sueperb pages

Showing posts with label sue join. Show all posts
Showing posts with label sue join. Show all posts

Jan 28, 2012

' SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH '




Setelah berapa bulan tak join segmen, ni nak join segmen farahpunyerstorymory.blogspot.com...

Tuan punyer blog suruh tulis sikit-sikit pasal diri...

Nama : Suhaidah
Umur : awal 20 an.. (hehehe)
Tarikh Lahir : 8 June
Berapa lama berblog : Setahun lebih dah.. start aktif dalam awal tahun 2011
Harapan : semoga berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat..



kalau nak join boleh klik kat banner tu ye.. 

Dec 15, 2011

Menjawab soalan Putera..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. wah..  di tag ... Putera pulak yang tag tu.. bukan calang-calang.. putera raja tu.. hehe..  Name tuan blog Prince Ayri.. ni jawapan kepada soalan-soalan tuan putera.. 


1. Apakah tujuan korang ber-blogging?
Tujuan asal nak menulis diari kehidupan kot.. dulu semangat je nak tulis diari tiap-tiap malam lah konon.. tapi hampeh.. hehe.. 

2. Namakan satu tempat di Malaysia yang korang suka serta sebabnya?
Sebenarnya jarang melancong.. tapi kalau tempat yang teringin nak pergi tepi sawah kot... macam tenang je suasana kat tepi sawah tu..

3. Apakah pendapat korang mengenai sistem pembelajaran di Malaysia?
Sistem pembelajaran di Malaysia.. emm.. masih ada banyak yang perlu diperbaiki.. cabaran utama nak mempersiapkan pelajar bersedia untuk menempuh alam pekerjaan sebenar.. diharap dapat megurangkan masalah pengangguran dikalangan pelajar-pelajar lepasan universiti.. 

4. Siapakah artis yang korang suka dan nyatakan sebabnya?
Emm.. kalau penyanyi , Azlan ( Typewriter) sebab suara dia wow... boleh meremang kot dengar suara dia .. kalau pelakon, Adi Putra kot.. sebab pada pandangan aku dia seorang yang berkarisma.. 
Kalau perempuan, Wardina sebab kagum dengan penghijrahan dia dan personaliti dia...

5. Dalam hidup korang apakah kejayaan yang masih belum tercapai dan bilakah akan tercapai?
FUhh.. banyak lagi benda yang tak tercapai kot.. untuk masa yang terdekat ni, aku nak menge 'P' kan lesen L ku yang dah berapa bulan tertangguh... mungkin akan tercapai dalam bulan depan..

6. Di dalam dunia ini siapa yang korang rasa paling pandai dalam teknologi, nyatakan sebab untuk jawapan korang tu?
Siapa ek? Steve Job kot.. sebab dia yang banyak mencipta produk-produk teknologi canggih yang tak pernah kita terfikir..

7. Pengalaman pahit yang korang susah nak lupakan?
Melanggar lampu merah masa ujian JPJ dan gagal serta merta.. huhu.. tiap kali teringat muka pegawai JPJ yang bawak kereta tu mesti aku akan rasa arghhhhh!!...  tension.. apasal hang pi laggar lampu merah tu? huhu

8. Siapakah orang yang paling korang sayang selepas ibu dan ayah?
ahli keluarga lain.. abang, kakak, saudara mara... family first..

9. Kalau korang nak sambung belajar tahap paling tinggi ialah dengan memiliki apa? Diploma, Degree, Master, PhD …etc
Master... 

10. Subjek apa yang paling korang suka masa di tingkatan 3? Sebabnya?
Kemahiran Hidup.. sebab dapat belajar memasak, menukang, menjahit dan banyak kemahiran lagi.. Subjek yang agak senag nak skor kot... 


11. Tempat yang paling best yang korang rasa dalam dunia ni? Cerita sikit :)
Makkah.. tempat semua umat Islam berhimpun menunaikan perintah Allah swt..






Nov 29, 2011

Segmen : Mencari Kucing tersembunyi



Segmen mencari kucing tersembunyi.. Boleh ke cari? Nak join segmen ni? klik SINI.. 


\\


p/s: RIndu sama kucing-kucing ku.. Bobo, Jaja dan Uda...




Nov 15, 2011

SEGMEN: TINGKATKAN FOLLOWER ANDA DENGAN SEKELIP MATA





Jom join segmen pepagi buta ni.. hehe.. tengah-tengah jalan-jalan di alam maya terjumpa pulak segmen ni.. segmen senang mestilah nak join.. okeyh.. tuan punya blog ni suruh bagitahu apa yang suka dan tak suka pasal blog nya..  first time masuk blog ni.. apa yang saya suka blog ni cantik macam tuan blog dia.. hehe.. yang tak suka pulak .. emmm.. pasang lagu kat dalam blog kot.. bukan lah tak suka lagu yang ada tu.. kadang-kadang memang seronok dengar lagu-lagu best.. masuk-masuk je boleh dengar lagu best... tapi dalam kes saya ni.  suka open new tab banyak-banyak bila blogwalking sebab malas nak tunggu blog loading satu-satu..  bayangkan setiap blog ada lagu .. fuhh.. bercampur-campur lagu main dalam satu masa... nak cari button pause pun kadang-kadang tak jumpa.. pening jugak tu.. hehe.. 

So, anda-anda semua kalau nak join dan nak tahu maklumat lanjut boleh klik kat SINI



Nov 13, 2011

"GIVEAWAY SIMPLE : KEYCHAIN DARI PADANG BESAR"





Siapa nak keychain dari Padang Besar? hehe.. pernah pergi Padang Besar 2 kali je.. itu pun masa belajar di Matrik Perlis.. Memang banyak barang ada kat situ.. banda yang paling nak beli masa pergi Padang Besar dulu ialah Teddy Bear.. dan dapat jugak lah satu Teddy Bear besar .. ayah yang belikan.. hehe..


siapa nak keychain dari Padang Besar join lah giveaway ni.. nak join boleh klik SINI..



Oct 26, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS




Jom berkempen!! hehe.. 

Ni adalah kempen tingkatkan followers.. orang kata, don't judge a blog by its followers.. follower ramai tank semstinya blog tu bagus.. hmm.. ye.. memang betul.. citarasa manusia tak semuanya sama kan.. ada yang suka ada yang tak suka.. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..  tapi kan seronok kalau blog kita ada bilangan follower dan pengunjung yang ramai.. kan kan?

hehe.. apa lagi.. jom la kita berkempen ye.. nak join klik kat banner di atas.


Oct 18, 2011

Blogger! Jom Kenal




Ada ke nak kenal? huhu.. segmen baru ni.. Jom kenal Jom!

Nama sebenar tuan blog sueperbs.blogspot.com ni Suehaidah Mukminin..
Umur tahun 2011 ni 22 tahun..
Asal lahir kat Hospital.. Hospital tu kat Muar Johor.. tapi menetap kat Selangor..


Itu je lah kot.. nak tanya apa-apa boleh je tanya.. jangan segan-segan..


Nak join klik lah kat banner tu ye..  Jom kenal Jom!!..



Oct 10, 2011

SEGMEN NASZ : MEH KRITIK BLOG GUA







Hai semua.. nampak header ni tak? macam tak pernah nampak kan.. ni la header baru blog Mohd Naser.com.. bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya.. ni ada satu  segmen kritik blog.. berani ke nak di kritik? hehe..

kalau berani join lah segmen ni.. nak join klik kat gambar tu..


Oct 9, 2011

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca






Nama Blog : ...Sue See and Say..
Nama Blogger : Sue Perbs
Tahun Mula berblog : 2011
Jumlah follower semasa join segmen ni : 706 geng Sueperbs


Nak join boleh klik kat Banner.. 



Oct 4, 2011

Jom tambah trafik blog!





Jom la tambah trafik blog... sambil tu boleh menambah ilmu pengetahuan .. kalau sudi, follo sekali ye... nanti sy datang semula...

nak join ke? klik SINI.. tarikh tutup 5oktober jam 2.30 petang...




Oct 2, 2011

SEGMEN 1hari : Tambah rakan blogger




Rindu dah lama tak join segmen... jalan-jalan terjumpa segmen ni.. senang je tak payah tag-tag orang.. tarikh tutup 3 oct 2011 jam 10 malam...


Nak join klik SINI



Sep 9, 2011

jom-join-segmen



Jalan punya jalan terjumpa segmen ni.. first time masuk blog khairulasrol ni... jom join segmen yang dia buat.. ada hadiah topup tau.. nak join klik SINI..


Selamat Hari Raya semua..



Aug 28, 2011

Segmen Tambah Follower : Edisi Kuih Raya






Sebenarnya dah lama nampak segmen ni.. nak join tapi tak sempat-sempat nak join.. sekarang ni memandangkan dah nak dekat tarikh tutup ( 1 syawal ).. aku berusaha untuk taip secepat mungkin.. hehehe

Syarat nya kena tulis entri lengkapkan ayat ni..



ni dia kuih batang buruk..

kenapa nama dia kuih batang buruk? entah.. rupanya tak ada la buruk sangat.. rasa dia sedap.. mak aku mesti beli kalau balik kampung Muar.. yeah.. Muar kampungku.. tempat lahirku.. 

tapi satu je la yang kena hati-hati.. bila makan kuih ni jangan nak sibuk-sibuk bercakap.. nanti tersembur-sembur kat orang depan.. tak pasal-pasal kena debushh kang.. hehe

ok lah.. selamat hari raya Aidilfitri.. maaf atas segala kesilapan saya ye.. yang masih belum join nak join klik SINI



Aug 22, 2011

Kenangan Bersama Kad Raya




Fuhh.. lamanya aku menyepi.. first entri lepas menyepi ni aku nak join segmen dari blog Invasion Plan.. segmen kenangan bersama kad raya.. macam menarik je segmen ni.. 

hmm.. aku mengaku dulu aku seorang yang sangat la rajin hantar kad raya.. dulu-dulu masa sekolah rendah kan budak-budak perempuan suka sangat buat buku biodata.. (aku ada jugak satu buku khas ) .. tau tak buku biodata tu macam mana? ala buku yang korang tulis maklumat peribadi korang tu.. siap hias-hias bagai.. guna pen warna warni.. macam-macam nak tulis.. yang lawak bila ada yang siap tulis, senarai nama kawan baik, kawan karib, kawan musuh.. kalau tulis biodata kat tuan punya buku, dia mesti letak nama dalam senarai kawan baik atau kawan karib.. haha.. bila baca balik macam kelakar je.. dan aku masih simpan sampai sekarang buku tu.. kenangan tu.. dan dengan maklumat-maklumat dalam tu la aku guna untuk hantar kad raya..

bila masa puasa dulu, aku sanggup pergi beli kad raya guna duit sendiri.. lepas tu tulis la ucapan-ucapan dalam kad raya tu.. siap pantun-pantun lagi.. kadang-kadang siap bercerita dalam kad raya tu.. lepas tu, sanggup berjalan pergi pejabat pos sorang-sorang nak pos kad-kad raya tu.. lepas tu, tunggu la kawan-kawan balas..

bila kad raya yang aku hantar tu di balas, punya la seronok.. serius aku sangat happy.. ada jugak kawan yang siap tampal duit kat kad raya tu.. walaupun ada yang RM0.10 je.. (kedekut.. hehe).. tapi tak semua yang balas kad raya aku tu.. tahun berikutnya, aku hanya akan pos kad raya kepada kawan-kawan yang hantar dan balas kad raya kat aku je... 

makin lama makin kurang kad raya yang aku hantar.. dan masa sekolah menengah dulu ada jugak kawan-kawan yang bagi je kad raya by hand.. dan aku pernah dapat kad raya misteri.. tak tau siapa yang bagi.. dan ada juga kawan internet bagi kad raya.. siapa-siapa pun bagi kad raya aku akan simpan.. ye.. kat rumah, aku ada lagi kotak koleksi kad-kad raya yang aku terima.. sayang sangat nak buang... 

tapi kan.. tahun ni aku langsung tak bagi kad raya kat siapa-siapa.. huhu.. sory la kawan-kawan semua.. tapi kalau ada yang sudi lagi nak bagi kad raya kat aku memang aku berterima kasih sangat la.. aku akan berusaha untuk balas..

akhir kata.. terima lah pantun ni...

pecah kaca pecah simen,
sudah baca sudi-sudilah komen..

selamat hari raya semua... 

Aug 10, 2011

Lagu MERDEKA Pilihan




okeh, jalan-jalan terjumpa segmen ni.. macam menarik je.. bulan ni kan bulan kemerdekaan.. lagu merdeka apa  yang korang suka?

setelah menye'search' lagu merdeka kat youtube, aku rasa aku pilih lagu ni la.. kalau boleh nak letak semua tapi nak satu je kan.. ni la lgu medeka pilihan aku..





Lagu ni memang lagu yang paling aku suka.. banyak kenangan aku dengan lagu ni.. rasa bersemangat patriotik pulak malam-malam ni.. 


nak join? klik je kat banner tu..


Aug 8, 2011

Segmen zeckze nak kumpul link



Join segmen lagi.. kali ni segmen dari blogger Z.. hehe..

Nak join klik SINI

Umar Faruq rock rock..


Dah lama tak join segmen.. jalan-jalan terjumpa pulak segmen ni.. yeah.. saya nak join.. segmen dari Umar Faruq..

Tajuk entri tak kisah asalkan ada nama Umar Faruq.. so saya nak letak tajuk Umar Faruq rock rock..  boleh ke? hehe.. pon boleyh la ek..

Komen pasal blog Umar Faruq.. semua ok je.. kemas sangat la blog ni.. kombinasi warna pun ok je.. suka lah warna merah dan putih.. widget semua pon ok.. tulisan pun ok je.. kira senang cerita semua ok la.. tak ada yang tak ok melainkan ok ok belaka..

jom la join sekali.. nak join klik SINI




Jul 25, 2011

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?




Berani ke nak kritik blog ni? hehe.. takut jugak nak suruh orang kritik ni.. untuk segmen ni kena berfikiran terbuka.. kritikan juga haruslah membina.. ^_*

nak join klik SINI





Jul 21, 2011

Segmen cx's : geng UiTM by campus



Join segmen ni kalau anda produk UiTM.. senang.. cuma jawab soalan-soalan berikut..

UiTM campus? 
- Shah Alam

Course?
- BBA (Hons) Islamic Banking

Part?
- Baru tamat Jun lepas..


Nak join? klik SINI..


BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER




Segmen untuk blogger baru..  ye.. saya blogger baru.. korang yang follow blog ini memang sporting dan supportive .. semakin ramai yang follow dan baca blog  ini  semakin bersemangat sebenarnya aku nak berblog.. hehe..

Jom la jadi geng sueperbs di blog ini.. sekarang jumlah follower di blog ini ialah 518..



kepada yang dah follow dan selalu menjengah blog ini korang memang sueper duper sueperbs laa.. hehe.. terima kasih thankiu, arigato, syukran...

selamat berblog semua..

Nak join ? klik SINI..