Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Wednesday, 24 February 2016

Freeport A Famosa Resort Melaka

Pada siapa yang  datang bercuti  area A Famosa Resort Melaka sekarang boleh la singgah ke Freeport A Famosa Melaka ni..Baru je buka tempat ni..Kitorang sempat jalan-jalan kat sini sebelum balik haritu..
Tempat ni ala-ala macam JPO & Mitsui....Boleh la nak jalan2 cuci mata..Kalau budget lebih boleh la shopping tak ingat kat sini..hihi..Masa kitroang pergi banyak juga SALES..hihi..

 

Yang mana bawa anak-anak ni ..Boleh la naik mainan ni..FOC je..
 

Happyla aisy..suka sangat dapat naik ni..
 

Hasil rembatan..Murah2 oii..Rugi tak beli.. 

Friday, 12 February 2016

Family Day di A Famosa Resort Melaka


 Last Month kami ke Melaka lagi..Kali ni pergi sebab ada family day office en.suami..
Lokasi di A Famosa Resort Melaka..Kitorang sewa banglo dalam tu share-share 4 family dengan officemate en.suami..Kitorang gerak pagi Sabtu tu..Cadangnya nak bertolak awal ..Tapi pukul 10am jugak baru bertolak ..Biasa la dengan anak kecil ni..macam-macam ragam..Baru 2 orang ..fuh2..

Sampai melaka dalam pukul 12pm..Saya memang aim nak pergi cari Kapten pisang Cheese *makan je ingat**..Lokasi di Food court berdepan dengan Melaka Sentral..Nasib baik ada Waze penyelamat....Untuk Pisang cheese sedap tu next entry yaa..Lepas dah makan pisang cheese yang maveles tu kitorang pergi port wajib coconut shake klebang..Kali ni pergi tak de orang langsung..Tak payah beratur..Syurga je rasa..Lepas tu lepak kejab dekat area pantai klebang sambil suap si kecik alisya makan..

Pukul 2pm baru bertolak ke A famosa resort..Sampai je tak boleh nak check in lagi..Sebab banglo tu dorang baru nak bersih sebab baru ada orang keluar..Pukul 4pm baru dapat masuk..So far dari luar memang nampak macam banglo 2 tingkat..Tapi bila masuk sebenarnya satu level ja *tipah tertipu*..hehe..ada 4 bilik..dan 2 bilik air..yang bestnya kat sini sebab ada swinmming pool..sampai2 je aisy dah berzikir nak mandi kolam,.jadi moh ler kita terjun berendam berjemaah,,,alisya pun mandi kolam for the 1st time..best2..

 

Aisy Excited.. Mama apatah lagi..haha..

Alisya pertama kali masuk swimming pool..
Bukan main lagi tak nak pakai pelampung..grr! Gigit kang..
 

Aktiviti sebelah malam pulak Dinner ..Ada kambing golek..
Dinner ni pakai catering..Buat depan resort ni je..

 

Semua tengah aim nak serbu kambing golek ni dulu..
 
Family Day Jan 2016 

Aisy dapat ramai kawan kat sana sampai tak peduli kat mama dan adik dah..haha..
Pandai bawa diri dan berkawan..Bab gaduh dengan kawan pun satu hal..haha


View kat ruang tamu...

Esoknya kitorang ke Freeport A Famosa Melaka sebelum bertolak balik...
Next entry ya.. 

Wednesday, 18 November 2015

Trip 2 hari 1 malam ke Melaka

Kali ke 2 jalan2 ke melaka untuk tahun ni..sebab utama nak bawa aisy ke zoo melaka n ofcos jalan2 cari makan la benda wajib kalau datang melaka. Bertolak 9 pagi dari kajang...sejam setengah dah sampai melaka...

Aisy paling excited sebab dah cakap awal2 nak pergi zoo...

Muhammad aisy iskandar 3y3m
Nur zara alisya 10m

Sampai je zoo tgk dah ramai padahal awal lagi maybe sbb weekend dan byk rombongan sekolah..mula2 kitorang tak bawa stroller sebab ingat nak naik train je dlm tu..tp masa masuk tu xde lg train tu dan mood aisy mula2 masuk tu kelaut sikit sebab tak puas tidur..last en.suami kena keluar balik ambil stroller...

Seronok kali ni bawa aisy sebab dia dah excited nak tgk binatang..n kebanyakan binatang2 aisy dah kenal.yg lawaknya dari la awal masuk asyik dok cari elephant..dah la part gajah paling hujung...letih bab nak menjawab..setiap saat dia cari gajah..


Lepas keluar  dari zoo ..perut dah lapar sgt..kitorang tapau coconut shake klebang dan makan laksa di kuih keria antarabangsa hj jalil..kali ni tapau 20 biji terus..makan sampai muntah..haha..2 tempat nie mmg wajib singgah kalau datang melaka..
  
Dah kenyang baru la check in hotel..kitorang stay di hotel sentral melaka...overall stay kat sini ok ..sbb ada swimming pool ...n breakfast pun ok..cuma cadar kotor n meja bergetah masa kitorg masuk tu..grr...


Lepas dah check in ..rehat kejab, solat dan mandi..kami keluar balik utk dinner di ikan bakar muara sg duyong melaka..ramai yg recommend makan kat sini..tp bila dah rasa ..saya lebih prefer makan di ikan bakar umbai...lagi kena dengan tekak masakannya...gitu..


Esoknya lepas breakfast kami bawa aisy mandi swimming pool..n lepas check out kami lunch di restoran asam pedas selera kampung...kali kedua makan kat sini..sedap..kemudian sebelum balik tapau lagi sekali coconut shake dan kuih keria hj jalil...tamat..

Puas dpt makan2 dan seronok tgk anak2 happy jalan2 walaupun 2 hari 1 malam je... 

Monday, 26 October 2015

Jalan-jalan di Pulau Pinang


Last weekend balik kampung sebab kebetulan en.suami ada meeting di pulau pinang..so sebelum en.suami meeting tu kami jalan2 seharian di penang..mula2  sekali kami ke bukit bendera..1st time nak bawa aisy naik train...mama yang excited lebih ni..last pergi masa form 1 kot..dah banyak sangat beza dulu dan sekarang..sekarang beratur pun tak lama sangat..naik train pun dalam 5 minit sehala...tup2 dah sampai atas...masa on the way dalam train tu tiba2 hujan...bila sampai atas pun masih hujan selebatnya...so sampai je atas kami decide turun je la balik sebab mmg pack kat atas tu sbb semua berkumpul bawah bumbung tggu hujam berenti...memang  tak de rezeki nak jalan2 kat atas tu..next time mungkin..


Turun2 je perut masing2 dah berbunyi..kami decide nak  repeat makan mee sotong hameed dan coconut shake jalil di padang kota...macam biasa kalau nak makam mee sotong ni kena beratur panjang...sementara saya beratur tu en suami bawa aisy main giant bubble kat taman permainan... saya tapau je makan kat tmn permainan tu..rasa mee sotong n coconut shake masih lagi sedap macam 2 tahun lepas...nyum2..


Lepas dah isi perut, en suami bawa pusing2 area penang tu ternampak pulak miya coconut ice cream ni..ais krim ala2 sangkaya tu.serius sedap sangat2...ais krim kelapa tu makan dengan pulut, jagung,kacang n nata de coco..lagi sedap makan dengan isi kelapa tu..ya ampun nangis bila ingat balik..heeee..rm7 je...berbaloi dengan kesedapan tu...lepas ni kalau datang penang confirm repeat..


Last sekali sebelum balik ..bawa aisy naik feri..masa ni anak2 dah pengsan dah tidur dalam kereta..tp paksa aisy bangun sbb nak bg dia experience naik feri...bukan main excited lagi aisy..dulu masa naik feri tahun 2012,aisy baru 4 bulan ...waktu tu naik feri dia tidur je..hihi..


Pukul 530 kami bertolak balik jitra untuk celebrate birthday adik sebelah malamnya...

Thursday, 1 October 2015

Day 2 Percutian 3 hari 2 malam di cameron highland

Liat betul mama aisy nak sambung cerita bercuti hari tu..ok sambung hari ke 2 di cameron highland..awal pagi saya dan suami keluar untuj cari breakfast..goggle2 ada review nasi lemak sedap di tanah rata..kitorang pun terus ke sana..gerainya dalam deretan mcm foodcourt tu..sebungkus rm2 je..bihun goreng pun ada... letak sampal petai perghh...yg paling win kat sini kuih keria dia..serius teringat2 kelembutan kuih keria tu..ok cukup pasal makanan..hihi..

Lepas dah tapau terus balik hotel breakfast sama2..lepas dah kenyang kami siap2 nak ke Lavender Garden Cameron Highland..Memang recommended utk yg nak berjalan2 di CH ni..masuk sini rm4 kalau tak silap..bunga2 kat sini memang memukau pemandangan..cantik sangat...memang gila bergambar je kat sini..
Kitorang lepak2 lama kat sini sampai alisya tertidur dalam baby carrier.....aisy pulak jumpa kolam ikan..bukan main dia bagi ikan makan..korang boleh berjalan2 atau lebih kepada mendaki sikit la sebab kawasan mcm berbukit..tp mertua maintain je naik sampai atas..

Aisy sibuk nak bagi ikan makan..bergambar dengan minnion..

Di pintu masuk..aisy kemain posing ke tengok mama tu..

Cantik view kat sini..model tak berbayar tu mohon abaikan  yer..hihi...

aisy bz bg makan ikan masa ni...maka ber 3 je la bergambar..

Dulu last datang dgn en.tunang 2009..sekarang anak dah 2 dah...

Lepas dah puas berjalan2 di lavendar garden CH ni kami terus tapau lunch dan balik hotel..sebelah petang pulak kami sekali lagi.ke the big strawbery farm..tapi kali ni bertiga je.saya .aisy dan suami..alisya tinggal dengan mertua..semua dah letih berjalan...


Hari ke 2 high tea kat the big red strawbery farm

Sweet couple mertua ku


Segar salad di big red ni..rasa mcm nak ngap terus masuk mulut..

Lama juga kat sini makan2 sambil layan aisy main mainan yang masuk syiling tu.kemudian sebelum balik hotel kami sempat singgah taman cactus cameron highland..kejab ke kat sini datang ambil gambar je..mengimbau kembali datang sini tahun 2009 gitu..nostalgia sangat..tp masa 2009 lagi meriah pokok2 kat sini..sekarang dah lain dan x byk pokok2..huhu...


Gambar throwback..hihi..

Sebelah malam pulak kami keluar dinner makan steamboat di restoran glory78 steamboat.so far steamboat kat sini biasa2 je..sayur pun tak banyak..nasi goreng pun rasanya kelaut..huhu..lagi untung kalau beli sayur2  fresh kat kea farm tu n bawa rice cooker buat sendiri makan kat hotel..hihi..tp barang basah kena bawa la dari rumah..kat CM macam susah je nak dapat..


Lepas dinner terus balik hotel tidur..baru rasa letih berjalan 1 hari...bersambung.



Saturday, 10 May 2014

Makanan wajib cuba di Johor


Diam tak diam dah hampir sebulan mama aisy tak update blog...Macam-macam berlaku sepanjang sebulan ni..tapi tak sempat nak bebel kat sini..ni cerita last weekend..kami ke johor untuk attend wedding kawan en.suami ..dah alang-alang kat sana.. Terus la jalan-jalan cari makan kat aeea johor..puas hati sangat walaupun 2 Hari ja kat sana..tapi dapat try makanan best2..thanks to en.suami sebab melayan kerenah isteri yang kuat makan ni..hihi..

Kat sini nak share dulu list makanan yang wajib cuba kalau ke area johor..

1) Kacang Pool Haji di Medan selera berdepan dengan balai bomba larkin




1st time makan ni ..memang set sekali dengan roti..perah limau tu dalam kuah kacang pool tu..cicah dengan roti..dalam kuah tu ada daging kisar..sedap..masa makan ni pulak tengah hujan renyai-renyai..nyum..



Sirap bandung special ni beli kat gerai sebelah kacang pool tu...sedap sbb ada letak air soda..

2) Putu Buluh di Ayer Hitam



Putu buluh ni lembut sangat dan inti gula melaka dia tak berketul2.. Selalu kalau makan kat bangi ni mesti gula dia berketul2.. Tak feel..hihi..

3) Restoran ZZ sup tulang JB



En suami order mee kuah gear box, saya order bihun sup tulang gear box dan untuk aisy pulak satay ayam 5 cucuk..arghh stress setiap kali tengok gambar ni sebab dianya punya bihun sup mmg sedap gila2 dan gila...kuah pekat dan daging gear box tu mmg lembut sangat...


En.suami pun cakap best mee kuah dia...aisy pulak tak komen apa2 tapi habis licin 5 cucuk satay untuk dia sorang..hihi..total semua rm 28++ ..memang rasa berbaloi sangat2..

4) Nasi beriani gam kambing di kompleks niaga benteng perserai, Batu Pahat


Yang sebenarnya nak makan kat restoran ni,,tapi masa kitorang sampai dalam 230 tgh hari tu nasi beriani dia dah sold out..tak de rezeki..jadi kami makan kat gerai sebelah je..



Coconut shake ni pun order kat gerai minuman berdekatan..sedap..

5) Mee Bandung Abu Bakar Bin Hanipah di Muar



Sedap..ada udang kecik2 dalam dia..cukup rasa..tapi kuah dia tak pekat macam makan kat restoran dmuar bangi..larikkk..

Ok tu je yang mama aisy sempat try selama 2 hari 1 malam jalan-jalan cari makan di johor..yang berniat nak ke johor tu bleh la cuba..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to DIARI mama aisy dan alisya
Designed by UMIESUEstudio 2015