30 December 2011

Bulatkan Hatimu

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di dalam teratak maya usang ini. Sejak dua menjak ini begitu banyak khabar gembira yang aku dengar dari teman-teman dan kenalan-kenalanku.

Berbondong-bondong memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dan melangkah ke fasa yang baru. Dan yang telahpun dalam ikatan perkahwinan, mula mengembangkan empayar masing-masing. 

Tidak putus-putus berita yang kudengar dan baca di laman sosial dengan status masing-masing mengkhabarkan khabar gembira. Syukur. Alhamdulillah. Aku jua turut gembira dan mendoakan yang terbaik buat mereka. 

Ini adalah masa mereka dan masa buatku juga akan tiba. Tekadkan azam dan bulatkan hati dengan menanam keyakinan yang jitu pada takdir Illahi. 

"Tidak semua yang kita inginkan dapat dikecapi. Tidak semua yang dikecapi adalah yang diinginkan. Ada yang kita inginkan tidak perlu bagi kita kerana semua yang dikecapi sudah cukup bagi kita. Belajar untuk bersyukur agar suatu ketika kita berterima kasih kerana tidak memperolehi apa yang diinginkan kerana DIA lebih mengetahui apa yang perlu untuk kita kecapi."
Yakinlah, masanya akan tiba. Cuma sebelum hadirnya saat dan ketika itu, bulatkan hatimu dan serahkan keyakinanmu pada takdirNya. 
Nur: Moga segalanya dipermudahkan...
 

05 December 2011

Selamat Hari Lahir

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku, 

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia, 

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi, 

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

Nur: Semoga tercapai apa yang dicita-citakan. 

03 December 2011

Kini Aku Kembali- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Ececeh! Gaya tajuk entry macam kononnya aku dah tinggalkan bertahun-tahun lamanya tiba-tiba nak buat pengumuman rasmi [tak berapa nak rasmi pun sangat] ala-ala penyimpan mohor umumkan esok puasa, raya dan sebagainya. 

Dan esok kahwin! Err.. Apakah? Ngee~ Ini salah satu perkara yang mesti dan jadi kewajipan jika tiada halangan. Ikut sunnah Rasullah s.a.w kan? Dan mengembangkan generasi umat Muhammad s.a.w. Ececeh! Ni dah mula nak gedik dan jiwang-jiwang pulak. Cukup. Jangan lebih-lebih. Karang ada yang buat laporan tidak rasmi secara lisan, mahu aku jugak yang masak nak menepis nanti. Aigoo..

Amboi. Bukan main lagi dok karang konon-konon gaya yang entah apa-apa tu. STOP! Jangan nak mengada nak mula karut-marut okay.

Hmm.. Nak sibuk cakap isu apa ya sekarang? Apa kata kita cerita-ceriti kesahnya aku yang tidak berapa nak update blog sejak bulan Februari lagi. Apa ko putus cinta ke sampai dok tunggang-terbalik ayat-ayat kejap nak suam kejap nak panas kejap pulak nak beku. Ish. Ish. 

Kononnya la sejak aku dah kerja mula malas nak menghadap laptop. Oh! Tiba-tiba keyword laptop membuatkan aku terasa begitu mencurah-curah idea yang datang bak bah kilat yang tiba-tiba melanda Kajang itu. Cet! Kononnya nak caka yang aku juga masih peka dan up-to-date la kan dengan apa yang berlaku di sekitar Malaysia. 

Fuh! Jom tarik nafas perlahan-lahan dan lepaskan dengan kuat sambil jerit 'Hoyyeah!' Ups. Ni kalau ada kakak naqibah aku dengar dok main hoyyeah2 ni mau kena teguq dan berkati-katilah nasihat yang menjengah halwa telinga ini. 

Kita selaku umat Islam yang telah terdidik dengan ajaran Islam sedari kecil lagi haruslah sentiasa membasahkan lidah kita dengan kalimah-kalimah zikir sebagai contoh 'Alhamdulillah, Subhanallah'. Hati pun tenang, pahala pun bertambah. Tak gitu kawan-kawan.

Ingat lagi hari tu aku janji nak update alkisahnya sepanjang 11 bulan yang lalu. Jom kita sama-sama buat sum-up. Confirm entry ni paling panjang! Cap mohor tertera di situ.

Januari 2011

Masa ni aku baru mula bertatih-tatih nak mulakan hidup baru. Eceh! Gaya macam pernah jalani hidup lama je. Alkisahnya, baru mula-mula segar [fresh] tamat dari pengajian di Taman Ilmu dan Budi yang tercinta itu, tak keruan nak pilih jalan mana yang kena tempuhi. Kononnya macam sangat berliku la kan.

Mula la start [apa kena ngan bahasa ni?layan jep] nak cari keghoje nak penuhkan poket dengan duit yang berkepuk-kepuk supaya mudah enjoy joli dengan sakannya. Haha. Apa kes ni? Zaman bila pulak aku jenis berjoli sana-sini. Kononnya la kan macam hebat je gaya nak dok memperabih duit tak tentu hala. Ish. Ish. Awatla depa dok jadi lagu ni mah oii?

Interview sana. Interview sini. Konon macam banyak la kan pie interview. Kisah interview pertama kat Maybank memang aku takkan lupa sampai bila-bila. Kesnya apabila orang yang interview tu pie cakap depan-depan aku [habis tu takkan la depa nak cakap pandang tempat lain pulak kan?] byee~Awat boleh pie cari keghoje kat tempat lain. Oh! Kiaah oii. Pasai depa dok buat hang lagu tu? 

Erm.. Nak cite ke tak nak? Erm. Ceciter la kan. Pertama kali pie interview tunggu dekat 2 jam baru depa panggil masuk. Dan kena interview kurang 5 saat lagi 3 minit. Oh! Rasa macam. Hmmmm.. Takpelah, ini namanya pengalaman hidup bukan? Layankan je la. Dak takdak rejeki nak join sama-sama pie mengaum kat tempat Harimau itu. Aum. Aum. Pujuk hati dengan makan biskuat Tiger.

Lepas tu pie lagi interview kat Pana the Sonic pulak. Ekeke. Teringat game Sonic & Knucklers [gini ke eja]. Owh. Time ni sesi petang pulak. Pukui dua petang. Masa ni mama pun joing sama coz mama akan pie interview bagi pihak aku. Boleh ke? Haha. Aku tipu. Aip! Jangan tipu. Dosa~

Pum. Pam. Pum. Pam. Naik terbelit lidah aku dok speaking omputih. Kejang pipi aku sekejap. Pas abes sesi kat bawah depa pie bawak naik atas. Nak dijadikan cerita mungkin rezeki aku gamaknya hari tu. Depa nak interview 5 orang tapi end up aku sorang je yang muncul dengan batang hidung yang mancung. Aset ni. Ala-ala Shah Rukh gitu. Apa kes nama dia aku letak sini? Takde kaitan okay.

Sambung balik, lepas tu sambung lagi interview dengan Miss Bos and tak lama pastu Mr Big Bos. Then, abes semua tu aku secara tidak rasminya diterima bekerja kat situ. Dapat jugak aku banting tulang empat kerat aku kat situ. Alhamdulillah. Lapor diri hari Selasa.

Baru kerja tak berapa hari aku mintak cuti. Kesahnya ikut famili pie ke Johor. Masa ni abah nak pie lawat anak murid dia praktikal kat sana. Dapat pie satu tempat je. Satu lagi tak dapat pie pasai Johor naik air a.k.a banjir besar. Jadi, abah amek keputusan nak patah balik sebelum kami tergendala-tersadai kat situ. Memori aku ni dok campur aduk jap nak recall balik kisahnya air masuk dalam kereta. 

Oh ya! Pie amik angin kat luar jap. Nanti sambung balik. 

Nota: Senyum tak perlu kata apa-apa. ^^,

29 November 2011

Nostalgiknya Azam

Bismillahirrahmanirrahim..

Psst..Tajuk yang kononnya gempak la kan...=p

YAY!! Update juga akhirnya. Bulan ganti bulan. Satu demi satu kalendar ditarik lantas dikoyak. HAH?! Sudah masuk Disember. Aigoo. Pantas sungguh masa berlalu tanpa disedari atau sengaja buat-buat tak sedar. Eheh! 6 Disember genap 8 bulan berkhidmat. Ececeh! Tu pun nak kepoche kah? Gua punya suka la mau tulis apa. Lu tarak suka baca pie men jauh-jauh. Ngee~ Peace no war okay.

Wah! Sudah lama tidak mengarut-ngarut dan ber'foya-foya' di teratak nan sunyi sepi ini. Jom! Sama-sama bagi meriah ini tempat kasi roboh atau kata lainnya kasi GEGAR! Ahaha. Mentel sekejap.=p

Ups. Gaya bahasa sila bersantun okay. Ramai tontonan di segenap lapisan masyarakat ya. Sila jaga tingkah-laku dan sila bertatasusila okay! 

Ahad yang lalu kita telah menukar kalendar Hijri yang baru. Melangkah ke tahun 1433 Hijri. Bila langkah tahun maknanya umur makin bertambah. Aigoo. Pinar mata den melihat umur makin bertambah ini. Tandanya uban semakin banyak yang melata di atas kepala.Oh! Tandanya harus berjaga-jaga dan bermuhasabah sentiasa. Katanya rumah 'Nyah kau dari sini'. Katanya kubur 'Mari-mari bersemadi di sini'. 

Tahun baru mesti ada azam baru. Ini biasa. Azam baru masih samakah? Ya! Tetap sama dan akan terus sama hingga ke akhirnya. Tapi, tahun ini tambah dengan azam menuju ke arah 'itu'. Ngee~ Moga dipermudahkan jalan menuju ke arahnya. Tak gitu kawan-kawan? Mari, aminkan secara berjama'ah. AMIN~


Nur: Bersemangat waja. Hoyyeah! Jom pie naik kereta waja. Ngee~

04 November 2011

Jati Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah. Lega! Satu patah kata yang jelas maksudnya. Jumaat tiba. Sabtu dan Ahad diraikan penuh kesyukuran. Waktu untuk merehatkan segala penat lelah setelah seminggu memerah otak dan keringat demi sesuap rezeki. Diari 2011 bakal berlabuh kurang dari 2 bulan sahaja lagi.

Azam.

Mencoret seberapa banyak mungkin kisah  dengan berbaki 2 bulan ini yang satu hari bakal menjadi kenangan dan rujukan buat diri yang kian dihimpit usia. Usia yang bertambah semakin mematangkan pemikiran dan meluaskan pemandangan. Bukan sekadar terima bulat-bulat tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Raya Haji bakal berkunjung. Para jemaah haji telah bersedia untuk menunaikan rukun Islam ke-5. Lusa merupakan hari wukuf di Arafah. Moga satu hari nanti aku berpeluang menunaikannya tatkala diri masih mempunyai kudrat yang jitu.

Rentak dicari. Tempo diamati. Moga segala ketidaksenangan dan ketidaktenangan berlalu pergi. Mohon dipermudahkan segala urusan Ya Allah. Dan moga segalanya diberkati. InsyaAllah.


Nur: Peliharalah hatimu dengan mengingatiNya...

03 November 2011

Mengapa Kesal?

Bismillahirrahmanirrahim...

Kerapkali hajat ingin meng'update' entry baru terkandas di pertengahan jalan. Manakan tidak usai menaip satu patah perkataan yang akhirnya membentuk satu ayat, sudahnya button 'delete' menjadi sasaran. Dek kerana sentuhan jejari yang semakin hilang tangkasnya. 

Dek kerana bait-bait kata yang kehilangan ranumnya, membuatkan akhirnya sepi tanpa bicara. Juga, mungkin kerana kurangnya waktu melewati laman sesawang membuatkan aku terus beralasan. Tidak mengapa jika rentak tarinya sumbang. CUBA! Ya akan meneruskan tarian ini hingga rentaknya kelihatan teguh dan mantap.

Sejak kebelakangan ini terasa benteng kesabaran semakin menipis. Ada ketikanya seakan-akan mahu menghamburkan segala rasa amarah yang kian beraja di hati. Seolah-olah jika segalanya terhambur bakal melegakan hati. Tapi, percaya dan terus percaya bahawa ianya cuma untuk seketika. Kelak bila dikenang hati sendiri juga yang sakit dan kekesalan akan muncul sedikit demi sedikit.

"Kalaulah bersabar...."


Astaghfirullahalzim. Bersorak riang si Syaitan la'natullah melihat diri dikepung amarah. Cepat-cepat ditenangkan hati. Istighfar. Istighfar. Istighfar. 

Kesal dengan pilihan yang dibuat? Kesal dengan jalan yang dipilih? Kesal dengan apa yang telah berlalu? Ada ketika kekesalan itu perlu. Namun, harus difahami mengapa kekesalan itu bertapak dalam diri. 11 bulan telah berlalu tanpa aku sedari. Seberapa pantas tanpa memberikan waktu untuk mengimbas kembali akan 11 bulan yang telah pergi. Yang ada cuma kenangan. Hanya kenangan. Terindahkah? Atau ter....? 

Entry akan datang akan aku sum-up apa yang telah berlaku sepanjang 11 bulan ini. InsyaAllah. Moga diberikan kesempatan, ruang dan peluang.

Januari
Februari
Mac
April
Mei 
Jun 
Julai
Ogos
September
Oktober
November


Nur: Andai masa boleh diputar, kesudahannya bukan begini.


02 November 2011

Kasihku Abadi

 Kamar hatiku, sekian lama
Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku


Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati


Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan


Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati


Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan


Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku


Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki

26 October 2011

Kerinduan

Bismillahirrahmanirrahim...

Owh. Nampaknya rindu kembali memuncak. Simptom terbarukah ini? Nampak gayanya perlu pantas berjumpa dengan doktor lantas mendiagnosis apakah yang sebenarnya telah berlaku. Kelihatan seperti satu telah nampaknya dua. Dua menjadinya satu. Aish! Kemerapikan ini semakin serius. Perlu. Ya perlu disegerakan sesi mendapatkan rawatan. Dikhuatiri ianya semakin membarah.



Nur: Andai bisa kugambarkan rindu, pasti seluruh alam ini aku khabarkan. Ah! Pengertian ini memang sukar.

21 October 2011

Nota Pendek




Hajat di hati merenung bulan di langit.
Tapi, cuaca di malam hari tidak mengizinkan.
Sedari senja bumi dibasahi hujan.

Nur: Tak mengapalah. Esok masih ada.

10 October 2011

Renunglah Bulan Itu

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Bulan malam ini sungguh cantik. Subhanallah. Maha suci Allah yang mencipta bulan yang menyinari kegelapan malam. Usai menghadiri majlis konvokesyen yang ke-27 di Taman Ilmu dan Budi tadi, setibanya kaki dijejakkan ke perkarangan rumah, sibuk adik perempuanku menyuruh abah melihat bulan. Lantas aku mendongak ke langit.

Cantik. Kagum. 

 Kata teman-teman bulan malam ini mengalami fenomena halo. Apakah itu halo?

Halo atau lingkaran halo adalah lingkaran putih atau berwarna atau lingkaran pelangi di sekitar benda angkasa (misalnya bulan atau matahari).Lingkaran halo timbul kerana pemantulan dan pembiasan sinar bulan dan matahari oleh titik wap air di udara. Bila lapisan atmosfera bersuhu tinggi, akan berbentuk titik-titik wap air yang hlus, sehingga terjadi halo putih, bila atmosfera bersuhu rendah, titik-titik wap air yang terbentuk cukup besar sehingga akan terjadi halo berwarna atau halo berlingkaran pelangi. 

Itulah yang terjadi pada bulan malam ini.




 

Nur: Kita memang terpisah jauh. Namun, kita masih melihat bulan yang sama.

05 October 2011

Mana Milik Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Usai menunaikan solat Isya' di Masjid Negeri Shah Alam setelah tamatnya kuliah pengajian Syarah Al-Hikam oleh Dr Zulkifli Al-Bakri, aku menuju pulang ke rumah tercinta bersama ahli keluarga yang lain. Sebelum sampai ke selekoh di hadapan rumah, kedengaran lagu 'Mana Milik Kita' dendangan kumpulan Rabbani di corong radio yang disiarkan IKIM Fm. 

Jika dihayati liriknya, 

Mana milik kita
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Tidak ada satu di dunia ini milik kita. Hatta kehidupan yang kita jalani ini semuanya milik-Nya. Seharusnya kita selaku hamba harus bersyukur dan berterima kasih atas segala rezeki kurniaannya. Sekalipun diri diuji dengan segala bentuk ujian kita harus menerimanya dengan lapang dan redha. Kelak tiap satunya pasti ada ganjaran dari-Nya sama ada secara zahir mahu pun tidak.


Nur: Setiap insan mempunyai rezeki yang berbeza selaras dengan usaha mereka. Bersyukur dan hargailah atas apa yang dinikmati.

03 October 2011

Tetapkan Hatiku Ya Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman. Sebagai permulaan bagi zaman kebangkitan dari menyepi di teratak nan indah ini, izinkan daku memulakan dengan sekalung doa. Moga dengan permulaan yang baik ini, dapat menetapkan hati kita dengan segala keputusan yang telah dibuat tanpa terdetik walau sedikitpun penyesalan. InsyaAllah. Moga segalanya dipermudahkan Allah Ta'ala.

Doa Rabitah


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya 
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya
Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan kurnia iman
Dan indahnya tawakal-Mu
Hidupkan dengan makrifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan-Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

TUHAN...
Satukanlah hati kami kerana-Mu
Aku mencintainya kerana agama
Jika hilang agamanya
Maka hilanglah cintaku padanya

Amin~



Nur: Welcome back! Yuhuu... Start a new gear to a new starting world...You can do it! ^^,

30 July 2011

Undefined

Wish that 'memory' never happened.




But wish that 'memory' forever be mine.




Memory...



Along the way hoping that 'memory' will come true.




NEVER LOSE HOPE.......



The day will be yours'


Believe and always...


END~

24 July 2011

7 Hari Lagi

Bismillahirrahmanirrahim..

Ramadhan bakal menjelang tiba. Menyambutnya dengan penuh kebahagiaan. Moga Ramadhan kali ini membawa kebahagiaan yang penuh bermakna dalam diri ini.


Ramdhan Kareem....


Sekian, update kali ini. ^^,



Nur: Ya Allah, perkenankanlah~

25 June 2011

Penyeri Ikatan Kasih

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
 
Wah! Seharian aku berulang-alik dari rumah ke Hospital Sungai Buloh. [Ceh! Gaya macam aku yang memandu je kan? Ahaha] Pssst. Jangan gitau orang lesen aku, dah dibingkaikan di muzium teratak nan indah. Ops! Kiddin' ja. Mana boleh masuk muzium lagi. Hehe.

Oh. Oh. Entah bila aku bakal pegang stereng ni? Takmo pegang boleh tapi kena ada drebar khusus yang sudi memanduku ke destinasi yang ingin ku tuju. Siapa mahu?! Beratur ambil borang. Cepat! Aku gajikan sorang-sorang. Pilih turn nak bulan yang mana. Eheh! Kiddin' again.

Back to story Sungai Buloh. Buat apa agaknya aku pergi ulang-alik Sungai Buloh tu? Apa aku dah tangkap cintan ngan doktor kat sanakah? Ahaha! Gatai no anak pak cik sorang ni. Aigoo. Dah. Dah. Serius! Kenapa? Jeng. Jeng. Jeng. Surprise! Hehe. Alhamdulillah, kak ipaq aku dah bersalin. HERO dalam rumah aku bertambah lagi. Tahniah! Abang dan kakak. Bergelar ibu dan ayah dah. 


Berat baby 3.25 kg. Alhamdulillah, sihat!


Jantina baby Lelaki. HERO!!


Waktu kelahiran 10.43 pagi.


Hari kelahiran 25 Jun 2011




Wajah baby nan putih mulus suci lagi murni.....




Nur: Anak buah pertama, cucu pertama dan cicit pertama. Anak pertama???=p

23 June 2011

Begitu Banyak Cerita

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hajat di hati banyak yang ingin diceriterakan di sini. Namun, kudrat dan ketahanan yang sedia ada tidak memungkinkan segalanya diceriterakan di sini. 

Aigoo... Dok wat bunga-bungaan di sini gaya ada yang sudi menyuntingnya sahaja. Ahaks! Udah mengarut tu jang oi. Esok nak kerja. Bawak-bawak la masuk tidur. Moga mimpi nan indah menemani tidurmu malam ini. InsyaAllah. NEVER LOSE HOPE.

Satu ceritera pelbagai rasa. Menoktahkan segala duka dan lara. Barangkali ada keajaiban yang bakalan dilihat dalam sedikit masa lagi. Kuasa Allah, tiada yang mampu menidakkannya.



Nur: Benarkah itu kamu? Apakah mimpiku di pagi hari?

09 June 2011

Aci Tak?

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Yay! Saya dah update. Sekian. =p













Nota: Aci la kan? Ngee~

18 March 2011

Ringkasan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Wah! Lamanya aku tak update blog ni. Hampir dua minggu rasanya. Bukannya apa, ketandusan idea dan kehabisan 'tajamnya mata penaku' dalam mencoretkan isi hati yang terpendam sekian lamanya. Cewwah! Bahasa nak bunga-bunga.

Status terkini:

Masih penganggur terhormat yang menanti panggilan dari temuduga sebelum ini.


Mood:

Suam-suam kuku. Kejap naik. Kejap turun. Up and down.

Sekian untuk update mengisi kekosongan blog ni dengan entry baru. Ada yang rasa nak hempuk kepala aku dengan Spongebob ke? Ups! Jangan... Tak baik main kelapa tau. Dosa....



Nur: Moga yang terbaik untuk semua. Amin....

17 March 2011

Saat Lafaz Sakinah

By Fareast

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
 
Nur: Moga bahagia rumahtangga yang terbina itu berpanjangan hingga ke akhirnya...Amin~

08 March 2011

Hanya PadaMU

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hati berbolak-balik. Hidup tidak tenang. Sentiasa dirundung gelisah dan murung yang berpanjangan. Tiada yang menginginkan kehidupan sebegitu rupa. Ya Allah, hanya padaMu aku memohon. Hanya padaMu aku meminta. Perkenankanlah doa hambaMu ini. Hanya padaMu.

Tatkala kita perlukan teman untuk berkongsi kedukaan, tiada yang sudi menemani. Hanya padaMu ku mengadu. Hanya padaMu Ya Allah.

Ya Allah, Kau kuatkanlah aku dalam menghadapi pahit getir hidup ini
Kau mudahkanlah urusan sehari-harianku ini
Kau jauhkanlah aku dari keluh-kesah yang berpanjangan


UNIC: Lafaz yang Tersimpan

Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Nur: Semakin dekat ku menghampiriMu semakin dekat Kau menghampiriku

07 March 2011

Perhatian Buat Pemandu Wanita

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman...

Rasa terpanggil untuk berkongsi dengan kalian mengenai kisah ini khususnya buat kaum Hawa. Berhati-hatilah dengan hiasan dalaman kenderaan anda kerana ianya boleh menarik perhatian penjenayah yang semakin berleluasa sekarang ini. Selamat membaca dan mengambil iktibar darinya..


Sumber Dari Seorang Kawan:

Semalam, saya sampai ke ofis agak awal. Jadi saya duduk dululah dalam kereta sambil mendengar lagu. Tiba-tiba, terkejut saya apabila ternampak kereta peronda polis berhenti dibelakang saya. Dengan penuh gaya , seorang polis datang ke arah saya.

"Selamat Pagi, Cik Kak.."
"Errr selamat pagi"..jawab saya, dengan nada yang terkejut. Tahu yang saya nampak panik, polis tu tersenyum sambil berkata:

" Selalu ke ofis, memandu sorang diri ke?".

"Errr.. ya, saya sorang je. Apahal Encik..?"

"Beginilah, saya cuma nak menasihatkan awak saja. Awak tak buat kesalahan apa-apa, jangan takut. Cuma...macam yang kita semua tahu, sekarang banyak betul berlaku gejala ragut, rogol, cederakan, bunuh..berlaku kepada wanita. Orang-orang yang tak sihat ni, selalunya akan perhatikan dulu mangsa mereka, beberapa hari sebelum dia nak mengganas".

"Saya nasihatkan awak, jangan terlalu menghias kereta yang boleh menggambarkan sesebuah kereta kepunyaan wanita. Kalau boleh, anak-anak patung dan bunga-bunga, jangan diletak didalam kereta. Biar 'mereka' susah nak membezakan kereta lelaki dan kereta wanita. Lagipun hiasan anak-anak patung ni memang menjadi pemikat kepada mereka-mereka yang suka bersembunyi dicelah kereta, terutamanya dikompleks-kompleks beli-belah untuk mencari mangsa. Sebab mereka tahu, hanya wanita saja yang suka menghias kereta dengan anak patung nih".

"Banyak kes ragut di tempat parking, mendapati penjenayah berada ditepi kereta mangsa, beberapa minit, sebelum mangsa sampai. Dan salah satu cara mereka nak tahu kereta tu milik wanita atau lelaki, ialah melalui keadaan dan rupa dalaman kereta itu. Jadi berhati-hatilah, jaga diri baik-baik". kata polisi itu lagi sebelum berlalu.

"Terima Kasih encik.." jawab saya, bertambah-tambah pucat. Errrrrrrr.... betul jugak. Tiba-tiba terus perasaan takut menjelma.Sebelum ni tak ada pulak. Memang tak terfikir saya sebelum ni, yang hiasan kereta juga mengundang bahaya.

Hmmmm... nampaknya Hello Kitty, Pooh dan kawan-kawannya tak boleh lagi berjalan-jalan bersama Kancil saya. Kena duduk kat rumah aje.

Moral of the story:
Hiasan kereta bukan saja menarik kanak-kanak, tetapi juga menarik penjenayah!!

Nur: Dunia sekarang semakin menakutkan...

Tentang Cinta

“Mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” ~Hendrick~

Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir… ~Us. Pahrol~
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Tentang cinta. Oh! Tajuk yang pada hematku sudah cukup lali bagi gologan muda-mudi sekarang. Pagi tadi, tergerak untuk buka laman blog Ustaz Pahrol. Entry terbarunya juga tentang cinta. Anda frust bercinta? Pernahkah anda rasa kecewa dalam percintaan? Jika ditanya pasti ada yang menjawab ya. Mana mungkin di kalangan anda tidak pernah bercinta. 
Cinta itu lahir dari kasih-sayang. Oh! Haruskah aku mengupas tentang cinta ini? Tidak perlu rasanya. Minggu hadapan, seorang teman akrabku bakal menamatkan zaman bujang dan menempuh alam berumahtangga. Ya! Iri hati itu pasti muncul jauh di sudut hatiku. Namun, aku percaya pada rencana Allah yang telah ditetapkan olehNya. Saat itu pasti akan tiba.
Buat Nurul Husna binti Md Nor,
Tahniah buat hang. Akhirnya hang berjaya juga menamatkan zaman bujang hang dengan pilihan hati hang. Aku kagum dengan keberanian dan ketabahan hang sepanjang tempoh itu. Moga berkekalan hingga ke akhir hayat. Selamat menempuh zaman baru. ^^, 

Barakallahulakuma Husna & Azizan

Nur: Saatnya akan tiba. Pastikan tiba. Berdoalah kepadaNya, nescaya akan diperkenankan...

03 March 2011

Ujian Dari Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Apa khabar kalian pada hari ini? Moga sihat dan ceria-ceria selalu. Sedar tak sedar kita telah melangkah ke bulan Mac. Satu perempat daripada tahun 2011 telahpun berlalu. Apakah hari-hari yang telahpun kita lalui itu terisi dengan aktiviti yang berfaedah? Apakah hari-hari tersebut berjaya menambahkan rasa keimanan dan taqwa dalam diri kita pada Allah s.w.t? Renung-renungkan dan muhasabahlah kembali.

Ujian dari Allah. Tajuk entry kali ini. Ujian apakah yang menyebabkan aku terkedu dan terkesima sebentar? Ingat lagi tak dalam entry aku sebelum ini aku mendapat panggilan interview yang ke-2 untuk bertemu dengan big boss? Ya! Perjalanan pergi kami alhamdulillah dipermudahkan Allah. Tiada apa yang berlaku. Aku bersyukur kerana Allah melindungi perjalanan pergi kami. 

Kami yang dimaksudkan adalah aku dan teman karibku di waktu sekolah rendah Hiisma. Aku berterima kasih padanya kerana sudi menemani aku ke tempat interview di KL. Bukanlah aku tidak berani untuk pergi seorang diri. Tapi, jika ada yang dapat menemani lebih baik dan kekuatan itu akan berganda. Al-maklumlah seorang perempuan.

Alhamdulillah, interview berjalan dengan lancar. Beberapa soalan yang ditanya menyebabkan aku sekali lagi terkedu. Namun, rasa kagum dengan soalan yang diajukan. Kerana belum pernah lagi aku diinterview dengan soalan sebegitu rupa. Harusnya aku jua menarik nafas lega kerana berada dalam komuniti yang mana mementingkan apa yang disuruh dan apa yang dilarang. Moga-moga aku bakal terpilih untuk menjadi sebahagian daripada komuniti itu.

Ditakdirkan masa pulang dari KL, kereta temanku 3 daripada 4 tayarnya pancit. Ya Allah. Ujian apakah ini yang Kau cuba berikan pada kami. Mungkin ada jua silap kami di situ yang mana pakcik-pakcik teksi di situ mengatakan kamu parking kereta 'bersepah-sepah'. 

Awalnya, temanku kata nak bawa jugak kereta ke stesen minyak berdekatan untuk pam tayar. Tapi, pak cik teksi di situ memanggil-manggil kami dan mengarahkan kami berhenti. Bahaya katanya. Sedih dan pilu. Rasa bersalah juga ada. Tapi, bila memikirkan balik dah takdir Allah perkara itu nak berlaku.

Setelah hampir 30 minit cuba untuk menghubungi kenalan-kenalan yang ada, akhirnya temanku mengambil keputusan untuk pergi ke rumah pak ciknya yang berdekatan untuk pinjam kereta sekaligus mencari jalan penyelesaian. Habis satu kota PJ kami pusing untuk mencari kedai tayar yang boleh menyelesaikan masalah yang kami hadapi.

Di tengah-tengah kesibukan mencari kedai tayar, sekali lagi kami diuji. Temanku baru menyedari kunci keretanya ini hilang. Ya Allah. Apakah ujianMu seberat ini yang Kau pikulkan kepada kami? Aku cuba mengingati balik antara tempat-tempat yang mungkin ada kemungkinan untuk kuncinya tercicir. Di rumah pak ciknya tiada. Di kedai tayar yang disinggah juga tiada. Aku teringat sesuatu. Mungkin dalam teksi yang kami naiki semasa pergi ke rumah pak ciknya.

Kami kembali ke LRT Taman Jaya setelah tidak berjaya menemui kedai kunci yang dikatakan itu. Terus aku bertanya pada pak cik- pak cik teksi yang semakin ramai berkumpul di situ. Lega! Satu perkataan yang aku mampu ucapkan. Ada pak cik yang mengenali pak cik teksi yang kami maksudkan. Terus diberikan nombor telefonnya.

Ketika ini, abang aku dah sampai. Awalnya temanku ini menyuruh aku pulang dahulu. Aku enggan pada awalnya kerana risau meninggalkannya sendirian. Tapi, akhirnya aku mengalah apabila dia memberi jaminan bahawa dia akan pulang ke rumah pak ciknya dahulu sementara menanti jam 5.00 petang yang mana ada kedai tayar yang boleh selesaikan masalah tayar pancit itu. [cuma pukul 5.00 available]. Ditakdirkan waktu tu hujan dah mula turun. Mahu tidak mahu, aku turuti jua kata temanku ini.

Sekitar jam 6.00 petang aku menghantar SMS pada temanku ini. Dia reply kata Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Kunci keretanya juga dijumpai oleh pak cik teksi yang kami naiki semasa ke rumah pak cik temanku ini. Lega! Tapi, aku masih risau kerana dia seperti belum pulang ke rumah.

Jam 10.00 malam sekali lagi aku mesejnya bertanya berada di mana. Katanya baru sampai di muka pintu rumah. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusannya. Sedikit sebanyak rasa bersalah semakin berkurangan. Namun, aku bersyukur kerana aku menghadapi dugaan ini dengan temanku yang berjiwa kental dan mempunyai ketenangan yang tinggi. Jika aku ditempatnya, dah mati kutu dibuatnya. 

Nur: Moga segala urusanku dan urusannya dipermudahkan....

Nota untuk awak:
Semakin jauh awak dari ingatan saya. Saya lega. Awak dekat tapi jauh sebenarnya. Saya tahu dan sentiasa tahu, jawapannya tetap sama. Tapi, saya percaya dan akan terus percaya dengan ketentuan Allah s.w.t.

26 February 2011

Kisah Si Cerdik Bongsu

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Rasanya dah lama aku tidak adakan entry bercerita tentang kisah riang gembira bersama-sama kanak-kanak ribena a.k.a Ahmad Syamim adikku yang bongsu itu. Oh.Oh. Budak itu sudah makin besar dan sudah pandai mintak macam-macam. Juga sudah semakin bijak ingin mengikut apa yang abang-abangnya lakukan. Tapi, satu yang aku kagum tentang budak kecik ini, kerja sekolah tak pernah disuruh untuk buat. Mesti akan buat sendiri tanpa diarahkan. Sedia tahu tugasnya sebagai murid.

Aku ingat lagi satu hari tu, dia beli gam, fail dan juga pembaris di Mydin Mart. Sengaja abah beli di sana dalam bentuk bundle. Tentunya harga lebih murah dari biasa. Lantas abah menyarankan agar bakinya dijual pada rakan-rakan sekolahnya dengan harga RM0.50 setiap satu barang.

Petang tu aku cari barang kat dalam bilik. Sebelum tu aku baru je tolong taip kerja mama kat komputer rumah. Elok aku habis cari barang, Amim pun selesai buat kerja meng'iklan' dia. Waktu tu aku masih tak perasan lagi 'iklan' yang dah siap dibuatnya. Aku terus menyambung kembali kerja menaip hingga selesai. Kemudian, aku turun bawah nak tengok Amim dok watpe. Owh! Tengah mencari sesuatu dalam begnya. 

Aku ternampak kertas 'iklan' itu. Wow! Hebat jugak adik aku ni. Lihat gambar di bawah untuk kertas 'iklan' yang dibuat.


Yang bestnya nak dijadikan cerita dia pergi print sampai 15 keping. Apa lagi aku pun 'berangin kus-kus' la sekejap. 

"Awat Amim pie print sampai 15 keping?" soal aku pada Ahmad Syamim.

"Kawan Amim ada 15 orang," perlahan dia menjawab.

"...." mati kata aku dibuatnya.

Ni keadaan selepas kena marah dengan aku. Tidur petang satu perkara yang amat 'sukar' dibuatnya. Mana taknya, ada je akalnya nak buat orang sebut nama dia. Aish. Adikku sorang ni.



Nur: Si Bongsu ini makin cerdik dan panjang akalnya. Moga jadi budak baik adikku sayang. ^^,

Life Is Not Easy

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...


Life is not easy. Tajuk entryku kali ini. Bukan mudah hidup yang telah aku lalui sebenarnya. Tapi, tidaklah bermakna selamanya sukar. Adakalanya suka menjelma. Adakalanya duka menemani diri. Adakalanya diri ini berada di tangga teratas dan adakalanya diri ini bagai tenggelam di dasar bumi bagai tidak kelihatan lagi.

Hidup. Tidak semudah yang dijangkakan. Yang hidup terus berusaha bagi meneruskan kehidupan. Demi sesuap nasi. Ada yang hidupnya hanya kais pagi makan pagi kais petang makan petang sudah cukup dan sentiasa dalam keadaan gembira. Ada yang hidupnya penuh dengan intan berlian dan emas permata, kereta mewah dan rumah besar, tidak sedikitpun merasakan ketenangan.

Jika tanya tentang aku? Hidup yang telah aku lalui ini, adakalanya di atas [gembira] dan adakalanya di bawah [berduka] yang mana ia normal bagi manusia biasa. Adakah manusia luar biasa di muka bumi ini? Entah. Aku tidak punya jawapan untuk itu.

Kadang-kadang kita merasakan bahawa hidup kita sudah tidak bermakna lagi. Namun, kita seringkali terlupa akan Pencipta yang mencipta kehidupan itu sendiri. Allah Ta'ala. Dia tidak akan bebankan kamu dengan sesuatu yang tidak kamu mampu memikulnya. Dia telah punya aturan yang sebaik-baiknya untuk diri kamu hingga kamu tidak menyedari betapa banyaknya ni'mat yang telah kamu perolehi tanpa disedari.

"Ya Allah, andai benar inilah aturan hidupku, Kau permudahkanlah jalan bagi aku dalam mengecapi erti kehidupan sebenar setelah tamat pengajianku ini. Tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan dan petunjuk dariMu Ya Allah."

Nur: Ya Allah, permudahkanlah dan perkenankanlah doa hambaMu ini...Amin~

24 February 2011

Hari Ini Punya Cerita

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hari ini punya cerita. Hari ni aku ada interview di Eon Bank. Aigoo. Interview lagi dan lagi. Entah bila mahu sangkut kerja." Ya Allah, kurniakanlah rezeki yang baik buat hambaMu ini. Permudahkanlah jalanku dalam mencari rezekiMu yang halal di dunia ini. Tunjukilah aku jalan yang memudahkan semuanya. Perkenankanlah permintaan hambaMu ini Ya Allah..."

Sekali lagi abah yang hantar ke tempat interview. Mulanya, ingat nak pie sendiri. Cet! Konon la berani sangat dengan jalan KL ni. Konon-konon dari agent yang gitau nampak macam senang je cara nak pie Eon Bank yang kejap kata Jalan Raja Chulan, pastu Jalan Raja Laut dan akhirnya Jalan Sultan Ismail. Entah mana satu aku pun tidak pasti. Haila.... Lega! Abah yang hantar pie sana. Kalau tak mahu terkulat-kulat aku dibuatnya. Mau tercabut kaki jalan.


Aku sampai kat bangunan Eon Bank tu dekat jam 9.45 pagi. Dok tawaf cari pintu masuk utama nak pie tingkat 16 (bahagian Sumber Manusia). Tak jumpa. Akhirnya mengalah juga tanya guard kat situ. Sebenarnya, bukan tak jumpa, cuma agak was-was sedikit keadaan di situ. Cuak pun ada. Gerun pun ada. Waaaaa....Berani ke aku nak kerja kat KL ni? Cam tak caya je. Huk.Huk.

Ting. Tong. Naik lif sampai tingkat 16. 

Wow! Ramainya orang. Terkesima sekejap. Terus aku tegur seorang gadis yang ayu berbaju kurung tersandar di tepi pintu. Ngee. Bahasa. Nak bunga aja kan! Hehe. Aku pun tanya la ni tempat interview ke? Dia nak pie interview sebagai apa semua. Dari mana. Course apa dulu. Eh! Aku pulak yang interview diorang. Hehe. Alamak! Baru ingat, gambar pasport aku dah tak dak. Means habis! Aigooo.. Tiber~

Tak berapa lama tu ada seorang Chinese, staf di situ tanya pasal kami mohon jawatan apa. Aku pun cakap la Collection Officer. Huh. Huh. Cuaknya nak kena interview. Then, dia mintak resume sijil dan sebagainya untuk dibawa masuk ke dalam. Kemudian bermula sesi interview. I'm the last person been interviewed at that time. Kesian kat abah tunggu lama.

Abah cakap siap dah round 2 kali dan perhatikan cara orang KL bawak kereta macam mana. Aigoo. Sampai camtu sekali abah tunggu aku habis interview. Pastu, abah kata last-last masuk parking dan pergi lunch dulu kat Food Court Jalan Raja Laut. Waktu abes interview, abah cakap abah ada kat sana. Mujur. Mujur aku dah round satu bangunan jadi tak la rasa pelik dan tahu katne food court tu. 

Agak-agak, dengan keadaan tukar LRT dua tiga kali, sanggup ke aku nak kerja kat situ. Mau penat dan stress dibuatnya. Hmm...Think. Think. And think again Najat! 

Berita gembira hari ni, dapat call from Ambank for second interview. Might be this time meet the big boss. Waaa......SERAMNYA...Kawan-kawan, doakan daku berjaya dalam interview kali ni. Moga Allah permudahkan jalan bagiku dalam mencari halatuju kehidupan yang dicari. Amin~

Nur: Ya Allah, padaMu aku memohon. PadaMu aku meminta. Perkenankanlah....Amin~

22 February 2011

Cerita Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Yay! Akhirnya aku update juga blog ini. Tajuk pada entry kali ini adalah cerita hari ini. Aigoo. Cerita apakah yang aku nak khabarkan pada kalian gamaknya. Macamlah aku ni artis ataupun selebriti yang hari-hari orang nak tahu updates. Tak perlulah rasanya kan? Siapa setuju, angkat tangan! Hah! Siapa angkat tangan, cepat! Derma sorang seringgit kat aku. Al-maklumlah aku sekarang kan penganggur kehormat. Eheh!

Hari ni, aku ada interview di Menara Ambank yang bertempat di Kuala Lumpur melalui sebuah jalan yang telah dinamakan Jalan Yap Kwang Seng. Aigoo. Ni karangan budak darjah berapa ni? Hehe. Hah! Sebut perihal karangan, aku baru je lepas tanda karangan surat kiriman rasmi anak-anak didik tuisyenku. Macam-macam gaya bahasa yang aku jumpa. Aish. Ponin kepalo eden dibueknya. [ups! orang negeri 9 takmo marah ya I speaking nogori. Eheh!]

Kembali ke cerita asal. Cerita hari ini. Seawal jam 12.15 abah dah amek kat rumah. Mama pun join sama sebagai penguat semangat. Kebetulan mama masih lagi dalam MC. Jadi, dapatlah teman anak bujang perempuannya ini pie interview. Cuak daku! Dok asyik call salah sorang dari teman matrikku yang me'refer'kan aku pada ex-bosnya itu.Kalau ikutkan, sepatutnya, interview ini untuk department lain. Tapi, memandangkan ada kekosongan jawatan di situ, tu yang aku dipanggil interview. 

Sampai kat Menara Ambank sekitar jam 1.00 tengahari. Wow! Sangatlah awal. Menunggu hampir 1 jam. 5 minit lagi sebelum pukul 2.00 petang, aku dipanggil masuk ke department yang berkenaan. Duduk dan isi borang maklumat pekerja. [normal bagi mana-mana tempat interview] Oh! isi borang adalah kelemahan aku. Banyak dan macam-macam yang aku tidak berapa nak tahu. Jadi, hentam sajalah labu. Mujur. Mujur staf yang memanggil aku masuk tu cakap kalau ada apa-apa yang tidak faham boleh tanya. Dua kali gak la aku merebut peluang itu.

Usai aku mengisi borang, aku diberi satu helai kertas dan disuruh membuat karangan. Aigoo. Aku bab-bab karangan ni sedikit lemah. Aku pun men taram je la current issues yang aku agak minat untuk discuss iaitu isu kenaikan harga minyak disebabkan pergolakan di Asia Barat. [thanks to Kak Aida coz sedikit sebanyak memberi idea pada saya dengan perbincangan malam tu. Alhamdulillah] 

Elok habis 10 minit, satu lagi kertas soalan menyusul. Analytical question. Waa. Rasa cam nak nangis je jawab soalan yang susah dalam masa 15 minit. Sempat baca sekali lalu dan terus pilih betul atau salah.Terketar-ketar tangan jawab soalan. Tamat 15 minit, 3 soalan tak habis jawab. Apa lagi men taram je la konon-konon dah baca soalan itu. Oh! Pengalaman ini sangat baru bagi diriku.

Habis jawab semua soalan, tibalah sesi interview. Ni pun cukup lama. Soalan demi soalan bertubi-tubi diajukan. Abes berbelit lidah aku jawab dalam Bahasa Inggeris. Ada sekali aku tercakap Melayu, terus say sorry and salah sorang dari interviewer cakap takpe. Oh! Memang aku harus mempraktiskan Bahasa Inggeris yang dipelajari dari segi pertuturan. Kalau tak, habis tergulung-gulung lidah ni hah dibuatnya.

Ada la dalam 30-40 minit aku diinterview. Rasa cam stress sangat bila kena interview dengan 3 orang ahli panel serentak. Sebelum ni hanya 2 orang je yang interview. Sampaikan interviewer sendiri perasan yang aku agak stress dengan situasi semasa diinterview. At the end of interview session, kena jual diri kenapa company kena memilih anda sebagai salah seorang dari employee mereka. Wah! Terkedu aku seketika. Tak tahu camne nak buat. Fikir. Fikir. Fikirrrrrrr!! Terus aku jawab 'saya boleh memberikan 300% komitmen pada company'. Entah ayat siapa aku pinjam.

Bila time kena 'jual diri' tu, tiba-tiba teringat satu masa aku diinterview untuk join Steadfast. Yakinkan kami kenapa anda yang harus kami pilih sebagai ahli Steadfast. Wah! Sebijik! Tapi, tu adalah alam persatuan. Yang aku kena buat tadi adalah alam pekerjaan. Dua situasi yang berbeza. Apapun, semoga keputusan interviewnya baik-baik aja. Akan teruskan aktiviti pengangguran selama 2 minggu lagi. [tempoh jawapan diberikan]

Nur: Ya Allah, perkenankanlah...