Memaparkan catatan dengan label Books. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Books. Papar semua catatan

Ahad, 23 Jun 2013

My new book...guide to Silk Road....

Aku tak kemana-mana, tak travel ke mana-mana pun....so, baiklah membaca kan. Lagipun Ramadhan dah dekat, niat aku nak luangkan masa lepas solat Subuh sebelum ke ofis untuk membaca...

inilah dia

Harga buku RM77...
Sebab dibeli - Silk Road adalah antara tempat yg aku nak sangat pegi, tapi....rasanya mcm agak impossible utk dicapai...so, beli buku ni diharap dapatlah pengalaman 'seolah-olah berada di sana'...

buku ni bergambar, banyak gambar....kualiti kertas dan gambar tip top sesangat...puas hati



Sabtu, 16 Februari 2013

Novel Jeriji Kasih (Part 2)

TEMA : Novel ni bertema kepentingan kasih sayang dalam sesebuah keluarga...dengan adanya ikatan kasih sayang yang kuat di kalangan ahli keluarga, contohnya kasih sayang ibu kepada anak-anak menyebabkan anak-anak terpelihara daripada gejala negatif masa kini

Persoalan - terdapat beberapa persoalan yang boleh diambil

1. Kegigihan mencuba sesuatu yang baru - Anuariza akhirnya berjaya menanam anggur dan menjadikan daunnya sebagai teh

2. Adil dalam memberi kasih sayang - Saleha memberi kasih sayang sama rata antara anak kandung dan anak angkatnya

3. Berpegang teguh kepada ajaran Islam - Anuariza menjaga solat lima waktu walaupun ketika berada di dalam hutan

4. Kerjaya guru dianggap mulia - Saleha mahu Anuariza menjadi guru walaupun dia layak memasuki bidang-bidang lain kerana bagi Saleha anaknya harus mendidik anak bangsa menjadi berjaya

5. Gejala sosial kini menular di luar bandar - Masalah sosial remaja tidak lagi boleh dikaitkan dengan remaja di bandar sahaja tetapi remaja di luar bandar juga mula menghadapinya, contohnya Lily Suriani yg terlibat dalam kes merokok, ponteng sekolah

Sabtu, 17 November 2012

Novel Jeriji Kasih

PASAL NOVEL NI: novel ni ialah novel utk budak2 yg ambik Sastera SPM sbg subjek elektif.

SINOSPSIS : Kisah tentang seorang remaja yg baru abis STPM iaitu Anuariza ( nama hero cam nama pompuan)...Ada sedikit kecacatan pd hero ni iaitu dari segi jarinya...lagi, Anuariza ni anak yg x mengenali ibu bapa kandungnya...diambil sbg anak angkat oleh Soleha ...Soleha ada sorg kandung perempuan Azuera..( penulis sengaja buat ejaan nmpk moden sket kot)..

Macam biasala kalau hero, Anuariza ni mmg bdk baik, cemerlang akademik, rajin membantu mak, solat x tinggal, pandai melukis dan yg spesel psl dia mgkn sebab dia minat bidg pertanian...sesuatu yg tiada pd bdk2 remaja zaman skrg...

Disebabkan minat mendlm dlm bidang pertanian, Anuariza ada taman landskapnya sendiri...di taman dia ni, dia cuba2 menanam anggur...daun anggur tu dah pn berjaya dijadikannya dauh teh...

Sambung kisah dn plot....keluarga Syed Mustafa br je balik dari K.L utk menetap kat kampung. Syed ni ada 2 anak...Syarifah Fariesya ( tg 4 ) sama ngan Azuera la kn...dan sorg anak lelaki Syed Farish...Farish n Fariesya ..emm pandai penulis cari nama sepdn...

Kisahnya...Soleha anak angkat kpd mak Syed Mustafa.  Secara x lsgng, anak2nya pun selalu ke banglo nenek tu...Anuariza pun penah diupah utk mengecat dinding bilik cucu2nya...

Bila Syed Mustafa nampak budi pekerti Anuariza dia pun berkenan  dan meminta Anuariza menjadi guru tuisyen kpd Farish...Farish ni anak yg degil, pemberontak...dlm satu2 novel mesti ada watak camni..

Sebenarnya Farish ni x sukakan ayahnya sbb bagi dia, ayahnya punca kematian ibunya...sbb masa tu Syed Mustafa ni berskandal dgn pompuan muda...tp skrg, Syed Mustafa dah menyesal...sbb tu dia balik ke kg..

kat sekolah, Farish bawa pengaruh K.L yg x baik, mcm merokok, ugut org dsb...budak camni mmg senang dpt pengikut...dia ada kumpulannya sendiri...kejanya xde lain asyik ponteng dan buat kesalahan disiplin...sampaila satu tahap Farish cuba nak merosakkan anak dara org...ni memang dah masuk kemuncak cerita dah...

Masalah ni settle bila keluarga Syed Mustafa meminta maaf drp keluarga bdk tu...Farish pula disekolahkn di sekolah bdk2 nakal sbg hukumannya...yelah dah byk sgt kesnya...

Sementara tu, mak Syed Mustafa plak cuba nak menjodohkan Syed Mustafa dgn Soleha. Duda  ngan balu, apa salahnya kn...dgn alasan anak2 tu perlukan kasih seorang ibu...orait, ada juga benarnya tu...

Syarifah Farisya ni memang ada hati kat Anuariza, so bila dpt tahu ayah dan ibu Anuariza nak bernikah...dia pula buat  hal ( baru je masalah si Farish settle..) lari ke K.L sebab tak setuju ...

Anuariza pegi la cari dia kat K.L dan berjaya memujuk Farisya untuk melupakan soal cintan-cintun ni sebab ini bukanlah masa yg sesuai... Farisya tentulah berjaya dipujuk. So, nikahlah Syed Mustafa - Soleha...

Anuariza melanjutkan pelajaran ke UKM. Hasil usahanya menanam anggur dikenalpasti oleh Syed Mustafa yg akan mengembangkan lg taman landskap Anuariza untuk menjadi satu destinasi agropelancongan....

Rabu, 21 Mac 2012

Novel Sentuhan Kasih : Norhayati Berahim

Sikit info tentang novel : 459 muka surat/ terbitan Creative Enterprise/ harga RM23.90 mphonline...kedai buku tak tahu...

Sinopsis :
Inas berkahwin dengan lelaki pilihan ayahnya. Perkahwinan atas sebab membayar hutang ayahnya itu hanya bertahan selama seminggu. Inas membawa diri ke Oslo, Norway. Di Norway, Inas bekerja di sebuah syarikat pembinaan. Inas terpaksa berkahwin dengan Zakry kerana dia tinggal serumah dengan Zakry. Bagi menghalalkan perhubungan, mereka bernikah namun Zakry tidak memaksa Inas menjalankan tugas sebagai isteri.
Selepas dua tahun situasi tersebut dalam rumahtangga mereka akhirnya hati Inas terbuka menerima Zakry yang melayannya dengan penuh kasih sayang. Zakry mencadangkan Inas membuka syarikat di Malaysia agar mereka dapat membina hidup baru di tanahair. Atas saranan Niza rakan karib Inas, Inas membeli saham-saham milik bekas suaminya. Zakry dan Inas kembali ke Malaysia dan rumahtangga mereka semakin berseri dengan kehamilan Inas.
Hero
-Zakry Edite, berusia 40an, berdarah campuran Melayu, Jerman dan Acheh. Fasih berbahasa Jerman-Norwegian, boleh bercakap Melayu slang Indonesia walaupun tidak begitu fasih. Tampan, berwajah lebih ke arah Eurasian. Kaya (tipikal la bagi novel Melayu...) memiliki banyak syarikat. Meskipun nampak sosial tetapi mempunyai pengetahuan agama yang baik.
- bagi aku, watak Zakry ini terlalu cliche bagi novel cinta...handsome, kaya, baik hati, suka tolong orang, boleh dikatakan hampir perfect...mana ada watak sebegini di alam realiti...

Heroin
- Inas- belajar di Oslo ( master in sosiology), kembali ke Malaysia kemudian balik semula ke Oslo dan bertemu jodoh dengan Zakry di Oslo juga. Penampilannya sedikit konservatif, bertudung, tidak bergaya, cantik semula jadi ( rasanya watak sebegini pun tipikal novel Melayu jugak). Sikapnya yang menarik ialah berdikari, tidak mudah putus asa dan pandai membawa diri. Walaupun dia bertudung tapi ramah dan bergaul dengan orang di Oslo. Inas ni tegas dan berpendirian teguh. Dia bukanlah wanita Melayu yang pasrah saja dengan nasibnya.

rating - 3 1/2

Ahad, 18 Mac 2012

Novel Remember When : Judith McNaught

Info novel - 415 m/s, terbitan Pocket Books
Sinopsis : Mengisahkan tentang perkahwinan mengejut antara seorang jutawan dengan penerbit majalah. Cole perlu berkahwin dengan segera agar saham-saham milik bapa saudaranya terus menjadi miliknya. Selepas bertemu semula dengan Diana, Cole mengambil keputusan untuk mengahwini Diana pada malam itu juga di Tahoe..selepas mereka berkahwin, banyak dugaan mereka hadapi terutamanya daripada sahabat handai Diana yang tidak menyukai sejarah hidup Cole.

Hero - Cole Harrrison -  sewaktu zaman kolejnya, dia bekerja di bangsal kuda milik Hayward. Tidak lama selepas tamat pengajian, dia diberi peluang oleh bapa saudaranya mengendalikan syarikat. Jutawan. Tidak minat memiliki anak atau berkeluarga. Berpandangan jauh dalam perniagaan.
Heroin - Diana Foster, lahir dalam keluarga berada. Menggunakan wang syarikat ayahnya untuk menerbitkan majalah Beautiful People Living. Kesibukannya menyebbkan tunangnya meninggalkannya dan berkahwin dengan model Itali.
Latar tempat -
1. Washington - syarikat Cole berpengkalan di sini
2. Houstan - tempat Diana

star rating - ***