Sunday, September 25, 2016

Pemilih



Aku sebenarnya syak wasangka dengan pilihanraya kat Malaysia ni. Setiap kali pilihanraya sama je. Lepas tu permintaan pakatan pembangkang nak bergabung membentuk satu parti besar macam BN tak diluluskan RoS. Apa bendalah RoS ni...  macam berat sebelah je. 1 parti besar dengan 14 parti komponen lawan parti pembangkang yang pecah-pecah dan tak boleh digabungkan jadi 1 parti besar... memang sampai kiamat la BN menang.. Dulu RoS cakap kalau nak gabung jadi satu parti besar kena ada 5 atau lebih parti komponen. Sekarang ni dah 7 pulak. Eh.. pening aku. Rule pun berubah-ubah. Macam-macam la dia punya spin.

Aku daftar pemilih ni pun secara tak sengaja kat pejabat pos. Layankan je la permintaan akak pejabat pos tu... kalau tak sebab muka akak pos tu macam muka pelakon drama waktu senja memang tak hingin aku nak daftar..

Pada pendapat aku, pilihanraya kat Malaysia ni tak mengubah keadaan langsung. Bila pakatan pembangkang ada can nak menang mula la dia buat persempadanan semula yang ada unsur gerrymandering dan malaportionment. Memang aku tak percaya la dengan SPR ni. Geram je aku tengok. Tapi nasib la kawasan aku mengundi ni takde persempadanan semula. Tapi kalau nak diikutkan sempadan yang sedia ada ni pun aku tak puas hati. Mati-mati dulu aku ingatkan kawasan aku duduk ni N5 Dun Tenang. Bukan apa, aku tengok wakil rakyat Dun Tenang ni jenis rajin. Selalu nampak muka. Dun Bekok punya wakil rakyat dia punya muka aku pun tak kenal. Macam mana nak kenal batang hidung pun tak pernah nampak. Mungkin dia aktif kat pekan Bekok je kot. Dia lupa dun bekok ni besar.

Tapi sekurang-kurangnya bila aku daftar mengundi ni dapatla tambah peratusan pengundi, kalau tak entah apa helah la diorang guna untuk manipulasi bilangan undi. Lagi pulak kawasan mengundi aku kat DUN Bekok. Kau tau tak Dun bekok ni tak padat penduduk. Dah la tak padat penduduk, Dun bekok ni besar gila, sampai kawasan Chaah yang bersempadan dengan Yong Peng. Selebihnya kawasan hutan rimba Taman Negara Endau Rompin. Ya, dun bekok ni bersempadan dengan Dun Endau. Besar kan?

Untuk kawasan parlimen labis dah tentu la aku tak akan undi BN. Kalau ada yang undi BN memang sah la orang tu gila. Panjang betul caption ni. Dah macam entri blog pulak.

Sunday, June 7, 2015

6

Bak kata lirik lagu Sham 69

"Everything you say and do,
May be used against you."

Inilah keadaan yang berlaku pada Perdana Menteri ke-6 kita sekarang.

Mungkin juga apa yang dilakukan beliau not at the right place, and not at the right time. Jadi ia nampak salah bagi kebanyakan rakyat. Ditambah pula dengan rekod kesilapan lampau.

Tapi sayangnya Najib Razak bukanlah George Davis seperti dalam lagu Sham 69 yang disifatkan tidak bersalah dan perlu mendapat pembelaan.

Bagi saya, atas rasa tanggungjawab Najib Razak perlu berasa sangat bersalah dan dia mesti pergi sebelum keadaan menjadi bertambah buruk.

Sebagai seorang manusia, saya dah penat dan bosan mencaci Perdana Menteri ke-6 ini. Lagipun ianya dah jadi mainstream sekarang. Polis pun dah pandai perli Perdana Menteri secara terbuka sekarang.

Sunday, May 17, 2015

Protokol

Aku rasa masa aku konvo kat UTM dulu ada je orang berjoget berzapin dan main kuda kepang time terima degree atas pentas. Itu belum cerita lagi budak-budak berkung fu flying kick kaki naik ke kepala dan tumit tepat di ubun-ubun. Banyak juga aksi berbahaya dan lagak ngeri aku nengok. Tak kena gantung degree pun...Ni takkan tangkap selfie pun nak kena gantung diploma.. Wah.. Ini sudah melampau!

Yela..aku mengaku. aku tipu je sebenarnya.. Time aku konvo dulu kebanyakannya terima degree macam robot. Hormat protokol punya pasal. Termasukla aku yang pada mulanya terfikir nak lompat hardcore dan berguling-guling atas pentas.Tapi ada la jugak sorang dua yang joget ringan-ringan.

Saturday, May 16, 2015

Wawasan Selepas Asar

Sepatutnya umur 26 tahun ni aku dah kena beli van. Kemudian cat van tu kaler oren dan spray guna stencil perkataan 'bas sekolah'. Pakai font Crass. Baru la punk. Lepas tu, apply permit bas sekolah. Pukul 6 pagi (Ahad-Khamis, sebab kat Johor) tangan aku dah genggam kemas roda stereng van untuk hantar anak-anak bangsa menuntut ilmu. 10 tahun kemudian aku menjadi pemandu van sekolah yang disegani masyarakat setempat kerana dedikasi dan menepati masa.

Biasa la. Terlelap lepas asar ni memang banyak mimpi dan wawasan yang pelik-pelik.

Saturday, May 9, 2015

TH

Kalau sayang negara bangsa ambil tahu hal ekonomi, ambil tahu susah senang rakyat.

Kalau ada yang cakap TH beli tanah 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB tu satu bentuk pelaburan yang bakal menguntungkan. Korang memang bebal!

Pelaburan ada risiko. Dan modal pelaburan yang dirisikokan adalah duit rakyat yang menyimpan hajat untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci. Kalau ada yang cakap itu bukan duit pendeposit TH tapi duit anak syarikat TH, dari mana anak syarikat TH kalau bukan dari TH sendiri dan dari mana TH dapat duit kalau bukan daripada duit pendeposit sendiri?

Selain tu, tujuan pembelian tanah masih lagi meragukan. Lokasi tanah di Segi Tiga Emas pun dah meragukan. Jangan sampai ianya menuju ke jalan tak halal.

Kalau pasal GST aku mungkin boleh sabar lagi, tapi kalau dah sampai nak usik duit pendeposit TH ni bukan lagi boleh dibuat main.

Thursday, April 30, 2015

Bodoh Sombong

Zaman sekarang ni masih ada lagi manusia yang mempercayai bumi ini leper. Sedangkan dah terbukti dengan imej bumi yang ditangkap dari stesen angkasa, mereka masih tak percaya yang bumi ini sfera. Mereka ini dipanggil Flat Earth Society.

Zaman sekarang juga ada yang dengan yakinnya cakap Desaru menghadap Selat Melaka. Bila aku bagitau yang Desaru menghadap Laut China Selatan bukannya Selat Melaka dia tak mau terima, sedangkan dah terbukti di peta dan imej satelit yang Desaru bukan menghadap selat yang sempit sebaliknya laut yang memisahkan Semenanjung dan Sabah Sarawak. Yang ni kawan aku, tak payah la sebut nama dia.

Ada seorang manusia lagi, dengan yakin dia mengatakan 1 kg gula cukup untuk 100 cawan teh tarik tapi masih mengaku dia taklah bodoh sangat sebab CGPA 3.85. Yang ni orang panggil Ahmad Maslan.

Sebenarnya kebodohan tak menjadi masalah sekiranya yang bodoh itu masih boleh menerima ajar dan mengakui kesilapan. Yang menjadi masalah adalah keegoan. Ego dan tak mahu terima ajaran yang terbukti betul. Sebab tu la manusia begini dipanggil bodoh sombong.

Tuesday, April 28, 2015

Mawar

"Bagi Mawar... Mawar pun tertanya-tanya jugak tentang GST ni sebab selama ni Mawar duduk dalam gua. Mawar ada jugak tanya kawan-kawan Mawar di gua tapi diorang semua kelawar bukan manusia."