Wednesday, March 20, 2013

..Siti Alya..

Hello..Assalamualaikum..

My name is Siti Alya..

 hari pertama saya di dunia..
Saya lahir dengan berat 3.77kg pada usia 38week kandungan mama saya..

comei tak saya??
Hari ke-7..pipi yang bam bam tu dah kurang..
.
.
.
Geramnyerrrrr tengok awak Alya..Makanjang rasa cam nak gigit-gigit jer pipi labuh kamu tu..
 
Sebelum korang salah paham meh tuan tanah explain..
Ni anak menakan baru aku..Anak SIL..Sepatutnya due 21/3/13 beza 7 hari dengan edd my baby boom.Tapi disebabkan takut terlebih berat nak menunggu ke 40minggu so Alya kena la lahir awal.Tapi tak induce pun.Alhamdulillah Allah permudahkan SIL lahirkan Alya..Sepatutnya kena induce tapi pagi hari yang sepatutnya kena induce tu SIL pegi check up dulu..Bila check bukaan dah 5cm.Takde sakit apa pun.Cuma SIL mengadu kat doktor dia batuk teruk sampai sakit kat bahagian bawah perut..Bila dah tengok camtu doktor terus masuk air.Since SIL tak bawak apa-apa barang,mintak permission doc untuk balik rumah dulu..Sempatla lunch bagai.Then pegi hospital balik..Sampai hospital selok sampai bilik doktor air ketuban pecah.Terus masuk LR and dalam sejam lepas tu lahirla baby Alya..

Seronok tengok Angah dah selamat..Tunggu my turn plak..Bila ntah adik baby nak keluar..Mama tak sabar dah nak gomol-gomol awak..Tapi kalau adik baby nak keluar biarlah tunggu opah sampai sini dulu kot..

ww # penyejuk hati..

 sujud..
 bagi salam kiri kanan
 sempat lagi jeling kat mama..ingatkan tak perasan
 doa..

and yang ni peristiwa di suatu petang di waktu hujan lebat..ingatkan amende la anak bujang sorang ni buat kat ceruk sofa tu..tengok-tengok tengah solat...

Sejuk mata mama memandang perlakuan Danial ni..Alhamdulillah.Mudah-mudahan anak mama jadi anak yang soleh..











Saturday, March 9, 2013

perut sapa lagi besar???

Ada ke patut???Ni yang bikin amarah ni..

Boleh pulak hubby cakap kat Danial
"mama sama tak dengan Barney??"
"Perut dah sama dah.."
"baju pun sama.."
pastu tak pasal-pasal Danial pegang perut aku dia cakap 
"mama Barney"
.
.
.
grrrrr..


Friday, March 8, 2013

lega..dah settle dah

Alhamdulillah..selesai dah salah satu tanggungjawab kami pada Danial..Walaupun bukan perkara wajib,tapi sunat muakkad kalau ada rezeki apa salahnya kalau buat..

Melakukan akikah tidaklah wajib kerana Abdurrahman bin Abi Sa’id meriwayatkan daripada bapanya yang menceritakan bahawa Nabi SAW ditanya berkenaan dengan akikah? Lalu baginda bersabda, yang bermaksud;
“Aku tidak al-‘Aquq. Sesiapa yang memperoleh anak kecil, lalu ia suka untuk menyembelih (akikah) untuknya, maka lakukanlah”. (Riwayat Imam Abu Daud).
Plan asal nak buat kenduri kat teratak kami ni untuk akikah Danial untuk 1 bahagian yang belum dibuat..Tapi banyak sangat kekangan..Memikirkan duit peruntukan yang sedia ada untuk akikah Danial takut dibelanjakan ke arah lain so cepat-cepat la kami daftarkan dengan EZQURBAN..

Mudah dan cepat..Sebaik daftar selang seminggu kemudian dia akan poskan surat menunjukkan yang kita dah daftar..Then selepas selesai semua ibadah akikahnya dia akan hantar lagi surat beserta sijil pengesahan akikah..dalam sijil tu ada mention kat mana ibadah akikah tu dibuat..



Kos untuk 1 ekor kambing = RM550..

untuk detail boleh klik website ini
v
v

nafsu tekak

Nafsu tekak mak yong lately ni..

bread pudding...yang ni dah jadi feveret anak beranak..tiap minggu wajib buat..
sotong kangkung at Padang Kota..Balik kampung tak sah kalau tak jalan-jalan cari makan..
Tengok mention yang ditulis by instaplace pun dah tau apa dia..Mee Rebus Tapah..Betul-betul ho liow..kalau makan kat sini jangan lupa order sekali satay Mee rebus Tapah ni..lembut je daging satay tu..sedap...

Sotong kangkung homemade by mama Danial..hubby cakap sedapppppp...*perasan jap*..kuah dia aku main taram jer.mujur jadi..

Telur bungkus yang tak berapa nak berbungkus by mama Danial jugak..penuh sangat isi dalam sampai tak boleh nak tutup..

Menu lunch kami anak beranak..bila punya lunch ntah??sayur campur,telur bungkus,ayam bistik,ikan goreng..

ni pun sama..menu lunch kami.simple-simple je..tomyam sayur,sotong goreng tepung and ayam black paper


ni pun feveret gak ni..menyicah.tak kira siang malam kalau tekak rasa nak makan potong je buah apa yang ada dalam peti ais then letak kuah rojak yang mak buat..tabur sikit kacang tumbuk..perghhhh terangkat uolss..

ni pulak menu breakfast..kalau orang bandar makan pan cake..org kampung ni la menunya..lempeng.cicah dengan kuah ayam bistik..nak buat roti jala kurang rajin so nak cepat dan pantas buat je la lempeng

ni pulak menu minum petang..pengat labu..Setahun sekali kot buat..Ni kes teringin punya pasal la..

Air akar fatimah..

Assalamualaikum..

I'm confuse!!!!

Bila search info ada pro and kontra pasal benda ni..


Nak tanya uolss la actually waktu bila yang sepatutnya minum air akar fatimah ni???Patut ke tak patut minum??ada yang cakap bila minum air ni sakit dia luar biasa..ntah.mempercepatkan contraction..wallahualam.time Danial aku ada minum,rendam pun awal..Sebab tu ke aku sakit lama baru bersalin???

Kali ni aku tak buat apa-apa pun lagi dengan akar fatimah yang MIL belikan ni..Tak rendam,tak usik apa pun.Elok moleh duk dalam tupperware.

Confuse..nak minum ke tak????

Wednesday, March 6, 2013

Preparation menyambut 'orang baru'

Dah masuk 36 weeks ++..*tarik nafas slow-slow*...SIL yang due one week before edd aku next Tuesday dah kena induce dah..Kecut peyutttt..

Tengah berfikir-fikir apa lagi preparation untuk sambut kelahiran adik baby ek??yang penting-penting jer dulu..Since gender pun tak berapa nak confirm ni terus rasa cam mood nak shopping baju baby kurang excited.Abah baby cakap kena tunggu baby lahir baru best shopping..ok..I follow jer..


The 1st thing..Alhamdulillah..selesai jugak aku habiskan 30juz Al-Quran.Time abang aku ada buat takkan adik tak buat..Tapi untuk adik ni agak slow sikit aku nak habiskan..Kekangan masa maybe.Tapi syukur berjaya juga aku habiskan..

Baju-baju baby pun dah siap basuh..




kena buat banyak trip baru selesai..Dari baju bajan,lampin,bedung,barut,bedding set and towel..Almaklum limited space kat ampaian.So kena buat trip by trip..



Kali ni terjebak jugak dengan Gugu Swaddle pod ni..try test nanti pakai kat baby..ok tak..


Dah simpan siap-siap dalam storage box baju-bajan and barang-barang yang nak bawak balik kampung untuk berpantang.Senang prepare awal-awal nanti hubby angkut je masuk dalam kereta.. Baju pun takdela bawak semua..Just cukup untuk berpantang jer.Selalunya barang-barang ni bila balik kampung akan beranak-pinak.Risau tak muat pulak kereta time nak balik semula ke tempat asal..
Beg baby nak bawak ke hospital pun dah ready..letak 2-3 pasang baju lengan panjang,hooded blanket,towel,toiletries,baby oil,minyak telon,mitten and booties,pampers,..

Beg mama baby pun dah siap..Just buku merah je tak masuk lagi dalam beg ni sebab nanti nak gi check up lagi..
Dua-dua beg ni bakal di angkut letak dalam kereta tiap kali nak travel jauh..
.
.
Dah siap semuanya letak satu tempat..Bila sampai masanya senang nak cari and ambik


Apa lagi yang belum???

1.Set bersalin belum decide lagi nak beli apa..Dalam kepala ni dah shortlisted  mana yang berkenan from kaji selidik yang dah berminggu-minggu aku buat..Ada 3 tapi belum lagi mencapai kata putus..

2.Nama baby..as usual,last minute bila dah baby lahir baru choose mana nak..

3.Apply cuti bersalin..Yang ni bila dah nak dekat la kot..Plan minggu sebelum cuti sekolah la kot.lagi 2 minggu..

4.Tak rendam lagi akar fatimah..Yang ni aku pun dah tak ingat nak rendam time minggu ke berapa yer??
Fresh from tanah suci..belum pernah digunakan lagi..


5.Packing baju-bajan Danial nak bawak balik kampung..yang ni pun kena include sekali..kena buat before aku bersalin..Kalau tak sapa lagi nak buat??Nanti confirm aku tak naik dah tingkat atas bila lepas bersalin.

6.Maternity pad belum beli lagi..Kena buat stok nanti takut takde sapa pulak nak tolong belikan..


Ape lagi yer???takpelah will update later bila-bila teringat..so far untuk baby takde ape lagi nak beli,kecuali nak ditokok tambah apa yang dah ada je la..barang mama kot yang ada lagi belum beli..

ww# UB shirt

Dah dapat dah tshirt UB last Friday..Thanks Hany yang incharge..serius wanita perkasa ni.Banyak tu nak kena post..


Untuk mama and Danial..

Baju mama agak gobos sikit..heeee..selalu pakai saiz M tetiba yang ni order L..kan dah gobos.Tapi takpela.Senang kalau nak bf adik baby nanti..

Bila yer nak rasmi??Geng UB dah rasmi ker tshirt ni??

Monday, March 4, 2013

36 weeks..



Khamis and Jumaat lepas check up and scan adik baby..Tu pun mujur aku tergerak nak tanya kat nurse kat KKIA tempat aku check up..sepatutnya between 33weeks and 34weeks ada scan or 2nd RME last before bersalin.Masa aku check up 33 weeks hari tu takde pulak nurse situ bagi appointment..Tu yang bila check up hari Khamis hari tu aku tergerak nak tanya..Then nurse yang check tu terkejut la aku tak scan lagi..terus bagi appointment hari Jumaat pagi..

Then pagi-pagi Jumaat tu aku dah tercongok la depan bilik doktor..1st patient.Sebab hari Jumaat takde kes untuk ibu mengandung,so memang tak ramai orang la..Yang ada pun untuk family planning je..Dah takde orang lama la doktor scan..

So far alhamdulillah..everything normal..Berat terkini mak buyong ni 58kg..10kg nak kena reduce pas bersalin ni kalau nak balik ke berat asal..kedudukan kepala baby dah kat bawah,uri kat atas,air ketuban pun normal..just berat baby la agak small size compare to Danial.now berat baby average 2.4kg..Doktor estimate if sampai 40weeks dalam 2.8kg.Takpela wait and see.Time Danial hari tu pun doktor estimate 2.8kg jugak.Tapi bila lahir 3.44kg..and doktor bagitau gender.Most probably cam girl..haaa sudah.biar betul doktor...Aku cakap la aku dah buat 4D scan and nampak cam boy.Tapi tu pun sebab nampak telur.Doktor cakap dia rasa yang nampak cam telur tu tali pusat..emmmmm never mind la doktor.Boy or girl tak kisah pun.Janji sihat and selamat semuanya..Doktor pun senyum jer..Baby nak surprise mama and abah kot..

Dah alang-alang aku datang hari Jumaat tu doktor terus review aku punya BSP..And alhamdulillah no more BSP lepas ni..Stop terus.Semalam nurse cakap kena buat 2x waktu pagi jer.Tapi bila doktor dah review aku punya result sepanjang yang aku dah buat and semua result normal dia terus suruh stop..Syukur sangat.Dah takyah buat BSP dah..

So now just wait my baby boom ni lahir..Oh my!!!mama tak sabar la sayang..Abang Danial pun tak sabar nak main dengan adik..Asyik kiss perut mama jer panggil 'adik'..”baby'..Hopefully semuanya selamat dan dipermudahkan..aminnnnn

Sunday, March 3, 2013

Danial 2nd birthday..



Pejam celik pejam celik 2 tahun+++ dah anak sulung mama ni..cepatnye la masa berjalan.Boleh tak nak stop kejap masa tu??Rasa kejap sangat Danial membesar..Rindu Danial time baby..Bau masham-masham dia..Time dia tak banyak songeh..Redha je apa yang mama or abah buat kat dia..

 Danial 6 bulan..

 
 Danial 4 bulan


Time baby baik la sangat.Takde banyak ragam..So far alhamdulillah,senang rasa jaga Danial.Nak bagi makan,senang..Tak memilih.Nak tidurkan pun senang..Golek-golek je dah tidur..Dari baby sampai la ke usia 2 tahun ni alhamdulillah takde la payah nak jaga dia..Alhamdulillah Ya Allah..Kau kurniakan kami harta yang tak terbanding nilainya..He is my soul,my world and my everything.

Maybe aku takde la sebagus ibu-ibu yang lain tapi I'm try to be the best mother to him..Aku cuba untuk bagi yang terbaik pada Danial..InsyaAllah yang terbaik juga untuk adik-adiknya..Aku berjaya bagi Danial fully breastmilk without top up formula milk sehingga usia dia 1tahun 4bulan..then baru campur formula milk.And 100% bercerai susu badan 1tahun 7bln..Tu pun sebab pregnant and tiap kali dia memilk rasa sakit kat perut tu yang gigih aku cerai susu badan tu..So far NO pacifier,NO buaian..Adik nanti??harap-harap cam abang jugakla..
 
Sempena his 2nd birthday ni,opah and atok bagi hadiah ni kat danial.


 Happy jer dapat basikal..Tak ajar pun kaki letak mana dia tau adjust sendiri nak letak kat mana..

Opah cakap sampai umur 5 tahun boleh pakai basikal ni..Takyah nak beli lain dah..Pink lagi..Memang jambu la anak mama ni..

Abah pulak bagi set lorry..Belum sempat nak snap gambar Danial dah bukak dah packaging nya..lagi bertambah obses la Danial dengan lori..Tapi set ni ada macam-macam jenis lori..Lori minyak,lori angkut,lori bawak simen,bawak pasir..haiiii macam-macamla..

Me and hubby bagi beberapa helai baju untuk Danial..Tak rasmi pun lagi baju bajan tu..Tokwan and tok pun bagi baju..

Tahun ni tak dapat nak buat birthday party untuk Danial memandangkan rumah kami ni macam tongkah pecah gara-gara projek porch hubby.So tak sedap la pulak nak jemput orang datang dengan keadaan rumah camni..So just celebrate bertiga je la tahun ni..eh adik pun include sama.So 3+1..yo yo oo je plan hubby bulan lepas.Sekali bila dah start our homesweethome projek terus punah plan..Takpe ye Danial nanti kita postponed buat dengan adik nak??heee..

Selamat Hari Lahir Muhammad Danial Zaffran..Be a good boy..Mama and Abah sayang Danial so much!!.