Showing posts with label WESTERN. Show all posts
Showing posts with label WESTERN. Show all posts

Tuesday, August 18, 2009

BBQ RIBS

buat semalam. gambar tak cantik ... but so delicious!






Monday, August 10, 2009

BLUEBERRY CRUMBS PIE


2 paket blueberry (yatt beli yg frozen punya)pd hal kat finland ni buah yg fresh berlambak2 jual...kakkaka..
1/2 cawan gula
5 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar grape juice
2 sudu besar lemon juice

kulit

1/2 cawan gula
1 cawan tepung
3/4 cawan tepung finland (tak tahu nama dalam bahasa malaysia so sorry)
200 gm butter
mula2 buat doh dulu .. campurkan semua tu butter, tepung, gula kalu suka garam letak secubit jek.. tp yatt tak letak sb yatt beli butter yg dah ada garam. gaul tu jadi mcm doh base pie ambil segengam dr tu ketepikan utk topping pie tu.yg selain tu tempek atas acuan pie.lepas tu, untuk inti campurkan dulu tepung jagung,grape ... Read morejuice n lemon just dah tu letak buah blue beery tu. gaul rata pastu letak atas base pie tadi. last buh yg selebih tepung kt atas buah td bakar api 170C selama 45 minit.
nnti yatt masukkan gmbr tepung finland tu.. tapi dia mcm ala oat but not oat sejenis wheat yg kasar (i think)

Friday, July 17, 2009

SPAGGETY SUMMER






spaggety
cheese
mince meet
tomato
sos tomato
capsicum
pepper
pizza herbs
basil herbs
daun ketumbar
daun bawang
cendawan
garam
gula

Sunday, July 5, 2009

PIZZA PETAK



pizza 4 segi...

tepung roti
yis
susu segar
butter
gula
garam

inti

tomato blend
pizza herbs
sayur campuran
ayam
udang
cheese

Monday, June 8, 2009

delicious



lagi salah satu makanan ruji orang-orang finland dan sangat popular di sini. Yang ini yatt tak buat cuma beli , kemudian balik bakar. Kuih ini kene makan dengan telur rebus yang di cincang halus. cantikkan kuih ini... sedap tau kekawan.. yang tengah tu nasi yang di kisar halus ada dua perasa satu nasi satu kentang. nyum-nyum.

Thursday, June 4, 2009

TUNA PUFF



ready made pastry... inti ambil sardin lenyek-lenyek buh garam, cili, lemon ... dah jadi mcm tu senangkan

Thursday, May 14, 2009

CITRUS CHEESECAKE



CITRUS CHEESECAKE

bhn utk lapisan bwh:

yatt guna biskut untuk buat tiramisu
coffea

bahan utk isi:

3 biji telur (asingkan kuning & putih)
200gm gula halus
250gm philadelphia cream cheese
200gm puck cream cheese spread
250gm yoghurt perasa lemon
2 sudu besar tepung custard
3 sudu besar jus lemon
topping;
whipping cream or double cream
asing sugar
sedikit perahan lemon
serbik coklat

Cara-caranya;

celup biskut ke dalam air coffea dan susun di dulang bakar.

pukul telur bersama gula hingga kembang.masukkan cream cheese sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi halus. kemudian, masukkan bahan-bahan lain sehingga kembang. akhir sekali,masukkan putih telur dan kacau sebentar sebelum dituang ke dlm loyang. bakar 170 celcius @ 30-40 minit

Monday, April 27, 2009

AYAM BAKAR RAUMA

simple just ayam n mashed potato.... tukang masak malas sungguh untuk masak pada hujung minggu..kalulah ada pasar malam atau sewaktu dengan ye... tukang masak sukahati betui..


Wednesday, April 22, 2009

HOT AND SPICY NACHOS



senang dan sedap. beli tortila chip (nachos) yang ready made just balik baked jek..

HOT AND SPICY NACHOS

tortilla chip (nachos)
tomato pure (isi tomato yang dalam tin tu)
cili merah di hiris halus
paste olive
daun bawang di potong halus
parutan cheese

ground black pepper

Cara-caranya;

Letak tortilla dalam bekas kemudian letak tomato - daun bawang - cili - olive paste -last parutan cheese, kalu nak rasa pedas skit letak ground black pepper. bakar api atas selama 3-5 minit untuk cheese tu kelihatan melt. dah siap.








SPAGETTI PESTO WITH TOPPING SAUCE

hus yatt nak spagetti pesto je.. tapi yatt nak spagetti macam kat pizza hut tu so buat spagetti pesto dan sauce dia yatt buat asing meat tomato sauce.


Friday, April 3, 2009

SUSHI in finland




sushi senang dan mudah...

Bahan-bahan
sea weed
1 mangkuk besar nasi lembut dan panas
1 sudu besar cuka makan
1 sudu besar gula
secubit garam

untuk inti;

telur dadar (nipis)
timun (di buang pulun tengah)

Cara-cara;

campurkan cuka, gula, garam ke dalam nasi dan gaul rata. Yatt guna baking paper je, letak inti.
start gulung
basah kan skit hujung sea weed dan gulung habis
proses yang sama , letak nasi dulu, sea weed, inti dan gulung akhir roll dengan bijan yang telah di goreng tanpa minyak.

Thursday, March 19, 2009

CHOCOLATE PAVLOVA



dessert lagi????.. tengah giler dessert tak sempat nak hias-hias lah ari ini ... yatt buat setengah je daripada adunan resepi di bawah..

resepi yang sedap ini, di ambil dari rumah kak inahar , yatt buat lambak gitu malas nak buat dalam paper cup, nanti time rajin skit buat sekali lagi.
later, yatt akan terjemaahkan dalam bahasa malaysia ye kekawan. layannn..

CHOCOLATE PAVLOVA

Bahan-bahan;
6 biji telur putih
300 gm gula halus
3 sudu besar serbuk coklat
1 sudu kecil balsamic atau cuka
50 gm coklat hitam potong kecil-kecil
Cara-caranya;
Panaskan oven 180'C.
blend telur putih sehingga betul-betul kembang ( 5-6 minit), masukkan gula blend lagi , kemudian masukkan serbuk coklat serta coklat yang di potong kecil-kecil dan cuka. Letakkan di dalam dulang pembakar beralaskan kertas atau paper cup, masukkan ke dalam oven setelah 5-8 minit slowkan oven ke 150'C dan bakar lagi selama 15-20 minit. Keluar dan sejukkan , hiaskan dengan topping double cream or whipping cream, strawberry dan sedikit coklat..

Wednesday, March 18, 2009

BIG TART CHOCOLATE

nice and tender!!!

nak sangat dessert nah ambil tart besar satu talam, harap-harap boleh bertahan 2-3 hari tapi semalam dah makan tinggai suku adoii.... apa lg nak buat dessert lepas ni...
thank you so much pada tina (pori ) yang tolong yatt , tina dia fasih cakap finish so sms dia tolong translated english ke finish . semua label makanan kat finland ini no english at all...
lepas ini ain kat johor tu tentu juling mata tengok tart yatt ni.. aymy di kuwait yang rajin menerai .. meh buat tart k.yatt nii..kuang...kuang..



BIG TART CHOCOLATE

Bahan-bahan;

3 biji telur
200 gm double cream
100 gm chocolate bar
1/2 cawan gula
50 gm butter

pastri ready made

Cara-caranya;

Bakar pastri di dalam oven 180'c selama 8-10 minit. Keluarkan.
Cairkan chocolate bars bersama butter. Di dalam bekas pukul telur (yatt guna whisk), masukkan gula dan kemudian masukkan double cream. Akhir sekali masukkan chocolate. Kemudian tuang di dalam pastri - yatt tabur beberapa ketul chocolate atas tu, masukkan di dalam oven 170'c selama 15 minit kemudian tutup api jangan keluarkan tart tu biarkan di dalam oven tu selama 20 minit. selepas itu baru keluarkan dan sejukkan dalam peti ais. Hiaskan bersama starwberry dan asing sugar.

Monday, March 16, 2009

PIZZA ROTI SANDWISH




Sunday, March 15, 2009

BASIC MUESLI SLIDE





ari ini hus gi main ski, tak tau buat apa kat umah.. carl main laptop , adik dia pulak layan tv.. mama dia belik blog.. ari tu request secret resepi dari lemongrass muesli bars , dia pun dah post .. sekarang maybe good time untuk try secret resepi tu.. yatt ni memang suka makan breadfast bars ini..tapi before this beli kat kedai mahai.. sekarang dah reti buat sendiri.. terima kasih bebanyak ye LG

Basic Muesli slice

Bahan-bahannya;

2 cawan rolled oats2 cawan cornflakes, ramas sedikit (boleh guna coco pop, rice bubble, honey star atau campur kesemunya)
60 g campuran kekacang, dipotong kecil
40 g kismis (atau buah2 kering yang anda suka)
1/4 cawan coklat chip

150 g mentega
1 camca mentega kacang
1/2 cawan madu


Cara-caranya;



Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga (LG, dia guna kertas minyak jee). Panaskan oven pada suhu 180C.
Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Boleh dipotong atau dipatahkan saja....

FRIED NOODLE WITH PRAWN N LAMB STEAK

wahh sungguh mewah isi dalam pinggan tu .. lunch for last saturday.. hus request western food..


Tuesday, March 3, 2009

FRIED CARROT



sapa suka carrot... angkat tangan... sapa suka... ini khas untuk pengemar carrot. resepi ambil dari french food .. goreng ala- ala manja gitu pas makan krup kruk krap kruk .. terpulang nak well done or medium rare..

FRIED CARROT

carrot merah potong ikut suka
udang
bawang besar putih potong bulat
bawang putih di cincang halus
butter

panaskan butter masukkan bawang putih dan bawang besar, goreng sampai kekuningan, masukkan udang dan carrot goreng ala-ala manja gitu than angkat.. yatt mkn ratah gitu jek.. nak tabur daun ketumbar lagi sedap.. takde stok kt umah. heee.. than sapa suka pedas masukkan cili besar potong nipis2..

Tuesday, February 10, 2009

SWEET CAPSICUM WITH EGG




SWEET CAPSICUM WITH EGG

Bahan-bahan;

1 biji capsicum di belah 2
2 telur di pukul sedikit
black pepper
garam
olive oil

Cara-caranya;

bakar capsicum tadi sehingga kelihatan lembut (kehitaman) di bahagian kulit luar. Sebelah capsicum simpan dan sebelah lagi di cincang dadu. Goreng telur dengan sedikit olive oil, campurkan secubit garam , black pepper serta capsicum , kacau sehingga hancur telur tu. akhir sekali masukkan telur di dalam capsicum. **capsicum bila di bakar akan berasa manis.

Monday, February 9, 2009

KEK BATIK BROWNIES


kekawan tengoklah kek batik brownies yatt ni... meleleh uuuuuuu... haa... believe or not... it is so delicious...

KEK BATIK BROWIES

yatt main agak2 lah..

Bahan-bahan;

250gm packet milo
1 tin susu cair
1 buku buttercup
1 cawan gula halus
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie
kacang yang telah di blend kasar2

untuk topping resepi sama dengan brownies princess

Cara-cara;

masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie) cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil .kacau bahan-bahan tu smpi pekat (dlm 15 min) ,bila da pekat, tutup api dan masukkan biskut marie pastu terus angkat . masukkan ke dalam loyang selang seli kan dengan kacang dan mampatkan pastu, letakkkan topping coklat di atsnya kemudian sejukkan.

SPAGHETTI GORENG TELUR



rasa macam mee kuning. dapat recipe ni dari kak daimah , pori , finland. masa makan kat umah dia, tanya dia mee kuning ke?... tak lah spaghetti katanya.. OOOOooooo terganga... heee .. the part yang best tu ramuan dia simple giler dan sedap!!!!!

SPAGHETTI GORENG TELUR

Bahan-bahan;

spaghetti di rebus dahulu (12-15 minit)
udang
cili kering ( di blend )
sayur kubis di hiris halus
telur
bawang putih
bawang merah
sedikit garam

Cara-caranya;

Masukkan sedikit minyak tumis kan bawang putih dan merah sehingga keemasan masukkan cili boh, kacau sehingga masak masukkan udang dan sayur sawi, goreng lagi dan akhir sekali masukkan telur dan spaghetti serta secubit garam, kacau sehingga masak.