29 September 2010

"Contest teka duit syiling 50 sen"



Me nak join this GiveAway. Due 30 September 2010. Wish me luck okay. ^___^

7 x 7 x 4 x RM 0.50 = RM 98


Wanna join this too visit HERE

Aku Hepi - Part 1



Hari ni aku hepi. Sebab apa aku hepi? Banyak sebab. Meh aku cite satu demi satu okay? Tapi, janji dengan aku, baca sampai abes. Tak kira, kalau tak baca sampai abes, aku nak majuk kuat-kuat. Janji tau! Tade. Tade. Aku tau korang tak baca sampai abes punya. Macam ni la. Cepat hulur jari kelingking korang. Okay. Macam tu. Ya betul. Pastu rangkaikan jari korang dengan jari aku. Aip! Yang laki tak boleh buat macam ni. Yang laki korang kena cop jari atas kertas. Hulur ibu jari ala-ala time korang nak bukak buku akaun bank tu. Okay. Stamped. [sambil buat muka puas hati sangat]

Pagi tadi aku bangun awal. Tu pun nak cite ke? "Ada mak Minah kesah," kata mak Amin. Korang tak kesah takpe tapi, aku sangat kesah okay. Sangat kesah. Sebab aku ada kelas pagi-pagi buta time korang sibuk tarik selimut mengerekot macam udang tu. Ish. Ish. Cikgu aku kata " Sape yang lambat bangun pagi, nanti lambat kawen." Alaa. Cikgu ni. Macam tau-tau je bila balik rumah aku qada' tido. Haruslah bangun lambat kan. Kat sekolah banyak je agenda tak nak bagi aku tido. Eeii. Geram betul.

Sambung balik. Baru aku perasan, sekarang ni aku suka nak bebel macam-macam. Takmo sedih-sedih dah. Pie men jauh-jauh kata aku kat En. Sedih. Nape En. Sedih. Eh. Suka hati aku la. Banyak pulak soal korang ni. Banyak betul tanya. Eeii. Geram.

Sebab korang dah janji nak baca sampai abes, aku pun janji takmo bebel dah pasni. Pagi tadi aku berperang dengan tilam dan bantal kot. Susahnya nak bangun pagi. Aha! Kantoi di situ. Ish korang ni. Macam la tak biasa kan? Aku tau korang pun macam ni jugak. Ala. Takyah nak tipu la kan. Aku makan garam dulu dari korang. 

Hari ni aku ada individual presentation. Presentation ke present tension? Ehehe. Pun boleh kan. Kan. Layan je la. Seyes aku cakap aku prepare suam-suam kuku je. Maksudnya aku prepare tapi macam tak prepare. Gerun tau. Korang apa tau! Ish. Ish. Aku tahulah korang sume hebat-hebat belaka macam sasterawan negara tu. Jadi, tak perlulah nak kutuk-kutuk aku. Eeii. Geram.

to be continued . . .

27 September 2010

Run for Your Life!

Every kilometre you sync to Nike+ from now till 31 Oct will contribute to Kuala Lumpur's standing in the KL vs SG Challenge. Prizes include Nike iD shoes and Apple products.


The city with the most kilometres by 31 Oct will win a US$30,000 donation from Nike for their respective charities. Runners in Kuala Lumpur will raise funds for Hope Worldwide Kuala Lumpur while runners in Singapore will run to earn a donation for Singapore’s Children’s Society.


NIKE CITY 10K KUALA LUMPUR


To celebrate this challenge, we will be hosting a physical race in each city. Sign up for the race now and get 50% off your Nike+ Sportband!.


DATE: 10 Oct 2010 (Sunday)


TIME: 7am onwards


VENUE: Kuala Lumpur City Centre


CATEGORIES: 5KM & 10KM


REGISTRATION FEE:


RM10 (24 YRS OLD AND BELOW AS OF 10 OCT 2010)
RM50 (OPEN CATEGORY - MEN'S & WOMEN'S)





Nota 1: Menariknya aktiviti ni. Run for your life. Eheh! Hadiahnya....Masyuk!! $,$...

Nota 2: Ada siapa-siapa yang berminat nak join tak? Segan pulak kalau sorang-sorang. Tapi, hari ni ada kawan sekolah merangkap kawan sekelas masa sekolah kahwin. Mestilah pergi majlis kahwin kan? Amek berkat. Nanti boleh aku kahwin pulak pastu.

Nota 3: Teringat larian yang aku join masa sekolah dulu. Aish! Kenangan sungguh.

Aku check untuk registration tadi, tiba-tiba jawapannya mendukacitakan. Sob. Sob.


V
V
V
V


Nur: Plan elok-elok untuk masa depan. Hoyyeah!

Last Week For OSK Investment Challenge

Hari ni hari Isnin. Tahu.

Minggu ni minggu akhir untuk OSK Investment yang aku dok selalu cite ni. Hope untuk last week ni berjaya capai 3k. Moga-moga.

Buka-buka blog tadi kuar iklan OSK ni. Pasni dah takde dah iklan ni sebab challenge ni tamat 1 October 2010 means hari Jumaat ni. Untuk yang join game ni, jom berusaha bersama. 25k hadiah tu memang jauh untuk dicapai. Apapun tahniah pada juaranya in advance. Nanti bila dah tahu siapa, aku cerita lagi ya.


Nur: Pagi ni pukul 10 pagi mid-term Investment Analysis. Doakan saya.

25 September 2010

Pengakuan Berani Mati!

Assalamualaikum dan salam penuh senyuman.. ^__^



Hari ni tiba-tiba aku nak buat pengakuan berani mati. Hah?! Agak-agak apa yang aku nak buat pengakuan tu eh? Pernah tak korang satu hari tu, korang ada tak puas hati dengan seseorang, lepas tu korang tulis surat panjang-panjang (kalau korang jenis yang rajin karang la macam aku ni) kat orang yang korang tak puas hati tu? Tiba-tiba aku teringat satu kisah benar dan pengalaman aku sendiri. Haha. Bila diingat balik macam kelakar pun ada, macam budak-budak pun ada. Biasalah, zaman kanak-kanak ribena.

Seingat aku kisah ni berlaku masa aku form 5 tak silap aku. Ada sorang mamat yang perasan diri dia bagus dan suka nak angkat bakul masuk sendiri dan perasan hebat (hamek ko! berbakul-bakul aku buat dosa), buat aku tiba-tiba rasa bengang yang teramat. Mungkin sebab aku sebab aku tak suka atau anti dengan budak ni kot yang buat aku macam tu. Ganas gak aku ni rupanya kan?



Sambung balik.



Hari tu ditakdirkan mamat ni kena sampaikan tazkirah ala-ala public speaking time pagi perhimpunan hari Jumaat. Ye la. Dah dia wakil ketua pelajar untuk minggu tu (sekolah aku panggil mawas pengawas semua ketua pelajar), dia pun bagi lah ucapan ala-ala pidato gitu. Aku pun tak ingat pasal apa. Nak dijadikan kisah entah kenapa tiba-tiba aku melenting dengan mamat ni punya syarahan pagi tu. Bukan aku sorang je yang kata naik darah mendidih-didih, ramai je lagi yang buat muka tak puas hati dengan mamat ni.

Tup. Tup. Kebetulan hari tu, minggu kami pulang ke rumah. Aku apa lagi, nak blackmail orang pun kena la jaga keselamatan sendiri. Balik rumah je aku sibuk mengadap komputer dan mulalah aku karang surat tak puas hati aku. Dalam isi tu aku bebel la macam-macam. Aku cakap apa yang ko kata tu memang betul, tapi ko tak boleh buat macam tu. Biasa la lelaki, kena puji melangit dulu. Mana boleh tiba-tiba kutuk tindakan diorang tu. 

Habis je aku puji, aku mulakan tazkirah aku. Tak silap aku berkajang-kajang panjangnya. Mahu 4 ke 5 muka surat surat tak puas hati aku tu. Hamek ko! Puas hati aku dapat luahkan semua yang aku pendam time mamat tu dok sibuk syarah kat depan. Hah! Aku tahu, korang mesti nak tahu camne aku bagi kat mamat ni kan?

Dah nama pun surat layang kan. Hari Isnin pagi-pagi buta, aku dah panjat tangga naik kelas aku. Takde la buta sangat pun. Dalam jam 7 pagi camtu. Sebab nak hantar surat layang punya pasal aku pecah rekod pergi sekolah awal. Kalau tak, jangan haraplah. Lagi KP tak buat annoucement gate nak tutup, lagi tu aku lepak santai kat bilik. Aku ni degil sikit orangnya. Tapi, sedegil-degil aku, tak pernah lagi kena panggil dengan cikgu disiplin tau! Cikgu-cikgu sayang kat aku. ^^,

Sampai sekarang aku rasa mamat tu tak pernah tahu pasal siapa yang bagi surat layang tu. Takdelah surat layang mana pun. Dalam tu aku siap bagi kisah teladan lagi tau. Takyah dia susah-susah nak cari. Baik kan aku?

Bila aku ingat-ingat balik, cam apa je zaman kanak-kanak ribena dulu. Time mamat tu baca aku tahan gelak. Mana taknya berkajang-kajang panjangnya dia kena baca. Nak pulak tu, habis kawan-kawan yang lain sibuk nak baca. Hamek ko! Habis aku 'basuh' dia. Sekarang ni apa cerita mamat tu aku malas nak amek pusing. Bukan penting pun. Yang pasti, aku tak buat salah. 

Nur: Satu-persatu kenangan menyinggah memori...

23 September 2010

Mom & a Journey Called Life 1st GA




Di bawah ni syarat-syarat. Sangat senang. Macam makan kacang je. Hehe.


Tunggu apa lagi? Jom ramai-ramai sertai.  Tarikh tutup GA ni 11 Oktober 2010. ^ ____^

Sape Nak Hadiah Free?

 
Assalamualaikum dan salam ceria semua.. 

Hari ni aku nak sibukkan diri dengan wat entry contest yang dianjurkan Nadia.
Tengok gambar kereta merah ni teringat lagu..ehm..ehm..betulkan suara jap coz nak nyanyi ni..

"Bapaku pulang dari kota
Bapaku beli kan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah

Pon..Pon..Pon.."

Jadi tunggu apa lagi kawan-kawan? Nak hadiah ferrari free, jom join Giveaway dari Nadia ni kat SINI. Mari. Mari. Kita bergembira dengan naik kereta merah. Yay! ^___^


Kat sini nak tag Cik Macy, Cik Jari dan juga Aki. . .

22 September 2010

Cabutan Bertuah Manjaku Sayang




Happy birthday adik Aleeya. [walaupun lambat]
**Birthday adik Aleeya sama dengan adik kakak. *wink2*

Kawan-kawan jom join cabutan bertuah ni di SINI. Tarikh tutup 30 September 2010.Comelnya hadiah tu. Ada rabbit. Siapa suka rabbit angkat tangan! ^____^

Untuk Adik Aleeya, masa buat cabutan nanti jangan lupa pilih akak tau! Sayang adik Aleeya. Ngee.. Semoga adik Aleeya menjadi anak yang baik, dengar kata mama tau! Jangan nakal-nakal. Bila dah besar nanti, belajar rajin-rajin tau! Nanti boleh Aleeya buat cabutan bertuah pulak gantikan mama Aleeya. Hehe..=)

Nur: Moga-moga bertuah! =)

Miss Zahidah: Contest Teka & Menang

Jom main teka & menang anjuran Miss Zahidah..Yay! ^___^
 
Sila teka harga barangan di bawah:
A) DKNY Be Delicious Eau de perfume spray 100ml = RM______
B) Pop Soda White Jean = RM______
C) Pop Soda Black T-Shirt = RM______
Jumlah = RM______
 
Untuk lebih lanjut di SINI

Mama_Balqis 2nd GiveAway

Happy Birthday Mama_Balqis
Semoga berada dalam lindungan Allah sentiasa. 
Moga panjang umur dan murah rezeki.
Serta bahagia bersam yang tersayang.
GiveAway ni diadakan sempena ulangtahun kelahiran Mama_Balqis yang ke-26. Ianya berlangsung dari 21 September 2010 hingga 8 Oktober 2010. Apa tunggu lagi kawan-kawan, jom ramai-ramai meriahkan contest ni. ^___^

Nak tahu lebih lanjut masuk SINI. 

Nur: Teringat umur yang bertambah bulan Ogos yang lalu. Apapun masih Muda, Belia dan Remaja lagi...=)

Tudung Bling Bling - Lycra 2 Tones - Lycra Jalur untuk dimenangi sempena Aidilfitri!!!

Assalamualaikum semua..

Yay! Jumpa lagi hari ni. Semalam aku sibuk cerita pasal akunya mid-term result. Hari ni aku nak cerita pasal  1st GiveAway by ScarfBlingBling ni. 

Scarfblingbling nak hadiahkan pada kawan-kawan:Tudung blingbling, Lycra 2 tones & Lycra jalur. Bestnya. ^_____^

Nak tahu lebih lanjut melawat di ScrafBlingBling Cepat2! Tinggal 2 hari je lagi. 24 September tuan rumah dah tutup pintu tak bagi beraya. Hehe.


Saya suka membeli belah di http://scarfblingbling.blogspot.com/ kerana ada
"Tudung Bling Bling - Lycra 2 Tones - Lycra Jalur" untuk dimenangi sempena Aidilfitri!!!


Memandangkan ScarfBlingBling minta slogan, kat sini aku nak cipta slogan:

"ScarfBlingBling- Pilihan Muslimah Untuk Kekal Anggun Bergaya"

5 Rakan-rakan yang ditag:

Cik Ada
Cik Nonie Agnes
Cik Maya
Cik Wani
Cik Yati

Nur: Blingbling...=)

21 September 2010

OSK Investment Challenge & Cerita Student

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar tak sedar OSK Investment Challenge ni bakal berakhir 1 Ocktober iaitu pada  hari Jumaat minggu hadapan. Ini bermakna aku mempunyai masa kurang dari 8 hari sahaja untuk mencapai target 3k itu. Entahkan berjaya entahkan tidak. Apapun, pada aku sebenarnya melabur ni macam nasib-nasib jugak. Bak kata pepatah, untung sabut timbul untung batu tenggelam.(Betul kan?) Hah! Lebih kurang begitulah. Ada kalanya kita untung yang banyak dan adakalanya kita menanggung rugi yang bukan sedikit.

Setelah hampir 5 minggu aku masuk OSK Investment Challenge ni, apa yang aku dapat simpulkan ialah, kalau kita mahukan sesuatu itu tak boleh dengan membuta-tuli sahaja. Kita harus TAHU dan faham. 

Nak komen banyak tentang benda ni pun aku tak tahu-menahu sangat. Yang aku tahu hanya login dan beli jual sesuka hati aku. Untung sedikit tapi rugi banyak. Mujurlah RM100k tu hanyalah virtual money. Andai kata duit sebenar, agaknya berapa banyak kerugian yang dah aku tanggung. 

Dalam kelas pun sir aku tak sentuh dah pasal game ni. Tapi, at the end aku percaya sir akan tanya juga berapa orang berjaya capai target RM3k yang disasarkan. Aku perlu usaha dengan keras untuk capai RM3k tu sebab markah subjek aku bergantung padanya. Doakan aku berjaya capainya dalam tempoh kurang 8 hari je lagi sebelum ianya berakhir.


***********************************


Cerita tentang aku hampir lambat ke kelas tadi, mujur aku sampai masa lecturer aku tengah sibuk distribute exam paper mid-term (Bank Marketing) hari tu. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan pencapaian kali ini. Moga ianya berterusan untuk kelas malam ni (Compensation Management). Mesti malam ni aku dapat mid-term exam paper juga. Berdebar-debar ni. Dup. Dab. Dup. Dab.

Oh! Untuk makluman, kelas aku hari Selasa dari seawal jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Nama pun pelajar yang berdedikasi dan berhemah. Eceh! Masuk lif tekan sendiri. Sekarang ni aku ada 2 lagi mid-term yang belum langsai hutang nak goreng-goreng jawapan. 

Operation Management - 25 September 2010
Investment Analysis - 27 September 2010

Mulai dari hari ini hingga exam habis, aku kena pulun baca buku. Senang-senang aku rebus je buku aku tuh. Minum airnya gerenti aku dapat full mark! Haha. Siapa pernah buat cara ni? Angkat tangan!

Kalau korang nak tahu, ni petua cikgu Geografi aku. Serius ni! Aku amalkan hampir tiap kali nak exam Geografi, aku sentiasa dapat A. Alhamdulillah. Eh! Korang nanti jangan nak rebus buku-buku korang pulak. Takkannya berjaya. Sebab teknik atau petua ni berkesan untuk aku je. Korang? Aku tak tahu la. Nak tahu hasilnya, cuba try test lah.

Nur: Saya suka hidup saya. Alhamdulillah...

Pergi Bercuti...Yay!!

Assalamualaikum semua..

Dengan ini aku umumkan, aku akan pergi bercuti. Ke mana? Aku tak tetapkan lagi destinasi percutian aku.

Jadi, dalam tempoh aku bercuti [tak tahu berapa lama] aku mintak korang jaga elok-elok 'rumah' aku ni. Kata lainnya, aku bercuti nak bawak diri. 

Cintaku putus di tengah jalan.
Kekasihku diambil orang.
Oh! Terluka sungguh hati ini.

Jap. Jap. Eh. Eh. Takde la. Aku tak gie mana-mana pun.

Saja mengarut hilang bosan and upgrade mood nak pie kelas. Haha.

Okaylah aku dah lambat pie kelas ni. Nak bersiap-siap ni. Kang marah pulak cikgu aku. Tak pasal-pasal kena berdiri atas kerusi. Daa~

20 September 2010

Ayuh Kembali ke 'Sekolah'...Ayuh!

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...

Setelah bercuti hampir 2 minggu lamanya kini aku kembali ke Taman Ilmu dan Budi yang tercinta. Lama tu cuti. Rasa mau beku otak dah. Pagi ni akan hadiri satu kuliah saja. Lepas tu, seperti biasa mari berdansa! Hehe.


Bila aku tengok ticker kat header blog aku, dah tak lama aku akan berada di Taman Ilmu dan Budi ni. Tinggal 1 bulan 3 minggu dan 4 hari je. Pejam celik. Pejam celik. Sayonara~


Sedih ada, gembira ada, risau ada. Bercampur-baur rasa itu. Tapi, sebelum aku nak rasa sedih, gembira dan risau, aku perlu FOKUS untuk beberapa perkara terlebih dahulu. Kata lainnya menikmati sisa-sisa usia bergelar pelajar di Taman Ilmu dan Budi.

Awal Oktober akan diadakan majlis konvokesyen di Taman Ilmu dan Budi ini. Seharusnya menyaksikan aku turut serta bersama rakan-rakan, namun atas sebab aku lambat sedikit, [penangguhan satu semester sebelum ini] aku hanya mampu menyaksikan sahaja mereka pergi dahulu. Sedih.

Masing-masing dah sibuk mengajak aku turut serta bersama mereka. Aku tak dapat bayangkan apa rasa aku pada hari keraian mereka. Wahai hati, tabahlah. Masa itu akan tiba.

Tak mengapalah. Hatiku kupujuk dengan kata-kata semangat. Majlis konvokesyen akan datang, aku akan diraikan pula.

Tiba-tiba aku bercerita tentang majlis konvokesyen ini bukan apa. Seorang dari teman 'kira bintang' aku yang kini bergerlar pensyarah nun jauh di Kuching minta bantuan untuk ambilkan jubah konvonya. Oh hati! Tabahlah. Sedih kerana jubah itu bukan untuk aku. Sob. Sob.

Cukup cerita konvo. Kembali ke sekolah seperti biasa. Beberapa perkara untuk perhatian. Beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Kata lainnya, banyak perkara. Report SC. Submission SC. Assignment. Mid-term. Wah! Mau pengsan aku kumpul semua dan langsai dalam satu masa. Memang aku 'cemerlang lagi terbilang'. Siapa suruh kumpul banyak-banyak. Bila nak due baru nak sibuk kan? Waa....

Perkara penting yang aku perlu buat hari ni, 

HANTAR BUKU YANG PINJAM KAT LIBRARY. 

Ooh! Rajinnya aku meminjam buku sampai dah DUE DATE tarikh pinjamnya. Hari ni, kalau aku tak hantar juga. Bakal didenda. Kata lainnya, duit akan keluar bayar denda. Noooo. Kecing. Kecing sekarang ni kena urus betul-betul. Sementelah aku sudah tidak lagi bekerja 'part-time', bahagian untuk 'berfoya-foya' dah tak ada. 

Minggu ni, ada Mid-Term Operation Management. Terpaksa ditangguh gara-gara dua mid-term bertindih. Cuti raya, buku pun cuti. Naik cuti, aku yang pening. Apapun, doakan aku agar segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.

Nur: Rasa. Bercampur-baur. Pahit. Manis.

19 September 2010

Belajar dan Mengenali

Bismillahirrahmanirrahim..

Puji-pujian hanya untuk Allah s.w.t. Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku kembali dengan JIWA + RAGA yang bersemangat. Emosi yang sihat. Benar kata orang, kadangkala kita perlukan waktu untuk memanjakan diri sendiri.

Mungkin ada antara anggota badan kita yang terlalu lama beroperasi menyebabkan letih dan kurang rehat. Apapun yang penting sebenarnya adalah kesihatan fizikal dan mental. Gabungan kedua-dua ini membentuk emosi. Emosi yang sihat akan menjana kehidupan yang sihat dan riang gembira.

Jangan kedekut untuk memberi masa untuk menggembirakan diri sendiri. Kerana hanya kita yang tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita inginkan. Dengan kata lainnya, kunci kebahagiaan terletak pada diri kita sendiri. Tepuk dada tanyalah diri apa yang kita mahukan.



Kadang-kadang, kita telah tetap dengan matlamat dan halatuju kita. Namun, semakin kita menghampiri matlamat dan halatuju itu, semakin goyah pendirian kita. Pentingnya prinsip memainkan peranan. Prinsip untuk dituruti dan dipertahankan. Namun, harus diingat janganlah prinsip yang dicipta akhirnya memakan diri sendiri.

Tak dinafikan terkadang, kita merasa apa yang kita inginkan itu sukar dicapai. Lalu, terciptalah satu perkataan yang membunuh semangat untuk mencapai cita-cita itu. MUSTAHIL katanya.

Dalam dunia ini, kata orang tiada yang mustahil. Semuanya terletak pada apa yang kita fikirkan dan impikan. Dari fikiran dan impianlah yang membentuk angan-angan dan akhirnya menjadi realiti. Di sini, ternoktahlah kata-kata MUSTAHIL itu. Biarkan ianya berkubur kerana impian dan cita-cita itu berjaya dicapai.

Gantungkan impian setinggi bintang di langit. Namun, iringkan dengan usaha seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk menyembah bumi. Jangan jadi seperti lalang yang terbuai-buai mengikut tiupan angin. Angin bertiup ke kiri, ke kirilah ia. Jika ke kanan, ke kananlah ia.

Selingan

Cerita 1

Amim: Jat, amekkan Amim cicap. Amim nak makan nasi dengan cicap.
Aku:  Bukan cicap la Amim. Che' ingat cicak apa. Kicap la. K.I ki, C.A.P, cap..Kicap.
Amim: Cepatlah Amim nak cicap tu. 
Aku: 'Haish adik aku ni. Orang sebut tak nak ikut.'

Cerita 2

Teringat ada satu hari tu, adik Amim ni sibuk nak pergi perpustakaan.

Amim: Abah, Amim nak pie pustakan.
Abah: Cuba sebut. Per. pus.ta.ka.an Perpustakaan.
Amim: Per.pus.ta.ka.an. Pustakan.
Abah: Cuba sebut lagi. Ikut abah. Per.pus.ta.ka.an.
Amim: Pustakan.
Setelah hampir 10 kali disebut akhirnya Amim berjaya menyebut perpustakaan.

Moral 1:  
Belajarlah dari orang yang mengetahui. Tahu bukan beerti setakat tahu, tetapi memahami apa yang diajarkan.

Moral 2: 
Bersabarlah dalam memberi tunjuk ajar pada orang yang tidak tahu.

Nur: Tiba-tiba teringat cerita Sabar tayangan TV3 pagi Syawal ke-berapa tah. 'Sikit punya.'

18 September 2010

Don't Read! I'm READ myself..

Bismillahirrahmanirrahim..

Aku tak tahu kenapa dan kenapa, 'rasa' itu menjengah kembali. Oh! I'm really hate this kind of me. Can I just be myself and don't even bother what other peoples said? Really, it does not about what people said that I care so much but it is about what I think that I care too much.

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati yang resah gelisah akan kembali tenang."

Otak ni dah berselirat dan berserabut dengan macam-macam. And suddenly I feel LOST. Really this was just not like me. Sukar untuk buat keputusan. Just a simple matter that I make it complicated. What happened to me actually? What are in my mind? 

If me myself cannot answered the question, will others know what to say? CONFUSED. 

You guys out there, why bother about me and why do you said that you care about me? Just leave me alone! Really, leave me alone was not a solution for my matters and problems. Do I only have a problem? You guys don't have it? Must kidding me if no one haven't face any problems.

Tiba-tiba aku rasa LOST. Lost sense of.....??

This was really like me. When I'm stressed, I throw out all things OUT. 

Ini memang aku. Bila aku tengah serabut dan serabai habis semua benda aku nak luahkan. Thanks coz aku ada Seindah Bicara Kasih yang boleh jadi tempat aku nak luahkan apa saja tanpa perlu risau apa orang kata. Again 'apa orang kata'. Tired of this word.

Aku rasa aku perlu cari titik tolak untuk usir rasa 'Lost' itu pergi sebelum parah. Come on! Only less than 2 months left. Aku perlu tetapkan hala tuju dan matlamat aku. Bukan baru nak tetapkan, tapi teguh dengan pendirian aku. 

I need support from all of you guys. Do help me. Be with me whenever I am in need. Be my listener. Be my friends. And be my SOUL. Hidup untuk terus menikmati apa erti hidup. Bukan untuk mengeluh kehidupan. Tapi mengolah kehidupan dan melakar kanvas-kanvas kosong itu menjadi corak pelangi yang indah. 

Nur: Away to READ myself...

I wanna be a butterfly that freely fly


17 September 2010

Saya Kembali!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman.
[Eceh! Ayat bodek kot-kot dapat duit raya nanti] 

Jadi, macam mana dengan cuti raya kawan-kawan semua? Ada yang mungkin dah kembali ke 'sekolah', mungkin juga kembali bekerja seperti biasa. Hampir seminggu lamanya aku tak update blog. Kononnya aku nak jadikan alasan tak dapat internet connection kat kampung. Walhal, yang sebenarnya kat kampung aku ada internet nak dibandingkan dengan rumah aku. Kelas gitu. 

Aku sudah kembali dengan semangat yang suam-suam kuku. Sejak dua-menjak ni perangai 'serabut' aku datang balik. Ini yang paling aku tak gemar. Bak kata orang 'pesyen camni yang tak best.' Aku pun tak tahu kenapa fi'il ni datang balik. Kawan-kawan doakanlah aku tenang dan bahagia sentiasa ya. Aku tak suka nak sedih-sedih dan serabut ni. Banyak benda aku nak kena buat dalam tempoh yang singkat ni. Assignment dah berderet-deret tunggu perhatian. Dah makin kurang kasih-sayang dah assignment aku semua tu. Masing-masing dah nak kejar due date masing-masing. *Sigh*

Sempena masih dalam mode raya ni, aku nak tanya korang beberapa soalan. Kalau sudi jawablah ya. Kalau tak sudi takpe. Aiman tak kisah. Sob.Sob.

1. Seronok tak raya tahun ni? [Apa beza dengan tahun sebelum ni?]
2. Main mercun ke raya tahun ni?
3. Banyak ke ketupat, rendang dan lemang yang korang 'sapu' tahun ni?
4. Duit raya banyak ke dapat?

Cukuplah 4 soalan tu rasanya. Kot-kot la ada yang sudi nak jawab soalan tu.

Nur: Sedih. Resah. Gelisah.
**Oh diri, usahlah bersedih. Berhentilah merasa resah dan gelisah.

09 September 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..




Alhamdulillah, setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa, hari lebaran yang dinanti kunjung tiba tanda kemenangan meraikan sebulan mujahadah di bulan Ramadhan. Semoga dengan latihan selama sebulan kembali memperkasakan disiplin diri kita dalam melakukan ibadah sehari-harian.Ingatlah, di waktu kita riang gembira menjamu juadah yang pelbagai, masih ada insan yang memerlukan. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. 
Di kesempatan nafas yang masih ada, di kelapangan masa yang masih ada, izinkan aku memohon seribu kemaafan, andai ada tersalah bicara, terlepas laku dan terlanjur kata. Andai ada hutang lama yang masih belum terlangsai, segeralah dituntut di kesempatan yang masih ada ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Leraikan sengketa lama, hubungkan kembali tali persaudaraan. 
Salam Aidilfitri 1431H.
Ingatan tulus ikhlas,
Nur Qistina
10.32PM
09092010
Nur: Semoga Syawal kali ini lebih bermakna. ^^,

08 September 2010

Flo Ellen's 1st GiveAway..

'Create
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

Kali ni aku nak join 1st GA yang dibuat Sis Ellen sempena  usia blognya 1 bulan. [Wah3! Dah sebulan ya Sis Ellen]

Sebulan je Sis Ellen jadi blogger, pengikutnya mencecah 600++. Cayalah Sis Ellen. Hah! Jadi tunggu apa lagi, jom kita sertai rama-ramai GA ini. Hadiahnya sangat lumayan gitu. Khas dari Sabah tau! Jom join ramai-ramai.


1. 1 tahun 5 bulan
2. 5 bulan setengah
3. 4 tahun
4. 2 tahun 6 bulan

Apa yang terlintas di fikiran aku tentang anak Ellen ni, cute dan comel. Bergaya lagi. Tengok gambar yang ke-3 dia posing. Hehe. Tiba-tiba rasa macam nak buat dialog pulak untuk keempat-empat gambar ni. Boleh kan?

Dialog 1: Hello. Hello. 1800-88-2525 ke ni?
Dialog 2: 'Ni mesti ambil gambar aku nak hantar untuk contest baby yang cute.'
Dialog 3:' Lambat lagi ke nak habis shoot gambar ni? Dah sakit pinggang ni.'
Dialog 4: Tunggu. Tunggu. Cut scene ni  (Dah gaya pengarah filem dah)
.
***Kat sini aku nak tag Cik MaCy dan  A.K.I

Thanks Ellen coz anjurkan contest ni.
Nota: Takpe kan dialog-dialog tu? Hehe.=p

Malaysia Day Giveaway

Bismillahirrahmanirrahim..

Yay! Join GA lagi dan lagi. Kali ni dari Mami Uyun pulak. Nama blognya dikenali sebagai CUTE MUM. Tunggu apa lagi? Jom singgah SINI untuk Malaysia Day Giveaway.


'Satu Malaysia Menjana Transformasi'
Tarikh tutup: 30 September 2010 (12 Tengahari)

Ramadhan Raya GA

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Hari ni aku nak join GA yang dibuat oleh Cik 'Atikah kita. Dah lama aku dok cari masa nak buat entry ni. Since sebelum sibuk nak anyam ketupat (aku anyam ke?=p), hidupkan kayu api nak masak rendang semua, baik aku join GA ni. Betul tak kawan-kawan? 


Hah! Kawan-kawan semua mesti nak join jugak kan? Tak best la kalau join sorang-sorang kan? Kalau macam tu jom ke SINI ramai-ramai join GA ni. 

Hah! Kalau kawan-kawan nak tahu, Cik 'Atikah kita ni memang dah lama nak wat GA tau. Jadi di bulan yang mulia ini, mana tahu ada rezeki masing-masing, bertuah pulak tu, dapat hadiah yang masih dirahsiakan Cik 'Atikah kita ni. Apa tunggu lagi. Jom sertai GA ni ramai-ramai.

Bila tutupnya? Hari raya pertama. (Agak-agak tahun ni raya hari apa eh?) 

Pecah kaca terbang periuk
Sudah baca mesti masuk =p

Nur: Semoga berjaya! ^^,

06 September 2010

Jadual Balik Raya PLUS

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Okay! Jom balik kampung~

Bagi mereka yang bakal menggunakan laluan utama lebuhraya utara selatan, apa kata kita sama-sama turut serta dalam menjayakan jadual balik kampung ini. Bukan apa, boleh elakkan kesesakan lalulintas. Kata PLUS, dijangka hampir 1.2 JUTA kenderaan yang bakal menggunakan lebuhraya PLUS. Banyaknya. Betul tak? Mesti jam yang berganda-ganda. Di sini, aku percaya akan ada kesabaran pemandu-pemandu yang bakal teruji. Apapun, tak rugi kalau kita bersabar. Pandu cermat jiwa selamat. Jom sokong kempen balik kampung ni kawan-kawan. 


Untuk lebih lanjut, layari PLUS

Nur: Berhati-hati di jalan raya dan ingatlah orang yang tersayang

05 September 2010

Angin Pantai

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Seronok kan kalau dapat melepak-lepak di tepi pantai? Kat Malaysia ni, banyak pantai yang boleh dikunjungi. Antaranya Pantai Tengkorak di Langkawi, Pantai Remis di Jeram, Pantai Morib di Selangor, Teluk Chempedak dan lain-lain. Owh ya! Memanglah pantai-pantai yang aku senaraikan itu tak berapa nak terkenal seperti Pantai Cahaya Bulan yang dulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi itu. [Pernah gie jugak. Saja tak nak tulis yang femes-femes ni. Hehe] Tapi, pantai-pantai itu antara pantai yang pernah aku kunjungi. 

Sebut tentang pantai, apa yang agak-agak menarik ya? Kalau aku, apa yang menjadi tarikan adalah asyiknya melihat alunan ombak yang tak jemu-jemu menghempas ke pantai. Lepas tu, bertambah asyiknya lagi tengok laut lepas yang nun jauh mata memandang. Macam ala-ala berkhayal la gitu. Nak layan perasaan pun best. Teringat zaman Romeo dan Juliet dulu. Oh! Ini sungguh tidak kena-mengena. Ada apa dengan pantai?

Satu lagi yang menariik tentang pantai ni, kalau ada orang memancing kat tepi pantai tu. Syok je tengok seekor demi seekor umpan yang mengena. Rasa macam kita pun enjoy sama dapat hasil tu. Siapa suka memancing angkat tangan?! Aku suka tengok je. Cerita tentang memancing pulak, teringat satu masa dulu masa aku bermastautin di Terengganu melawat mak aku yang posting kat sana,. Belakang rumah ada paya bakau. Adik aku yang sorang tu memang sangat teruja memancing. Apa lagi. Jom pancing! Dapat hasil tak agak-agak? Hah! Nak dijadikan cerita, dengan guna kayu biasa je, dapat ikan. Owh! Keterujaan itu sungguh meriangkan.


Banyak jugaklah ikan yang kami dapat. Tapi, takde sorang pun yang makan ikan hasil pancingan tu. Alih-alih, nenek kitorang yang makan. Katanya manis. Pastu, kat paya bakau ni, ada lokan. Ala-ala tiram gitu. Banyak juga hasil galian kami. Tok kami cakap bila ada 'Blup. Blup. Blup.' Kat situ ada lokan. Owh! Bestnya la pengalaman lalu ini. Korang ada ke pengalaman camni? Ahaha. Mestilah ada kan? What a beautiful life we have. Hidup ini memang sangat unik. Betul tak? Betul. Betul. Betul.




Nur: Angin bayu membawa diriku....lalalala~

03 September 2010

Contest Kad Raya dan Kenangan Silam


Tada~ Hah! Siapa yang nak kad raya meh join Contest Kad Raya dan Kenangan Silam oleh Asyraf Hamasaki. Cepat-cepat. Tarikh tutup 4 September 2010.

Kad raya dapat berapa banyak tahun ni? 


Kenangan silam
 
5 Tahun yang lalu...

Pin. Pin. 

" Yay! Posmen dah sampai." Ina bersorak keriangan. Dari pagi lagi dia menunggu kedatangan encik posmen. Saban hari dia setia menanti kunjungan encik posmen tanpa jemu.

"Ni suratnya adik, " kata encik posmen seraya tersenyum melihat gelagat Ina yang riang sekali.

"Terima kasih." Sopan Ina menjawab.

Ina membelek-belek surat di tangannya. Hatinya hampa. Tak ada satu pun surat untuknya. 


***********************************


Seminggu kemudian..

"Ina. Oo. Ina." panggil Ifa kakaknya.

"Ya akak. Kenapa?" Longlai sekali Ina menyahut.

"Ni, surat untuk Ina," kata Ifa padanya.

Setelah 2 minggu dia menanti kiriman kad raya dari 'orang jauh' yang tak tiba-tiba, penantiannya berakhir.

Assalamualaikum..
Ke hadapan dinda yang dikasihi Allah selalu..

Tika kad raya nie dibaca mungkin kanda dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Lama sekali kanda tak berutus surat dengan dinda. Maafkan atas kesibukan kanda di sini. Banyak yang perlu kanda selesaikan. Apapun, kanda bersyukur kerana masih punya kesempatan untuk mengirim kad raya buat dinda yang sentiasa dalam ingatan kanda.

1 syawal menjelma lagi. Takbir raya berkumandang di serata dunia menandakan kegembiraan yang dinanti. Berakhirnya Ramadhan yang bakal dirindui. Sama-samalah kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Moga tiada lagi sengketa antara kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih..

Kanda ucapkan selamat bercuti, selamat meneruskan ibadah puasa yg tggl 7 hari nie, selamat pulang ke kampung halaman, selamat berhari raya, dan selamat segalanya..

Andai ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Andai ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN
 
Dari jauh,,
Kanda

Ina melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Perlahan dikesat airmata yang mengalir. Kad raya itu disimpan rapi sejak 5 tahun lamanya. Kad yang terakhir dia terima dari 'orang jauh'. Orang yang kini sememangnya jauh darinya. 

'Kanda, semoga kanda berbahagia di 'sana'. Kini dinda mampu tersenyum setelah 5 tahun kanda meninggalkan dinda untuk selamanya.' 


Nur: Pahit manis hidup ini, hendaklah tabah menghadapinya.