Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Salam Rejab...Kemuliaannya dicemari Kepalsuan

Alhamdulillah..hari ini dah 1 Rejab. Lebih kurang 2 bulan atau lebih tepat 60 hari lagi kita akan berjumpa pula dengan bulan Ramadhan. Umat Islam di sunatkan berpuasa pada hari ini..tapi, jika tak berkesempatan hari ini, esok atau lusa pun tiada masalah. Nama pun puasa sunat kan?

Terdapat banyak hadis palsu mengenai kelebihan dan amalan di bulan Rejab ini. Jemput baca ye
i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir.
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya?  
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. 
Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

Rujukan sini.


Tahniah, bagi mereka yang berpuasa hari ini..selain dapat melatih diri untuk persiapan menyambut Ramadhan dan boleh juga diambil kesempatan untuk gantikan puasa wajib yang tertinggal Ramadhan lepas ;)

"Semoga kita bersama-sama diizinkanNya untuk bertemu dengan Ramadhan tahun ini". ameen

Cermai Belanda??

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Alhamdulillah sempat pulang ke Perak walaupun hanya balik satu malam. Yela, balik hujung minggu. Lepas ni nampaknya turn balik Pahang pula. Sementara ibu ayah masih ada menjadi kewajipan bagi kita sebagai anak untuk menziarahi mereka kan? Nanti mereka dah tiada, air mata darah pun dah tak berguna.

Ok, sempena balik kampung baru ni, 2 hero saya telah melepaskan rindu pada pokok cermai belanda. Alhamdulillah kali ni memang banyak buahnya. Ambil penuh bekas pun masih tak terluak. Bila saya pos gambar ke facebook, rupanya ramai yang tak tahu pokok apa dan minta tolong semaikan benih. Katanya lawa buah tu, merah dan mengancam.

Alamaklum sajalah, cermai yang warna kuning tu lagi popular dari cermai belanda ni...nama pun ada Belanda. Asal dari Belanda la kot. Tapi, nasi goreng USA tak pula asal dari USA..hihihi


Sedikit info mengenai pokok cermai belanda ni (rujukan sini)
CERMAI BELANDA (Eugenia uniflora Linn) merupakan sejenis pokok renek dari keluarga MYRTACEAE yang boleh tumbuh di negara kita yang menghasilkan Buah Cermai Merah atau dikenali sebagai Cermai Belanda. Kita di Malaysia lazim melihat cermai berwarna hijau kekuningan yang di makan segar atau di proses buat jeruk. Mungkin tidak ramai orang Malaysia kenal akan jenis cermai ini yang menghasilkan buah berwarna merah cantik apabila masak. Buah ini berasal natif dari Brazil dan dikenali juga sebagai Surinam Cherry, Cayene Cherry, Brazillian Cherry, Pitanga dan Nangapiri. Kajian saya mendapati sukar untuk mendapatkan maklumat keluasan tanaman Cermai Belanda di Malaysia dan mungkin cuma sekitar 5-10 hektar sahaja. Itu pun ditanam di Stesyen Pertanian, individu-individu atau yang tumbuh sendiri.

 sumber google
sumber google


Buah cermai belanda adalah jenis berjuntai dimana mempunyai bentuk sama seperti cermai hijau tempatan dengan ukuran garispusat 1-4 cm dan mempunyai 7-8 bonjolan. Buah muda berwarna hijau akan bertukar kepada warna oren sebelum masak berwarna Merah Saga. Buah yang terlalu masak akan menjadi kehitaman dimana kulitnya sangat nipis. Pemerhatian saya terhadap buah ini di Stesyen Pertanian Tangkak dulu mendapati isi buah berwarna merah oren dengan banyak jus (berair) sama ada rasanya MANIS atau MASAM.  Buah yang tidak cukup masak mempunyai rasa KELAT dan juga Masam. Kajian makmal menunjukkan setiap 100 gram cermai belanda mengandungi 85-90 gram air, Kabohiderat (8-12 gram), Protin (1 g), Serabut (0.5 g) dan Vitamin C sebanyak 20-30 mg (Banyak tu!...).

Laporan juga menunjukan bahagian daun cermai belanda mengandungi unsur TANIN iaitu kira-kira 20-28%. Daunnya juga mengandungi pati terdiri daripada asetat geranil, geraniol, cinoel, terpinen, politerpin, sesquesterpin dan juga sitronelal. Bahagian bijinya mengandungi banyak resin dan ianya adalah bersifat Toksik kepada manusia.  Dari segi khasiat pemakanan buah yang masak boleh dimakan mentah, dibuat jem, jelly, halwa manisan atau diproses untuk dijadikan acar buah. Masa majlis kenduri kahwin dan makan nasi minyak sering dihidangkan acar buah yang mengandungi Cermai Belanda. Terdapat wain dan tapai yang dibuat dari buah ini di Brazil dengan proses penapaian.  Dari segi perubatan pula buah cermai belanda jika direbus dulu dan airnya diminum sesuai untuk rawatan darah tinggi. Daun yang direbus dan airnya diminum mampu mengecutkan tisu serta sebagai tonik perut yang baik.

Antara khasiatnya pula (rujukan sini)
  1. mengubat Asma/lelah
  2. mencegah kanser
  3. melangsingkan badan
Tinggi juga kandungan di dalam buah ni. Untuk anda yang nak cantik boleh ambil ye, sebab ada Vitamin C. Tapi, kalau susah nak cari pokok dan buahnya, boleh ambil Vitamin C Shaklee je ;)



http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476


Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Al-fatihah buat TGNA

Kita kehilangan seorang ulama..seorang pejuang...seorang pemimpin Islam yang amat disegani.
Marilah bersama doakan beliau..semoga sentiasa berada di kalangan kekasih Allah..ameen ya rabb!!

9 Amalan Patut Amalkan di Hari Jumaat

Alhamdulillah...semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan keampunan dari Allah. Terima kasih Ya Allah. Asyraf dah Darjah 1, walaupun belum sampai sebulan Asyraf berumur 6 tahun. Takpelah, nak buat macam mana nak..umur kira ikut tahun... :D Banyak saya nak cerita sebenarnya, tambahan rutin saya dah berubah sejak tahun 2015 ni. InsyaAllah saya cerita kemudian. Kita balik ke topik asal...9 amalan yang patut kita amalkan di hari Jumaat.

  1. Potong kuku : Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain hari jumaat boleh juga potong kuku hari Isnin dan Khamis.
  2. Membaca surah Ali-Imran : Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”
  3. Membaca Surah Al-Kahfi :  Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.” Fuh, surah ni memang panjang...jadi buat permulaan boleh amalkan baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir.
  4. Selawat : Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56). Paling senang, sambil buat kerja ke masak ke, kemas rumah, jalan-jalan pun boleh buat.
  5. Membaca Yaasin : Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Memang selalu diamalkan oleh kita dari dulu lagi, malam Jumaat je mesti nak baca yasin.
  6. Mandi Sunat Jumaat : Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”
  7. Solat Jumaat : Para lelaki jangan lupa pergi solat. Ikut pemerhatian saya, masih ramai lelaki muslim di Malaysia ni jadi musafir pada hari Jumaat.
  8. Banyakkan berdoa : Jom.
  9. Banyakkan sedekah : Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.
Jom...jadi lebih baik dari semalam!! ;)

Puasa Sunat Syawal dan Puasa Ganti..yang mana kita nak buat dulu?

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya. Semoga kita sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah.Ameen ya rabb!!Terima kasih ya Allah!! Sedar tak sedar kita sudah menghampiri ke pertengahan Syawal, ye hari ini sudah 11 Syawal. Tak kurang juga yang sudah mula puasa sunat dan puasa ganti. Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada yang sudah bermula...

Masa sekolah dulu, selalu juga kawan-kawan yang agak keliru mana satu nak mula dulu..puasa sunat atau puasa ganti. Alhamdulillah juga dalam keluarga saya ni ada ramai ustazah, jadi boleh juga rujuk pada kakak-kakak saya ni. Sebenarnya bukan susah mana pun, secara umumnya hutang kita memang wajib bayar jadi kenalah langsaikan hutang tu dulu. Erti kata lain, kita kena dahulukan ganti puasa ramadhan. Cuma, yang lagi best...jika puasa ganti itu dilakukan di dalam bulan Syawal, secara tidak langsung kita akan dapat sekali pahala puasa sunat tu. Best kan?? Jika kita puasa pula pada hari isnin dan khamis, maka kita dapat pula pahala puasa isnin khamis tu. Mudah kan?? Dapat 3 in 1 terus.

Memang ada yang asing-asingkan, puasa sunat dan puasa ganti. Tetapi, kenapa kita nak susahkan jika Islam dah beri kemudahan. Sama macam solat jamak dan qasar kan? Masih ramai yang tak buat, walaupun sedang musafir. ;) Alhamdulillah juga saya dari kecil dah didedahkan dengan solat jamak qasar ni, sebab memang selalu travel jauh.

Ok, nak tahu lebih lanjut tentang puasa boleh baca sini.


http://supplementforall.blogspot.com/2014/04/borang-jadi-ahli-shaklee.html

Berminat nak dapatkan vitamin Shaklee? Sila hubungi saya ;) atau anda sendiri nak jadi ahli?
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Tanda-tanda sakit di badan yang perlu kita ketahui!!


Alhamdulillah...hari ini Jumaat terakhir di bulan April. Betapa pantasnya masa berlalu..!! Tahukah kita betapa hebatnya Allah sehinggakan setiap sakit-sakit yang kita alami itu menandakan sesuatu. Betapa hebatnya ciptaan Allah itu. InsyaAllah hari ni saya nak kongsi dengan anda semua tentang apa maksud sakit di badan kita ni!!

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
  • Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
  • Ketgangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.
2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
  • Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
  • Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
  • Bersin
    • Proses membuang toksin di bahagian kerongkong
    • Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
3. BATUK
  • Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
  • Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
  • Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.
4. KERONGKONG
  • Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
  • Bibir pucat
    • Sistem penghadaman yang lemah.
    • Perut mengandungi angin.
    • Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
  • Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.
6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
  • Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
  • Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
8. KULIT Berpeluh :
  • Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
  • Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.
9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
  • Sakit Sendi
    • Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
    • Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
    • Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
  • KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
  • KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
  • KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
  • SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
  • SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
  • RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
  • GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).
14. TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
  • KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
  • AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  • AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
  • AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
19. BUANG AIR BESAR
  • CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
  • SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
  • NAJIS BERDARAH
    • Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
    • Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
  • NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
20. BADAN
  • RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
    • Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
    • Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
    • Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
    • Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
  • BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
  • BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
  • BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.
21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
  • Sistem jantung yang lemah.
  • Sistem saraf otak yang lemah.
  • Masalah pengaliran darah.
25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Credit

Apapun, tanda-tanda ni hanya peringatan dari Allah buat kita yang selalu lupa. Jika sakit berterusan bolehlah kita merujuk kepada yang lebih pakar ye.

Boleh hubungi saya ;)
Wardah Mustapa
SMS/Whatsapp : 0193305476

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya

Kenapa kita perlukan makanan tambahan?

Assalamualaikum..

Doa dan harapan yang berpanjangan semoga kita sentiasa dalam keadaan sihat dan baik dan berada dalam rahmat dan keampunan dariNya. ameen ya rabb

Apa itu makanan tambahan?

Makanan tambahan menurut USFDA ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba. Mengambil makanan tambahan tidaklah salah terutama untuk wanita yang menghadapi masalah haid yang terlalu banyak, mengandung atau bersalin dan usia lanjut. Anda perlu berhati-hati untuk memilih jenis produk makanan kesihatan. Pilihlah yang terbaik dan telah terbukti keberkesanannya kepada kesihatan penggunanya.



Beberapa panduan diperlukan untuk mereka yang gemar mencuba produk makanan tambahan yang terdapat di pasaran.
Mengapakah anda perlu mengambil makanan tambahan?
Tahukah anda, apa yang terkandung dalam makanan tambahan itu?
Adakah produk makanan tambahan ini berisiko atau mengandungi kesan sampingan pada diri anda?
Apakah jenis-jenis makanan tambahan yang terbukti baik untuk kesihatan wanita?

Menurut kajian juga, antara lelaki dan perempuan...perempuan/wanita lebih mudah terpedaya dengan iklan makanan tambahan ini. Sebenarnya bukan terpedaya, tetapi wanita lebih prihatin dan sensitif. Tak percaya, tanya diri sendiri ;)

Mengapa Vitamin (Pemakanan Tambahan) Adalah Penting?
  • Kerana Pemakanan Tambahan Adalah Keperluan Asas, Tiada Pilihan Lagi
  • Tubuh kita perlukan dos yg lebih tinggi bagi sesetengah vitamin,
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yg kurang subur,
  • Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa memasaknya,
  • Gaya hidup kita mungkin mengganggu penyerapan zat makanan,
  • Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan kita,
  • Kita mungkin kerap makan di luar,
  • Gaya hidup yang tidak aktif,
  • Banyak stress di tempat kerja, di jalanan dll,
  • Kerap demam atau jangkitan selesema dll
  • Makanan kini digabungkan dengan bahan kimia, bahan awet, pewarna, perisa MSG dll.
  • Peningkatan penyakit berkaitan diet (serangan jantung, kanser, kencing manis, tekanan darah tinggi, osteoporosis dll)

Siapa Yang Sangat Perlukan Vitamin ?
  • Pengidap penyakit yang tenat,
  • Orang yang memelihara diet makanan,
  • Orang yang terlalu alahan ‘alergi’ dgn makanan,
  • Kanak-kanak yang membesar,
  • Remaja, pelajar sekolah yang meningkat usia,
  • Wanita hamil dan ibu yg menyusukan,
  • Warga tua,
  • Ahli sukan,
  • Pekerjaan yang stress tinggi,
  • Selepas pembedahan,
  • Pekerja shift
  • Mereka yang mencari kesihatan melalui pemakanan tambahan.

Makanan tambahan yang mana?

Anda disyorkan dengan program yang disediakan oleh Shaklee Corporation.

Kenapa Shaklee?

Shaklee Corporation adalah pengeluar makanan tambahan yang terulung dan yang terbesar sehingga kini di mana ia ditubuhkan pada tahun 1956 (bahkan penyelidikan dan pengeluaran bermula seawal 1915 lagi) oleh Dr Forrest C Shaklee pakar bidang pemakanan berkhasiat (pengasas Vitalized Mineral (VITAMIN) dan MLM) yang kini menjalin usaha sama dengan kumpulan syarikat farmaseutikal terkemuka dunia, Yamanouchi sejak 1989.

Mengapa Shaklee – kerana latar belakang syarikat yang baik; makanan tambahan yang nature / fitrah; berasaskan penyelidikan, ujian klinikal dan piawaian kawalan kualiti yang tinggi.

Halal

Rujuk akhbar utama tanah air iaitu The New Straits Times dan Berita Harian pada hari Rabu, 17hb April 2002, Utusan Malaysia hari Khamis 18hb April 2002 dan Borneo Post pada hari Jumaat, 19hb April 2002.


Kenapa Produk Luar Negara?

Sabda RasuluLlah (SallaLlahu Alaihi Wasallam) bermaksud “Hikmah itu barangan tercicir orang mukmin, di mana sahaja dia menemuinya dialah yang berhak dengannya”


Nak tanya lagi ke soalan kenapa aku perlukan makanan tambahan? ;)

Berminat untuk pesanan boleh hubungi saya, kalau tak tahu nak apa pun boleh tanya saya..insyaAllah saya akan cuba sebaik mungkin untuk mengesyorkan yang terbaik.!


Hubungi



Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/messages/SupplementForAll

Kenapa kita kena minum air 3 liter sehari?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah di atas segalanya.

Air merupakan elemen terpenting dalam kehidupan harian kita. Malah di dalam badan kita sendiri mempunyai 70% kandungan air. Jadi, jika anda mengambil suplemen Shaklee pasti anda dinasihatkan untuk meminum air 3 liter sehari. Ataupun minimum 8 gelas sehari. Nak tahu kenapa?

Ini adalah kerana:

Supplement semulajadi Shaklee membebaskan toksin dari tubuh dan memperbaiki sel-sel yang telah rosak. Air pula amat diperlukan dalam proses ini kerana untuk mengelakkan berlakunya ‘healing crisis’.

Kandungan supplement adalah dalam bentuk concentrated iaitu kandungan yang sangat pekat. Kekurangan air boleh menyebabkan darah menjadi pekat. Ini dapat diumpamakan mengacau sesenduk gula didalam sebiji cawan yang kecil. Sudah pasti gula tidak dapat dilarutkan sepenuhnya di dalam sebiji cawan yang kecil dengan air yang sedikit. Gula memerlukan air yang banyak di dalam ruang yang lebih besar untuk mempermudahkannya larut. Oleh itu kita memerlukan lebih banyak air untuk melarutkan supplement yang kita ambil itu.

Berbeza dengan mengambil vitamin dari sumber organik semulajadi iaitu seperti buah-buahan dimana tidak memerlukan air yang banyak kerana ia sendiri sudah mengandungi air yang mencukupi. Tahap kepekatan nutrient dalam sebiji buah adalah jauh lebih rendah berbanding dengan sebiji pil vitamin. Cuba anda bayangkan sebiji Vita-C 500mg Sustained Released bersamaan dengan 7 biji oren. Adakah anda mampu untuk mengambil 7 biji oren dalam masa yang sama atau dalam sehari? Berapa bayak pula air yang terkandung dalam 7 biji oren itu?

Penting ke minum air 3 liter? Kenapa? Ya, kerana ianya...

1- Membantu mengurangkan berat badan
2- Meningkatkan Tenaga dan Melegakan Keletihan
3- Meningkatkan Kesihatan Kulit
4- Membantu membuang toksin
5- Ubat Sakit Kepala Semulajadi

Mengapa air sangat perlu?
Ketika kita makan, usus di hujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman.

Air yang diminum digunakan untuk mjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akn dihantar ke usus untuk tujuan serapan.

Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akan mengambil cecair dari darah, perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Boleh kah kita bayangkan apa akan terjadi kepada sistem badan kita jikalau air tidak mencukupi?

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada KUNING cair atau PEKAT.

Antara tanda kekurangan air termasuk:
* Cepat letih, kanak-kanak jadi kurang aktif
* Terlalu dahaga
* Mulut kering
* Mengantuk
* Air kencing sedikit dan pekat
* Air mata terlalu sedikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:
* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya.

[Testimoni] Tanda-tanda anda kekurangan protein!

Apa itu protein?

Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel. Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.   


Apa tanda jika anda kekurangan protein?
~Kulit mengelupas
~Kulit bersisik
~Rambut halus dan sering gugur
~Otot Kurus
~Kehilangan selera makan
~Perut buncit akibat pengumpulan bendalir tisu
~Pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak
~Kulit berkedut
~Kulit wajah yang kusam dan tidak bermaya
~Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam
~Bekas gigitan serangga yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan
~Badan rasa lemah dan tidak bertenaga 

Risiko Kekurangan Protein (umumnya): 
  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang)
  • Liver (penyakit hati)
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah)
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik)
  • Irritability (Badan menggeletar)
  • Fatigue (Letih lesu)
  • Weakness (Lemah)
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan
Akibat daripada kekurangan protein, badan kita telah menunjukkan simptom-simptom seperti di atas. Jangan ambil mudah dengan semua hal. Mungkin mulanya ia nampak remeh, tetapi jika ia menjejaskan tugas harian kita, ibadah kita. Jadi, seharus tidak kita perlu cari jalan alternatif untuk menyelesaikannya. 

Memang sumber protein kita boleh dapati dengan memakan ikan, daging merah, daging putih, telur, susu, sayur bayam, kekacang dan sebagainya. Tapi yakinkah kita sumber-sumber itu dapat diserap oleh badan kita dengan 100% dan tanpa kesan sampingan? 

Kenapa perlu fikir susah, sedangkan ada jalan yang lebih mudah dan singkat. Di dalam dunia ini kita sentiasa mempunyai dua pilihan. Jadi, kita perlu memilih, dan pastikan pilihan kita itu tepat dan betul. 

APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol. Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

Nak baca lebih lanjut boleh lihat sini. 

Nak baca lagi banyak testimoni pula boleh baca lanjut di sini.

Apa tunggu lagi ;) Boleh hubungi saya untuk pesanan dan pertanyaan. 


Wardah
|019-3305476|wardahmustapa@gmail.com
http://supplementforall.blogspot.com/
https://www.facebook.com/SupplementForAll

Peringatan bersama : Kita perlu berusaha untuk sihat. Disamping berusaha, perlu seiring dengan doa kepadaNya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget