Monday, October 31, 2011

W

Sebenarnya gua dah perhati lama dah benda ni.. cuma hari ni baru nak explode. menyampahlah gua tengok benda ni.

Contoh (kalau terasa bagus la. mesej gua straight to the point.):
alahaii..cmtuh r kwn..dlu ble nk kuar..nk lpk2.. ajak jew..skg mane ade..bese r tuh lupe kwn2..kuar pon sndri2 jew skg.. mane ade ajak.. nti kalo da susah2 bru la nk ajak kwn2..cmtuh laaaa~
ala... sori lew pasal hari tew...

Skang ni biar aku tunjuk cemana rupa jew tu.

Korang semua benci jew kan? Tapi pelik la. Korang boleh lagi ajak jew lepak2 walaupun korang cakap jew ni dilaknat Tuhan.

Sunday, October 30, 2011

Gore Pagi Ahad


Assalamualaikum saudara. Bagaimana pagi Ahad saudara? Indah bukan? Ataupun frust menonggeng dihantui kisah cinta semalam? Usah bersedih.. sekurang-kurangnya saudara masih sihat dan cergas lagi (kalaulah saudara sihat dan cergas). Oh ya, sebelum saudara pergi bersarapan di warong kaki bukit sana, ataupun di restoran-restoran berhampiran, ataupun di rumah ataupun di mana-mana tempat sarapan elok jugalah kalau saudara tatap foto ini untuk dijadikan iktibar. Simpan dan kepilkan ia dalam ingatan.


Inilah salah satu sebab kenapa gua tak suka jamban duduk. Terdapat perbezaan besar antara posisi duduk dan mencangkung. Jika saudara tak percaya saudara boleh cuba di tandas rumah saudara atau tandas awam berdekatan.

Friday, October 28, 2011

Kategori-kategori Mat Kopiah dan Virtual Dakwah


Gua memetik kata-kata seorang sahabat (bukannya sahabat nabi.. tapi member gua kat UTM). Dakwah melalui internet dan laman sosial adalah dakwah yang tak berapa menjadi. Di dalamnya masih terdapat kepura-puraan. Tahukah kamu apakah balasan orang yang berpura-pura. Amat celaka dan rugilah mereka orang yang berpura-pura. Maka bila dakwah bercampur kepura-puraan it means nothing.

Beliau berkata lagi, kalau nak berdakwah, berdakwah secara real. Ziarahlah masjid dan pergilah menuju ke jalan Allah. Join budak-budak tabligh dan ikut para jemaah pergi gash. Sebutir debu yang melekat pada pakaian mereka yang menuju ke jalan Allah akan dihitung di akhirat kelak.

Itu kawan gua cakap.

Ini gua pulak cakap,

CHANGE YOURSELF BEFORE YOU CHANGE THE SOCIETY!

Tuesday, October 25, 2011

Beg besar

Gua dah cakap dulu. gua akan beli jugak.

Mesti lu orang tertanya-tanya kenapa gua beli beg besar.

Gua plan nak lari dari Malaysia selama 6 hari.
Tempat yang gua pegi ni payah nak cari makanan halal.
Kalau ada pun 3 kali ganda mahal daripada kat Malysia.
Jadi, stok makanan gua kena sumbat dalam satu beg besar.
Supaya gua boleh survive dan tak kebulur kat sana nanti.
Maybe gua pegi dalam bulan 1 atau bulan 2. Tak pasti lagi la. bergantung pada keadaan.
Masa tu kat sana winter.
Jadi baju gua kena bawak banyak sikit, sebab takut suhu bawah freezing point.
Tempat penginapan pun tak tentu.
Gua bukan menginap kat hotel 5 bintang. 2 bintang pun tak sampai rasanya.
Gua mungkin berpindah-randah.
Bila balik pulak mesti nak bawak balik souvenir dari sana buat kenang-kenangan.
Gua pun tak tau sangat jalan, Gua pakai redah je.
Tu la sebab skang ni gua beriya-iya nak cari henset yg ada GPS.

Cuma satu je masalah, gua tak buat passport lagi.

Ini baru namanya travel,
muda-muda la lu nak buat keje gila. bila lagi?

Gua baru plan, belum confirm lagi.

***

Pada awalnya , gua nak beli deuter futura 45 + 10L,
Beg tu lagi bagus sebab dia ringan dan tak besar sangat, kapasiti 55L.
Bila fikir-fikir balik gua nak GOP tak lama lagi, gua terus tukar fikiran.
Yang ni beso sikit dia punya kapasiti
muat untuk seminggu punya travel.
Kalau bukan sebab GOP gua tak beli la beg ni.

Monday, October 24, 2011

Terus terang

Gua memang cukup tak suka bila terbaca status-status berunsur MLM, sistem piramid, sistem buah rambai ataupun apa-apa yang bersangkut-paut dengannya kat News Feed fb gua.

Contoh:
ini dulu. gua da remove lama da budak ni. Dia add gua. Gua tak knal pon. Gua approve pun sebab kat fb dia tulis from Semenyih.
ini pun sama macam tadi. cuma bezanya baru tadi gua remove dia dari fb gua. buat semak je..

poyo sangat ceritanya. taula tiap-tiap minggu dapat RM5000, x payah la riak sangat.

kesimpulan: MLM membuatkan manusia lebih riak daripada biasa. setakat ni aku belum pernah jumpa jutawan MLMyang humble, masing-masing kalau bercerita poyo lebih.

ada yang cakap, "ini cuma strategi diorang."

ini gua pulak cakap, "strategi kepala abah kau! kalau kau dah kaya sangat, kenapa sibuk-sibuk nak tarik orang. Kenapa? sebab kalo tak ramai orang invest, upline-upline ni tak kaya la kan? kan?"

Kalo kaya sangat, tak payah kecoh-kecoh la kat fb, duit banyak-banyak tu pegi sedekah kat fakir miskin dan anak yatim. Lagi satu, zakat jangan lupa bayar. Oh.. ada lagi satu aku lupa, jangan jadi bangang!

Sunday, October 23, 2011

Macam-macamla budak-budak sekarang.




  1. Aku tak tau pulak belajar Differential Equation kat oversea boleh jawab macam ni.
  2. Lecturer kuat mencarut ni.
  1. Sebagai seorang pelajar kejuruteraan mekanikal, gua betul-betul faham apa yang budak ni dah lalui.
  2. Kalau gambar tu dibotakkan kepala kat tengah, dipakaikan cermin mata.. dah sebijik dah macam lecturer gua.. hahaha!

Ini bukan Ariel Peter Porn

Perghh!!!! Grindcore abes.....

Terbalik

Saturday, October 22, 2011

Maut

Berita akhbar (Updated 23/10/2011). Gua pun tak pasti sama ada berita kat akhbar ni tepat ataupun tak sebab gua tak percaya sangat harian metro ni . Lain orang cerita lain yang dia tulis.

Senja semalam aku dapat berita pemergian Asmirul Farhan bin Ismail via facebook. Arwah meninggal sebab road accident.

Arwah dengan aku pernah satu kelas masa sekolah rendah tapi takla berkawan rapat sangat.

Yang pasti aku ada satu kenangan masa sekolah rendah dengan arwah yang aku tak boleh lupa.

Al-fatihah buat beliau. Salam takziah dikirim dari Johor Bahru.

***

Sebenarnya, bila terima berita kematian macam ni membuatkan gua terfikir sejenak dan seribu persoalan menerjah otak gua.

Bila gua mati, sapa yang datang jenguk?

Bila gua mati, sapa yang mandikan jenazah gua?

Bila gua mati, ada tak yang masih menuntut apa-apa dari gua (perkara-perkara yang gua tak langsaikan masa hidup dulu?)

Bila gua mati, sapa yang kapankan gua? sapa pulak yang sembahyangkan jenazah gua?

Macamana pulak keadaan hadirin yang melawat, bersimpati, sedekahkan yasin dan alfatihah ataupun sibuk cerita hal dunia?

Yang paling buat gua runsing, tanah kubur. Soalan ni gua selalu tanya mak gua. Dan jawapannya belum cukup meyakinkan gua.

Lagi satu, yang paling mustahak, gua punya saham akhirat, apa investment yang gua dah buat kat dunia?

Gua berfikir dan gua insaf sekejap.

At least gua berfikir dan insaf sekejap daripada sibuk tekan butang 'like' status berita kematian kat facebook.

Boleh bawak balik... buat rendang

Ini sapa yang nak samak ni?!!!
Pihak PLUS tolong ambil tindakan secepat mungkin. kah kah kah!

Friday, October 21, 2011

Akhirnya Yue Yue meninggal dunia, 2 people like this


Berfikirlah dan baca dulu sebelum like apa-apa page.

Dilemma Lelaki Solo

Takde awek tak semestinya gay, gay tak semestinya takde awek.

Apa? lu ingat janda berhias je dapat tohmahan buruk? Gua pun tak terkecuali la. Sebab aku takde awek, senang-senang je orang cop aku gay.

Bukan marah, nasehat..

Sia-sia

Mencari makwe menggunakan laman sosial adalah perkara paling sia-sia gua pernah lakukan.

Ternyata teori Najwa Latiff langsung tak berkesan pada gua. Hakk tui!!!

Thursday, October 20, 2011

kereta untuk dijual

Vtec terbuka cemerlang, pernah terbalik sekali.

Monday, October 17, 2011

Occupy S42-216

Occupy Wall Street

Dari awal sem lagi gua dah occupy. Tak payah tunggu 15 Oktober.

Ini Bukan Novel Jiwang Cintan-Cintun

Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. Benda yang hodoh menjadi cantik pada pandangan mata. Katak pisang dan binatang kecil adalah teman sepermainannya. Nyanyian untuknya amat pilu mengusik jiwa. Dia disambut bukan di pesta besar. Sambutan yang diterima adalah sepak terajang dan penghinaan. Airmata adalah teman yang tidak pernah dimengertikan. Dia terus hidup, terus bermain di dalam dunianya. Jibam terus melangkah penuh gah, memburai rahsia kematian ayahnya. Namun dia tetap tabah.


Kat rumah gua ada satu novel lama. Jibam judulnya. Bagi gua dalam banyak-banyak novel, novel ni lah yang paling best gua pernah baca. Novel ni adalah karya penulisan kartunis Ujang. Gaya bahasa dalam penulisan dia santai-santai je. Tak berat, dan tak terlampau berbunga-bunga. Tapi yang paling menarik pada novel ni ialah jalan cerita dia.

Kisahnya mengenai Suman, mempunyai 3 orang anak. Nama anak pertama dengan kedua dia gua tak ingat sangat. Kalau tak silap aku Kadir dengan Fakir. Anak Suman yang bongsu Asyraf (kalau tak silap. Aku pun dah lama tak baca, jadi ingat-ingat lupa sikit la.) atau nama timangannya Jibam. Jibam ni tak berapa nak betul sangat sebab Jibam ni mentally challenge orang putih kata. Disebabkan kekurangan Jibam ni lah Suman disisihkan masyarakat kampung. Bila disishkan, Suman dan keluraganya membina penempatan baru yang jauh sikit dari orang kampung. Lepas tu korang cari sendiri novel ni lepas tu baca la sebab aku pun dah tak berapa ingat. Yang pasti ada cerita pasal pengkhianatan dan rebut tanah peninggalan. Latar belakang tempat ni memang kawasan kampung di pinggir hutan yangbanyak lagi tanah tak diteroka. Latar masa gua rasa macam dalam tahun 80-an. Memang feel baca novel ni. Guua terasa macam kat rumah nenek gua masa kecik-kecik dulu.

Gua ada terbaca kisah pasal Ujang ni kat sini. Bila gua baca novel Jibam tu gua rasa cerita tu ada kena mengena sikit dengan kisah hidup dia. Entahla.. aku rasa novel ni tetap terbaik.

Sinopsis yang ni gua copy paste.

Sinopsis

Jibam anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit. Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri.

Jibam dimusuhi Tuk Ngah Sudin. Selalu benar Sudin sering memperdajalnya. Dan sesering itulah Jibam dibantai teruk oleh Tok Ngah Sudin.

Jibam juga dibenci Usin Singai. Marahnya Usin Singai memuncak tatkala basikal tuanya dicat biru oleh Jibam. Hinggakan ayam dalam rebannya pun biru dikerjakan Jibam. Usin Singai menetap di atas tanah Tok Ngah Sudin yang sebenarnya dimiliki oleh Suman.

Dan Jibam, anak yang bodoh alang itu, perlahan-lahan membongkar rahsia kematian ayahnya. Ilmu ghaib yang diwarisi dari ayahnya serta khianat dan dendam kesumat Tok Ngah Sudin dan Usin Singai.

Saturday, October 15, 2011

Cereka mengenai kedekut .

Hari ni aku nak taip sesuatu. Aku tau benda ni belum terjadi lagi, cerita ni aku reka tapi aku expect benda ni mungkin akan terjadi nanti. Jadi, sebelum perkara ni betul-betul terjadi baik aku cerita dulu buat tatapan diri aku sebagai peringat. Aku nak cerita pasal rage aku against budak-budak filthy rich tapi kedekut. Ceritanya macam ni:

Gua sendirian di dalam bilik, sambil merungut kepada dinding yang kaku dan tak bernyawa,

"Cerita kemain gebang, invest RM2500 dalam 100 hari dapat RM7000. Tapi bila nak print jurnal datang bilik aku."

Bila aku perli "Ko masuk MLM takkan tak mampu beli printer?" mula la buat muka masam siap cakap "Kalau nak tolong kena ikhlas, tak payah perli-perli. kalau tak nak tolong takpela.". Tapi belakang aku ko cerita kat orang yang aku ni kedekut. Fucking backstabber, loser asshole.

Ya. aku kedekut. Kedekut-kedekut aku, aku masih mampu beli printer walaupun tak dapat RM7000 setiap 100 hari ataupun RM15000 seminggu.

Sekirang ni siapa kedekut? ada otak? lu nilai sendiri.

Jangan besok orang guna parang buat kopek kelapa gua pulak guna parang tetak lu punya ubun-ubun. Biar berjalan sikit otak tu.

Kadang-kadang bercakap dengan dinding lagi bermakna daripada bercakap dengan orang yang keras kepala.

Kasar kan? keh keh keh!

Monday, October 10, 2011

Beg Hardcore

Definisi beg hardcore: Beg yang banyak bertampal patches band hardcore atau yang berkenaan dengan hardcore punk

Alkisah, masa first year dulu gua ada beli satu beg. Berkain corduroy. Kaler coklat gelap. Masa gua baru beli dulu rupa beg ni tak macam ni. Patches dijual berasingan. Berdasarkan kira-kira, kalau la tak silap, Servis beg ni dah mencecah hampir 3 tahun. Beg ni memang multi-purpose. Gua pegi kuliah pakai beg ni, packing baju buat balik kampung dalam beg ni, isi laptop pun kat beg ni jugak. Pernah sekali gua pernah terbawak playar kecik dengan skru driver dalam beg ni masa pegi kuliah. Ini kes gua terlupa nak keluarkan barang. Kalau kantoi spotcek kat sekolah, memang menjawap la kat bilik disiplin.

Beg gua ni memang pantang mati sebelum ajal. Itu hari zip dia tertanggal. Tapi tak jadi hal sebab boleh pasang balik. Tetapi petang tadi gua terdengar bunyi kain meretas. Ini adalah petanda beg ni akan mengakhiri usianya dalam masa terdekat. Gua rasa elok lah jugak kalau gua mencari penggantinya secepat mungkin. Beg ni memang banyak juga menabur jasa pada gua.

Gua ingat nak beli Deuter seketul. Awek-awek baju kurung pun pakai Deuter 40L buat packing baju untuk balik kampung.

Saturday, October 8, 2011

Puitis

Terus terang gua cakap, gua memang tak pandai menulis ayat yang jiwa-jiwa, kias-mengias, puitis romantis, hati kama, apatah lagi bermadah sukma. Style gua menulis biasanya straight to the fucking point.

Andaikata satu hari nanti gua tertulis ayat puitis dan madah berhelah. Anggap je la itu tak disengajakan.

Sekali lagi aku nak cakap (taip), aku tak tak tau apa aku nak taip ni sebenarnya. Idea tu datang macam hujan dari langit, tapi cepat menghilang macam asap rokok.

Friday, October 7, 2011

Dari Skudai ke South Lake City

Petang tadi aku balik rumah. Itu je la yang aku nak cerita.

Sunday, October 2, 2011

Transexual

Baru gua tahu John Cena dengan Ramlah Ram tu orang yang sama.

Ramlah Ram dalam BI bermaksud John Cena.

Bukan gua cakap. Google Translate yang cakap. Kalau salah komplen kat google translate la.