah selamanya..



Friday, May 25, 2012

Yes, i did it !

Assalamu'alaikum wbt

Tangan masih rasa terketar-ketar, degup jantung juga masih ada debarannya. Baru sahaja selesai menempuhi satu misi yang pada awalnya dirasakan amat mustahil untuk menjayakannya, namun akhirnya YES, I DID IT ! 

Kisahnya begini, pada kebiasaan hidup di asrama dengan tandas di luar bilik ini, penghuni sepatutnya membawa kunci bilik setiap kali keluar walaupun sekejap. Nak dijadikan cerita, aku ini jenisnya kurang rajin nak bawa kunci ke toilet, fikirnya sekejap je, nak ambil wuduk! Tapi biasalah, hati dah rasa risau sebab tak bawa kunci dan duk fikir-fikir roomate ada exam petang ni......
 
Bila kembali ke bilik..dangg! pintu terkunci, bilik senyap sunyi! OMG, apa yang dirisaukan sudah terjadi. I have no key >.< nak buat apa ni, dah la sehelai sepinggang dengan shirt and kain sarung, hp dalam bilik. Peluh 'jantan' mula keluar..zohor dah agak lewat. Fikir, fikir untuk cari jalan. Tingg! cuba ketuk bilik sebelah juga senyap sunyi. huhu..rasa ralat jiwa raga (haa tu la sape suruh lewat2 kan solat, time tu memang rasa bersalah sangat sebab biasanya x pernah ralit sampai begini :( )
 
Terus ambil tuala yang dekat penyidai dan sarung kat kepala then pusing keliling bilik untuk ke tingkap my compartment. Yes, tingkap buka..alololo i can see my key hanging dekat suis lampu. Oh, dapat capai my hp after rungkas tingkap sikit-sikit..hehe..sambil tengok belakang hopefully nobody there. Think, and think again, mcm mana nak dapatkan that key...rasa nak guna kuasa mcm cerita yang orang ada kuasa tu dapat tarik je barang guna isyarat tangan..But of cos la x jadi !
 
Sempat lagi berdoa dalam hati "Ya Allah, gerakkanlah kunci itu.." heh..funny, mestila kena usaha something. Tengok belakang nampak ranting kayu, agak panjang tapi tidak cukup panjang utk dapatkan that key. Then, sambungkan dengan another ranting yang pendek sikit, so jadi la panjang..tapi tidak cukup kuat.

Finally selepas cuba beberapa kali, akhirnya kunci terjatuh ke lantai bilik. Alamak ! lagi susah nak ambil. Tapi rupanya makin senang, kais sahaja dengan ranting kayu tu then bila dah dekat dengan tingkap maka gunakan bahagian ranting yang agak kukuh untuk kait naik ke atas bagi keluar dari tingkap. ! Seriously, aku rasa nak bersorak sorang-sorang masa berjaya dapatkan kunci. huhu, sakit urat-urat bahu.

Bila fikirkan kembali..Subhaanallah, Maha Suci Allah yang mendatangkan segala ilham dan kekuatan. Susah sangat kalau tidak dapat masuk bilik huhu. Allah takdirkan ada ranting kayu, ada getah pengikat dan kunci pula ada tali yang panjang senang untuk dikait. Paling penting, USAHA ! 

Itulah pengajaran buatku di petang Jumaat yang mulia ini. Lusa akan mula exam, yes..banyak yang perlu dibaca lagi dan lagi..USAHA sedaya mungkin and Leave the rest to Allah..

SMILE :)

p/s : saja abadikan cerita ini untuk memori di masa akan datang !


Monday, May 21, 2012

FINAL EXAM S2Y1 OPT

Assalamu'alaikum wbt

Peperiksaan datang lagi. Buat kali pertama sebagai pelajar Optometry :) Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan yang terbaik sepanjang peperiksaan kali ini. Jadual seperti mana berikut. 

19/5/12 : Study Circle 1
27/5/12 : Islam, Knowledge and Civilization 
30/5/12 : Bahasa Melayu Kerjaya
31/5/12 : Critical Thinking in Healthcare
 1/6/12  : Anatomy & Physiology

 8/6/12  : Ocular Anatomy 


Doakan kecemerlangan saya ! :) 



YES, I BELIEVE ;)

p/s : Tidak sabar untuk habiskan exam kali ini, after that akan cuti 3 months ; full of missions and visions ;p


Friday, April 13, 2012

Gratitude


Dengan nama-Mu Ya Allah..

Assalamu'alaikum wbt

Gratitude bermaksud bersyukur. Perkara yang sering datang setiap kali kita berada dalam sesi-sesi tazkirah atau seumpamanya. Kebiasaan sangat tajuk ini menjadi pilihan jika kadang-kadang terpilih untuk menjadi pentazkirah secara spontan. 'SYUKUR dan BERSYUKUR', apakah kelebihan atau hebatnya perkataan ini?

Aku bukanlah yang arif lagi bijaksana untuk mengupas secara mendalam tentang perkara ini, namun cukuplah dengan hidup bersama dengan orang-orang yang hebat, yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu dan pengalaman dengan diri ini. Ini juga salah satu syukurku pada Allah, kerana perjalanan aku beribu batu, bertukar benua, beronak duri rupanya persinggahan seterusnya aku di sini, sebuah dimensi baru. SYUKUR PADAMU YA ALLAH..

Di sini, aku belajar untuk menjadi hanya yang positif walaupun pada perkara yang dirasakan begitu jelas negatif. POSITIVE MIND AND SOUL. Pada setiap masalah, pandang pada sudut kebaikannya. Yes, masalah adalah untuk kita belajar perkara baru !

Bersyukur pada setiap musibah dan ujian, kerana dengan kesyukuran pada perkara ini, maka andai nikmat dan bahagia Allah Kirimkan pasti tersangat HEBAT lagilah syukur kita padaNya bukan? SubhaanALLAH. Jangan ditangisi sebuah kehilangan , sebuah kegagalan kerana masa depan kita dalam Kuasa dan Pengetahuan Dia..

Jika sudah jatuh, WAJIB BANGKIT kembali! Dahulu masa kecil sedang belajar berjalan bukan main lagi kita bertapak untuk berjalan, jatuh dan bangun lagi. Tidak kira sudah banyak mana luka dan sakitnya. Tapi KITA BANGUN lagi ! dan, sekarang, kita lebih dari punya kuasa untuk bangkit kerana kita sudah dewasa. Alangkan mereka yang tiada kaki, tangan pun will back up after falling. -_-

Hidup ini sangat indah, percayalah. Bukan sia-sia setiap satu perkara yang terjadi kepada kita. Walau kita pernah berada bagai di bawah hamparan bersama debu-debu tanah, TETAPI tidak mustahil untuk kita kembali berada di atas, di puncak IMPIAN ! BELIEVE in yourself, and the ultimate BELIEVE is ONLY IN ALLAH swt.

Visualize what you want to be, dream about it, DREAM BIG ! Say to yourself YOU CAN DO IT !


YES,
I BELIEVE, and I WILL NEVER EVER GIVE UP !

kenapa? kerana aku mahu jadi hamba Allah Yang Bersyukur, dan serendah-rendah hati ini hanya berharap, berserah pada Allah YANG MAHA KUASA.

Bersyukur, dengan tidak akan berhenti dari terus berjuang hingga ke akhirnya.

Pada saat ini, aku bagai sedar bahawa dunia ini amat luas, hidup ini terlalu indah untuk diratapi dan disia-siakan..Syukur Ya Allah..


Thursday, March 15, 2012

kakak

Assalamu'alaikum w.b.t.


Minggu ke 6 adalah minggu untuk pening dan stress. Manakala minggu ke-7 minggu untuk ujian-ujian di dalam dewan peperiksaan. Cepat sungguh masa berlalu, sudah nak mid term exam dan bakal bercuti di minggu ke 8 ! Yeay! oh, tidak lah patut melompat sakan kerana selepas cuti deretan exam, due date assignment dan presentation yang pelbagai perlu disempurnakan. Wah, menarik! Teruja! Cuak !

Pada semester 1 ini aku bersama dengan pelajar-pelajar semester 2. Special case la katakan, hampir semua etika & peraturan juga adalah khas untuk pelajar ini (aku). Pada awalnya terasa ganjil dengan suasana baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru dan sebagainya. Natijahnya, aku masih mampu hidup dan bertahan sehingga ke saat ini ! Alhamdulillah, moga segala yang pahit-pahit itu menjadi ubat untuk terus gagah perkasa.

Bercerita tentang kawan-kawan baru, sungguh aku merasakan terdapat 'gap (junction?)' bila menggunakan panggil 'kak' di hadapan nama. Pada awalnya aku dengan selamba tidak mahu dipanggal 'kakak', panggil sahaja namaku, aku sungguh tidak kisah. :) Namun, adik-adik ini sungguh comel, mahu juga berkakak-kakak. Maka, itu takdir yang perlu diredhai bukan? ;) Not a big deal. Cuma kadang-kadang, terasa perlunya sang sahabat yang senada dan seirama dengan diri ini ^_^

Bila difikir-fikirkan kembali, sememangnya sejak dari sekolah lagi status 'kak' itu melekat di hadapan nama. Cantik percaturan Allah ini, aku ditakdirkan punya 2 adik laki-laki dan tiada adik perempuan. Tetapi rupanya Allah hadiahkan ramai adik-adik perempuan bersama dengan aku dalam setiap cerita hidup ini. (oh, agak poyo pula rasanya ~_^) . Comel-comel pula itu mereka ini, walaupun tidak terlepas kenakalannya ;p Tidak mengapa, itu semua warna sebuah kehidupan bukan? Senyum lagi :)

Menjadi kakak itu bukan sesuatu yang perlu dimalukan apatah lagi disegankan dalam kita menuntut ilmu. Ramai yang berpesan begini kepadaku. Susah, memang susah untuk tidak merasa seperti itu. Isk. Orang cakap lagi, umur itu bukanlah kayu pengukur pada sebuah kejayaan. Senyum sedikit buat pengubat resah. Terbaca lagi, menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad. Terasa segar seluruh jiwa raga ! :) Indahnya andai segalanya dilihat pada kebaikannya dan kelebihannya, dan bukan pada pandangan negatif.

Cukup untuk kali ini. Minggu depan ada pembentangan subjek Bahasa Melayu. Pasti teringat akan dia, teringin bergandingan bersama dia. Kita buat sajak ok? Dan sememangnya aku perlu bersajak untuk kali ini ! moga-moga menjadilah nada dan iramanya. ^^ Mohon doanya ya.


- saya amat rindu mereka -

Malam-malam penat mengerah otak, mendengar irama-irama penuh syahdu pasti aku teringat akan mereka. Sayang dan rindu tidak pernah padam walau terkadang tiada interaksi antara kita. Semoga Allah pelihara mereka di sana dan aku di sini dengan sebaik-baik pemeliharaan.

Catatan hati di malam hari, dalam pedih ulu hati -_-


Sunday, January 8, 2012

Life is so colorful

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah this blog is still alive (as the owner is still alive too ;p) in year 2012 ! No update for new year, and also nothing much I've told about the exam >.< . You know, there are certain time when you do not feel like want to update your blog. Hehe ;) Anyhow, here is the time to randomly talk about something (hopefully) beneficial for all the readers :)

Well, welcome 2012 and every one keep talking about new 'azam', new dream and what we gonna achieve for this new year etc. That is good, absolutely. It will show your ambitious and spirit to get better life as the age is increasing ;). Well done for those who already know what they aimed for in this new year. And, a question. How about you? 'AsrarR' :D

Me, myself. For sure I have my own goals ~

-As a student, I want to successfully finish my study as soon as possible with great results. Be a coolest Optometrist ever, ok?
-Being a good- solehah daughter is every one's dream, right? me too ;) (girls only)
-As a young lady, I want to get married as soon as possible (haha- big attention to my.husband-to-be-whoever-you-are) ;p
-As His servant , May Allah Forgive me, shower His blessing upon me :'( , Give me more super-power strength to keep walking through this endless pain-journey of life. SERIOUSLY, I'm nothing without You, Allah !

I'm now 'celebrating' my holiday at home. With mom and dad, 2 'big' younger brothers , my sister and new cute baby boy ~ I love him! awesome right? hee. Thinking about the exam days ago, all I can say is Alhamdulillah I have done it better than before. I felt so grateful as the topic given was quite easy for me to do it well. Semoga Allah murahkan rezeki untuk dapat markah yang cemerlang. Ameen.

Sebenarnya sebelum post ini ditulis, sempat melawat blog-blog sahabat yang sudah lama tidak dijenguk. Seronok membaca update dari mereka. Seorang bakal bergelar isteri, seorang bakal bergelar ibu, seorang sedang struggle untuk berjaya dalam hidup dengan penuh kesusahan, seorang sedang menangisi sebuah kehilangan dan sebagainya. Kesemua kisah-kisah itu aku baca dengan terasa hangat di hujung mata. Sebak dan sayu, terasa tersentuh. Baik yang membahagiakan atau mendukacitakan, kedua-duanya mengundang titisan air mata. Kenapa? kerana terasa keikhlasan dari yang menulis terhadap apa yang ditulisnya. :')

Hopefully, in this new year I will be a very-sincere writer (blogger) to spread good words for others.

Life is so colorful, happy and sad, both of them will never leave us - a mere mortal human.

*lots of love!*

Monday, December 19, 2011

sweet and sour of life

The weekend went off..

Today was the final Monday in our semester 1 since next week will be our revision week (study week). There was a Monday blues as usual when every one came to class with laziness and sleepiness. Same goes to me. I felt so sleepy like I didn't sleep anymore at the night plus with the moody mode -_- We have been given our mid-term results and mine was just moderate. I've got band 4 (writing), 6 for reading as well as speaking. I definitely not satisfied with my own performance in writing! seriously it was like I do not improve anymore since I have learned English for months >.< Anyhow, every dark cloud has a silver lining. I still have chances to improve more before the final one which is will be on 29 Dis 2011.

Here is what had happened during the hectic weekend ;) . I've spent my weekend with my brothers, sisters and 5 naughty - hyperactive nephews. Also, 2 my sister in law's sibling who are very nice to me. We went to Melaka on Saturday to attend for wedding ceremony of my bro's friend. My first time to be in Melaka and the most thing that fascinated me is the mosque which situated nearby the sea. So serene and full of tranquility. The air are so fresh with very peaceful wind blowing slowly from the sea. What a wonderful scenery ! We prayed and rested there for a while before starting to travel around the city. Actually, we were came out with sudden plan which is going to Mahkota Parade Mall. Since it was a weekend so can u imagine how busy is it. Even the parking lot itself were full and after searching any empty parking for about half an hour, we managed to find it on the 8th floor. Yes, our cars were in the 8th floor !

It was quite hard to 'window shopping' with very hyperactive boys. They were always, run and run and it required us to be more alert about them. Yes, so tired handling with them but still it makes our travel meaningful :) I just bought a present for the class farewell party this Friday since there were one gift shop which have so many choice of gifts and the price also affordable. Late in the evening, we returned to KL and had our dinner at Sate Kajang. Well, well I ate as much as I can since this chance is only once in the blue moon! :D

Safely arrived at Ampang where we were stayed at night. There was nothing else I want to do except SLEEP. And, tomorrow our plan is going to Low Yat , early in the morning. >.<
Even the 2 days were full of out door activities and totally different with my routine every weekend (which is just stay at room and sleep ;p *study*) , I enjoyed the moment so much. At least it released my pressure and stress. Alhamdulillah.

Talking about the stress make me reminded of one thing which had been happened to me the day before the weekend. It was Friday when I have my pre-test for speaking. The test was going well. But, the news after that had broke my happiness. I accidentally asked the admin in Gombak about my course for the next sem, and I have been told by them that, my course (optometry) will not be open for new intake during the Feb intake (sem 2). Which means that even if I pass the EPT exam, I still have to wait until September to enter Kulliyyah. And, the saddest thing is, I have to register in Gombak again for next semester. Once I knew it, I felt like..Oh my God..what should I do... :'( *cry*

Up till now, the news still haunted my mind. Need to think what is the best solution. Maybe there is something else I can do, but still It was like disappointing and depressing :'(

Anyhow, I have to stay calm until I finish my exam. 10 days to go for the final exam. And hopefully I will not lose the spirit to keep struggling for my study. By hook or by crook, I have to enter the Kulliyyah and end my study successfully ! Only to Allah, we seek for help and May Allah show us to the right path...ameen.

The life is always full of sweetness and bitterness. Right?

End.

Tuesday, December 13, 2011

hati dan mati

Hati yang mudah tersentuh bila melihat babak-babak sedih di depan mata. Hati juga senang untuk merasa sebak jika mengingatkan pada peristiwa-peristiwa lampau yang menyayat hati. Air mata pula tanpa segan silu mengalir bila melihat insan lain bersedih dan menangis. Apakah punca semua ini? hati wanita terlalu rapuhkah? atau sememangnya fitrah perempuan itu begitu?

Beberapa minggu yang lepas aku dikhabarkan dengan berita yang amat-amat menyentap hati. Berita sebuah kematian adalah satu berita yang menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila terjadi kepada insan yang dekat dengan kita. Suami Madam (salah seorang guruku di UIA) meninggal dalam kemalangan jalan raya. Meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil, belum mengerti akan hakikat sebuah kematian. Madam sangat baik dengan kami, pelajar-pelajarnya dan beliau selalu bercerita tentang keluarganya, tentang suaminya. They are such a very happy family. Walaupun aku baru sahaja bertemu dengan Madam, tapi aku sangat kagum dengannya. Dia sangat tabah dan positif. Agak terkilan kerana disebabkan peristiwa itu, Madam akan bercuti lama dan kelas kami mendapat guru baru. Rindu sangat pada Madam. Semoga Allah permudahkan urusannya dalam meneruskan hidup bersama anak-anak. Ameen.

Bila terjadi peristiwa begini, bermacam-macam fikiran datang. Rasa pilu dan sebak sangat mengingatkan kehilangan tiba-tiba insan tersayang. Ditambah lagi dalam masa yang amat-amat kritikal-anak anak sedang membesar dan sebagainya. Tapi, sungguhpun apa sekali tanggapan kita, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil terhadap hamba-hambaNya. Pasti ada sesuatu yang lebih indah dalam perancanganNya bagi setiap musibah. Peringatan besar juga buat diri, yang mengingatkan bahawa mati itu pasti, dan tiba-tiba akan datang tanpa isyarat bila saatnya tiba. Semoga matiku mati yang baik, sebaik-baik pengakhiran..

Banyak sangat lagi impian dalam hidup yang belum betul-betul dapat aku kecapi. Sering tertanya-tanya, sempatkah? Wallahu'allam...indahnya hidup andai segalanya diserahkan bulat-bulat hanya pada Dia. Dapat atau tidak, hati tidak kecewa, malah bertambah-tambah rasa redha dan keimanan pada Nya. Subhanallah, indahnya jika hati ini seperti itu...<3

Harapan dan doa yang tidak akan pernah putus..



~_^

'A Blessing In Disguise'

Once I saw this idiom, I knew nothing what is the meaning. But, when my Sir explained it, I just smiled and undoubtedly, I love this quote :)

Meaning : A situation when it looks bad but actually in a way it is good for you.

I failed to finish my study in Medicine. Yet, I still have my chance to study 1/10 (maybe) about Medicine. I failed to be a doctor. Yet, I still believe that one day I will be a good Doctor.

I've never got exactly what I want in my life. Yet, Allah still give me the best, more than what I admired. Even, sometimes I felt this life is so unfair, I knew that every single thing happened with reasons. If the reasons is not yet revealed now, it will be soon, in the future.

Please heart, be thankful and grateful in whatever difficulties you face. Remember, you are never alone..

~

Wednesday, November 23, 2011

eXam ^_~

Bismillah...

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, kepala berasa sedikit ringan pada hari ini jika dibandingkan dengan semalam. Terasa lapang untuk menyelesaikan segala tugas-tugas yang tertangguh. Hari Jumaat ini bersamaan 25 Nov 2011 saya akan menduduki peperiksaan mid-term English course, for reading and writing. Exam pertama setelah bergelar pelajar kembali dan agak risau untuk berhadapan dengannya. ^^ Dan sesungguhnya 2 minggu ini Madam asyik rotate kelas dengan suruh buat report and jawab soalan je banyak-banyak sampai kepala pun naik pening! -_-

Teringat pula kata-kata Madam ketika kami mengeluh dengan latihan yang datang bertalu-talu. ' Hello, are you going to stay in celpad for the rest of you life?' Hehe. 'Of cause not, we want to exit to our Kulliyyah~' :) Tajam betul, tapi sangat memberi motivasi dan semangat! Bila dah dekat-dekat nak exam ni, seringkali jugalah asyik teringat pada apa yang berlalu dahulu. Ya Allah, semoga dijauhkan dari mengulangi kesilapan yang sama, semoga kali ini segalanya berjalan dengan lancar dan baik sebagaimana yang Engkau Tetapkan. Ameen. Doa ini lah yang sering kali diulang-ulang dalam hati ini. Masa masih ada untuk membaiki segala kesilapan dan menyempurnakan segala kecacatan. Semuanya bergantung kepada diri sendiri untuk 'nak' atau 'taknak'. Ya, saya mesti 'NAK' ;)

~
2 minggu kebelakangan ini asyik mimpi orang-orang jauh je. ^^ Semoga semoga baik-baik saja di kejauhan sana..
~
Cairo sedang bergolak sempena pilihanraya tidak lama lagi, semoga rakyat Mesir dan sahabat-sahabat yang berada di sana mendapat perlindungan dari Yang Maha Pelindung. Semoga akan menang mereka yang berada di jalan kebenaran, dan hapuslah segala puak kejahilan. Ameen Ya Rabb.
~
Good luck orang nak exam, bittaufiq wannajah :)

Monday, October 31, 2011

Positive Thinking

Assalamu'alaikum w.b.t.

I wish all of you are in the best health and high islamic esteem ;) . Time run so fast! and I am now in my 8th week attending English class in CELPAD. Alhamdulillah, I've learn more, so many mistakes and errors everywhere~ and I will improve it before the exam begins.
Today, I wanna share what I have done for my assignment during week 6th. Madam just graded it, ermm..not so good but I'm satisfied with the comments :)

The assignment was about listening to a song by Selena Gomez entitle 'Who says'. Sincerely, it was my first time knowing and listening to that song. Pretty good and I like it. I am not going to attach the song here because I am really sure that everyone can easily googling it ;) . But, I'll share the lyrics and also my opinions about it.

------------------------------------------------------
I wouldn't wanna be anybody else, hey
You made me insecure, to me I wasn't good enough
But who are you to judge
When you're a diamond in the rough

I'm sure you got some things
You'd like to change about yourself
But when it comes to me
I wouldn't want to be anybody else

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

Who says, who says you're not perfect
who says you're not worth it
who says you're the only one that's hurting
Trust me that's the price of beauty
Who says you're not pretty
who says you're not beautiful, who says?

It's such a funny thing
How nothing's funny when it's you
You tell 'em what you mean
But they keep whitin' out the truth

It's like the work of art
That never get to see the light
Keep you beneath the stars
Won't let you touch the sky

I'm no beauty queen, I'm just beautiful me
You got every right to a beautiful life, come on

who says you're not star potential
who says you're not presidential
who says you can't be in movies
Listen to me, listen to me

who says you don't pass the test
who says you can't be the best
who said, who said?
would you tell me who said that, yeah
who said
--------------------------------------------

1) The song 'Who says' by Selena Gomez is mainly about positive thinking. Believe in yourself that you are also the best and perfect one. After listening that song, I felt more motivated and realized that actually every one is Unique and have their own potential. Be yourself in whatever situation you will face. Take every criticism as the precious lesson and improve to be the best.

2) Yes, I like that song smile And yes, for sure there are other songs which help to motivate me when I am down. They are song by Dima Bilan (Believe Me) and one more is InshaAllah by Maher Zain.

3) Yes, I agree that people can be successful when they only think positively about themselves.

4)

People can be successful when they only think positively about themselves. When they have positive thinking, automatically it will be a good cure to their mental and physical. Every difficulty in their life, they can face it wisely and be patient to solve any problems. They believe that every obstacles and failures are as a lesson for them to learn more about real life. In comparison, people who always think negative will feel bad and depressed. With that, they cannot enjoy and manage their life well. In addition, negative thinking’s person will fail in whatever they done. As a conclusion, we should avoid to just look at negative side of ours, but try to improve the positive side to make it more significant.

Madam : 89%


p/s : BEWARE (the straight line means, the sentence or word is not correct) I'll ask madam about it ;p
p/s : well, thinking positive is essential for our psychology and physical health ;)

Tuesday, October 25, 2011

Sincere and Love

Last class with Mr. I, I was asked by him one interesting question.

'What is the most sincere thing you have done in your life?'

I was startled. Speechless for a while, try to find one suitable and logic answer. I didn't know why, but that question make me felt guilty. I didn't know, or even cannot think about anything I have done is considered as 'sincere'. It doesn't mean that , I haven't had a sincere heart in doing something, but it more than I didn't know about it. How can one action or behavior is considered 'sincere'?. How to grade it?

Then, my teacher explain more. When you feel like you doesn't regret or rely on any reward after doing something good, it is Sincere. And, I deeply thought about that. One by one the scene of memory appeared in my mind. Well, finally I knew that, actually I've done it.

Some one once said, Love the work that you have to do, with that you will be happy working on it. Love the course which destined to you, then you will be happy studying and struggle to success. Hopefully, my love to Optometry will last forever and i'll be happy to be an optometrist soon! ;)

------------------------------
Assignment for this week (7th week) was writing an essay. For me, the question was quite tough and difficult. It was about Agriculture Sector in development of country. I am so worried on how to write that essay, I felt like I didn't have any idea about it. So stressed!. Then, I googling, and read more, and more to get some information about it. Finally, on the last date, I manage to write it well. Alhamdulillah, successfully submitted but not graded yet! I wish..the ranking will go up. ^-^

Thank you for that someone, who keep motivated me to write again, and again ;)

Friday, October 14, 2011

My Little Princess :)

Last Thursday, Madam asked us to bring any picture to her class. So, I brought one. The picture which always with me, in my diary. For the first half an hour in the class, Madam taught us about 'conditional (If)' . Conditional is one of the grammar rule in English. Interesting. I though there are nothing else we have to do after that, but it was just a dream~. Madam gave an order to us to write a poem using Conditional regarding to our picture. Gosh! so hard and tough. We are given 20 minutes to write up a poem. And, here is mine ;). Not so nice but, quite good for the first timer like me :D. Have fun!

---------------------------------------------------------------------

My Little Princess :)

You are gentle, soft like the falling flower petals,
You are calm, untouched like a droplet of water,
You are my little princess..

If hundred years passing by without you,
My strength will gone,
If the day are getting hard for me,
Your beautiful smile bright me up..

If you cry every night,
That crying voice is like my melody,
If I can hold your hand now,
I will held it tightly in my hand..

If I had hugged you that gloomy day,
I would never felt this pain anymore..

Now, you are far away,
No crying, no giggling,
Just silent and sorrow..

If I had the power to turn back,
I would never leave you..

Because,
You are the only princess I have..

----------------------------------------------------------------------------

p/s - This is the original poem without any correction ;)
- I feel like, writing a poem is so relax and wonderful!
- My little princess, is my cute niece ^^ but, my classmate said, she is just like me :D

Thursday, October 13, 2011

kita 'serumpun' ?

Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, akhirnya tercipta juga ruang untuk menulis pada hari ini setelah rasanya sudah lama tidak menitipkan kata. Sebetulnya memang sudah menanam azam untuk lebih kerap mencoret di sini, berkongsi perjalanan sebuah kehidupan, yang 'baru', bertukar menjadi identiti yang serba baru dan 'muda' :p.

Pada minggu lepas, aku sempat menghadirkan diri dalam satu program yang pada hemat ini amat mengujakan dan istimewa sekali. SERUMPUN 2011, (Seminar Penulisan Putra Putri Nusantara) sempena Convest '11 IIUM. Lebih hebat lagi apabila pengisian semuanya dari penulis-penulis terkemuka Indonesia dan Malaysia. Ustaz Habib yang terkenal dengan KCB, Mbak Asma Nadia yang sebelum ini langsung tidak kedengaran namanya tetapi merupakan penulis muda yang hebat dan kental. Mbak Helvi yang sangat bersemangat waja, Ustaz Alwi yang sungguh bersahaja dan tenang wajahnya serta Saudari Fatimah Syarha yang lembut tapi tegas petah bicaranya. Awesome!

SERUMPUN menbawakan tema "Melangitkan karya, Membumikan cinta'. Ya, karya dan tulisan itu ibarat harta yang tiada nilainya untuk ditukar ganti. Karya yang suci lagi murni datangnya dari bisikan hati yang benar-benar tulus ingin menggapai Redha Illahi. Dengan buku-buku yang dihasilkan, segala cinta dan kasih pasti akan dapat disebarkan dan diresapi ke dalam hati budiman-budiman yang membacanya. Sungguh indah cinta itu tersebar, segalanya dicurah dari hati untuk sampai ke hati. Pastinya sebaran itu adalah 'dakwah' untuk mengajak insan di luar sana ke arah mencari mati yang sempurna. Indah bukan?.

Mereka menyuntik semangat putra-putri untuk menulis, mereka berkongsi segala pengalaman dan rasa, mereka bercerita sehingga mampu menyebakkan jiwa. Dapat ku rasakan, liku hidup setiap penulis itu punya cerita masing-masing, yang mana tulisan mereka adalah kisah hidup mereka. Segalanya dicatat untuk pedoman generasi mendatang. Masih aku ingat, satu sahaja petua untuk mula menulis. "Ambil pena, dan tulis, tulis, tulis, dan teruskan menulis hingga akhirnya.." Senang rupanya, tetapi tidak semudah itu kan?.
Senang atau sukar, segalanya bergantung kepada diri, sama ada mahu atau tidak mahu. No excuse!

Maka, penulis atau bakal penulis di luar sana, mungkin masanya sudah tiba untuk lebih serius dalam berkarya, jadikan tulisan itu 'mahal nilainya'. Namun harus ingat, 'you are what are you write' dan 'segala yang ditulis itu, baik atau buruk akan kekal hingga akhirnya, walaupun jasadmu tiada lagi didunia ini' (pesanan-pesanan dari mereka). Moga, ingatan dan pesanan itu dalam menjadi landasan buat kita dalam berkarya. InsyaAllah.

'satu buku sebelum mati!' --> janji kami (para peserta) sebelum menamatkan seminar. Mampukah atau tertunaikah janji itu? Semoga Allah permudahkan. Dan, pastinya janji itu akan menjadi salah satu faktor untuk terus menekan 'keyboard' ini! ;) semoga bermanfaat.




---------------
.: pre-view KCB 1 & 2 yang menggamit rindu pada Cairo dan segala isinya..
.: nasyid Rabithah yang dialunkan dengan penuh syahdu telah menyebakkan dada, satu persatu wajah hadir menyapa mata..
.: one step is done! ;p

Sunday, September 18, 2011

First task

Assalamu'alaikum w.b.t.

Today is Sunday. Yes, its holiday. I am now at my brother's house near Sg. Besi. I came here because I feel so bored to stay in the Mahallah alone. All my roommates back to their home. I am happy to be here since I can freely on the net as much as I want :D and I want to take this chance to update my blog.

Last week, in the class with Mr. I (one of my teacher), he ask all the student to write a journal. He gave us a few topics to be choose, and I am prefer to write about
"If I were from a very poor family.."

I don't know why that topic catch my mind, but I feel so free and easy to imagine and write about it. Its about the difficulties in life, the hard and pain that I have to face as a girl in a very poor family. I imagine that, I was the eldest one, I have to help my mum to raise all my younger brothers and sisters. Waking up so early in the morning, then help mum to cook Nasi Dagang to be sold in weekend market. So malay story right? ^^ And also I wrote about my dreams, my goals in the future. I want to study hard and smart to achive all my aims. So spiritual and ambitious ;)

Well, while presenting that story in front of others, I feel a little bit nervous but still I can cope with that. I speak well to make sure everyone understand what I want to say. Alhamdulillah, I think I am better than myself before. Hopefully, I'll be more better in the future. ^^

I love my english class now, so many tasks, projects and presentation waiting for us. Alla about learning new things everyday and I enjoy learning. May Allah Ease everything to me along this journey. (^-^)

_______________________

*I want to improve my writing skills, please bear in mind that, maybe lots of grammar mistakes above ;p correct me if you don't mind ;)
*Pray for me :D

Saturday, September 17, 2011

my new me ;)

Assalamu'alaykum w.b.t.

Allahu Akbar, terasa lama sungguh tidak menulis di sini. Kekangan masa dan kesibukan betul-betul tidak mengizinkan untuk berkongsi cerita dan pengalaman, walaupun terlalu banyak perkara yang mahu diluahkan.

-28 Ramadhan 1432 H

______________________________

Today- Sg. Besi, 17 Sept 2011 - Saturday

A very short update i guess.

Hye everyone! currently i'm in IIUM, Gombak, doing my Pre-Sessional Class for English Language in CELPAD. Sungguh panjang cerita untuk sampai ke saat ini, kekangan masa dan ketiadaan minat untuk bercerita menyebabkan blog ini seakan mati. Tetapi, ketahuilah bahawa empunya blog masih bernyawa, bernafas dalam Redha Illahi. ALHAMDULILLAH, sepenuh hatiku bersyukur atas segala nikmat dan ujianNya.

Aku sekarang sebagai pelajar baru IIUM-Gombak. Aku sepatutnya berada di Kuantan mengikut course yang diminta iaitu Bachelor in Optometry, Kulliyyah of Allied Health. Namun, takdirnya aku perlu sementara hidup di Gombak, lantaran English yang tidak cukup kelayakan untuk terus ke Kuliyyah. Pada awalnya, aku sedikit tertekan dan rasa risau kerana perlu stay di main campus terlebih dahulu selama satu semester, tetapi aku menyedari akan faedah dan kepentingannya kelak. Sememangnya impian aku untuk cemerlang dan dapat kuasai English dengan lebih baik. So, this is my chance!

Overall..i feel so grateful to be an IIUM Student, after long way, from here to there, then come back again..i assume that nobody want to be 'thrown' like that..but, thats will be my precious story in future. Not everyone got chance, like as what i have. No matter how far, how hard this coming journey. I will try my best to face it. I want to be the best among the best! ;)

Well, masih belum berjumpa 'kawan' yang betul-betul 'kawan' di sini. Quite boring and feel lonely. But, masa masih ada untuk mencari seorang sahabat yang benar-benar dapat menjadi sahabat buat diri ini. I miss my old days in Cairo. We are like one family, even till now, this feeling still the same. I always miss them, and keep remember all the memories. Tidak keterlaluan aku katakan bahawa, mengingati mereka amat menyuntik semangat aku untuk meneruskan langkah ini. Moga Allah mudahkan segalanya buat mereka di sana. :)

Sudah 2 minggu hidup di Gombak..dan jalan seterusnya masih panjang. Semoga Allah permudahkan jalanku ini untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Insya Allah.

Tuesday, April 19, 2011

Change, again!

Assalamu'alaykum w.b.t.

Oh. Penatnya. Sungguh penat menunaikan segala amanah yang terpundak. Peristiwa 'jatuh' sejurus setelah selesai mesyuarat tempoh hari sungguh membuat aku berfikir panjang akan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Badan menghantar signal tersendiri untuk tuannya reti berehat seketika. Semoga kekuatan terus melingkari hidup hari-hariku yang semakin lama semakin berwarna warni..

Bila menyingkap kembali tulisan-tulisan lama di 'alam' ini, membuat aku senyum sendiri. Apalah agaknya detik hati mereka-mereka yang pernah mengunjungi blog ini. Blog penuh 'kesedihan dan ratapan', mungkin? Isk.isk. Tidak habis-habis bercerita tentang 'susah,perit, payah etc'. Malu sendiri rasanya, seolah-olah hidup ini tiada apa nikmatnya. Oh ho, tidak begitu. Cuma setiap kali rasa 'tidak ok', selalunya laju sahaja jari ini menari-nari. Mungkin inilah salah satu cara dari mengelakkan segala tekanan dari berlarutan. Dan, ini cara aku. Alhamdulillah, walau tidak bisa melenyapkan semua, sedikit walau sebesar zarah pun jadilah~ ;)

Terasa seronok pula malam ini bermain-main tukar 'wajah' blog. Kelihatan ok je, tetapi biasalah mata sendiri kadang-kadang lain dengan mata orang. So, macam mana ye? Ok tak perubahan yang dibuat ini? [hehe..bajet ada yang jawab~]. Teringat pula dahulu aku ada 'sifu blog'. Tetapi sekarang agak susah nak kacau-kacau selalu sebabnya masa kami tidak sama, aku tidur dia jaga, dia tidur aku jaga ;p Komenlah ye awak kalau baca post nih. hee. hee. :D

Hari ini sememangnya penat. Kerja sentiasa ada dan mesyuarat yang entah bila akan ada mesyuarat terakhir untuk aku! Namun, jauh di sudut hati ini, aku sayang akan rutin hidup sekarang dan pastinya ia akan menjadi salah satu memori yang melangkapkan sejarah hidup sang hamba.

Segala puji bagiMu Ya Allah atas segala nikmat dan ujian.! :)

Hasil kerja yang tidak seberapa, yang dibuat malam sebelum program! Fuh~

Tuesday, April 12, 2011

Garisan Pemula

6.10 PM. Masa untuk pulang ke rumah!

Turn off semua benda yang 'hidup' di dalam pejabat dan mengemas ala kadar alat tulis, kertas, sticky notes yang berselerakan di atas meja, itulah rutin sebelum meninggalkan 'kabin' dingin ini. 'The Office' ;)

--------------------
Sejak bekerja di sebuah NGO bernama Sekretariat Misi Cakna Palestin, Kota Bharu, di sanalah hampir seluruh masa siang dihabiskan. Aku pun tidak pasti apakah nama sebenar jawatan diri ini, cuma kerja yang aku perlu lakukan adalah sebagaimana kerja-kerja am pejabat. Namun memandangkan kekurangan kakitangan, maka segala jenis kerja kecil mahupun besar perlu diuruskan oleh diri ini. Sememangnya dengan masa yang terhad dan pengalaman yang tidak seberapa , pekerjaan ini terkadang mengundang tekanan yang amat.

Seawal berstatus pekerja baru dahulu, sejujurnya aku memang 'blur' dengan pengurusan tentang hal-hal pentadbiran. Ya lah, memang berbeza 100% dengan medical punya term kot. -_- . Berkaitan hal-hal kewangan lagi lah kucar-kacir. Sungguh sadis. 2 bulan pertama yang perit sebenarnya sehingga tidak mampu hendak bercerita di alam ini. Dengan pelbagai program, paperworks, minutes, budget yang perlu diselesaikan, ditambah pula 'desakan' dan 'permintaan' dari mereka-mereka yang di atas amat menguji ketahanan jiwa ini untuk terus bekerja. Tapi, susah itu sudah lumrah dan penat itu harus ditelan demi tidak membazir masa 'bercuti' ini begitu sahaja. Setelah 4 bulan lebih, alhamdulillah, segalanya makin baik walaupun pressure always around. ^_^ Bila fikirkan kembali, sesungguhnya aku sedang melalui sebuah proses pembelajaran yang tidak terlintas di benak ini untuk mempelajarinya sebelum ini. Menarik.

Ilmu baru, sahabat baru dan ujian baru yang semakin mencabar sekeping hati. Mujur juga hati ini sudah diajar sejak dahulu, semoga ia semakin kebal dan mampu untuk terus bertahan menempis segala cobaan hidup. Moga Allah terus kuatkan.

Indah perjalanan hidup ini seandainya segalanya dilihat pada apa yang tersirat. Segalanya datang tanpa diundang, dan aku amat menghargai proses kehidupan yang semakin lama semakin menguatkan keyakinanku untuk terus menuju ke puncak. Kehidupan yang memaksa untuk aku lebih berdikari, mungkin lebih matang i-don't-know, but i hope so. heh. Kehidupan yang membuat aku lebih menghargai nikmat dari Dia, yang Maha Pemurah. :)

Aku sedang menjadi pelajar ilmu kehidupan di alam baru, dan aku sedang menanti untuk menjadi pelajar di 'sana', yang mudah-mudahan segalanya lancar dan dipermudahkanNya. Ameen.

---------------------

Pulang dari HAMKA 11, yang berjaya menyirami jiwa ini dengan semangat perjuangan dari ayahanda Tok Guru, melihat wajahnya terasa hangat di hujung mata, air mata hampir menitis! Ya Allah, himpunkanlah aku bersama pejuang-pejuang Islam yang menjadi rantai perjuangan KekasihMu..Rasulullah s.w.t.

Dan kini, aku semakin yakin.


Thursday, March 31, 2011

IMY

i MisS yOu...

Rindu mahu menulis..

Rindu mahu melompat-lompat bacaan dari blog ke blog..

Rindu..Cairo, dan segala isinya..

--------

Kelmarin bermandi hujan, ada gotong royong mengemas pejabat. Terpaksa dengan selambanya berlagak bagai kaum adam yang gagah perkasa, padahal badan sudah lembik semacam. Terpaksa meredah hujan yang lebat, kerana segalany sudah aku sanggupi. Terpaksa mengerah otak berfikir penyelesaian kepada setiap jalan buntu yang dihadapi. Aku memang degil. Mahu buktikan aku juga boleh buat sebagaimana yang diarahkan. Aku bukan seorang yang mencipta alasan. Aku tidak akan membiarkan mereka memandang rendah padaku. Ya, aku juga hebat!

Namun, aku hanya insan. Hari ini satu badan lenguh lumpuh. Badan panas tetapi terasa sejuk menggigil. But, who cares...

I will do my task as much as i can, i will do it, with myself..as long as, aku tidak menyusahkan sesiapa..

mode : waiting for the good news!