Life is a Constant Battle
Mom of Double HM :) Cooking, Baking, and Teaching are my passion ^^ Too lazy to clean tho 😅
Sunday, October 25, 2026
Oats Tortilla
Sunday, February 1, 2026
Menu Buka Puasa 30 hari Ramadan
Assalamualaikum~~
Lagi 15 hari Ramadan insyaAllah.. Tun dah plan menu sikit sikit supaya tak nanti takde lah takde idea nak masak apa.
Bersembang dgn chpGpt minta buat list menu dari resepi2 yang Tun pernah post kat blog sebelum ni. Sebab tun suka makan ayam, jadi untuk menu first, 80% menu ayam. haha... seminggu sekali menu selain nasi.
![]() |
| pecah pula gambar. kat FB ok gambar. tgk sini |
Ni buat khas untuk kawan-kawan, seimbang ayam daging ikan seafood.
![]() |
| Alaa... sedih laa gmbr tak clear pulak. boleh tgk kat FB SINI |
Tun dah siap ibu sambal 3 bekas khas untuk Ramadan. Selamat prepping bahan masakan dan lauk-lauk buat semua kawan-kawan.
Thursday, January 29, 2026
Bekal Last Week January
Assalamualaikum
Kejap je dah nak habis January. Sekarang Tun sesi bertenang go with the flow untuk semua keadaan. Used to be full with over-thinking and anxiety. Now hidup penuh ketenangan dan stress free. haha... I left all the thinking and problems to my laling. Semoga Allah permudahkan segala urusan en laling daku, kurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik. Aminnn...
Enough rambling for today. Back to the menu. Simpan sini semua, nnti senang bagi link kat Chapgpt minta dia suggest menu bila takde idea.
![]() |
| Menu rasmi hari pertama sekolah setiap minggu: Nasi Lemak. Mama Harith Hasha maleh nok mikir. Nasi lemak ayam bakar madu untuk kali ini. |
![]() |
| Baked Pasta |
![]() |
| Cupbap @ rice bowl. Based dia sushi rice, topping gochujang chicken. |
![]() |
| Mac n Cheese |
![]() |
| Meroti di tengah malam untu bekal pagi. Topping bollognese dan sosej. |
Bekal KAFA Hasha. Rutin Ahad, Isnin, Rabu: 1245 hantar beg KAFA, kain sembanyang dan lunch, pastu tunggu Harith balik 115.
Daging masak kicap, sup potato dengan bokchoy. Bokchoy hasil kebun tun. Suhun tu mmg letak setambun, Hasha request gitu.
![]() |
| Kurka (kurma + kari) ayam |
That's all for this week. Till next week insyaAllah.
Sunday, January 25, 2026
Bekal minggu kedua Jan
Assamualaikumm..
Alhamdulillah, angin rajin update masih ada.. haha..
![]() |
Ahad cuti Isra' Mikraj. Jadi Isnin first day sekolah for the week, menu rasmi : Nasi Lemak. Nasi lemak bunga telang + popcorn chicken. |
![]() |
| Spiral Olio, chicken nuggets, dragon fruit |
![]() |
| Megi goreng ni tun tumis cili dengan serbuk kari Adabi. Noodles guna air dried noodles Mamee. Kadang2 beli jenama Cintan, tapi yang Cintan halus sket, sesuai untuk sup. Vits pon Ok. |
![]() |
Penuh kegigihan masak nasi ayam di pagi hari. Menu berat sebab pagi ni merentas desa. Drumstick for Hasha, Harith prefer dada. |
Bekal KAFA
![]() |
Asam pedas ikan toman, sayur bendi. Ada a few sayur je yg the kiddos makan, bendi salah satu. |
![]() |
| Ayam Paprik |
Minggu lepas minggu merentas desa, petang bawa waffle celup coklat untuk snacking
Tu je bekal minggu lepas. Masuk gear minggu ni pula.
Saturday, January 17, 2026
Bekal Minggu Pertama Sekolah
Assalamualaikummmm ~~~
Kerajinan untuk update blog melanda. Mostly sebab nak simpan memory kat sini. Tahun ni Harith dah darjah 6, Hasha masukd darjah 3. Sekelip mata dah besar semua.
![]() |
| Kick off menu, Nasi Lemak Ayam Goreng |
![]() |
| Spaghetti Bolognese for Monday |
![]() |
Macaroni goreng
|
![]() |
| Beef brisket sandwich penutup bekal pagi |
Tahun ni Hasha start KAFA, tukar baton dengan Harith. Harith dah merdeka dari UPKK, fokus UASA je. Jadi tengahari Tun hantar nasi untuk lunch Hasha, ambil beg sekolah dia, passing beg sekolah KAFA dengan kain semayang.
KAFA 3 hari je. Menu KAFA minggu ni.
![]() |
| Ayam masak kicap dengan brokoli goreng |
![]() |
| Nasi putih, ayam sambal, sayur air. Menu rasmi rumah ni |
![]() |
| Kari Ayam |
Tun pemakan ayam tegar, paling senang nak masak pun ye juga. Next week try masukkan satu lauk ikan atau daging juga. Semoga minggu depan pun rajin update juga.
Saturday, January 10, 2026
Bekal KAFA Harith
Assalamualaikum 😊
Beberapa tahun sekali update blog. Hahahaha... I read my previous post, and it's the entry for Harith starting school. Tahun ni dah darjah 6 anak teruna Tun.
I'd rarely took pictures untuk bekal Kafa Harith, mostly sebab kejar masa. Tak sempat nak adjust angle amik gambar. Tapi untuk last year KAFA, ada few pictures yang berjaya Tun snap untuk sepanjang tahun penutup KAFA Harith. Tepek sini untuk idea bekal Kafa Hasha pula. Hasha is starting KAFA this year. Pass baton bekalan lunch.
![]() |
| Paprik Ayam dan Telur Dadar. |
![]() |
Menu feveret Harith, Patin masak tempoyak. Jarang2 Tun masak sbb susah dapat patin fresh dan Tun tak makan ikan sungai.
|
![]() |
| Sup Ayam Hadnyai dengan Telur Dadar. |
![]() |
| Buttermilk Chicken. Ada extra sandwich kali ni sbb lepas KAFA ada latihan sukan. |
![]() |
Burger with homemade chicken patty.
|
![]() |
Gulai Daging dan Ayam goreng kepci.
|
![]() | ||
Ni tema malas masak lauk. So sushi roll dgn sandwich.
|
Tuesday, November 12, 2024
Plain White Buns (Eggless)
Sunday, March 21, 2021
Setelah sekian lamaaa
Assalamualaikumm 😀
Ya Allahh... lamanyaa tak buka blog kesayangan daku. pw pon dh lupa, nasib baik autosave.. hihi.. setting semua dah lain, pening juga bila nk tulis n3 baru.
Tergerak hati nk update sbb I think blog ni yg paling senang nak access dan kalau Tun nk go down the memory lane, compared to Fb and Ig, for me, blog is more user friendly. Hence, I want to keep my memories here.
This year, both Harith and Hasha dah sekolah. sob sob.. besar dah dua2.
Mama excited nak hntr sekolah, sekali covid daaa... haha... struggle PdPR kt rumah ntah apa2. Alhamdulillah dah blh sekolah seperti biasa.
Hasha 4yo, awal-awal risau juga sbb compared to Harith, Hasha spent most of her time with me. Semua nak mama. Harith umur 2 bulan dah hntr pengasuh. But, unexpectedly, she's more independent and matured than what we thought. Rilek je masuk sekolah, mama pulak yg sedih. kih kih..
Badan besar, cikgu ingat 6 tahun. Haha...
Super excited balik school cerita kawan nangis nak mama dia, Hasha tak nangis.
Opkos botol susu blom boleh tinggal 😂😂
Harith hensem boy darjah 1. Mama bercita-cita nak gelepo sama2 dgn semua parents lain intai anak tepi pagar pastu tunggu kat kantin masa rehat. Tapiiii, terkubur 😅 Parents blh drop kat depan pagar je, takleh tunggu langsung. SOP baru, semua makan dalam kelas.
Walaupon cita2 nk gelepo tunggu anak kt kantin tak tercapai, tapi cita2 utk bekalkan bento setiap hari berjalan lancar alhamdulillah. Nnti Tun update menu Bento Harith.
First day of school
Blom sampai seminggu sekolah, botol air dah pecah 😂😂 Beg duit hilang, tapi nasib baik nx week pergi sekolah jumpa dlm kelas. hihi
Nx time tun update bento Harith. Hasha kat Pasti cikgu sediakan makanan.



































.jpg)
.jpg)
.jpg)
%202.jpg)




