Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Thursday, May 7, 2020

Menu Buka Puasa: Sup Daging

Assalamualaikum :)

Sup Daging dengan nasi himpit untuk Iftar 6 Ramadan.⁣
⁣
Plan asal nak buat mee sup daging, sekali ada orang request nasi himpit. Nasib baik mmg ada beli nasi himpit untuk stok PKP. ⁣
⁣
Sup Tun simple je, kali ni versi lebur dalam pressure cooker.⁣
⁣
Bawang besar, bawang putih, halia (lebihkan), rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkeh), daging, rempah sup sket, air secukupnya, garam, lada hitam. ⁣
⁣
Setting 20 minit kot.. lupa dah 😅⁣

Dah siap masak, celur Bokchoy dalam sup, tauge pon celur dalam sup. Tauge tu yang Tun baru tuai semalam 🥰 tuai awal sbb encik laling suka makan yang pendek dan ada kepala besar lagi 😁⁣

Sambal kicap cuma tumbuk lada besar, cili padi, bawang putih seulas, kicap masin, dan kicap manis sikit. ⁣


⁣
Tun tak makan red meat, jadi cuma buat egg noodle soup je. Versi ngelat, guna chicken powder, masuk halia lebih sket, black pepper. Tu je untuk soup. Pastu masuk laa segala bahan steamboat. haha..


#tuntelanikitchen

Tuesday, September 5, 2017

Mee Goreng Daging Simple Sepantas Kilat


Assalamualaikum

Kawan-kawan breakfast apa tadi?  Tun goreng Mee Goreng Daging versi simple dimple sepantas kilat dah siap.

Semua nak cepat. Anak anak tak kasi can Mama masak dengan awal. Subuh dah bangun.

Nasib baik Mama jenis masak campak2, sempat siap sebelum Abi gi kerja. Sambil dukung Hasha pon boleh ambil gambar lagi tau.

Tun share resepi untuk semua suri suri hati suami yang mencari resepi sedap dan cepat untuk keluarga. Pasti makin senyummm je encik suami bila kenyang sebelum gi kerja. 

Simple je, tp Encik laling tun menambah 2 kali.. hihi
Gambar Hp je, tak sempat nak amik gambar cantik sket, Hasha duk bergantung. huhu


Mee Goreng Daging Simple
Resepi: Tun Telani

Bahan-bahan
  • Daging secukup rasa- potong nipis, gaul garam kunyit
  • Mee Kuning sepeket 500g- rendam air panas dan toskan.
  • 4 ulas bawang putih- tumbuk
  • 3 sudu besar cili giling
  • Kicap manis secukup rasa
  • Sawi seikatGaram secukup rasa

Cara-cara
  • Goreng daging hingga masak, ketepikan. Tun goreng dalam 3-4minit je, dah masak elok.
  • Guna minyak goreng daging tadi untuk tumis bawang putih. Baru sedap tauu. Tun goreng mee tak guna bawang merah. Nak cepat. Kih kih
  • Masukkan cili giling. Masak sampai naik minyak.
  •  Masukkan sawi dan kicap manis. Tun tuang je, agak-agak cantik warna.
  • Biar sawi layu jap, masukkan mee kuning dan daging tadi.
  • Gaul-gaul. Perasakan garam. Kalau nak basah, tambah air sikit.
  •  Siapppp... Boleh laa hidang untuk encik husband yang nak gi kerje tu.

Senang kann.. sambil-sambil kejar anak siap masak 💗

Monday, February 20, 2017

Stew Daging Mudah


Assalamualaikum :)

Ni gambar dan resepi lama tau.. haha.. post dekat FB masa buat dulu, biasa kalau tun post direct kat FB xde la nk cantik2 bagai.. tgk la gmbr tu, xde garnish2 pon. letak resepi sbb takut terlupa resepi. mmg terlupa pon..kih kih.. lama dah tak buat. bila nk buat mula la terkial2 pikir resepi. last2 tun dw semula gmbr dr FB n tepek kat sini. bila dh dekat blog ni senang sket nak cari.. gugel je tun telani stew daging, confirm kua resepi.. (kantoi gugel resepi sendiri.. hahahaahahha.. mana laa nk ingat resepi byk2 kan..kih kih)




Stew Daging Mudah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 300 g daging - potong kiub
  • 1 bj bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • Sedikit garam
  • Lada hitam
  • Sedikit kicap - utk cantikkan warna
  • 2 helai bay leave
  • 1 sk oregano
  • Kentang
  • Carrot - xde stok pulak
  • 1 sb butter + 1 sb tepung gandum.
Cara2:
  • Panaskan sedikit olive oil, dan gorengkan daging yg dah digaul garam + lada hitam. Step ni penting utk naikkan aroma daging tu, goreng smp nmpk berkerak.
  • Masukkan bawang + bawang putih, goreng sebentar.
  • Tuang ke dalam pressure cooker, tambah air, bay leave, dan oregano. Kalau xde pressure cooker, blh guna periuk biasa, tp lambatlah empuk. Bila dh berbunyi tunggu 10 minit dan tutup api.
  • Dalam kuali td, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau laju2 sampai tepung bercampur dgn butter. Pastu masukkan air. Kacau supaya tak berketul.
  • Tuangkan daging dalam pressure cooker td ke dalam kuali. Masukkan kentang (dan carrot kalau ada) dan kicap.
  • Masak hingga kentang empuk dan kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Boleh hidang dgn nasi atau roti 
Goreng daging dgn minyak sedikit.

Bila daging dah berkerak (caramelized) masukkan bawang2

Pindah masuk pressure cooker, tambah air bay leave dan oregano. Kalau xde pressure cooker maybe sejam baru empuk
harith n encik laling tun suka sgt2 makan stew daging nih.. skrg tun masih kat kampung, nnti encik laling balik kg blh buat ^^

Thursday, February 26, 2015

Daging Goreng Halia & Minyak Bijan


Assalamualaikumm...

Mata sgt2 mengantuk, rasa mcm nk tido je.. tp ptg nnti ada lab.. kalau tido ni sure terlajak.. hihi... lauk ni masak utk lunch semalam. kak yana promote baikk punya cakap sedap, tun pon terus defrost daging ada sikit lg dlm fridge. alhamdulillah, mmg sedap lauk ni.. encik laling makan bertambah, licin terus semua.. hahahahha.. biasa tun masak utk dinner terus. dh ada org licinkan lauk, dinner terpaksa masak lain.



campak terus sayur sbb xberapa nk rajin masak sayur pulak. kih kih.. capsicum yillek, bantai cili padi terus :p tp tun mmg jenis yg suka 'kenyek' cili dlm nasi.. lagi pedas lagi lajuu tun makan. sape2 yg suka bau minyak bijan blh try nih.. ala2 chinese cooking letak sesame oil. kami berdua mmg minat chinese food, so selalu ada minyak bijan kat umah :)

Daging Goreng Halia &  Minyak Bijan
Resepi : Kak Nor
Sumber: kak yana, tun telani


Bahan2:
  • 300 gm daging batang pinang ~ dihiris nipis
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 1 biji bawang besar ~ dipotong baji
  • 3 ulas bawang putih ~ diketukdan dicincang
  • 1 inci halia muda ~ dihiris
  • 1/3 biji capsicum merah ~ dipotong panjang / dadu- xde, tun telak 2bj cili padi
  • 1/3 biji capsicum hijau ~dipotong panjang / dadu- xde, tun letak brokoli
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • sedikit air
  • sedikit garam
  • daun bawang ~ dipotong 1 inci
  • minyak secukupnya

Cara2:
  • Perap daging seketika bersama tepung jagung dan 1 sudu besar minyak bijan
  • Panaskan minyak dan goreng daging lebih kurang 1 minit. Angkat dan ketepikan - tun goreng smp betul2 masak
  • Keluarkan minyak dari kuali dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar
  • Masukkan bawang putih dan goreng hingga kekuningan
  • Masukkan bawang besar, halia dan capsicum.Goreng seketika.
  • Masukkan sos tiram, serbuk lada hitam, minyak bijan dan sedikit garam
  • Goreng sekejap dan masukkan sedikit air ( lebih kurang 1/4 cawan ) - tun skip step ni, xletak air
  • Masukkan daging yang dah digoreng tadi dan kacau
  • Bila kuah hampir keering masukkan daun bawang.
  • Kacau seketika dan boleh lah dihidangkan panas2

Tuesday, February 17, 2015

Pulut Kuning Kukus dan Rendang Daging



Assalamualaikumm....

Alhamdulillah.. 1st n3 bulan febuari.. sgt2 rindu utk berblog, tp masa amat x mengizinkan..huhu... lama x mengapdate. awal bln 2 aritu tun balik kampung seminggu. alhamdulillah, terubat rindu pada keluarga.. tak tau la bila lagi blh balik kg.. sob sob.. blk 9hari rasa sekejap sgt. bahagi pulak antara kg sendiri dan kg mertua. doakan agar tun cepat habis PhD dan suami dpt berpindah balik ke semenanjung ye..


nway.. menu raya sempena bday encik laling 14 febuari :) dh masuk 3 series dah. huhu.. semoga peningkatan umur seiring kematangan emosi dan semakin dekat padaNya insyaAllah. ni 1st time tun kukus pulut. jenuh juga gugel intenet nk tgk tempoh masa yg perlu. lupa, padahal boleh je tepon mama tanya.. hehehe.. biasanya time raya mama akan kukus pulut kuning. kiteorg adik beradik paling suka mkn pulut yg baru arung ngan santan, sblm kukus kali ke dua :)


Utk pulut ni tun rujuk blog kak madihaa.. kak madihaa biasa amik tempahan pulut kuning, sure expert kukus pulut nih.. sbb tun wat half kilo je, so masa mngukus tu tun adjust lah. alhamdulillah elok masak pulut ni :)

Pulut Kuning
Resepi asal: Kak Madihaa
Olahan: tun telani

Bahan2:
  • 1/2 kilo beras pulut
  • 1 keping asam gelugor - kali ni tun skip (asam gelugor cuma utk cantikkan pulut, spy nmpk berkilat)
  •  1/2 sb serbuk kunyit
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula

Cara2:
  • Rendam pulut, asam gelugor dan kunyit semalaman. Toskan.
  • Panaskan kukusan hingga mendidih.
  • Masukkan beras pulut ke dalam kukusan (tun lapis dengan daun pisang)
  • Kukus selama 20 minit.
  • Campurkan santan + garam + gula.
  • Keluarkan pulut dan gaul (arong) bersama santan tadi.
  • Kukuskan kembali selama 15 minit.
  • Siap utk dihidang bersama rendang atau gulai pilihan.


Tun buat rendang daging utk makan ngan pulut nih.. resepi sama ngan rendang ayam je.. cuma nk tunggu empuk tu dua kali jugak tambah air.. kat bintulu ni, kalau gi pasar mmg xde daging fresh. daging kami beli kat supermarket, daging halal 'fresh' dari australia dan new zealand. daging yang elok, harga RM32+ sekilo.. huhuhuhu TT  sbb tu jarang2 masak daging. lari bajet ooo kalu asyik beli daging je..



Sedap pulak rendang daging ni walaupon tun xsuka makan daging.. hehehe... masuk lif tekan butang sendiri pulak :p


Rendang Daging
Resepi: tun telani

Bahan2:

  • 1/2 kilo daging- potong kiub kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam


Cara2:
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan daging, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai daging agak empuk, tambahkan air jika perlu.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang. 

Monday, December 9, 2013

Daging Goreng Kunyit... cepat, senang, n pasti xjemu..hihi


Assalamualaikummm :)

Alhamdulillah..alhamdulillah.. air banjir dikampung dh surut. walaupun speechless melihat gambr2 yg di-wasap oleh family dikampung, tp sekurang2nya semua org terselamat..sedih xdpt balik tolong mengemas umah, dan bersyukur kakak n adik2 yg ada disemenanjung sanggup minta cuti utk blk bersihkan umah. insyaAllah.. semoga ada hikmah disebalik semua yg berlaku.


xde apa sgt yg nk dikongsi.. plain ol' busying myself with research n sometimes unnecessary stuff.. huhu... ada sikit lg daging dlm fridge yg dibawa dr kampung.. n lauk daging yg paling tun suka is goreng bodo2..hihi.. mmg xkan makan daging yg berkuah, n xleh telan kalau ada bau hamis daging.

Daging goreng kunyit.. semua pandai buat dh kot.. tp rasa2nya teknik goreng xsama kan.. ada yg rebus dulu, ada yg letak air pastu letak minyak.. tun ikut style mama tun, goreng dgn minyak sedikit, gaul2 smp kuar air daging dan air tu kering :)

Daging Goreng Kunyit
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 300 g daging - hiris 
  • Sedikit garam- lbh kurang 1/2 sk
  • Sedikit kunyit - lbh kurang 1/2 sk
  • 1 bj bawang besar- potong bulat
  • Sayuran pilihan - capsicum, carrot, kacang panjang, atau cili hijau

Cara2:
  • Gaul daging dgn garam dan kunyit, ketepikan.
  • Panaskan sedikit minyak (tun guna olive oil) dlm kuali, dan masukkan daging.
  • Goreng smp air daging keluar, gaul2 hingga air daging kering.
  • Bila air daging dah kering, masukkan sedikit lg minyak dan goreng hingga nampak sedikit garing.
  • Masukkan sayuran pilihan, gaul sebentar.
  • Siap. 
ok.. nk abadikan (skema betul... :p ) our pic here.. my 1st mabit with this usrah group :D sbb ada few famili usrah baru, jd buat mabit+riadah merangkap team building.. hihi.. n riadah kami.. memanjat tangki air.. hahaha... tinggi oooo... rasa2nya kalau bangunan, dlm 6 tingkat kot. tun dh penah panjat 2-3kali, tp bdk2 ni 1st time panjat, semput nk sampai atas. haha...  apa2 pun, nabi cakap "mukmin yg kuat lbh baik dan lebih dicintai Allah berbanding mukmin yg lemah" (HR Muslim) jd rasa2nya kene lebihkan riadah lps ni :)

Wednesday, November 27, 2013

Dumpling Daging dengan Sup Sayur


Assalamualaikumm :D

morning!!! /XD awal betul mengapdate blog arini.. hahaha.. smlm blk umah kepala ting tong sbb berpanas di ladang getah, so tido dgn awalnya. subjek sem ni mmg involve amali di ladang (which i know nothing about). subjek yg mmg xde kene mengena dgn apa yg tun belajar.. haha.. eh, tipu2, dlm silibus dia ada la 20% kot yg ada kaitan dgn qualification tun, tp everything can be learnt theoritically. so study dgn tekunnya utk buat lecture notes dan bg budak2 faham. still, bila tang amali tu mmg lemah sikit lah. alhamdulillah bila masuk ladang, blh request staff yg jaga ladang utk buat explanation dan demo. jd lecturer depa ni pon belajar sekali lah. yg penting, confident kene lebih dan jgn tunjuk yg kita tak penah buat mende tuh.. ;p


ok..arini tayang gambar yg dh terperam dlm folder dgn lamanya.. /sweat huhu.. sorry la, ai siap lupa lg bila la buat nih. xsempat nk mengedit gambo baru, update gmbr yg dh ada je. dh pernah tayang sekali. kali nih before serve tu tun pecahkan sebiji telur.

Dumpling Daging dengan Sup Sayur
Resepi: Chef Sarji, Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan A

  • 1 cwn daging kisar - tun guna 300 g
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 cwn tepung jagung - tun letak 2 sb
  • 1 sudu makan garam - tun letak 1 sk
  • 1/2 sk serbuh lada putih

Bahan B
  • 3 cwn air rebusan daging - tun guna 3 cwn air + 1/2 kiub daging
  • 2 keping cendawan tiram - tun guna 3 keping shiitake
  • 1/2 inch lobak merah- potong kecik
  • 1 btg sawi - potong
  • 2 inch cendawan butang
  • 2 inch saderi
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sk minyak bijan
  • sedikit tepung jagung jika ingin pekatkan sup.

Cara2
  • Kisar Bahan A dan bulat2kan ikut saiz kesukaan. Simpan dalam peti sejuk.
  • Didihkan air dan kiub daging dan masukkan dumpling daging tadi. Masak sampai dumpling timbul. 
  • ** Adunan ini akan menghasilkan dumpling daging yg agak banyak, jadi sebahgian blh ditoskan dan disimpan dalam fridge.
  • Masukkan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Jika suka sup yg pekat, blh masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
  • Perasakan garam dan blh dihidang dgn nasi atau mee - tun hidangkan dgn dried egg noodle yg dh direbus, before serve pecahkan sebiji telur ke dalam periuk

Saturday, November 9, 2013

Daging Goreng Masak Kicap Berempah



Assalamualaikummm /hihi

Weekend again :D baru berjaya mem-vacuum satu umah... lega tgk xde habuk2 dan rambut memenuhi lantai.. huhu.. skrg sgt bizi, blk umah pengsan, jd weekdays xlarat nk mengemas.. huhu.. still a week left b4 students diploma start their new sem. after this double la work load.. hopefully manage to handle both research and lecture.

nway.. daging! tiru cik melinblossom kita angkut daging dr semenanjung.. hihi.. i'm not a big fan of meat. usually kalau masak berkuah tu mmg xleh telan. xleh go ngan bau die.. the only meat that i eat are daging goreng kunyit dan gulai daging yg mama buat. specifically yg mama masak only. kalau gulai daging org len buat, usually still ada bau daging tu.


Bila ada stok daging (yg jarang2 ada kt umah nih), mmg terasa sayang kalau masak something yg tun xleh telan kan. tp xkan tiap2 kali nk goreng je kan. hihi.. so try goreng dulu daging tu then buat berkuah. mmg sedap! :D puji masakan sendiri pulak. hahaha... 

tau goreng daging tak? dulu2 xtau goreng daging, mama suruh goreng, tun goreng ngan minyak banyak mcm goreng ayam tu :p keras kejung jadinyer. kui kui.. goreng dgn minyak yg sedikit ye. gaul2 selalu, sampai air dia keluar dan kering, bila nampak garing sket bahagian luar dia, blh angkat dan tos.. owh, tun guna olive oil ye :)
i love serbuk jintan dan ketumbar /blush owh.. letak terung sbb malas nk masak sayur lain ^^

Daging Goreng Masak Kicap Berempah
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 300g daging- potong nipis dan gaul garam kunyit
  • 2 bj bawang besar- mayang halus
  • 3 ulas bwg putih - tumbuk
  • 1 inch halia - tumbuk
  • 2 biji lada hijau
  • 4 sb kicap manis– agak2 je ni, kalau xcukup hitam, letak byk lg
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 2 bj terung- potong nipis - jika suka
Cara-cara
  • Goreng terung dengan sedikit minyak, ketepikan.
  • Goreng daging dengan sedikit minyak, ketepikan.
  • Dalam kuali yg sama, tumis bawang, bawang putih, dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan lada hijau dan rempah2, goreng sebentar.
  • Masukkan kicap dan sedikit air.
  • Masukkan daging dan terung, gaul sebati.
  • Kalau rajin blh hias dgn hirisan cili merah dan bawang besar potong bulat2 =)

Saturday, October 19, 2013

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi


Assalamualaikum /XD

Alhamdulillah.. tun kat kampung halaman terchenta sekarang.. gumbira walaupun xsemua ada kt kg. abg ipar tun xcuti lama, jd akak tun dh blk kulai ptg raya, jd xsempat nk jumpa. adik tun yg study kt penang pon dh balik sbb ada archery tournament. huhu... 

nway.. lama x update blog. b4 raya marathon kerja sbb nk cuti. pastu blk umah in law xde intenet. sementara duk kt kg tun nih, manfaatkan intenet semaksima mungkin. hihi... 

ni menu lunch td.. byk daging dlm peti xtau nk masak ape.. teringat penah tgk chef anis buat daging salai masak lemak kat tibi.. so terus kuarkan daging utk masak lemak. chef anis bakar dlm oben, tun wat gaya pemalas, bakar atas dapur je.. kejap je masak :D

daging bakar atas dapur
x bawak blk kamera, jd sepanjang duk kt kg nih, gambar guna hp je lah..

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi
resepi: tun telani

Bahan2

  • 500g daging lembu- potong nipis
  • 200 ml santan - guna santan kotak
  • 2 btg serai - ketuk
  • 6-10 bj cili padi - tumbuk- ikut toleransi kepedasan masing2
  • 1/2 bj bawang besar - tumbuk
  • sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk - tun letak dua2
  • 2 keping asam keping
  • air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara2
  • Gaul daging dgn kunyit dan garam dan bakar smp masak
  • Campurkan santan, serai, cili padi, bawang, asam keping dan air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan daging, perlahankan kan api dan masak hingga agak2 rasa dh sebati dgn kuah. kacau sentiasa.
  • Perasakan garam, siap!

Friday, January 25, 2013

Dumpling Daging dengan Sup Sayur


Assalamualaikum~~~

Salam jumaat semua.. mesti ramai yg terlibat dgn sambutan MaulidurRasul smlm kan? ramai kawan2 tun yg terlibat dgn perarakan. tp tun xpegi pun sbb tau mesti traffic jam. huhu.. tapi kan, apa yg penting adalah untuk kita semua mengingati Rasulullah dan mengikuti sunnahnya :) boleh mula dgn membaca buku2 sirah Nabi untuk tanamkan rasa cinta pada Baginda SAW :) ingatan utk diri sendiri juga nih ^^

Ok laa.. arini nk share menu ringkas dari buku resepi masakan cina ni lagi :) agak2 penerbit buku ni marah x duk tayang resepi kt sini, jd org xyah beli dh? huhu.. harap2 xlah ye. ilmu utk dikongsi kan ;)


tgk dumpling dia kaler keputihan, mesti sbb guna daging kisar yg beli. tun kisar guna 100% daging, so xde extra tepung dlm daging tu. blh kenal bila tgk warna bebola daging. kalau guna pure daging kaler dia gelap. dr segi rasa, tun mmg x makan daging, tp laling tun ckp sedap :)





Dumpling Daging dengan Sup Sayur
Resepi: Chef Sarji, Resepi Ala Gerai Masakan Cina
Olahan: tun telani

Bahan A
  • 1 cwn daging kisar - tun guna 300 g
  • 1/2 labu bawang besar
  • 1/2 cwn tepung jagung - tun letak 2 sb
  • 1 sudu makan garam - tun letak 1 sk
  • 1/2 sk serbuh lada putih

Bahan B
  • 3 cwn air rebusan daging - tun guna 3 cwn air + 1/2 kiub daging
  • 2 keping cendawan tiram - tun guna 3 keping shiitake
  • 1/2 inch lobak merah- potong kecik
  • 1 btg sawi - potong
  • 2 inch cendawan butang
  • 2 inch saderi
  • garam secukup rasa
  • 1/2 sk minyak bijan
  • sedikit tepung jagung jika ingin pekatkan sup.

Cara2
  • Kisar Bahan A dan bulat2kan ikut saiz kesukaan. Simpan dalam peti sejuk.
  • Didihkan air dan kiub daging dan masukkan dumpling daging tadi. Masak sampai dumpling timbul. 
  • ** Adunan ini akan menghasilkan dumpling daging yg agak banyak, jadi sebahgian blh ditoskan dan disimpan dalam fridge.
  • Masukkan semua bahan B dan masak hingga mendidih. Jika suka sup yg pekat, blh masukkan tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
  • Perasakan garam dan blh dihidang dgn nasi atau mee.

Sunday, November 11, 2012

Bakso


Assalamualaikummmmm~~~~~

i'm back in bintuluu. senyap2 je blk kampung kan. hihi.. ada kerja yg perlu disettlekan kt semenanjung, sempat blk kampung kejap je pun, pastu blh pulak streamyx kt umah buat hal. tu yg xleh nk online tu..

bakso ni buat sehari sblm blk kg aritu. dh 2minggu lepas dah ni. huhu.. buat banyak2, pastu frozenkan. tun xleh nk telan sbb bau daging dia kuat sgt, tp my laling makan bertambah2 siap puji2 sedap :D

bakso patut makan ngan bihun ye. tp laling tun xsuka bihun, so tun rebus nasi himpit. jadi ala2 soto gitu.. beli daging yg dh mince, senang kerja.. kat sini daging import dr new zealand, pelikkan? xde orang bela lembu ke? kalau daging fresh tu, daging yg kaki pendek tu.. huhu..

resepi cilok dr dapur kak ika.. mana laa kak ika ni lama benor menyepi..


BAKSO KUAH DAGING SAPI
resepi: Deetha, dr Chef Budi Boga
sumber: kak hana, kak ika

Bahan-bahan
  • 60g sawi - celur dan dipotong
  • 60g bihun - celur dan toskan
  • 60g mee kuning - celur dan toskan
  • 1 sudu makan bawang goreng
  • 1 sudu makan daun sup - cincang
Uk Kuah@Sup
  • 1500ml air rebusan daging@kiub pati lembu
  • 4 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 sudu makan btg saderi - cincang
  • 1 sudu makan minyak - utk menumis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia - ketuk (nih hana tambah)>>same2 :D
Utk Bebola Sapi@Bakso
  • 400g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung ubi
  • 1 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1/4 sudu teh garam
Bahan sampingan
  • Cili padi - tumbuk dgn air rebusan daging@air limau
  • sos tomato - tk ltk
  • kicap manis ABC

Cara-cara
  • Utk membuat bebola sapi@bakso- Campurkan semua bahan. Ambil sedikit dan bulat2kan kecil. Rebus dengan air mendidih hingga terapung, angkat dan toskan. (hana masuk terus dalam kuah bakso)
  • Utk membuat kuah - Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga harum, masukkan air rebusan, kicap cair, lada sulah, garam dan saderi cincang. Masak hingga mendidih dan matikan api.
  • Utk hidangan - Atur mee kuning, bihun, sawi dan bebola di dalam mangkuk. Tuang kuah bakso panas. Tabur dengan bawang goreng, cili tumbuk, sos tomato, dan juga kicap manis. Hidangkan.
Tips: Rebus bebola@bakso di dalam air mendidih dengan api sederhana.Jangan dengan air yg terlalu mendidih! Ini akan menyebabkan bakso@bebola akan pecah dan teksturnyer tidak halus.

Tuesday, September 13, 2011

Daging Masak Kari Kering


Assalamualaikum~~

selamat pagi semua ^^ tun tgk2 ramai lagi bloggers yg belum betul2 kembali ke dapur ye..  semoga cepat dtg vitamin R selepas raya, baru laa meriah =) skrg ni kurang ceria sket sbb xde sesi kejar mengejar, lagipun dh lama xde org sebarkan virus2 yg best. agak2 kak nor ada menu baru utk di'virus'kan tak? hihi....

nway, me nk tayang menu daging yg first time me cuba. me mmg x makan daging merah, tp Alhamdulillah, tgk lajuuuu je my laling n family makan ni (wat masa kt kampung nih), me pun terliur. hehe...  tp me lupa nk letak tomato masa amik gambar, lepas amik gmbr baru teringat nk letak.

DAGING MASAK KARI KERING
resipi : SecubitGaramNor67

350gm daging ~ dipotong
air secukupnya

Rebus daging dgn air hingga empuk. Ketepikan.

~~~~~~~~~~~

bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari  - xde stok
2 sudu besar sos tiram
air rebusan daging
jus asam jawa - tun letak 1/2 c jus dr 1 sudu kecil asam jawa
ubi kentang - tun letak 2 biji, potong wedges
garam
gula ~ jika suka
tomato- ni tun tambah, kasi cantik masa hidang.

Cara2:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging.
Kacau dan masak hingga daging mesra dgn rempah dan masukkan ubi kentang.
Kemudian masukkan sos tiram, air rebusan daging, jus asam jawa, garam dan gula.
Masak hingga kentang masak dan juga kuah menjadi pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.


ps: All the best utk adik me yg menduduki UPSR hari ni.. semoga dipermudahkan dlm menjawab soalan.. juga utk rakan2 yg ada anak darjah 6. semoga semua nya berjaya, insyaAllah =)

Sunday, June 12, 2011

Daging Masak Kicap Berjintan


Assalamualaikum =)

Mesti ramai yg kuar shopping wiken2 camni kan? =) semalam duk umah je seharian. arini baru wat operasi memenuhkan peti sejuk. pergi bakery beli stok choc chips jugak. nak ape pun xtau.. haha..

arini nk tayang daging. jarang2 masak daging, lagipun sini xjumpa lg daging fresh yg halal. ni pun beli yg frozen daging NZ.. (ada tanda halal besar dr JAKIM..hoho..). masak kicap je, letak jintan kasi lg sedap =)

Daging Masak Kicap Berjintan

sumber: tun_telani

  • ½ kg daging- potong nipis
  • 2 bj bawang besar- mayang halus
  • 3 ulas bwg putih - tumbuk
  • 1 inch halia - tumbuk
  • 4 sb cili boh
  • 4 sb kicap pekat – agak2 je ni, kalau xcukup hitam, letak byk lg
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 1/2 c air asam jawa

Cara-cara

  • Tumis bawang dan halia hingga naik bau.
  • Masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak. Masukkan jintan dan tumis kejap.
  • Masukkan daging dan air. Biar sampai empuk.
  • Masukkan kicap dan air asam jawa. Perasakan garam.
  • Kalau rajin blh hias dgn hirisan cili merah dan bawang besar potong bulat2 =)
my laling ckp sedap nih.. me xmakan daging.. hihi


terasa segan pulak xde ole2 dr bangkok kan.. biasa laa, me ni student yg disara oleh biasiswa government, so x byk duit.. huhu.. (my laling nyer duit me habiskn shopping barang dapur.. kui kui..).. sbb xcukup pitih nk beli ole2, me belanja makan lempeng nyior je laa.. ni makcik kt floating market ni comel je jual lempeng nyior yg dia goreng atas bot dia.. haa,, order2.. makan je, nnti me bayar.. haha... ;p


Tuesday, March 8, 2011

Rendang Daging


Assalamualaikum ^^

Hari ni lauk macam hari raya.. hehe... ntah xtau angin mana yg dtg, tiba2 my laling nk makan rendang daging lak.. rendang satu hal.. kalau ayam boleh go lagi, ni daging.. adoii.. me mmg fail bab masak daging nih.. huhu..

bila my laling ckp nk mkn rendang daging, mula2 me mula menengok dapur2 semua org cari resepi.. tp xde laa pulak yg mcm mama masak (enchik H nih suke beno mkn rendang yg mama me msk time raya).. yg pasti xde laa rempah kurma ke, jintan ke.. cara masak simple je. sbb me xpernah nk tlg mama masak rendang (me xsuka mkn, so me malas nk belajar.. hoho..), skrg mula laa terkial2. terpaksa gak mengganggu mama yg confirm tgh bz kat sekolah mintak resepi. kui kui... sowy mama... duk tgh padang jaga bdk sukan kene kasi resepi kat budak beso sorg nih.. huhu...

Kita tgk resepi dulu.. pasni dh xyah tepon2 dh. bila nk wat bukak je blog sendiri.. hehe..

Bahan2:

  • 1/2 kilo daging- kerat jgn nipis sgt, nnti x sedap
  • 2 biji bawang besar*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • 3 batang serai*
  • 9 cili kering* (bahan * di mesin)
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 1 kotak santan (200ml)
  • 2 kpg asam keping
  • Garam

Cara2:

  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan daging, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai daging agak empuk. Tambahkan air jika perlu.
  • Bila daging dh lembut, masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap. Boleh laa dihidang dgn nasi himpit, pulut kuning, or lemang ^^


Bangga gler berjaya masak rendang daging.. haha..

actually me mmg cuak gler2 masak daging nih. sbb jarang masak, pastu bila masak kdg2 jd liat. haha.. (me x makan daging, makan daging ayam ngn ikan je.. hihi). td me masak 2 jam daging tu baru dia lembut. siap letak sudu besi lagi dlm kuali nk kasi cepat empuk.. (biasa nk kasi kacang hijau cepat lembut me letak sudu) nasib baik pagi2 dh stat masak (sbb x confident kan.. worse come to worst kalu x jd sempat masak mende lain b4 my enchik H blk lunch.. hihi)..

Alhamdulillah.. nasib baik jadi.. berbunga2 bila my laling ckp sedap, sama mcm yg mama masak ^^ =D :)

makan ngan nasi himpit Nona

Jemput makan~ ada lagi kt dapur tu kalau nak..