Pages

Saturday, 31 December 2011

Alhamdulillah.. :)

Syukur! Syukur! Syukur! 
Suka nya pakcik Syukur kat luar sana tu..
Seminggu yang lepas, blog ni tak pepasal kene hacked.
Apa??!!
 Betul kene hack! 
Ni omputihnya kije. Sebab google detect dari sana.
Tak tahu la siapa punya angkara.
Aku bukan main cuak lagi bila buka LIFE STORY ni.
Tiba tiba kuar page warna merah berayatkan,

 "Attention Malware was Detected! DO NOT PROCEED.
If You Proceed, You're Computer Might Get Infected" 
lebih kurang macam ni.
Gelabah tu pon biasa la. Memang terlalu biasa ngan aku.
As fast as i could, aku terus backspace.
 Urm, then aku cuba sekali lagi, manalah tahu aku kena prank ngan blog sendiri ke. 
But this is for real!
Da masuk yang keberapa kali tah, lastly aku give up, fed up and tired up. 
Dan dapat menerima kenyataan bahawasanya blog ni da tak boleh masuk. 
Berani la nak enter, memang kene bedah lagi la lappy i kat OT.
Aku meluru ke google. 
Kot kot dia ade tips ke.
Well, ada tu memang ada. 
Tapi bese la, aku budak nursing nak hadap sistem perkomputeran. 
Memang tak la. Lastly aku wat report je. 
Semoga google dan blogger helper dapat membantu aku kat Malaysia yang ketandusan ilmu ni. 

Maka dengan itu, aku meninggalkan blog ini dalam 7 hari dan meneruskan hidup tanpanya. 
Hari ni tergerak hati nak sign in! 
Dan inilah hasilnya..hehehe.. 
Saya boleh menaip lagi.
Terima kasih, syukran, venekam,sher sher..haha!
Thank you Google for not let me sink in this arena.

Tuesday, 20 December 2011

C.I.N.T.A

Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan Tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula.

Cinta itu tak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahagia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala.

Semua kerana cinta 
Yang pahit manis di rasa
Menghibur nestapa
Merawat duka
Damai di jiwa.

Terpadamlah api benci permusuhan
Terjalinlah kasih sayang begitulah cinta 
Yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan.

Dan jangan kita pula 
Kerana bercinta kita pun leka
Dan jangan pula kerana bercinta 
Tergadai semua maruah agama.

Cinta yang sejati
Hanya cintakan illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Cintakan saudara
Hanya sementara
Serta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaan..


kredit to : InTeam & Mestica

Nyamuk! Hiiiyakk!!

Sekarang ni time hujan.
Hujan, hujan dan hujan...
Rumahku di turuni rahmat. 
Alhamdulillah..
Melaka yang dulunya 'HOT!' kini da 'COOL!'.. 
Air bertakung sana sini dan ada yang suka wat takungan air sendiri.
Kebimbangan kini terarah kepada abang ipar saya yang kini berada di Hospital Jasin, Melaka.
Doktor meng'diagnose'kan beliau dengan demam denggi berdarah.
a.k.a dalam bahasa saya, haemorhagic dengue fever.
Dalam hari ni atau esok taman ini akan di sembur dengan gas pemedih mata versi nyamuk.
Penggunaan shieldtox di ganti dengan mesin gergasi.
 Memang seram.. 
Macam senjata nak sedut hantu berikutan cerita ghostbusters!

Kalau nak info lanjut boleh layari web kat bawah ni

Friday, 16 December 2011

Lup Dup - Lup Dup!!

Tajuk di atas merujuk pada kuatnya bunyi jantung saya. 
Serius!
Cuba check nadi jap. 
Masih berdengut.
Tapi makin kencang bila pecutan adrenalin kian menguasai diri 
Akibatnya terhasil lah rasa takut, sejuk dan perasaan bercampur baur.
Orait, saya sedang bercerita tentang ujian yang bakal di hadapi.
Rintangan yang perlu di tempuhi ketika di titian garis garis putih.
Lencongan yang perlu di pintas dari kanan lebuh raya utara-selatan.
Kisah ini berkisar tentang pengambilan lesen baru baru ini and still on going.
Skema betul, aku sekarang sedang menjawab 500 soalan ujian undang undang!
Still got few days to go.
Wish me luck..!!


Tuesday, 6 December 2011

Apabila Nurse Jatuh Sakit..

Bismillah..

Wah, post ni agak highlight sangat ke apabila nurse di kaitkan dalam kontroversi serangan penyakit. Well, kami pun manusia juga. Memang tak lari dari lemahnya antibodi. Biasanya kerja kami merawat pesakit. Tup tup kami turut sama membayar RM 1 di kaunter pendaftaran.

Ok, ceritanya bermula apabila perut ini berkeroncong dan menyanyikan lagu dondang sayang bagai putus tali biola. Stetoskop di tekap ke perut. KRRROOkK.. Seram betul bunyinya. kemalasan bermaharajalela. Makanan lambat di jamah. Buktinya, gastrik kian mengambil takhta perut ku. 10 pagi perut meronta ronta. "Makananku..oh di mana dikau", Mr HCl pencetus semuanya.. hakisan demi hakisan. 12 tengah hari akhirnya perut di isi. ok. Saya happy! Tapi kejap je. Pukul 2 dia dah start nak memulas. Bukan ke toilet ok. Dan saya bersama insan bernama teman sedang huhaa ke luar membeli belah. Bahagia sungguh sebelum menderita di tengah tengah kesesakan manusia. Penderitaan berlanjutan hingga ke petang. Entah mengapa da kenapa tak terfikir pulak nak ke farmasi. Lastly, singgah ke Masjid Jamek's Watsons. Ok saya confuse, maybe Guardian. Telan Gaviscon. 15 minit sakit lagi. Sampai ke pukul 7 malam. Akhirnya, longlai sudah diri ini. Meluru ke HUKM. Satu suntikan IM Buscopan singgah  di tangan kanan bagi  menahan kesakitan yang ada. Physical assessment done by doctor. Diagnose with acute gastric. Doktor inject IV bolus Ranitidine. Guess what, redness and itchiness. Allergic reaction! On no..baru la time ni aku tahu yang aku ada alergi dengan ubat. Dengan gagohnya, aku menahan gatal. auw auw..macamni la agak nya patient aku yang alergi..huhu.. Maka dengan itu, doktor bagi IM Piriton dan meng'inject' tangan belah kiri. Dan akhirnya kedua dua belah tangan kini tidak sekuat tiger. Terasa berat pulak nak bayar bil. RM50 ok. Berat ke tangan ini menghulurkannya atau ia sedang sakit?

Sejurus itu kami berdua pulang ke rumah dengan bermandikan hujan rintik2, tanpa bumbung, dan tanpa tempat duduk, teksi yang di nanti tak kunjung tiba. Urm..perut aku sakit lagi. Pelik pelik. Sampai je rumah, aku terbaring kaku. Masih berdengut nadi ini. Tak lama kemudian, suasana menjadi sejuk. Terasa kipas berdiri kat bilik macam aircond kat ngan siling. Selimut membaluti. Termometer di gapai. Saya demam tapi saya tak larat dan mamai. (p/s: Piriton @ chlorpheramine: dont drive car after taking this medication). Maka nurse kedua mengambil alih. Tq cik Maznie. Dia tuam tuam saya sampai saya tak sedar sedar dan tergolek masuk mimpi.

Between 1 to 2 o'clock, terbangun. Otak memberi signal "TOILET!".
15 kali keluar masuk. Then lastly almost 2 o'clock, Muntah. Suffer a lot..

Esok harinya, still sakit tapi mild je. Rase tak sedap hati then request nak ke Hosp Serdang. cik Husna, roomate saya yang baik hati drive menaiki Hyundai nya. Memang dugaan sebab boleh pulak cari stesen Petronas kat area Bandar Tun Razak tapi tak jumpa. Pelik. Sejam da. Then baru jumpa. Lau tak, memang tolak kete. On the way ke Serdang, suddenly kakak ipar husna dah boleh discharge dari Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi. Family member di utamakan. Skip pergi Serdang dan menuju Bangi.

5 petang sampailah aku ke ED (Emergency Dept). Ambil nombor dan dengan skema nya tunggu.. tungu dan tunggu. Sejam setengah berlalu, baru cek BP and blood taking. Mengomel la aku kat dalam sana. Ubat gastrik di beri sementara menunggu panggilan nombor untuk berjumpa doktor. Fuh, almost pukul 9 malam tapi still takda tanda tanda akan di panggil masuk. Ok aku redha. Then suddenly, Ena (sista in law Husna) grab be by the hand and get me out from there. dan sekarang kami menuju ke Pusat Rawatan Islam Az Zahrah, Bangi. Terasa serba salah sebab membebankan mereka. urm..ku turuti jua.. Sebab matahari pukul 5 da sembunyi sebab sekarang da pukul 9. 

Rawatan di berikan. Nak tak nak kene setuju kata doktor. Mungkin selain makanan ada sebab lain aku sakit perut. Katanya, aku stress. Ok, saya stress.

kemalasan lebih majoriti berbanding kelaparan yang ada.
tapi kini kesakitan mengambil alih tahap kuasa majoriti dan menjadikannya minoriti.
paham tak pam?

Care for your tummy! Care mine first!
Take care.
Wasalam!

Wednesday, 23 November 2011

The Fact

Korang pernah bersin tak? Kalau ada yg kata tak pernah, makna nya mereka tak berjaya mengeluarkan virus / makhluk asing dr hidung mereka. Maka berpesta-rialah sang microorganisma di dalam hidung mu..huhu..
Kehebatan org yg bersin ni, dia berjaya utk melontarkan ratusan ribu kuman ke udara. Nasiblah kalau terkena nyamuk dan lalat. kurang2 pon mereka akan tercampak jauh atau terbang lebih tinggi berbanding sebelum ni. Kerana setiap bersin yg terhasil, pecutan yg terhasil adalah lebih laju dr kereta yg di pandu di highway yg berteraskan perangkap laju kerana mengikut fakta sains, udara yg terhembus keluar ketika kita mengalami bersin mempunyai kelajuan sehingga 160 km/jam. Jadi tak hairan lah kalu kita boleh dengar jiran sebelah rumah melakukan aktiviri sedemikian.

Pernahkah anda bersin sambil membuka mata? Haha! Kalau pernah, memang salute la!
Jawapan nye, mustahil pada mereka2 yg normal. Kalau yg lepas tu, maksud nye korang....?
Ok berbalik pd soklan di atas. Mata akan tertutup sejuru bersin di lepaskan kerana mengikut anatomi dan fisiologi, tekanan dalam paru2 akan meningkat lalu refleksi otomatis berfungsi sejurus bersin mula terhasil.

Dulu mase aku kat sekolah, penah gak aku terfikir. Betulkah setiap kali bersin, jantung kita akan terhenti? Persoalan ni pernah ku ajukan pada Mimi, 2 tahun. Kucing ku yg sedang meningkat dewasa. Tapi jawapan tetap tidak kutemui sehingga ke hari ini. Tapi setelah kajian menunjukkan bahwasanya, jantung kita tidak berhenti kerana tekanan pada dada saat hendak bersin mengubah tekanan pada denyut jantung membuatkan ia seolah olah berhenti.. seolah olah..bukan betul betul.. olok olok je tu..

Tapi perlu di ingat! Tutup mulut dan hidung dengan tisu kemudian di buang ke dalam tong sampah atau kalau tak sempat nak gapai pape, letak je lengan baju kat hidung + mulut. Takpon tangan kiri dan kanan pastu basuh ngan sabun bagi menyahkan kuman yg ada.



Bagi kita orang muslim, kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Allah iaitu "Alhamdulillah" ataupon bermaksud "Segala Puji Bagi Allah" kerana Allah menghindarkan dirimu dari penyakit.. Kadang2 tu 'excuse me'..urm..bagi menjaga hati mereka yg bukan Islam. Dok study ngan International kene gak sebut ni. Tapi utamakan Alhamdulillah ye! Sekiranya kita mendengar orang mengucapkan Alhamdulillah selepas bersin pulak, makanya kita wajib menjawab "Yarhamukallah" yg bermaksud "Semoga Allah Merahmatimu" :)


Monday, 21 November 2011

Indah Persahabatan

Dia insan bernama TEMAN
Dia insan yang aku kenali sejak menjejakkan kaki di sini lagi. Dan dia juga adalah insan pertama ketika aku menjejakkan kaki di tempat asing seraya memperkenalan diri. Hadirnya tanda ukhwah yang harus di sematkan pada diri ini. Aku menghulur tangan seraya menabalkan dia menjadi rakanku. Hari demi hari yang aku lalui seolah-olah kasih dan sayang makin terjalin. Aku amat menghargai keikhlasan dirinya terhadap diriku. Bersulamkan kepercayaan dan dihiasi tawa menbuatkan aku senang berbicara dengannya. Namun langit tidak selalunya cerah. Lumrah alam akan tetap jua berlaku pabila ribut, petir, panas serta hujan membanjiri halaman bumi. Namun, bumi tetap utuh pada paksinya. Seperti itu jua lah apa yang dialami kita pada musim persahabatan. Namun, dia cukup membahagiakan aku. Setiap cara yang dia lakukan, dia bijak mengatur bicara. Pintar dalam merebahkan suhu yang kurasakan cukup membuatkan aku tidak leka dalam kepanasan emosi. Aku sanjung peribadimu. Aku sering menangisi segala kesalahan, kealphaan serta kekejaman yang telah aku lakukan padamu, tak kira sengaja atau tanpa aku duga. Kerna kau insan bernama TEMAN. Kaulah sahabat yang ku cari selama ini. Berkongsi duka dan ceria. Aku amat menghargai kau dalam hidupku. ALLAH telah memberian aku peluang untuk memiliki sahabat sepertimu. Walaupun aku hilang kepercayaan pada insan bergelar kawan dahulu, namun aku amat dan teramat bersyukur dengan kehadiranmu yang membawa sinar persahabatan. Kenangan di sini pada mulanya amat pahit ku rasakan. Kini bertukar agenda kegirangan. Arus kehidupan berliku membuatkan aku rebah ke bumi. Namun kata-kata serta kehadiran kau cukup membuatkan hatiku berdetik bahawa ada seorang lagi insan teristimewa di sini. Senyumanku kala ini adalah disebabkan keikhlasanmu yang ditaburi. Kepercayaan yang kau taburkan, kesenangan yang ku kecapi. Indahnya Taman Teman, seindah fenomena terbitnya fajar di ufuk sang bumi. Aku sanjung peribadi luhurmu sahabat. 
Aku genggam erat tali ukhwah ini hingga tidak akan terlerai dek panahan insan berhati keji. Akan kusuburi dengan kata-kata hikmah, kerna hanya wujud satu dalam sejuta....

TERIMA KASIH KAWAN, SAHABAT, TEMAN SEPERJUANGAN..


Wednesday, 16 November 2011

ok! hari ni aku sedikit gelabah! sedikit! ok ok, banyak!! ape yg telah aku lakukan? sume gambar dalam hardware aku da delete! even tak pat nk carik kat recycle bin to restore. ni sume salah kamu..hehe.. ok ok, salah aku.. citer nye mcm ni, tengah sibuk nak tengok citer korea boleh palk aku tengok My Picture dok lepak kat folder stoli moli aku. tak pasal2 da kene delete. mulenye aku sangka kan folder yg bakal aku delete tu ade back up. sekali lepas sejam bergumbira menonton cerekarama My Princess, lengap sudah folder My Picture..
hurmm.. keyakinan atas kejatian diri mengatakan folder tu masih ad, akhirnya goyah. aku gagahkan diri tuk tidak mempercayai mata ini dan mempercayai cahaya mata..upss..mata hati.. tp klu da delete tu delete jugak la kan. maka kegelabahan makin menjdi2.. sume kenangan tersemat pada gambar2 yg di simpan mahupon di edit. nk menangis pon ade ni. tibe2 ntah macam mane aku cube nasib tok dapatkan balik melalui kaedah 'restore previous version' di mana hanya perlu klik mouse kanan pada folder yg malang td. tapi tak berhasil sebab aku tak setting before benda ni jadi. nasib2.. last2 aku download kat internet amek PC Tool Recovery :)
lega rasa di hati..

kesimpulannya: back up file anda dan jangan syok sangat tengok citer (ni khas tok aku)

hari hari ku..

Bulan Oktober di hiasi lagi dengan warna merah jambu! 
Pink October baru2 nih telah berjaya menguji tahap kehebatan aku dalam mengejar masa yg ada. Aku bangun lewat dan tertinggal bas untuk ke lokasi program ni. So, bas pon takde, ale2 aku join walkathon pepagi. Dengan tak bekpes g aku berlari merempuh Lebuhraya Cheras. Letih n aku da hypo sangat. Sampai2 je aku bli kupon n trus telan nasi lemak. Elok sangat la tu..hehe.. Serius 2 nasi lemak aku belasah. :) Time ni aku handle pap smear and breast examination ngn CI (clinical instructor). Its really quite interesting. Tp aku tak tengok ok. Mate ni suci..wuhuu.. :p Program da nak abes, aku lepak check tulang. And once again, tulang aku de prob g. Tak cukup stronger mcm tiger..hihi.. So, I need to see doctor. AGAIN~
with Maznie Ahamed
ce tengok nasi sape habes dulu..huhu

Breast Conference menambah perisa program last month. 
Memang besh! Aku TERpejam mata time ni. Boleh plak botol air tak tutup ketat dalam beg. Habes! Psp ku shower live kat dalam beg..huhu n plus mp4 aku..
Oh no!! Cepat2 aku on psp n pastikan semuanya masih berfungsi dengan baik. Sampai umah die takley men fifa da. Aku sepak kaki kiri, die berlari bagi bola kat lawan lak. ish3..kaki bangku..hekhek. Aku on game kete, nampak macam ok je game ni. Macam takde affect pape. Sekali bile da start tekan minyak, boleh plak die undur! Sume kete kedepan. Kete aku je kot plek..haha! Bile aku hntar kedai, tokey tu tnye ade on ke? Aku angguk laju2. Die kerutkan dahi. Katenye, barang elektronik yg basah, bende 1st skli adalah tunggu dia kering n baru open. Aku pon..err..no komen.salahkan diri sendiri la..huhu..


Setelah tamatnya posting kat Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak yang dulunya popular dengan panggilan Tanjung Rambutan, aku kini disahkan cuti 3 minggu..ngeh3.. Pengalaman kat sana selaku pelajar jururawat memang tak boleh di lupakan. Seronok kat sane. Walaupon 2 minggu aje tapi pengalaman tu bernilai tau. Korang ade pergi?? Takde kan.. haha!
bergambar bersama Sister Ward dan Staff Nurse

Baru2 sangat ni, aku balik Cheras semula atas program Hi Tea bersama senior kat Hotel Sri Chempaka. Urm..target utama aku..makan la pe lg kan..to look nicer make it into 1, ngan meraikan pemergian mereka hujung bulan 12 ni. dan bakal mengantikan mereka adalah aku! hikhik! yang best nye aku dapat menelan apa2 pon, selagi aku tak tercekik. :)
ni pic kami :)


Wednesday, 19 October 2011

sejarah

perghh.. lame giler aku tak menaip kat cini. jari- jari ni da kematu da ngan pen n pensil..hihi..
lagi-lagi tekan papan kekunci menghendap facebook :)
busy. busy. busy... 
inikah yg dikatakan busy??
memandangkan aku da tak busy g, so aku nak wat kelas sejarah!
jom!!

11 Ogos, 2011 (4.30pm)
study kat library.
mata tertumpu pd subjek acute care nursing.
the most tough subject n highest priority dalam banyak2 subject tok sem ni.
so otak aku da mule jam!
aku perlukan ruang untuk berfikir!
4 lecturer in 1 subject?!
 *pengsan
stress onion head
tah kenapa n bagaimana aku hanya inginkan suasana yg damai. ok ke aku time tu? hanya Allah je tahu. maka, keluarlah mentol yg bercahaya di atas kepala.(no circuit was found)
sejurus timbul lah idea menuju ke taman KLCC. huhu..
bagi me'release'kan keserabutan yg ada, aku dan besfren ke sana. tanpa memikirkan penat lelah berpuasa.
FREEDOM!
tQ maznie sebab sanggup temankan saya! n tQ along maznie gak sebab sponsor makan2 :)


22, 23, 24hb Ogos, 2011 (8am)
paper exam aku sem ni :

perioperative nursing (ok ok la)
geriantric (cool)
acute care nursing (sob..sob..)
paediatric (uweekk..)
mental health nursing (aku anggun! toink!)


24hb Sept, 2011 (4:30pm)
rumah kami sedang di buka seluas luasnya!
(merujuk pada tarikh di atas )
OPENHOUSE!
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan meriah!
seronok bile tengok ramai datang umah abeskan makanan..hihi
lagi puas hati sebab masak sendiri kan? hikhik
tq pada semua kawan2 and jiran sebelah umah!
ni antara pic yg di selitkan bersama.




27hb Sept, 2011 ( 12:30pm)
Leisure Mall!
tujuan utama, bayar bil internet.
tujuan sampingan, tgok wayang..hikhik
..Johnny English..
ok ok je.. jnji bley gelak :)
anyway, kitowng seludup mcd silencely..kihkihkih
satu wayang bau mcD!
after went surau, men game! weeee~
aku tarik cik maznie yg manis lagi ayu ke tempat mcm tu..maap kawan!
tp, die kalahkan aku dlm sume game.. (except 1) haha!
tabik lah!



29hb Sept 2011 (9:30am)
medical check up again.
ofis kolej aku da missing kan result aku.
so went back to melaka. anyway, kne wat kat KL.
:'(

10, 11, 12hb Oct 2011 (8am)
exam final. penentu marks sem ni. urm..
papepon, tunggu je lah..
fewww..

And sekarang!
sy sedang holiday! yuhuuu!!
walaupun cme seminggu je. tp kene manfaatkan waktu yg ade!
have a nice day!!

cheer3 onion head

Wednesday, 17 August 2011

I miss my family

walaupon exam midterm nak dekat da,
aku rase aku makin tak selesa duk kat cini.
semangat nak balik kmpung tu da mule menyelubungi kalender bulan ogos ni!
bukan sbb nak raye, tapi sbb terlampau rindu nak balik umah! 
oh man!
 i miss my family!
 my dad!
 my mom!
 my bro!
my sis!
my nephew!
 my bunnies!
my home!

tak sampai seminggu da nak exam.
buku?
aku bace mase free aje.
urmm, kalu mcm skg, aku layan perasaan sendri.
tenung siling sampai tembus..
alahai~

Sunday, 14 August 2011

Marhaban Ya Ramadhan

Expectation this moment
The time has come to be certain
His promise for true compassion

Let us conquer this pure concern
Forgiveness from sinful indulgence
Submit our souls in repentance

His bounty and absolution
Continue to strengthen

This is the glory for humanity
It is Ramadhan the one special month
When this ramadhan comes again
Do not just let it go in distain
Grab our chance but not in vain
As long as it is His ordain

Our change has come in abundance
Our change to seek with tolerance
Hold on to face any challenge
And uphold consistence
Because It will not linger around us forever

Lets come together
Dignify us Dear ALLAH in the month of Ramadhan

Each and every door of mercy is open
Reward from the Lord to obedient servants
Each and every prayer will be listened
Lifted to heaven without a question
Bless our lives with Your Mercy
In the month of Ramadhan
Grace our souls wth leniency

Through this month of Ramadhan




Marhaban Ya Ramadhan
*lambat ucapan atas ke'busy'aan  yg sungguh tragis

Thursday, 2 June 2011

kembali ke rahmatullah

innalillah wa inna illa hiraji'un..
perkhabaran yg membuatkan daku terkedu seketika..
tatkala sang suria baru ingin bangkit dari lenanya yg panjang..
tatkala itu lah air mata ini berlinangan..
kehilangan insan yg tersyng begitu menyedihkan..
semoga nenek di tempatkan di sisi hambaNya yg beriman dan bertakwa..
AL-FATIHAH..

Sunday, 8 May 2011

Khas Buat Ibu

Ibu,
Anak mu ini nakal ketika masih bertatih di era duniawi
Anakmu ini kadangkalanya mengeluh akan tugas yg di beri
Anakmu ini leka dengan perkara yg tidak memberi erti
Anakmu ini juga pernah membuatmu terluka dan terguris.

Kuatnya ibu menjaga kami 8 karekter yang berbeza watak.
Gigihnya ibu membesarkan kami semua..
Tanpa setitip susumu ibu,
 Mana mungkin aku anakmu yg kini membesar dengan penuh kasih sayangmu
Mana mungkin aku kini bergelar warga insani yg memberi bakti
Mana mungkin aku membesar dengan didikan agama Ilahi

Membesarkan aku tanpa tiada cacat celanya
Mengoraknya aku ke zaman yg lebih menjanjikan dewasa
Kini,
Tiba saatnya untuk aku membalas segala keringat yg ibu keringkan 
Dek hembusan angin sayup
Tiba masanya anakmu ini melayan segala keinginanmu
Tanpa jemu..
Untukmu Ibu....

jOm memAsak!!!

Semenjak duk umah time cuti ni aku tak berenggang ngan mengunyah makanan.
Pape lah janji boleh di kunyah dan di digest dgn sempurna :)
1st week aku bljar masak certain lauk yg aku minat.
Kari Daging, Asam Pedas dan jugak Nasi Paprik.
Berpeluh2.. n menitis ke sapu tangan ku heeee... 
(tak sempat masuk kuali)
Then minggu yg sama gak aku dok lepak umah along yg berdekatan lebih 
5 jam perjalanan siput,
Iaitu bersamaan 3 minit pejalan kaki 
Lebih kuang macam ni lah ratio nye..

N baru-baru nih aku wat kek permaisuri. Wahaha.. 
Konon meletop bunyik nye.
But this is da truth! ahaha.. Ada dlam buku teks ye..
Aku belajar wat benda ni mase form 3. Aku amek ERT. 
Rock macm ni dapat plak ERT..huhu
So, pe yg aku belajr aku make into practice. Just follow da flow la..
Nak kate superb tu tak la.. Tapi ok je. 
Aku je yg  makan paling banyak.. yummy!!

Selang bape harinye aku belajar camne nak wat belacan. Part ni aku tak bape pakar.
Aku lebih suke makan daripada nak bikin ini sambal!

Baru-baru ni kakak aku bagi aku recipe nak wat coklat. Just for fun.
Best! Tak lah complicated sangat seperti yg aku sangka.
Pasni klu sempat aku nak wat ferrero rocher la..hehek..
Ni lah hasilnya!


Esok Hari Ibu! Nak wat kek tok ibu tersayang! Tunggu sy bikin dapo berasap!
hihihihihihihihihihihi...!!

Saturday, 30 April 2011

hobi baru

Ok! Cuti. Aku dok umah. 
Lepak ngan anak-anak buah dan cik bunnies.
1st week tak bosan. Rase relax dok umah. Cool n steady!
2nd week da start rase bosan. Its killing me!
Myb asyik wat benda yg same je..

Mule da rsa rindu kat member2.. 
Makan byak pon tak knyg. 
No wonder balik kolej t pipi mkin naik!

sO?
Xtvt seharian di'modified'kan agar nmpak menarik.
Aku start download citer jpon. Tgok citer smbil gelak sowg2.
Men masak2 ngn kak long, kak iza n skrg lg rajin duk dapo.
Wat benda yg aku tak penah buat.
Kemas umah selicin2 nye. Silau da mate!
Dan mule menghafal ayat suci Al-Quran. 
Ia memberi ketenangan! Percayalah!

Then?
i found something precious.. nak tau?
its all about TIME + MASA = tik tOk!
lagi 1 week dok umah!! 
ohhh noooo... kne manfaatkan cuti nih!
gotta go! 
SaLam.


Friday, 29 April 2011

This is Life Buddy

Hidup ini kadang kala nya merumitkan.. mengelirukan.. serta menduga keimanan yang pasti nya mengugat kesabaran serta menggoncang kegagahan seseorang insan bergelar manusia yang bernyawa. Namun setiap langkah dan tatihan kita untuk menghadapi dugaan dan badai yang melanda, itulah yang menjadikan corak kehidupan makin bermakna. Tapi malangnya kita akan semakin lemah kiranya terlepas pandang akan siapa yang menciptakan kita. Akan siapa yang menghidupkan serta memberi kekuatan pada kita, sehinggalah kita boleh hidup sehingga hari ini. Jika kita lalai akan semua yang ada di depan mata yang tidak berhijab ini. Akhirnya kita akan terhumban ke lembah curam yang gelap. Terkapai-kapai dek ombak keduniaan. Hanya yang berhati-hati meniti titian fana akan berjaya menungkah arus deras kemewahan duniawi.
Semoga Allah melindungi kita semua .. 

Sunday, 24 April 2011

weeEe~ 1st header!

uh.. lotih... awal nya aku online rini..
hati belonjak gumbira pabila header yg tak seberapa ni da siap!
nilah header pertama aku.. wEe~

sekadar cube meng'update'kan ruang isi hati ni..
lame da tak menaip..
fuhh.. cuti sebulan ni perlu dimanfaatkan :)

.....iklan....
Banyak perkara yang dah berlaku di sekeliling aku. Sampai aku pon dah tak larat nak mengikuti rentaknya..
Kadang-kadang tu boleh la layan. Cuma situasi mnjadi makin rumit. Keadaan yg makin complicated.  Dan kita menjadi mangsanya. Memang tak fair kan? Semua ni berlaku hanya di sebabkan satu punca. Punca retaknya hubungan tali persaudaraan. Patutkah aku meleraikan? Atau hanya sekadar menjadi penonton yang sedia mendengar kata kedua-dua pihak. Adil kah? Bukankah nabi kita yang kita cintai mengajar kita untuk bemesyuarah? Perkara yg dapat di settlekan secepat mungkin adalah dengan berbincang. So simple! Tapi kalau sebelah pihak atau kedua-dua pihak saling menuding jari, apakah akan ada kesudahannya nanti? Dan bila aku tak amek port, aku plak yang kene. It doesnt make sense. Fitnah bermaharajalela. Now, turn aku pulak menjadi mangsa. Dont try to make it more creative by putting someone else's name. Berdosa ye kawan. Tak baik. Allah nampak.
Haha, anyway, u're so funny. things now is out of your control. Settle by ur own ok. I'll forgive u whatever u'll do later. Saya takde kuasa untuk menjatuhkan hukuman.. moga Allah membalas segala 'jasa' kamu..

p/s: sekadar hiasan.
Salam.

Wednesday, 20 April 2011

assalamualaikum semua :)

lame da rase nye tak menjengok blog nih. 
sori tak pat nak wat walking2 kat blog2 member sume.
busy exam.
busy men game. 
busy tgok citer. 
busy ngan kije2 harian. 
busy ngan sukan. 

anyway, busy2 pon still tak lupe pd fb..haha! 
bulan ni bulan akademik.
ade exam.
but before that, ade g ngayau2 ngn adik,
ade sport day KKM kat Sungai Buloh,
ade benda yg takde? urm.. 
kite sambung kat bawah ye..


18 Mac 2011
time ni g dating ngan Mr Pacifist Razalez Vandetta. 
perghh...nme shortcut abah bg, Mr. Muhd Razali. ok, kami jenjalan di Mines!
best! sbb ni lah 1st time jumpe kat KL walaupon dlm 2 jam je perjalanan masing2 nak jumpe.hihi..
mase di habiskan dgn menyaksikan citer MerOng. 
sangat berpuas hati! yeay! then, g mkn..mkn..mkn..
sizzling dan claypot! tak cukup ngn itu, mkn lg! BIG Apple!! my feveret~
papepon, tQ Zali sbb sudi datang!


nilah hero filem 'makan banyok' :)

26 Mac 2011 
karnival sukan yg lame aku nantikan. hihi..
 akhirnya wat 1st timenye KKM wat xtvt mcm ni. suke! suke!
game yg aku join ni nmenye carrom. op cos klu ley aku nk men sume game :p tp takley tamak, so aku amek game yg takde owg amek. alhamdulillah aku pat gak medal walaupon aku lawan ngn winner time mule2 game. giler la. kalah tipis je kot! kurang 1 mate. huhu :)) yg pentingnye enjoy je. member2 yg len ade gak join futsal, netball, sukaneka, photoshoOt pon ade gak. ngeh3. sonok bile tgok sume hepi!!




1 April 2011
kami batch sem 4 hadir di Hospis Malaysia tepat pukul 9 pgi waktu tempatan.
pengenalan ttg 'hospis care' betul2 membuatkan hati ini sayu..
penderitaan demi penderitaan yg di alami segelintir warga kota di sebalik kemegahan duniawi. 
'hospis care' 
adalah rawatan akhir kehidupan yang diberikan oleh profesional kesihatan dan 
sukarelawan. mereka ni terminal ill maksudnya tunggu masa je. 
tp hanya Allah je tahu bila nyawa sesorg itu akn gugur. 
ada gak yg panjang umur. still boleh merasai nikmat kehidupan. 
tugas mereka2 semua adalah memberi sokongan perubatan, psikologi dan spiritual. 
ni yg aku makin cinta akan kerjaya aku skg :))




11 April 2011
exam! cuak nye.. wat yg terbaik!! lg cuak nak tunggu result kuar t.
O ibu n abah, doakan kejayaan anak mu ini :-)



15 April 2011
aku on da way ke Melaka. cuti untuk 1 bulan! yesss...!
bukan senang nurse nak cuti selama ni..hihi.. mase akn dihabiskan bersame family..
homesick.. homesick..



orait! t kite citer g ea.. nkk men ngn anak buah :)
wsalam.

Tuesday, 5 April 2011

Petua Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:



1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
*Diambil dari blog Fairuz Sulaiman. Diberikan sentuhan indah oleh Oh! Islam dan diterbitkan kembali oleh aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...