Pages

Wednesday, 23 November 2011

The Fact

Korang pernah bersin tak? Kalau ada yg kata tak pernah, makna nya mereka tak berjaya mengeluarkan virus / makhluk asing dr hidung mereka. Maka berpesta-rialah sang microorganisma di dalam hidung mu..huhu..
Kehebatan org yg bersin ni, dia berjaya utk melontarkan ratusan ribu kuman ke udara. Nasiblah kalau terkena nyamuk dan lalat. kurang2 pon mereka akan tercampak jauh atau terbang lebih tinggi berbanding sebelum ni. Kerana setiap bersin yg terhasil, pecutan yg terhasil adalah lebih laju dr kereta yg di pandu di highway yg berteraskan perangkap laju kerana mengikut fakta sains, udara yg terhembus keluar ketika kita mengalami bersin mempunyai kelajuan sehingga 160 km/jam. Jadi tak hairan lah kalu kita boleh dengar jiran sebelah rumah melakukan aktiviri sedemikian.

Pernahkah anda bersin sambil membuka mata? Haha! Kalau pernah, memang salute la!
Jawapan nye, mustahil pada mereka2 yg normal. Kalau yg lepas tu, maksud nye korang....?
Ok berbalik pd soklan di atas. Mata akan tertutup sejuru bersin di lepaskan kerana mengikut anatomi dan fisiologi, tekanan dalam paru2 akan meningkat lalu refleksi otomatis berfungsi sejurus bersin mula terhasil.

Dulu mase aku kat sekolah, penah gak aku terfikir. Betulkah setiap kali bersin, jantung kita akan terhenti? Persoalan ni pernah ku ajukan pada Mimi, 2 tahun. Kucing ku yg sedang meningkat dewasa. Tapi jawapan tetap tidak kutemui sehingga ke hari ini. Tapi setelah kajian menunjukkan bahwasanya, jantung kita tidak berhenti kerana tekanan pada dada saat hendak bersin mengubah tekanan pada denyut jantung membuatkan ia seolah olah berhenti.. seolah olah..bukan betul betul.. olok olok je tu..

Tapi perlu di ingat! Tutup mulut dan hidung dengan tisu kemudian di buang ke dalam tong sampah atau kalau tak sempat nak gapai pape, letak je lengan baju kat hidung + mulut. Takpon tangan kiri dan kanan pastu basuh ngan sabun bagi menyahkan kuman yg ada.



Bagi kita orang muslim, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Allah iaitu "Alhamdulillah" ataupon bermaksud "Segala Puji Bagi Allah" kerana Allah menghindarkan dirimu dari penyakit.. Kadang2 tu 'excuse me'..urm..bagi menjaga hati mereka yg bukan Islam. Dok study ngan International kene gak sebut ni. Tapi utamakan Alhamdulillah ye! Sekiranya kita mendengar orang mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin pulak, makanya kita wajib menjawab "Yarhamukallah" yg bermaksud "Semoga Allah Merahmatimu" :)


Monday, 21 November 2011

Indah Persahabatan

Dia insan bernama TEMAN
Dia insan yang aku kenali sejak menjejakkan kaki di sini lagi. Dan dia juga adalah insan pertama ketika aku menjejakkan kaki di tempat asing seraya memperkenalan diri. Hadirnya tanda ukhwah yang harus di sematkan pada diri ini. Aku menghulur tangan seraya menabalkan dia menjadi rakanku. Hari demi hari yang aku lalui seolah-olah kasih dan sayang makin terjalin. Aku amat menghargai keikhlasan dirinya terhadap diriku. Bersulamkan kepercayaan dan dihiasi tawa menbuatkan aku senang berbicara dengannya. Namun langit tidak selalunya cerah. Lumrah alam akan tetap jua berlaku pabila ribut, petir, panas serta hujan membanjiri halaman bumi. Namun, bumi tetap utuh pada paksinya. Seperti itu jua lah apa yang dialami kita pada musim persahabatan. Namun, dia cukup membahagiakan aku. Setiap cara yang dia lakukan, dia bijak mengatur bicara. Pintar dalam merebahkan suhu yang kurasakan cukup membuatkan aku tidak leka dalam kepanasan emosi. Aku sanjung peribadimu. Aku sering menangisi segala kesalahan, kealphaan serta kekejaman yang telah aku lakukan padamu, tak kira sengaja atau tanpa aku duga. Kerna kau insan bernama TEMAN. Kaulah sahabat yang ku cari selama ini. Berkongsi duka dan ceria. Aku amat menghargai kau dalam hidupku. ALLAH telah memberian aku peluang untuk memiliki sahabat sepertimu. Walaupun aku hilang kepercayaan pada insan bergelar kawan dahulu, namun aku amat dan teramat bersyukur dengan kehadiranmu yang membawa sinar persahabatan. Kenangan di sini pada mulanya amat pahit ku rasakan. Kini bertukar agenda kegirangan. Arus kehidupan berliku membuatkan aku rebah ke bumi. Namun kata-kata serta kehadiran kau cukup membuatkan hatiku berdetik bahawa ada seorang lagi insan teristimewa di sini. Senyumanku kala ini adalah disebabkan keikhlasanmu yang ditaburi. Kepercayaan yang kau taburkan, kesenangan yang ku kecapi. Indahnya Taman Teman, seindah fenomena terbitnya fajar di ufuk sang bumi. Aku sanjung peribadi luhurmu sahabat. 
Aku genggam erat tali ukhwah ini hingga tidak akan terlerai dek panahan insan berhati keji. Akan kusuburi dengan kata-kata hikmah, kerna hanya wujud satu dalam sejuta....

TERIMA KASIH KAWAN, SAHABAT, TEMAN SEPERJUANGAN..


Wednesday, 16 November 2011

ok! hari ni aku sedikit gelabah! sedikit! ok ok, banyak!! ape yg telah aku lakukan? sume gambar dalam hardware aku da delete! even tak pat nk carik kat recycle bin to restore. ni sume salah kamu..hehe.. ok ok, salah aku.. citer nye mcm ni, tengah sibuk nak tengok citer korea boleh palk aku tengok My Picture dok lepak kat folder stoli moli aku. tak pasal2 da kene delete. mulenye aku sangka kan folder yg bakal aku delete tu ade back up. sekali lepas sejam bergumbira menonton cerekarama My Princess, lengap sudah folder My Picture..
hurmm.. keyakinan atas kejatian diri mengatakan folder tu masih ad, akhirnya goyah. aku gagahkan diri tuk tidak mempercayai mata ini dan mempercayai cahaya mata..upss..mata hati.. tp klu da delete tu delete jugak la kan. maka kegelabahan makin menjdi2.. sume kenangan tersemat pada gambar2 yg di simpan mahupon di edit. nk menangis pon ade ni. tibe2 ntah macam mane aku cube nasib tok dapatkan balik melalui kaedah 'restore previous version' di mana hanya perlu klik mouse kanan pada folder yg malang td. tapi tak berhasil sebab aku tak setting before benda ni jadi. nasib2.. last2 aku download kat internet amek PC Tool Recovery :)
lega rasa di hati..

kesimpulannya: back up file anda dan jangan syok sangat tengok citer (ni khas tok aku)

hari hari ku..

Bulan Oktober di hiasi lagi dengan warna merah jambu! 
Pink October baru2 nih telah berjaya menguji tahap kehebatan aku dalam mengejar masa yg ada. Aku bangun lewat dan tertinggal bas untuk ke lokasi program ni. So, bas pon takde, ale2 aku join walkathon pepagi. Dengan tak bekpes g aku berlari merempuh Lebuhraya Cheras. Letih n aku da hypo sangat. Sampai2 je aku bli kupon n trus telan nasi lemak. Elok sangat la tu..hehe.. Serius 2 nasi lemak aku belasah. :) Time ni aku handle pap smear and breast examination ngn CI (clinical instructor). Its really quite interesting. Tp aku tak tengok ok. Mate ni suci..wuhuu.. :p Program da nak abes, aku lepak check tulang. And once again, tulang aku de prob g. Tak cukup stronger mcm tiger..hihi.. So, I need to see doctor. AGAIN~
with Maznie Ahamed
ce tengok nasi sape habes dulu..huhu

Breast Conference menambah perisa program last month. 
Memang besh! Aku TERpejam mata time ni. Boleh plak botol air tak tutup ketat dalam beg. Habes! Psp ku shower live kat dalam beg..huhu n plus mp4 aku..
Oh no!! Cepat2 aku on psp n pastikan semuanya masih berfungsi dengan baik. Sampai umah die takley men fifa da. Aku sepak kaki kiri, die berlari bagi bola kat lawan lak. ish3..kaki bangku..hekhek. Aku on game kete, nampak macam ok je game ni. Macam takde affect pape. Sekali bile da start tekan minyak, boleh plak die undur! Sume kete kedepan. Kete aku je kot plek..haha! Bile aku hntar kedai, tokey tu tnye ade on ke? Aku angguk laju2. Die kerutkan dahi. Katenye, barang elektronik yg basah, bende 1st skli adalah tunggu dia kering n baru open. Aku pon..err..no komen.salahkan diri sendiri la..huhu..


Setelah tamatnya posting kat Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak yang dulunya popular dengan panggilan Tanjung Rambutan, aku kini disahkan cuti 3 minggu..ngeh3.. Pengalaman kat sana selaku pelajar jururawat memang tak boleh di lupakan. Seronok kat sane. Walaupon 2 minggu aje tapi pengalaman tu bernilai tau. Korang ade pergi?? Takde kan.. haha!
bergambar bersama Sister Ward dan Staff Nurse

Baru2 sangat ni, aku balik Cheras semula atas program Hi Tea bersama senior kat Hotel Sri Chempaka. Urm..target utama aku..makan la pe lg kan..to look nicer make it into 1, ngan meraikan pemergian mereka hujung bulan 12 ni. dan bakal mengantikan mereka adalah aku! hikhik! yang best nye aku dapat menelan apa2 pon, selagi aku tak tercekik. :)
ni pic kami :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...