Like Yesterday - Colbie Caillat



Saturday, July 21, 2012

Test

Salam 1 Ramadhan,

Syukur alhamdulillah diberikan peluang sekali lagi untuk merasai keberkatan bulan Ramadhan yang mulia ini. Aku harapkan hanya yang terbaik untukku, diberikan curahan rezeki yang melimpah, ketenangan hati & jiwa dan keikhlasan serta tawadduk dalam melaksanakan ibadah2 yang diperintahkan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah..


Ketika pagi 1 Ramadhan ini, kesabaran aku telah diuji. Syukur alhamdulillah aku berjaya mengatasi rasa marah dan kelam, sekiranya ku turutkan juga rasa itu pasti akan timbul rasa sesal kerana berpuasa menuntut umat Islam untuk sentiasa sabar dan tabah dalam apa jua keadaan dan cabaran yang dihadapi. 

Khamis lepas, aku ke kedai fotostat, nak fotostat segala sijil2 untuk di berikan cop pengesahan oleh ketua kampung. Stok yang aku ade dah habis lantaran pelbagai permohonan yang aku telah usahakan. Setelah segala urusan selesai, secara tidak sedar, aku lupa untuk menyemak kembali jumlah sijil2 rasmi kepunyaan aku rupa2nya sudah tercicir satu. Harini, apabila aku semak kembali, oh tidak!! Sijil rasmi diploma versi B. Inggeris aku dah takdeeee!! Oh no no no no no no!! Dengan kelam kabut bersiap tanpa mekap, hanya semburan minyak wangi Vera Wang Princess (cewahh), merangkul helmet dan jaket, terus memecut dengan lajunya.  Nasib baik tak jauh rumah dengan kedai tu.

Ngeenngggggg.. vrennggggggg... Setelah handle motor ku sengetkan kiri dan kanan akhirnya tayar motor pon 'berparking' di petak parking. Off motor, tarik kunci...

"Assalamualaikum Kak, haritu saya ade fotostat kat sini, sijil diploma saya tertinggal.."

"Waalaikummussalam..Yeke dik, akak tengok takde pon. Akak dh check ape2 yang tertinggal kat kedai, tapi mmg takde sijil tu. Kalo ade sape2 tertinggal dokumen rasmi akak mmg letak kat white board ni, untuk org tuntut"

"Aduh kak, sijil diploma ni, kalo sijil lain saya tak kisah lagi."

Diplomaku.. 3 thun.. mcm2 terjadi..
Aku kecuwakan..   
Akak itu pon kecuwakan.
Takot aku report kat bos.
Padahal aku terkecewa...
Dah akhirnya pasrah & redha...

Last2 aku tinggalkan details; nama, no hp, alamat, sijil pe yang tinggey.. untuk ape2 makluman di masa depan.

Nak argue lebih takleh dah. Aku cuma risaukan kot customer2 lain nmpk smthing kat board tu depe gi amek ke. Sekarang ni dh ade isu pemalsuan sijil rasmi akademik. Adus masak la kalo sijil aku dh kene curikk..

Ape nak dikate... so memecut lik la ke rumah... Dalam perjalanan, mcm2 pikir. Nak kene wat report kat UiTM Shah Alam lagi ni.. kalo dpt sijil ganti pon bukan sijil asal tapi sijil makluman yang sijil asal dh hilang dan pengakuan ttg this person dah amek dip and dah graduate. Dah tak cantik..

Sampai rumah. tak puas hati ni.. dengan kertas2 di atas katil bertaburan... akhirnya aku jumpaa juga.. ianya 'berpelukan' bersama sijil rasmi ijazah.. Dengan begitu mesra sekali melekat smpai aku sendiri tak perasan sijil tu sebenarnya melekat mcm magnet dengan sijil ijazah yang sama warna, sama saiz, sama kualiti..

Wahhh kesabaran ku adooiiiii... kalo org tak sabar ni mau merepot kat bos kedai tu.. Ayat kasaq "Bos mane? Sy nak ckp ngan bos ttg pekerja yang tak efisyen mcmni"

Oh tapi aku bukan begitu orgnye. Tidak sama sekali.

Syukur alhamdulillah.. Jumpa juga.. Wahh dugaan...

Lesson learned : Sebelum balik, cek sume dokumen dulu ade lengkap ke tak.. 

2 comments:

  1. aadduuuiii....tu la..haha.men hentam je redah kasi pecah.
    tak tengok betul2 la tu
    hahahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahahaha nsib baik la ade lagi dlm tgn, kalo dh terlepas ke org mane nak dicari.. huhuhuhuhu

      Delete