Showing posts with label Inteam. Show all posts
Showing posts with label Inteam. Show all posts

Tuesday, January 5, 2016

Gema Selawat Di Nusantara Bersama Habib Syech


Gema Selawat Di Nusantara Bersama Habib Syech 
 Penulis: Abdul Qadir Umar Mauladdawilah 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM20.00 

 7 Sebab kenapa anda perlu memiliki buku “Gema Selawat Di Nusantara Bersama Habib Syech” ini:
- Mengisahkan latar belakang keluarga dan pendidikan Habib Syech. 
- Usaha-usaha Habib Syech menarik orang muda untuk mencintai selawat serta dekat dengan Allah dan Rasulullah. 
- Perjalanan dakwah Habib Syech bermula di kediamannya di Solo sehingga ke luar negara. 
- Lirik qasidah-qasidah yang biasa dibawa oleh Habib Syech di dalam majlis selawatnya. 
- Segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dijawab dan dijelaskan. 
- Catatan dipetik dari temuramah beliau bersama TV Al-Hijrah yang pernah tersiar di kaca televisyen pada April 2015 yang lalu. 
- Mutiara kata serta nasihat-nasihat berharga Habib Syech.

Sunday, December 27, 2015

Tarim Kota Sejuta Wali


Tarim Kota Sejuta Wali 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM18.00 

 Ya Tarim wa ahlaha... Kata-kata tersebut berkait rapat dengan penduduk Tarim yang dikenal soleh dan dekat dengan Allah. Para zuriat Rasul SAW berhijrah ke Kota Tarim untuk menyelamatkan akidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah. Kemudian dari sinilah kaum Alawiyin melahirkan generasi dakwah yang telah menyebarkan Islam ke seluruh pelosok dunia dengan akidah murninya. 

 Saat berkunjung ke Kota Tarim, Sayyidina Abu Bakar bermunajat dengan tiga doa : 
✔ Semoga Kota Tarim diberi kemakmuran 
✔ Semoga diberikan berkat sumber airnya 
✔ Semoga dipenuhi oleh orang-orang soleh hingga datangnya hari kiamat 

 Buku ini membahaskan mengenai : 
✔ Keadaan Geografi Kota Tarim 
✔ Ciri khas para penduduknya 
✔ Apa sahaja yang ada di Kota Tarim mulai dari masjid, bangunan bersejarah hingga institusi pendidikannya 
✔ Dilengkapi foto-foto eksklusif Kota Tarim

Friday, August 14, 2015

Himpunan Qasidah Malam Cinta Rasul


Himpunan Qasidah Malam Cinta Rasul 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM7.00 

Buku ini menghimpunkan qasidah-qasidah yang lazim dibawakan dalam majlis-majlis Malam Cinta Rasul di seluruh negara.

Monday, February 2, 2015

Cahaya Hati: Al-Habib Umar Bin Hafidz


Cahaya Hati: Al-Habib Umar Bin Hafidz 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM15.00 

 Buku ini menghidangkan kepentingan tugasan dakwah sebenarnya bukan hanya tugas para ulama, namun dakwah adalah tugas dan kewajipan setiap muslim baik secara individu mahupun kolektif. Siri ceramah al-Allamah al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz yang diterbitkan dalam bentuk buku ini jelas membuktikan tokoh ikutan umat ini mampu menyampaikan risalah Allah dan Rasul-Nya dengan bijak, unik, dan menarik sehingga dakwahnya dapat diterima oleh pelbagai pihak baik di Malaysia ataupun di beberapa negara lain. 

 Beliau banyak menyarankan supaya menjadikan Allah SWT dan Rasulullah SAW selalu berada di dalam hati dan jiwa setiap umatnya. Peri pentingnya supaya sentiasa mendidik anak-anak dengan ajaran Islam dan melarang menukar atau memilih kaedah ajaran Rasulullah SAW dengan ajaran yang ternyata sesat dan gagal di dunia dan akhirat. Di dalamnya juga kami sertakan serba ringkas latar belakang al-Habib Umar bin Hafidz. Tujuannya adalah agar kita semakin kenal dengan watak yang menjadi rujukan umat dunia saat ini. 

Buku ini juga kami lengkapkan dengan gambar-gambar tentang al-Habib Umar bin Hafidz. Harapan kami, dengan terbitnya buku ini akan dapat memberikan sedikit pengetahuan dan informasi kepada masyarakat sehingga kita dapat memetik manfaat dari isi buku ini.

Sunday, February 1, 2015

26 Mutiara Habaib Nusantara


26 Mutiara Habaib Nusantara 
 Penulis: Abdul Qadir Umar Mauladdawilah 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM40.00 

 Keberadaan mereka merupakan berkat bagi kaum muslimin. Mereka memiliki jasa yang amat besar dalam menanamkan nilai-nilai keislaman di tanah air ini. Mereka meninggalkan banyak perubahan dan pencerahan bagi umat hari ini. Semua ini merupakan bukti kejayaan mereka dalam berdakwah dan semua itu telah dicatat oleh sejarah dengan tinta emas. Walaupun mereka telah tiada, namun jasa-jasa dan pengabdiannya akan sentiasa dikenang sepanjang masa, warisan jejak karamah serta ilmunya tetap abadi dan akan berkembang sepanjang masa, bahkan peribadi akan selalu dikenang orang sepanjang zaman. Dalam berdakwah, mereka mengutamakan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Mereka sangat menjunjung tinggi persatuan dan kesatuan umat. Mereka telah menyebarkan Islam dengan kesantunan, kedamaian dan lemah lembut, sehingga masyarakat dengan mudah dan berlapang dada menerima apa-apa yang telah mereka sampaikan. Buku ini menjadi unik, menarik dan berbeza dengan buku lain kerana di dalamnya dilengkapi bersama gambar-gambar eksklusif. Dengan membacanya akan memberikan kesejukan hati dan jiwa, kerana di dalamnya terdapat kisah dan tauladan kaum solehin. Dengan ketakwaan kepada Allah SWT, mereka mampu mencapai darjat yang begitu agung di sisi-Nya.

Thursday, May 22, 2014

Subhanallah (CD)


Album "Subhanallah" oleh Habib Syech Assegaf 
 Harga: RM19.90

Qasidah & Selawat Sufi 2 (CD)


Album "Qasidah & Selawat Sufi 2" oleh Habib Syech Assegaf 
 Harga: RM19.90

Wednesday, April 2, 2014

Album "Kisah Rasul" oleh Habib Syech Assegaf


Album "Kisah Rasul" oleh Habib Syech Assegaf 
Harga: RM22.90 

 Album terbaru daripada pelantun qasidah tersohor di Nusantara. Habib Syech Assegaf kembali dengan 6 buah qasidah terbaik seperti: Al Madad, Ilahi Lastulil Firdaus, Kisah Rasul, Padang Bulan, Lir Ilir, Solatullahi Malahat Kawakib

Sunday, December 29, 2013

Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama


Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM36.00 

 Sebuah buku yang mengandungi panduan lengkap mengenai ibadah Solat bermula dari mengambil wudhuk, cara mendirikan solat, hinggalah kepada zikir dan doa selepas Solat. Dilengkapi dengan panduan bergambar, tulisan yang mudah dibaca dan ayat yang senang faham, buku ini dijangka dapat membantu mereka yang ingin mempelajari dan memperbaiki ibadah Solat. 

 Lebih istimewa, setiap pembelian buku ini, anda akan menerima sekeping DVD Bijak Solat.

Tuesday, December 24, 2013

The Very Best Of Sami Yusuf


The Very Best Of Sami Yusuf 
 Artis: Sami Yusuf 
 Harga: RM27.90 

 Track List 

 01. Asma Allah 
 02. Al-Mu'allim 
 03. Eid Song 
 04. Allahu 
 05. Forever Palestine 
 06. Try Not To Cry feat. Outlandish 
 07. Supplication 
 08. My Ummah 
 09. Anything For You 
 10. Hasbi Rabbee 
 11. Ya Rasulallah 
12. A Thousand Times 
13. Mother 
 14. Hasbi Rabbee (Live) 
15. Al-Mu'allim (Live)

Monday, December 23, 2013

The Best Of Islamic Music Volume 2 (CD)


The Best Of Islamic Music Volume 2 (CD) 
 Harga: RM27.90 

Track List 

 1. Maher Zain - Ramadan (Malay Version) 
2. Sami Yusuf - Asma Allah 
3. Yahya Hawwa - Hayati Kulluha Lillah
4. Raihan - Thank You Allah
5. Inteam - Zikrullah
6. Mesut Kurtis feat. Maher Zain - Never Forget
7. Rabbani - Solla Allah Ala Yasin
8. Irfan Makki - So Sorry
9. Mesut Kurtis - Tala’al Badru ‘Alayna
10. Maher Zain - Love Will Prevail
11. Muhammad Al-Haddad - Al-Fajr
12. Native Deen - M-U-S-L-I-M
13. Haddad Alwi - I’tiraf
14. Raef - With You
15. Nazeel Azami - Light
16. Maher Zain - Ramadan (English Version)
17. Hamza Namira - Ya Rabb

Thursday, September 12, 2013

Magnet Insan - Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat


Magnet Insan - Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat 
 Penulis: Muhammad Muhyidin 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM23.00 

 Siapa sesungguhnya jodoh saya? Bagaimana saya boleh menarik perhatian si dia? Atas faktor apa saya menerima dia? Bagaimana supaya saya segera mendapat jodoh? Apakah itu persahabatan sejati? Bagaimana menarik orang untuk bersahabat dengan saya? Prinsip-prinsip dan alasan bersahabat? Banyak lagi persoalan berkenaan jodoh dan persahabatan. Semua persoalan berikut dapat ditemui jawapannya di dalam naskhah kecil ini yang diberi judul Magnet Insan: Menjemput Jodoh & Memikat Sahabat. Semoga menjadi panduan berguna kepada kita semua dalam menjalani kehidupan sosial yang tenang dan gembira, serta menjadi individu yang disenangi ramai orang. Selamat membaca

Monday, April 8, 2013

Malam Ini Cintaku Bersujud


Malam Ini Cintaku Bersujud 
Penulis: Aamar Aziz 
 Terbitan: Inteam Publishing 
 Harga: RM18.00 

 Kisah silam Dalina Fatihah yang pernah diceroboh kehormatannya membawa kebencian keluarga Razeez terhadapnya. Bagi mereka, Dalina Fatihah bukan seorang ‘gadis’ lagi dan tidak layak untuk Razeez. Dalam mengharungi semua cabaran ini, ia membawa konflik dalaman kepada Dalina Fatihah sehingga menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan dan trauma. 

 Razeen menyambung pelajarannya di Jordan. Di Jordan, Razeez berkenalan dengan seorang gadis Jerman yang bernama Yohanes Shaycelles. Razeez yang kecewa dengan sikap Dalina Fatihah, akhirnya secara diam-diam jatuh cinta kepada gadis itu. Ternyata gadis itu juga dalam diam turut menaruh hati kepada Razeez. Namun dalam masa yang sama, Razeez belum mampu melupakan cintanya terhadap Dalina Fatihah. 

Dapatkah Dalina Fatihah menuntut cintanya kembali? Bagaimana pula dengan Razeez, siapakah yang harus dipilih untuk menjadi pasangan hidupnya. Ikutilah kisah cinta tiga insan ini dalam Malam Ini Cintaku Bersujud.

Wednesday, February 6, 2013

Air Mata Kesengsaraan Rohingya

Air Mata Kesengsaraan Rohingya
Penulis: Azharudin Mohamed Dali
Terbitan: Inteam
Harga: RM25.00

ROHINGYA, barangkali tidak keterlaluan jika ia dianggap sebagai kaum yang paling malang dan dilupakan di planet ini. Berasal dari Myanmar, hidup secara diaspora selepas lari akibat ditindas dan diseksa oleh tentera yang memerintah. Bukan itu sahaja, sejarah yang mengaitkan mereka berasal dari Arakan, sebuah pusat penyebaran Islam suatu ketika dahulu, tidak membolehkan mereka mendapat kerakyatan di negara sendiri disebabkan penggubalan undang-undang berhubung kewarganegaraan. Keadaan ini menyebabkan mereka menjadi pelarian, dibelenggu masalah identiti, hidup penuh duka nestapa dan menjadi minoriti Muslim Myanmar yang sentiasa bertemankan air mata kesedihan serta meratapi nasib yang menimpa mereka. 

Namun ramai dari masyarakat dunia yang tidak mengetahui masalah akar daripada kisah Rohingya ini. Adakah Rohingya didera secara berterusan disebabkan agama yang dianuti oleh mereka? Atau mungkin apa yang menimpa Rohingya sejak dahulu sehingga kini adalah sebahagian daripada perancangan licik kerajaan yang memerintah untuk menghapuskan etnik minoriti? Dengan mengetahui akar kepada masalah ini akan melorongkan Rohingya ke jalan penyelesaian. 

Buku ini menjawab semua persoalan mengenai asas masalah Rohingya, bermula dengan sejarah hingga kepada isu pelarian yang kemudiannya berkait pula dengan soal hak asasi. Atas sifatnya itu, buku ini sangat sesuai dijadikan bahan rujukan untuk pelajar di pusat pengajian tinggi yang mengikuti kursus sejarah, etnik dan minoriti, para guru dan pelajar sekolah menengah atas dan peminat sejarah Asia Tenggara, bidang etnik dan minoriti, serta cabang hak asasi manusia.

Friday, December 28, 2012

Inteam - Love Allah Love Rasul (CD)

Inteam - Love Allah Love Rasul
Artis:Inteam
Terbitan: Inteam Records
Harga: RM19.90

01. Zikrullah, 02. Salamun Salam 2, 03. Allahu Rabbi 04. Selawat Badar (Versi Inteam), 05. Stand Together, 06. Selawat Badru Ain Feat. Muadz 07. Asma Allah, 08. Tola'al Badru Alaina (Versi Inteam). 09. Kehidupan Feat. Nazrey Johani 10. Salamun Salam - Akhil Hayy, Inteam, Nazrey Johani & Fareast

Tuesday, September 4, 2012

Dahsyatnya Dajal Dan Simbol Syaitan

Dahsyatnya Dajal Dan Simbol Syaitan
Penulis: Drs. H. Toto Tasmara
Terbitan: Inteam
Harga: RM28.00

Dalam hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda bahawa di antara beberapa tanda datangnya hari kiamat adalah munculnya Dajal (al-Masih ad-Dajal) dan keluarnya bintang melata besar dari dalam bumi – dabbatan minal ardhi. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, serta Ashabus Sunan).

Wednesday, May 30, 2012

Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Sukar

Dulu Bangsa Israel, Kini Bangsa Zionis, Selamanya Sukar
Penulis: Nordin Jaafar
Terbitan: Inteam
Harga: RM23.00 

Yahudi atau Zionis adalah nama satu bangsa atau umat yang kita kenali bersangatan kebenciannya kepada umat Islam semenjak dari dahulu lagi. Justeru, tidak hairanlah kalau mereka ini yang suatu ketika pernah digelar dengan bangsa atau bani Israel, telah dimurkai oleh Allah SWT disebabkan keegoan dan keingkaran mereka terhadap perintah Allah SWT dan rasul-rasul pilihan Allah yang dihantar berdakwah kepada mereka. Mereka adalah bangsa yang dianggap sangat sukar buat selamanya kecuali bagi mereka yang telah beriman kepada Allah SWT. 

Terbitnya buku ini adalah buat kita bertanyakan kepada diri sendiri terutamanya penulis sendiri; Adakah kita merupakan bangsa atau individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi bangsa atau individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita dalah berperangai sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar bagaimana ingin menangani bangsa dan individu sukar bukanlah untuk fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lain di sekeliling kita adalah bangsa atau individu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. 

Buku ini mengsajikan teknik-teknik berkesan menghadapi bangsa dan individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS seperti mana yang diceritakan di dalam al-Quran dan al-Hadis. Dan kita maklumi, contoh terburuk bangsa dan individu yang paling sukar selamanya adalah bangsa Yahudi Zionis. Kepada para pembaca, mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa dan Firaun. Pasti kita tidak akan menjadi bangsa atau individu sukar, insya-Allah!

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab

495 Kemusykilan Terungkai: Anda Bertanya Islam Menjawab
Penulis: Prof. Dr. M. Mutawalli Asy-Sya'rawi
Terbitan: Inteam
Harga: RM35.00

(Almarhum) yang lahir pada tahun 1912 di Mesir ini menyelesaikan pendidikan menengahnya di perguruan az-Zaqaziq, Mesir. Dia kemudian meneruskan pengajiannya ke Universiti al-Azhar, Kaherah dan berhasil lulus dari fakulti bahasa Arab dengan predikat cum laude (sangat memuaskan). Oleh kerana kealiman dan kedalaman ilmunya itu, beliau dapat menghuraikan dan memecahkan persoalan-persoalan rumit seperti di bidang keimanan, hadis, fiqah, akhlak dan muamalah dengan jelas dan bernas sehingga membuat ramai orang yang berpuas hati. Bahkan ceramahnya tentang ilmu kedoktoran dan astronomi sangat mengagunkan, seolah-olah dai di bidang itu. Bukti keluasan ilmunya adalah dengan tersebar meluasnya karya beliau ke merata dunia seperti Bukti-bukti Adanya Allah, Siapa Penghuni Syurga, Rezeki, Isra’ Mi’raj Mukjizat Terbesar, Wanita Harapan Tuhan, Dosa-dosa Besar, Isteri Solehah dan banyak lagi.

Tuesday, May 29, 2012

Cinta Multazam

Cinta Multazam
Penulis: Razifatun Nur
Terbitan: Inteam
Harga: RM22.00

Monday, May 28, 2012

Panduan Penyelengaraan Jenazah dan Surah Yaasiin

Panduan Penyelengaraan Jenazah dan Surah Yaasiin
Penulis: Ustaz Mohd Solehan Sharif
Terbitan: Inteam
Harga: RM12.00 

Mengurus orang yang mati merupakan kewajipan kepada orang yang hidup. Bermula saat-saat kematian kemudian memandikan, mengkafankan, menyembahyangkannya sehinggalah mengkebumikannya, mesti diketahui oleh umat Islam. Maka buku ini dapat menambahkan lagi koleksi ilmuan dalam Islam. Justeru itu buku ini menampilkan kepada pembaca panduan menyelenggarakan jenazah dibantu dengan ilustrasi-ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca. Memandangkan buku ini juga mudah dibawa ke mana-mana, maka di hujung buku ini diselitkan juga bacaan Yaasiin berserta kaifiatnya. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dunia dan akhirat.