'Online bookstore' yang menjual pelbagai buku bercorak Islami - dakwah, tarbiyyah, harakah, fiqh, novel Islami, novel sejarah Islam, rumahtangga, kekeluargaan, motivasi & banyak lagi
Showing posts with label DBP. Show all posts
Showing posts with label DBP. Show all posts
Tuesday, August 2, 2011
Perspektif - Noor Azzam
Perspektif 1969-1979 Edisi Kedua
Penulis: Noor Azzam
Terbitan: DBP
Harga: RM35.00
Perspektif 2: Sosial-Politik Agama dan Pentadbiran
Penulis: Noor Azzam
Terbitan: DBP
Harga: RM32.00
Noor Azam, kolumnis yang tajam dan amat kritikal. Bicaranya terus terang dan straight to the point. Pelbagai isu sosial-politik yang dibincangkan dalam koleksi pilihan ini masih tetap jadi isu semasa yang panas, dibahaskan dalam pelbagai forum, media dan dalam setiap perhimpunan parti-parti politik. Koleksi ini mendedahkan pelbagai isu hubungan kaum yang sensitif dan mengundang perang perkauman. Beliau telah juga membuat komentar yang tajam mengenai kedudukan institusi istana seawal Januari 2002.
Wednesday, July 27, 2011
Biografi Terpilih: Sasterawan Islam Abad 20
Biografi Terpilih: Sasterawan Islam Abad 20
Penulis: Muhammadul Bakri Haji Yaakop
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM55.00
Buku ini merupakan terjemahan Tarajum Mukhtarah lil-Ubaba' al-Islamiyan fi al-Qarn al-Isyrin nukilan pertama yang berjaya menghimpunkan biografi terpilih 103 orang sasterawan Islam daripada pelbagai bangsa dunia Islam. Buku ini memaparkan riwayat hidup, karya-karya dan analisis ciri-ciri kesenian dan keistimewaan yang diungkapkan dalam karya sasterawan tersebut. Para sasterawan yang berjiwa tinggi ini adalah penyuluh obor kebangkitan Islam dengan personaliti tersendiri dan berperanan dalam memberi sumbangan positif kepada umat Islam seluruh dunia.
Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin
Al-Syahid Hasan Al-Banna Pengasas Ikhwan Muslimin
Penulis: Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mohd Faisal Fadzil
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM35.00
Buku AL-SYAHID HASAN AL-BANNA: Pengasas Ikhwan Muslimin ini amat sesuai dijadikan buku rujukan utama dalam bidang Pengajian Dakwah, Pengurusan Dakwah dan bidang-bidang yang berkaitan dengan dakwah. Buku ini amat sesuai menjadi bahan bacaan umum umat Islam, lebih-lebih lagi bagi golongan pemuda. Bagi rakyat Malaysia yang banyak menggunakan buku Al-Ma'thurat susunan al-Banna, bukan sahaja akan dapat mengenali lebih dekat dengan pendakwah agung, mujaddid dan murabbi ini, tetapi dapat menghayati insan yang mengungkapkan dirinya sebagai "Saya ialah pengembara yang mencari kebenaran, manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan; seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni; seorang yang memahami rahsia hidup. 'Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah SWT Tuhan sekelian alam, tiada yang mempersekutui-Nya.' Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri."
Friday, December 10, 2010
Seindah Mawar Berduri
Seindah Mawar BerduriPenulis: Fatimah Syarha Mohd Noordin
Terbitan: Dewan Bahasa & Pustaka
Harga: RM29.80
Cinta adalah sesuatu yang didambakan oleh manusia. Cinta yang murni berlandaskan ajaran agama membawa manusia ke arah kebahagiaan. Cinta yang berlandaskan nafsu pula boleh membawa manusia ke lorong kehancuran. Namun, cinta yang datang itu adalah anugerah Ilahi yang menguji keimanan manusia. Haruskah cinta itu ditolak takkala usia remaja yang diharungi menuntut tumpuan untuk mencicip madu ilmu yang akan menjadi bekalan untuk mencapai kehidupan yang sempurna di dunia dan di akhirat?
Khazinatul Azrar, seorang siswa jurusan Sains di sebuah universiti terdidik dalam landasan agama sejak kecil. Ketinggian sahsiah dirinya benar-benar memukau insan-insan yang berada di sekelilingnya. Tsabit, Mukhlisin, dan Asyraf, masing-masing mengimpikan cinta Khazinatul Azrar. Dengan kelebihan tesendiri, masing-masing berusaha memenangi hati gadis dambaan. Ibarat mawar berduri, cantik dipandang tetapi memiliki duri sebagai pelindung diri. Khazinatul Azrar tidak mudah tersirna dengan kilauan cinta berlandaskan nafsu. Baginya, cinta yang agung dan kudus hanyalah cinta kepada Allah. Namun adakah ada insan yang berjaya mencuri hatinya? Seindah Mawar Berduri menyingkap segala-galanya. "

Subscribe to:
Posts (Atom)