Ceh ceh ceh...tajuk tak tahan macam dietician atau Obgyn tulis artikel jer...heheh. For this pregnancy, lebih concern tentang pemakanan sihat dan makanan sunnah. Sabda Rasulullah SAW: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)". Kali ni memang cut down makanan manis, air manis, banyakkan minum air masak, amalkan pati delima, makan kurma, kismis, minum susu kambing. Mase myra dulu makan jugak kurma tapi jarang2, xpenah minum susu kambing. kenapa susu kambing?? Susu kambing dikatakan antara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah S.A.W. Antara kebaikan susu kambing adalah menguatkan tulang dan gigi kerana kaya dengan kalsium. Susu kambing juga kaya dengan protein yang baik untuk otak, dapat mencantikkan dan mengatasi masalah kulit, menguatkan imunisasi badan, mengimbangi kandungan gula di dalam darah dan macam-macam lagi se...