Entri Terhangat

Showing posts with label Bil Shankly. Show all posts
Showing posts with label Bil Shankly. Show all posts

Friday, January 15, 2010

Sebelum Wisel: Stoke Ancaman Besar Benitez

Jika dilihat dari kedudukan carta liga, Liverpool mungkin tiada sebarang masalah untuk menjinakkan The Potters dihalaman lawan. Tetapi apabila dilihat kepada perlawanan timbal balik Piala FA yang mana Liverpool ditewaskan oleh pasukan yang bergelut untuk mengekalkan status di Liga Kejohanan. Jadinya tiada sebarang yang mustahil untuk Stoke City memperbudak-budakkan rejim Benitez.

Ditambah dengan senarai kecederaan terbaru dengan tiga tonggak utama iaitu Steven Gerrard, Fernando Torres dan Yossi Benayoun yang dijangka akan berehat dalam tempoh yang lama. Rafa dijangka akan menurunkan Maxi Rodriguez untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Benayoun di sayap kiri. Rafa juga seperti sudah tiada pilihan yang lain untuk menggantikan tempat Torres selain meletakkan David Ngog dan Dirk Kuyt sebagai galang ganti untuk Steven Gerrard.

Dalam pada itu, Rafa Benitez tetap dengan pendiriannya untuk menghormati kontraknya bersama The Reds dan Rafa juga menolak untuk melepaskan jawatannya. Rafa juga sekali lagi mengulangi janjinya untuk membawa The Reds musim ini menduduki tempat ke-4 liga. Rafa juga menyamakan keadaannya ketika ini sama seperti Bill Shankly pada sekitar tahun 1966 hingga 1973 yang mana Bill Shankly gagal membawa sebarang Trofi pulang ke Anfield.

Rafa menegaskan mengapa dia sanggup menolak tawaran lumayan dari Real Madrid sebagai pengurus di Bernabeu dan sebaliknya menandatangani perjanjian baru selama 5 tahun di Anfield kerana dia mahu berjuang bersama-sama pemainnya di Anfield kerana dia sememangnya seorang pejuang.

Rafa juga sedia maklum yang penyokong amat mengenali Bill Shankly seorang tokoh yang disegani dalam sejarah The Reds, dan semestinya penyokong tahu Bill Shankly juga pernah mengalami saat pahit dan manis sepanjang kariernya sebagai Pengurus The Reds. Kini adalah saat pahit bagi Benitez setelah membawa kejayaan awal dalam tempoh dua tahun berkhidmat dengan menghadiahkan Piala Juara-juara Eropah pada 2005 setelah The Reds ketandusan gelaran tersebut selama 21 tahun dan Piala FA pada tahun 2006.

Rafa menganggap perlawanan menentang Stoke City malam ini amat penting untuk mengembalikan semula rentak keyakinan pemain-pemainnya dan sekaligus mencetakkan kemenangan utnuk kembali bersaing dalam liga.

YNWA

Tuesday, December 15, 2009

Sebelum Wisel: Bermainlah dengan Semangat Shankly

Awal pagi Khamis nanti, semasa perlawanan menentang Wigan Athletic ,The Kop akan berkumpul beramai-ramai di Anfield untuk memperingati 50 tahun perlawanan pertama kendalian Bil Shankly. Bil Shankly mengemudi The Reds pada tarikh 19 Disember 1959 ketika perlawanan liga menentang Cardiff.

Perlawanan di Anfield ini diharap akan berakhir dengan kemenangan, sememangnya kemenangan akan membuatkan majlis memperingati Bil Shankly untuk tahun ke-50 lebih bermakna.

Harapan The Kop mahukan Rafa Benitez meletakkan perlawanan ini sebagai keutamaan untuk dimenangi kerana ianya mempunyai nilai sentimental yang terlalu tinggi dan sememangnya perlawanan ini akan menjadi perlawanan yang cukup emosi bagi The Kop yang pernah merasai dan melalui zaman gemilang Shankly.

Perlawanan ini dijangka akan dihadiri oleh lagenda-lagenda The Kop yang pernah berkhidmat untuk Shankly seperti Kevin Keegan, Phil Thompson, Ian Callaghan dan ramai lagi. Sememangnya mereka juga mahu memperingati Bil Shankly dengan berkongsi kegembiraan dengan The Kop meraikan kemenangan menentang Wigan nanti.

Sekiranya kalah lagi, Rafa Benitez pasti menerima kritikan pedas dari mereka dan juga The Kop. Jangan dihancurkan Majlis Shankly ini dengan kekalahan. Apapun sama-samalah kita berjaga pagi nanti menyaksikan perlawanan ini.

YNWA


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
Powered By Blogger