Sekali sekala klu layan soto memang wallah...slurpppp...slurppppp memang tak ingat dah makan, pasti nak ulang lagi makan....sungguh yummyy...:) jom layan soto sebentar....
pek Serbuk Rempah Soto yg selalu aida guna ..istimewa nya ianya sungguh sedappp.....
BAHAN KUAH SOTO :-)
1/2kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya
1 bungkus rempah soto istimewa - ini yg selalu aida gunakan klu nak wat soto...
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, rebus didadu
Begedel ayam + kentang
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap/ sambal kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa..
UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm...perahhhhhh salam sayang dari Aida di SRKM...:))
UNTUK WAT BEGEDIL AYAM:-
5 biji kentang - potong2
2 kelar dada ayam - potong2
sepokok daun sup
segenggam bawang goreng
1/2 sudu lada sulah -tumbuk
garam secukupnya
1 biji telur
minyakutk mengoreng
caranya :-
- kentang dan ayam di goreng , sekejap dah kuning diangkat dan toskan.
- masukkan dlm satu bekas / periuk tumbuk bersama kentang , ayam , daun sup, garam , bawang goreng dan lada sulah hingga lumat . rasa sesedapnya dan bentukkan bulat2 leper....
- kocok telur dan bubuh sikit garam.....sebelum goreng begedil yg telah di bentukan tadi celup dlm telur dan goreng hingga kekuningan dan angkat ,...toskan...dan sedia utk di nikmat bersama soto .....
Assalamulaikum..Dunia masakan sangat luas dan tiada penghujungnya..selagi kita berminat belajar ,mahu beroperasi dan berexperiment yang tiada kenal jemu dan putus asa InsyAllah pasti akan memghasilkan satu masakan sangat sedap dan terbaikkk buat yang tersayang..Aku Bangga dengan Air Tangan ku walaupun ianya tidak seberapa...Tanda kasih sayangku buat My Hubby En.Shamsul Nizam dan anak2 yg teristimewa..Tq juga pada kekawan semua.Salam Sayang dan Sejambak Kemesran dari Aida di SRKM..:))
Memaparkan catatan dengan label soto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label soto. Papar semua catatan
Khamis, 30 Jun 2011
~~Soto Power~~
"SOTO POWER"...memang yang terbaikkkk.....untuk menu berbuka pose Aida dan family hari ini 30/6/2011....tqvm pada kk Sherry Dzul yg telah mengirimkan .....Aida berexperiment hari ini.....wallah slurppppp...slurpppp memang best di Add dgn sambal kicap dan dilengkapkan lagi dengan Begedil Ayam....perahhhhhh Jom layannnnn.....:))
Soto Power citrasa Aida Jom operasi ....Jom slurppppppp....Salam Sayang dari Aida di SRKM...:))
CARA-CARA MASAK SOTO rempah segera:sebenarnya ada tertulis di bungkusan tu tp aida lebih suka di tumis sekejap..baru naik bau dan wangi rempah soto tu....ini citrasa aida ...
-tumis bawang besar + putih kisar dan rempah soto sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah garam, secukup rasa..
-Goreng daging ayam (ayam hendaklah diperap dgn perencah soto. kunyit, halia dan sedikit garam sebelum goreng)
-Toskan dan ketepikan ayam yg digoreng tadi dan siat kasar2
-Tuang sup diatas ketupat yang dipotong dadu
-Taburkan ayam goreng, tahu goreng ,tauge celur , bwg goreng , soon goreng , kacang tanah goreng, dan daun sup
-Enak dimakan bersama sambal kicap , Begedil ayam + ketang ketika panas..slurpppppp...slurpppp perahhhhhh ....

Langgan:
Catatan (Atom)