Selamat Datang

Gua percaya lu orang yang menjejaki blog gua ini terdiri daripada mat-mat rock yang pernah melalui zaman kegemilangan rock kapak satu masa dulu. Pada ketika itu industri hiburan sangat meriah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja lagu baru yang keluar. Pelbagai band muzik yang muncul dengan bermacam-macam nama membawa killer song masing-masing. Walaupun sekarang zaman telah berlalu, tapi lagu-lagu tersebut masih menjadi kegilaan. Syarikat rakaman dan stesen radio juga berlumba-lumba mengeluarkan semula lagu-lagu popular tersebut. Tapi sebenarnya ada banyak lagi lagu-lagu yang popular dan sedap didengar yang tidak lagi diperdengarkan kepada umum. Dalam blog ini gua cuba untuk memperdengarkan sebahagian lagu-lagu tersebut yang juga menjadi pujaan gua pada ketika itu.

Showing posts with label Febians. Show all posts
Showing posts with label Febians. Show all posts

Rock Kapak: Febians - Demi Cinta Ini

BPR - Setitis Madu


. Lagu Setitis Madu hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Wanafiso.
. Dipetik dari album ketiga BPR berjudul Kelab Jiwa Luka pada tahun 1990.
. Album diterbitkan oleh M Nasir sementara Awang BPR bertindak sebagai penolong penerbit.
. Album ini juga turut memperkenalkan Haron BPR sebagai anggota baru BPR.
. Anggota BPR terdiri daripada Joey (vokal), Awang (gitar 1), Haron (gitar 2), Enal (drum) dan Yem Bai (bass).

Febians - Demi Cinta Ini


. Lagu Demi Cinta Ini hasil ciptaan sepenuhnya oleh vokalis kumpulan Febians sendiri iaitu Nasha.
. Dipetik dari album kedua Febians yang berjudul 1001 Malam pada tahun 1989.
. Album diterbitkan oleh Surya Booty dan dirakamkan di studio Booty Boys.
. Anggota Febians untuk album ini terdiri dari Nasha (vokal), Aziz (gitar), Yan (gitar), Sham (drum) dan Harun (bass)

Iklim - Patah Ranting Di Cermin Usia


. Lagu Patah Ranting Di Cermin Usia adalah salah satu lagu baru yang dimuatkan dalam album kompilasi Iklim berjudul Dunia Iklim pada tahun 1993.
. Lagu ini hasil ciptaan Annmas dan lirik oleh Nur Ehsan.
. Album ini turut menampilkan lagu hits Bukan Aku Tak Cinta serta beberapa lagu menarik antaranya Dunia (duet Saleem bersama Umarul), Mimpi Yang Hilang (versi baru) serta Selamat Tinggal Penderitaan (versi antarabangsa).
. Album ini masih mengekalkan Wan Zul sebagai penerbit untuk album-album Iklim.
. Anggota Iklim terdiri daripada Saleem (vokal), Umarul (gitar), Huzali (keyboard), Mohalim (bass) dan Kama (drum)

Rock Kapak: Babylon - Metalfire

Babylon - Metalfire
Lagu berbahasa inggeris ini dipetik dari album sulung Babylon pada tahun 1990. Album yang diterbitkan oleh M Nasir ini berkonsepkan heavy metal. Kumpulan Babylon diterajui oleh pasangan kembar iaitu Hussein (vokalis) dan Hasan (gitaris). Mereka turut disertai oleh Kamal (bassist) dan Naha (drum). Lagu ini hasil ciptaan Hasan dan Hussein sementara lirik ditulis oleh Arabi. Terdapat sebuah lagi lagu berbahasa inggeris dalam album ini iaitu Fight For Freedom.

Dinamik - Pesanan
Lagu ini dipetik dari album sulung Dinamik berjudul Revolusi Mental pada penghujung tahun 1990. Album ini diterbitkan oleh Afzainizam dan diedarkan oleh NSR. Lirik lagu yang membawa mesej agar kita menghargai jasa kedua ibu bapa ini antara lagu yang popular dalam album ini. Kumpulan Dinamik dianggotai oleh 4 orang pemuzik dari Pahang Darulmakmur iaitu Norin, Nan, Jeff dan Lie. Sementara vokalis mereka, Nai berasal dari Sarawak.

Febians - Senjata Zaman
Senjata Zaman dipetik dari album ketiga Febians berjudul Satu Antara Sejuta. Album ini banyak memuatkan lagu-lagu yang lebih berat dari album-album Febians sebelumnya. Kumpulan berasal dari Johor ini dianggotai oleh Nasha, Aziz, Sham, Yan dan Harun. Dan jika diamati lagu ini telah diberi nafas baru oleh kumpulan Amuk dengan tajuk Nana dalam album Amuk - Hakikat.

Rock Kapak: Juara Juara Rock 2

May - Derita Bangsa
sapa yang tak kenal kumpulan MAY. sampai sekarang pun masih lagi aktif. kumpulan yang berasal dari kampung Manjoi, Ipoh mula dikenali dalam siri album Juara-Juara Rock ni. dianggotai oleh Mus, Man, Abu dan Yus, mereka menceburi dunia seni ini setelah melihat kejayaan yang dikecapi oleh rakan sekampung mereka iaitu kumpulan SYJ. dalam album siri kedua ini MAY menyanyikan lagu Derita Bangsa dan Bayangan Hidup.

D'Febians - Roda Penghidupan
D'Febians, kemudiannya menukar nama kepada Febians. kumpulan yang pada masa ini sering dikaitkan dengan kumpulan Amuk (yeah yeahhh!!). walaupun ramai yang menyedari Bandi amuk adalah bekas penyanyi kumpulan Febians namun Bandi masih lagi tetap dengan 'no komen'. so gua pun malas lah nak komen apa-apa. tapi yang pasti Nashabandi Jumat ni adalah seorang penyanyi rock yang mempunyai mutu nyanyian yang baik. dalam album siri kedua ini D'Febians menyanyikan lagu Roda Penghidupan dan Kehilangan.


Metallian - Segala Untukmu
lagu slow yang paling gua minati dalam album ni. nyanyian Thana, vokalis kumpulan Metallian. selepas siri album Juara-Juara Rock, Metallian sempat merakamkan dua buah album berjudul Era dan Identiti. setelah berpecah, sebahagian dari mereka telah menubuhkan kumpulan WOW yang popular dengan lagu Kau Yang Satu. gitaris Metallian/WOW iaitu Lan juga pernah muncul dengan album solo.