sueperb pages

Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Jan 18, 2013

Jom Baca Buku dalam LRT.. khas untuk peminat karya Ramlee Awang Mursyid...


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Suka baca buku? Selalu naik LRT? Minat karya Ramlee Awang Mursyid? Ni ada satu event ni.. memang special.. tarikh pada 19 Januari 2013..

Baca @ LRT anjuran RAMFC

Antara aktivitinya 

10.00 pagi - berkumpul stesen masing-masing. Kenali, tegur dan ikut ejen BACA@LRT di stesen anda.

10.30 pagi - Kumpulan Terminal Putra akan mula bergerak dari stesen. Ejen dalam tren akan sms ejen di setiap stesen sebelum tren dari Terminal Putra tiba di stesen berikutnya.

11.30 pagi - Tiba di Stesen Kelana Jaya. Sesi mengambil gambar kenangan.

12.00 tghari – Naik semula tren untuk ke LRT Taman Jaya dan berkumpul sebuah taman berhampiran stesyen yang juga bernama 'Taman Jaya' untuk Sesi Tandatangan bersama Tuan Ramlee Awang Murshid dan juga sesi sampingan perkongsian pengalaman dan ramah mesra anjuran RAMFC.

Dijangka bersurai jam 2.30 petang.



Antara yang menarik..

Menanti di Taman Jaya - Akademi RAMtasia, Mangala Menganas, Pangilan Zonan & banyak lagi.

Juga boleh dapatkan edisi terhad cenderamata RAMFC 'Aku Bercerita' dan Stok Terhad novel 'Aku Bercerita' ...


Novel Aku Bercerita..




credit to RAMFC... info lanjut klik SINI



ps: aku nak pergi sangat tapi macam tak ada kawan je sudi teman.. jom la .. bukan selalu...




Dec 11, 2012

Go Green...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini, aku telah mem'volunteer' kan diri untuk satu projek alam sekitar.. ''Ulu Yam Recreation Park Restoration Project''.. Projek yang di panggil 'Go Green' ini antara usaha menyumbang kepada alam sekitar gabungan dengan Majlis Perbandaran .. Alhamdulillah dah dua kali aku join.. yang best nya, siapa yang jadi volunteer untuk aktiviti ni boleh claim sehari cuti.. heheh.. nak cuti ke nak berkhidmat menjadi sukarelawan? emm..  mana-mana pun boleh la..

Kami dibahagi kan kepada beberapa kumpulan. setiap kumpulan telah ditetapkan tugas-tugas yang perlu di lakukan.. kumpulan aku ditugaskan untuk menanam pokok .. dengar macam senang je kan?.. cerr try buat.. berpeluh-peluh jugak la nak mengorek tanah tu ditambah dengan sinaran cahaya matahari atas kepala.. rasa macam bersukan pun ada... bagus lah untuk mengeluarkan peluh.. asyik buat kerja dalam aircond je apa salah nya keluarkan tenaga sambil menyumbang kepada alam sekitar.. 


korek tanah.. 

Men Cangkul ..

Setelah selesai menyiapkan tugas menanam pokok-pokok, kami bergabung dengan kumpulan lain untuk membersihkan kawasan hutan.. kami diminta membuat satu barisan panjang untuk pas sampah sehingga ke lori.. Kiranya tak payah la nak angkat jauh-jauh.. jimat sikit tenaga.. 

Barisan sukarelawan..


Posing jap..

Maka, setelah selesai semua tugas, tamat lah aktiviti 'Go Green' untuk tahun 2012 ni.. kalau ada lagi tahun depan, In sya allah  aku akan join .. 

Dec 9, 2012

Usha-usha PIKOM PC Fair KLCC December 2012..


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tahukah anda kat KLCC sekarang ada PIKOM PC Fair.. Tarikhnya dari 7 hingga 9 December 2012.. So, kalau nampak orang bersesak-sesak kat KLCC tu jangan panik ek.. relaks.. mereka mungkin sedang menuju ke PC Fair.. Hehe..

PIKOM PC Fair 2012..

Kenapa setiap kali PIKOM PC Fair aku nak pergi tengok? Mungkin sebab aku suka tengok barang-barang yang dipromosi kat situ kot.. kat PC Fair ni ada banyak booth dengan brand-brand yang popular dan ada juga yang aku langsung tak pernah dengar.. kalau rajin, survey dulu harga supaya boleh dapat barang denga harga yang murah dengan kualiti yang baik dan mengikut citarasa anda.. 

Memandangkan duit yang tak berapa nak ada.. ditambah lagi dengan tarikh yang baru di awal bulan.. memang tak plan pun nak beli gadget-gadget terbaru.. notebook? ipad? hard disk? DSLR? Semua ada.. Tak dapat beli tapi dapat usha-usha je pun dah ok lerr tu.. 

pendrive.. lelong-lelong..

beli-beli.. 



Setelah penat berjalan, ni je la yang aku beli... Headset RM 25 + Speaker RM 25... 

Headset + Speaker.. 


Dan tanpa aku sedar, mengikut application dalam hp aku yang boleh kira berapa step yang kita jalan untuk setiap hari, aku dah berjalan lebih 20,000 langkah hari ni.. pertama kali ok..Untuk makluman, untuk mencapai tahap kesihatan ialah 10,000 langkah setiap hari..


Jumlah langkah berjalan hari ni...


p/s: seorang kawan penah perli  'su ni memang pantang ada kaki'.. >_<



Jun 11, 2012

Usha-usha Ekspo Beli Barang Buatan Malaysia PWTC

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari jumaat haritu aku ke PWTC sebab nak usha-usha ekspo beli barangan buatan Malaysia ni. Aku dapat tahu pun dari FB. Emm.. Sepatutnya aku pos entri ni awal tapi atas sebab masalah internet, hari ni baru dapat pos.




Masa aku sampai kat PWTC tu mula-mula aku rasa macam 'eh betul ke ada ekspo ni? ke aku dah silap tarikh ni? macam tak ada orang je?' .. orang tak ramai macam masa aku pergi pesta buku hari tu. walaupun rasa teragak-agak, aku terus masuk je.. ada menteri berucap dalam satu dewan tu.. mungkin majlis perasmian.. ramai kat dalam dewan tu patut la tak ada orang sangat kot.. hehe.. lagipun hari tu bukan hari cuti..

orang tak ramai sangat

cantik tak? hehe

lapar pulak.. makan jap

Produk Noraini's

Produk minuman

Marshmellow cicah coklat.. sedap

Kedai Rakyat 1 Malaysia pun ada

Ada banyak booth yang di buka tapi aku beli sikit-sikit je... ni je lah gambar yang dapat di kongsi.. aku snap pun guna kamera hp je.. ^_*





Oct 29, 2011

Tengganu ke Negeri?




Hehe.. seperti yang korang tahu, malam ni akan berlangsung final Piala Malaysia.. pasukan yang layak masuk ke final ialah Terengganu dan Negeri Sembilan..

korang sokong siapa? aku sokong .... SELANGOR.. hehe.. sedih sangat bila Selangor tak dapat masuk final.. kalau tak, dah pergi stadium dah hari ni.. tak apa lah.. tak ada rezeki untuk pasukan Selangor kali ni.. lagipun tiket mahal.. Tiket Malaysia lawan Singapura haritu pun lagi murah.. hoh

All the best la kepada pasukan Terengganu dan Negeri Sembilan ye...



Oct 4, 2011

Cairex Expo 2011 UiTM

Harini baru ku tahu pasal benda ni...



Bermula harini (4 oktober) sampai 6 Oktober.. Nak tengok senarai syarikat yang terlibat boleh tengok kat SINI..

Info lebih lanjut boleh masuk laman web JobShop UiTM


Facebook Kaunseling dan Kerjaya UiTM




Jul 22, 2011

Hari Terbuka ADTEC Shah Alam..