Entry ni 100% dari puan blog
ChepahIlaHussien yg sangat aku tertarik, menarik dan buat kita fikir.. Sila terjah link tersebut ye... Dengan tajuk
Trend? Biadap? Takde adab? entahla..
Walau daku dok area yg dikira kampung jugak, perkara mcm ni jarang ku nampak depan mata. Daku takat mkn stok kat warung2, kedai tepi2 jalan tu je.. Kalau restoran tuh takdelah selalo... KFC tu dah dikira restoran gaktu kan..Itu jelah yg biasa ku pergi. Tu pon limit 2-5bln sekali hakhakhak... Yang selalooooo nampak adegan begini di gambar2 yg byk dipost dlm FB. Bukan kata ku jeles ye.. TIDAK sama sekali.. Terfikir sejenak ajer... Cuma gunakanlah teknologi tu dengan sewajarnya.. Kamon la.. tgn kat gadjet, mata pon kat gadjet nak berbual pon tak de selera eiiiii.. Cuba time memandu ko wat cenggitu tak ke terbabas ko. Diri sendiri takpelah, melibatkan nyawa orang lain memang lebihhh dah ni kan... Ops apa kena mengena lak? Bila telinga dan jari tu dah terarah ke lain, jgn harap la ko nak tumpukan perhatian pada jalan dihadapan...Lebar mana pun semua deria tuh dah tertutup.. Cayolah. Sebab itu juga daku jarang call en.ayah waktu dia tgh memandu.. Walaupon pakai earphone.. Kalau kecemasan harus la call kan aiyakkkkk!
Apa ada kat entry sahabat ku
Chepah tu?
Ku ringkaskan luahan hati beliau...
Apa yang aku cuba nak utarakan adalah hal teknologi yang makin lama makin melalaikan manusia tentang peradaban. Bukan sahaja dari perkataan namun dari segi perbuatan.
Kan? Perasan tak?
Cuba korang lihat, tengok dan perhati. Dalam sesebuah restoran akan ada satu atau dua family makan. Dan anda akan lihat anak-anak di tangan dengan segala telefon, tab atau ipad. Ibu bapa? berborak berdua. Kan? Apa guna makan sekeluarga tapi anak-anak masing masing pegang tepon nak update status!
Penting sangat ke update status instead of berborak dengan mak ayah dan bercerita tentang perihal apa yang berlaku dalam hidup anda. Atau berborak kosong saje. Kan?
atau situasi ini...
Datang menziarah saudara mara. Bila saudara sedang berborak...mata dan tangan ada pada tepon! Hoi, kau tau adab tak? Sambil cakap dengan pak sedara ngan mak sedara tapi mata dengan tangan kat tepon. Apakah? Sebok nak update status semua bagai. Huh!
Seriusnya... Daku lebih rela la kejar anak2 yg sibuk main waktu mkn, makan gilir2 dengan en.Ayah jika makan diluar..Bila dok ngadap gajet je org sekeliling mmg dia tak peduli lagi dah.. Jiran tetangga tak kenal dah. Man la makin lama makin kurang nilai adab2 melayu timur. Daku yg ada pc, astro nih pun kira dah rasa canggih dah.. Tepon memahal mmg tak la daku berminat. Minta maap. Walau ado pc depan mata anak2 nih kan NoWay la abg aqil bleh dok lama2 depan pc yer. Big No! Takat tengok yg learning2 punya ok. Tapi lebih byk daku yg ajorkan dia sendiri. Budak ni lagi cepat tangkap apa kita buat dan dia tiru semula... So jauhkanlah dia dari pc nih hahahaha kijam tak ;p... Bukan kata nak kasi bebudak ni buta IT.. Cuma belum sampai masanya...Pelan-pelan la kayuh kan.. Apa pun ini pendapat daku.. Fikir2kan...
Tambah lagi satu... Pelik sungguh org zaman sekarang... Dinding ko dinding dia jugak (bayanglah betapa dekatnya) sebelah2 ponnnnnnnn jadi gaduh, masam2 muka, siap hantar tah apa2 barang syirik! Tak paham aku wehhhh.. SUKA ek tengok penderitaan org lain? Susah bila ada kenduri kendara... Org sebelah pun dia tak ajak @ tak ingin nak ajak... Bukankah boleh mendatangkan fitnah.. Org dok sok-sek sana sini.. Dengar boleh terpengaruh jangan... Sangat sedih! Lebih2 lagi sesama ISLAM.. geleng kepala... istighfar..