Pages

Sunday, March 4, 2012

18 days left

Assalamualaikum

Ya Allah...18 hari je tinggal sehingga perkahwinan itu. Masya Allah..sangat berdebar.. hehe. tapi kalau sibukkan diri, kuranglah berdebar tu. Alhamdulillah, aku syukur sangat sebab setakat ini kebanyakannya dah settle. Meh nak list down apa yang dah settle:))

End of february and starting of march i got many good news which were, baju nikah dah siap, baju resepsi dah siap, baju melayu abangpun dah siap:)) another one is....abang already got his new car hehe.
Alhamdulillah..sukanya. Selagi tak dengar berita tentang baju-baju tu, memang tak tenang..

So semalam dapatlah gather all the attires.
Jubah nikah
Baju melayu putih
Jubah reception
Baju mekayu biru
Baju melayu purple

Semalam aku pergi 2 kedai pengantin untuk cari aksesori dan tengkolok/tanjak untuk abang. Lepas dah survey barang dan harga, finally aku pilih bridal yang tak sampai 3 minit dari rumah aku ni..kedainya, urm...dari luar memang tak berapa meyakinkan hehehe.. tapi setelah dibedakan dengan harga dan barang kedai lagi satu, barang kat bridal ni lagi ok. Tengkolong nya tak kemek, nampak baru lagi..the rest aku pergi, kemek-kemek..kesian abang.. huhu. Jadi dah book lah semalam tengkolok, sampin untuk baju melayu biru dan purple abang.

Ikutkan aku memang nak semua sekali kat satu bridal je. tapi nak buat macam mana, tak sangka plak dekat main bridal tu ade lack dari segi aksesori..so terpaksalah aku cari tempat lain juga. tapi ok lah..bukan jauh sangatpun kedainya..:) sederet dengan rumah aku..:))

Oh yang belum setel sekarang ni veil aku. aishhh payah plak nak jumpa yang betul-betul berkenan dihati. huhu~ nak beli dan buat sendiri, ok jugak kan.. ingat nak pergi kamdar kejap lagi, lepas tu cari kain yang bersesuaian. Aunty Lina, yang tolong jahitkan bunga riben dekat baju nikah aku cakap, beli je lace tu, hantar tailor untuk jahit tepi, lepas tu bagi kat dia untuk letak bunga riben.. ok jugak kan? Aunty Lina pun dah kata nak sponsor bunga kat kepala tudung tu..yeyeayyyy :)) sebab setakat yang aku survey ni, memang tak berapa cantiklah... kecik, tercabut manik,... huhuhu :(

Oklah, nak siap-siap untuk ke kamdar dan paka. Nak cari tudung. Semalam dah pergi pasar minggu, kat situ ada makcik Salihah, penjual tudung favourite aku. Makcik ni banyak jual tudung labuh..tu yang best tu. Lagi plak kalau aku datang, dilayan sebahabis baik..hargapun sangat jimat..hehe.. cuma semalam, tak ada plak warna yang aku cari.. so kena pergi paka lah. sana ade kedai tudung yang cantik-cantik dan labuh juga tudungnya.. ok, lets go.. :))

Moga Allah permudahkan urusan kami..aameen ya Allah

Friday, February 17, 2012

HB:))





 

Signage and Canterpieces











Centerpieces dah siap dah..nanti ambil gambar ya:))

Lega dah setel Kad Kahwin:)))

Al kisahnya kad kahwin ni...dalam 23january 2012 aku start order dengan Rauf. Actually dah kenal lama sangat si Rauf ni. Junior masa Shams dulu. Lpeas tu kat kampus sama2 plak aktif Hismat dan Society:)) Jadi sangat percaya dan sangat mudah bekerja bila dah kenal ni kan...:)

ini contoh kad yang aku berkenan sangat layout dia..:) Nak buka-buka macam 'buka pintu lembaran hidup yang baru' gituu :P
Lepas survey2, Rauf kata dia boleh buat. Alhamdulillah, sangat seronok.

Kartun ditempah khas dari 'Ain Soalhati hahahaha.... mahukan originality :))

Abang.. versi kurus hahaha

  
Mak asyik tergelak je kalau tengok kartun yang ni.. mak kata "saboh doh dua orang tu.." hehehe. Mula-mula tanya abang dulu boleh tak nak letak kartun dekat kad. Abang tanya kartun yang macam mana..diua nak tengok. Akupun mms satu pic yang aku dapat di google hehe. so cute. Tapi bila tengok balik ramai plak guna kartun tu.. yang bagusnya, empunya kartun tu pun izinkan dengan syarat state nama dia..:) Kira ok la kan.. tapi lepas fikir-fikir, Rauf plak cadang agar aku lukis sendiri, aku pun semangat lukis...Lama tak melukis kartun sebenarnya! Sejak dah grad ni lah..huhu.. Dalam sejam lukis-lukis depan tv.. scan..mms kat abang.. Abang setuju, terus semuanya di'emel'kan saja kepada Rauf dan state nak design macam ni macam tu..aku emel juga layout cadangan aku:)
By the way, abang ingat aku ciplak kartun2 tu...Dia baru tahu yang tunangnya ini orang halus (orang seni) ~ sila jangan munt** hehe..sekali sekala nak perasan tak apa kan...


ni 1st design.. banyak juga edit dari segi info dan design. Warna tukar sikit2 je:)


Aku minta buang yang belakang kerusi tu, ganti dengan bunga yang simple. Lepas tu tambah hiasan lagi kat bawah tazkirah dan muka depan kad:) Sebab rasa kosong sangat plak depan kad tu. Huruf A dan N pun aku minta gantikan dengan nama terus..Pandai Rauf tambah love....:))

Taraaaaaaa... ini lah final touch nya:)) Ada dalam 2kali edit sahaja:))

Cantik tak you alls? :)

Owh, ada 3kali edit untuk bahagian belakang kerusi tu.. hehe. Aku request bunga yang quite simple:)
Ha..ni lah design yang dah edit flower tu.. :) I like. So pagi tadi Alhamdulillah aku dapat semua tempahanku.. Rauf hantar sendiri ke rumah. Kebetulan dia balik kampung. Sangat senang hati..selamat je rasa bila dapat kad direct ke rumah.. TQSM Rauf ya..

 
Banyaknya....:))


Kad aku: 1000pcs
Kad abang: 2000pcs
Total: RM870. Discount, dapat RM820
FREE: 1000pcs 
ALHAMDULILLAH..:))

TQSM to abang sebab banyak menyokong saya dalam menghasilkan kad yang mungkin bagi sesetengah orang, dianggap pelik dan tidak biasa.. Maaflah, dah bosan dengan keris.. tengkolok..tepak sireh.. tak salahkan ikut suka hati kita:))

TQSM to my mom! ;)) Tanpa pertolongan mak, tak dapatlah nak terjermahkan kad kahwin ni ke alam nyata..huhuhu terharu dengan perngorbanan mak

TQSM to Rauf sebab dapat siapkan tempahan dalam masa yang dijanjikan..Sangat berpuas hati! Kawan-kawan yang berminat tu, bolehla lawati fb beliau ataupun ke website beliau :http://iwstudio.biz/

Sunday, January 22, 2012

Wedding Wishes aka Guestbook:)




Ok tak? Hehehe malas plak nak bercerita sebab dah sakit pinggang mengadap lappy ni..nak tidur lah kejap. Tiba2 demam plak..huhu. Masuk tahun baru ni dah 2kali demam..huhu..doakan aku ya..

ooooooppppssss...

Hari ni genap ;
dup dup..dup dup..dup dup... 
RABBI YASSIR WA LA TUASSIR
AAMEEEN

Hari ni abang balik kampung. Nak settle haL kahwin semua.. Moga Allah lindungi abang dan selamat semuanya..Hati-hati memandu:)

DIM...DIY lah :P

Alhamdulillah, dah banyak benda jugalah dah aku DIM. hahaha ngada-ngada nak DIM kan.. yela yela..DIY:)) ni ada lah sikit-sikit gambar yang aku sempat snap. Tutorial banyak lawat2 other bloggers.. termasuklah blogger2 'omputeh' terutamanya:) dia orang punya cantik dan tampak eksklusif gitu..:) tapi dah lama dah tengok..makanya tak ingat sangat dah link dia.. sumimasen~

1) Carnation flower

Kali ni aku buat 2 jenis. Satu guna bekas cupcake, satu lagi guna kertas tisu. Beli dekat popular & cowboy. Jumpa bekas yang ada love2 and pink. Terus beli:) Tak buat banyak sangat.. budget untuk centerpieces dan hiasan pada meja guestbook je:)




2) HB (handbouqet).

Ini pun semua buat sendiri. HB untuk nikah, kenduri terengganu dan kenduri perak. Nikah, aku guna bunga hantaran masa tunang. Abang bagi bunga ros putih dan merah hati. Jadi recycle jelah:) daripada terbiar begitu sahaja dalam almari hehe..jimat..jimat..jimat lagi bermakna;)
Resepsi terengganu, aku buat warna pink, biru dan cream. Gabung 3 warna. Alhamdulillah, dapat inspirasi dari blogger intan norazam dan juga bloggers lain:) survey2 baru start buat dengan gaya tersendiri..
Resepsi di perak plak aku buat warna purple. Aku gabung dengan kain cotton yang ada corak abstract and colourful sikit. Nanti dah ambil gambar aku tunjuk ye.. Ada kain lebih masa buat bantal hantaran, jadi letakkan juga kain biru tu sikit nak bagi menyerlah:) sebab kain biru tu kilat2..hehe. Frankly speaking aku tak arif bab2 kain ni..bila nak beli tu, lamalah juga round and fikir mana yang sesuai..bila dah menjadi HB nya tu..alhamdulillah, bolehla.. hehe...




3) DIY | love brooch

Love brooch ni aku guna kain felt yang dah sedia ada. InshaAllah nanti nak bagi pada saudara mara perempuan:) menggantikan bunga roset tu.. sajalah nak nampak simple lagi romantik kui kui kui. actually dah tambah gantung2 yang bulat2 berkilat tu..ish tak ingat plak apa namanya..nanti aku tunjukkan ye..:)


4) DIY design backdrop makan beradab. 

Design jelah.. hehe yang lain mak kata biar vendour buat. Mak takut sangat kalau aku yang nak buat semua tu..katanya takut tak cantik huhu..pasrah..


5) DIY design pelamin

Inilah pelamin anganku. chewah hehe.. Pelamin ni just untuk bergambar. Tiada adat2 bersandinf mahupun merenjis dan tepung tawar. Memang awal2 dah cakap tak nak semua tu. Daripada dibaling2 beras tu baiklah bagi makan kat ayam..hahaha.. Alhamdulillah, semua dapat menerimanya walaupun susah juga mula2 tu.. Biasalah kan, benda dah jadi adat.. Memandangkan aku ni anak perempuan tunggal, dan ini yang pertama sebelah family mak aku, so kenalah ikut kehendak orang tua juga. Lagipun, tanpa mereka majlis ni pasti takkan berlangsung dan menjadi kenyataan kan? So akupun design lah grand sikit..
Tema: Soalhati dalam Taman Cinta. 
Chewah hahahah