.


Showing posts with label Bolton. Show all posts
Showing posts with label Bolton. Show all posts

Tuesday, May 25, 2010

14 Juta jika Arsenal mahukan Cahill ke Emirates


Arsene Wenger harus menyediakan wang sekitar £ 14 juta untuk pemain Bolton yang juga bek tengah, Gary Cahill.

Pengurus Arsenal itu adalah peminat besar bekas pemain England bawah 21 itu yang belum lagi menyarung jersey skuad senior England.

Bos Bolton, Owen Coyle telah menjalinkan hubungan baik dengan Arsenal dan berharap untuk melanjutkan peminjaman pemain muda 18 tahun Arsenal, Jack Wilshere yang dipinjam selama enam bulan. Tapi dia tidak ingin kehilangan Cahill, 24, selepas menyedari kepentingan pemain tersebut banyak membantu dibahagian pertahanan mereka.

Namun Coyle tahu dia tidak boleh bersaing dengan tawaran lumayan dari sebuah kelab yang bertanding di Liga Juara-Juara. Share

Tuesday, April 27, 2010

Coyle berminat untuk mendapatkan Chris Eagle ke Bolton


Pengurus Bolton Wanderers, Owen Coyle dilaporkan akan melihat ke arah untuk menguatkan pasukannya dengan menambat pemain sayap Chris Eagles dari kelab lamanya, Burnley.

Bos baru di Reebok Stadium ini mendedahkan bahawa dia ingin membawa beberapa pemain lagi untuk menguatkan lagi skuad, pada waktu itu beliau menyertai The Ham, beliau tidak boleh berbelanja atas sebab yang penting sebelum pintu perpindahan untuk musim sejuk ditutup.

Sekarang, setelah penyingkiran The Clarets dari liga utama Inggeris, The Daily Mail mendakwa bahawa Coyle akan mendapat hadiah dari bekas kelab iaitu pemain Chris Eagle.

Turf Moor mungkin tidak mampu mengekalkan gaji pemain 24 tahun itu, dan perpindahan pemain muda dari akademi Mabchester United itu semakin kuat untuk ke Bolton masuk musim panas.

Sementara itu, defender Clarke Carlisle juga dipercayai untuk menyertai Bolton apabila pintu musim perpindahan dibuka. Share

Monday, April 19, 2010

Liverpool minat Gary Cahill

Pengurus Liverpool,Rafael Benitez merancang untuk mendapatkan bek tengah Bolton Wanderers,Gary Cahill, menurut laporan dari The People.

The Reds sanggup membayar £ 15 juta untuk pemain itu, tapi dijangka menghadapi persaingan dari Tottenham Hotspur dan Arsenal.

Cahill, 24, ternyata dilihat oleh The Reds sebagai pengganti jangka panjang untuk Jamie Carragher.Dia berada di bawah kontrak di Reebok sehingga musim panas 2012.
Share