Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Soto Ayam Madura


cukup2 la bermalas2 kan..arini kena la masuk dapor..bekerja keras sikit...ekekekkeee
sempena hari ujan yg tak berenti ni, aku buat soto...selongkar dapur kak hana...cari makanan, nilah yg berkenan dek perut..

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam
  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 ikat sup bunjut - x ltk
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih



Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam
Bahan Sampingan
  • Nasi impit
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
  • Sambal kicap

Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain.


Tuesday, August 10, 2010

Sup Tulang


salam semua..seronok pg td aku g pasar..ramai ibu2 mengerumuni pasar tak seperti selalu...pak cik2 jual daging pon sana sini...kelakar pon ada..mcm rasa nak raya..
itu la yg dikatakan semangat sambutan ramadhan ye dak..
rezeki aku sgt baik arini sbab jiran sebelah aku ni bg daging dan tulang lembu...wow!! apalagi en somi pon melompat2 nak sup tulang...huwaaaa sekali lagi aku diuji...tak pe tak pe aku cuba memenuhi permintaan en somi..hehehheeee selalunye kalau sup tulang, air tangn mak mertua aku la yg menjadi pooojaan...tak pe, ini kali menantu sulung die ni buat plak....hehehhee..
ampun ye kak nor 67 saya kopipes resipi akak dan semestinya pujian harus diberikan kat resipi akak ni..memang boom..mekaseh kak..muahhhh
bahan-bahan
1kg rusuk lembu
3biji bwg merah - dimayang halus
1 biji bwg putih - mayang halus
2inci halia - ketuk
1 sup bunjut
1 1/2 serbuk lada hitam
bahan tumis - 5 kuntum bunga cengkih,3 biji buah pelaga,1 btg kayu manis, dan 1 kuntum bunga lawang
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 kiub pati ayam
air
bawang goreng dan daun sup
cara-cara
1. Bersihkan tulang dan masukkan ke dlm periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah setengah empuk. Jangan buka api terlalu besar kerani ini akan menyebabkan daging liat dan keras. Sebaiknya gunakan api yg sederhana sahaja. Masukkan sedikit garam supaya daging menjadi lebih sedap.
2. Ceduk keluar bhg berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tersebut. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dlm fridge. Akan terdapat 1 lapisan yg membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibhg bawah itu dimasukkan kembali kedlm air rebusan tulang. Kaedah ini dpt menghalang mulut/bibir kita berminyak setelah mkn sup ini. Kaedah ini juga boleh digunakan memasa memasak gulai tulang.
3. Masukkan sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah tambah air jika kuah tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
4. Dalam kuali berasingan, tumiskan bahan2 tumis tadi sehingga naik bau dan masukkan bwg2 yg telah dimayang. Goreng sehingga garing dan masukkan semua ke dalam rebusan termasuk minyak tersebut.
5. rasakan garam dan gula. Masak la ubi kentang dan daging hingga empuk.
6. Hidangkan..hiaskan dgn bwg goreng dan daun sup.