Thursday, August 4, 2011

My Pretty AZ Store

bismillah hir rahman nir rahim



Iklan sikit.. kot2 ade yang nak beli tudung, shawl, scarf tapi tak berkesempatan nak pi jauh2.. :) bolehlah klik saja!!

ilal liqa' wa maas salamah

Saturday, April 10, 2010

terkini dari bumi Msia

bismillah hir rahman nir rahim

lama betul rasanya tak menjenguk ke blog sendiri.. hehe apetah lagi blog kawan2...

sejak last entry, memang bz betul. tak sempat nak berkongsi cerita dgn semua. tapi alhamdulillah sumenye ok2 dan dilindungi Allah.. alhamdulillah..

banyak peristiwa yang berlaku yang menjelaskan erti kehidupan. perpisahan dengan rakan sekerja, pertemuan dengan rakan sekerja yang baru, perkumpulan manusia yang terbesar di dunia banyak mengajar dan mematangkan diri.

 perkumpulan manusia terbesar di dunia
 
rakan kerja di riyadh

kini saya telah bekerja semula di bumi tercinta, Malaysia. kembali menyumbang ke sektor domestik negara secara langsung. maka, bagi saya tidaklah lagi ber'dendang' di timur tengah tapi di ber'dendang 'di tanah air tercinta. terfikir di dalam benak, mungkin blog ini juga akan ditamatkan secara rasmi kelak.. dengan entry terakhir berkaitan tips kehidupan di bumi arab.

kami sekeluarga telah pulang ke Msia pada penghujung tahun lepas setelah dua tahun berkelana. proses pulang ke Msia bukanlah satu proses yang mudah dan penuh dengan dugaan dan cubaan. suasana bekerja dan cuaca yang berubah pun dah banyak berubah. kene serasikan semula.. 

terima kasih pada semua ahli keluarga, teman sekerja, teman seperjuangan di Arab Saudi, teman seperjuangan di Malaysia yang banyak membantu proses pemindahan kami. pemergian kami dari bumi Riyadh dijamu dengan kenduri dari segenap lapisan rakan. 2 minggu yang terakhir memang penuh dengan jemputan makan. terima kasih buat semua. tak menang perut dibuatnya.. :) terima kasih juga atas tanda2 ingatan dari semua. semua saya abadikan di kediaman kami sekarang.

ni lah kediaman kuarters kerajaan... hehe umah pinjam

Zahrah dan Ummi alhamdulillah sihat.. Umminye pun dah mula bekerja. Dan kini sebagaimana yang dirasakan sejak dulu, masa semakin pantas bergerak.. rasanya macam baru tercari2 baju batik utk di pakai pada hari khamis.. ni dah mula mencari semula....

Ummi dan Zahrah dalam perjalanan kami
menjelajah bumi asia tenggara pulak.. :)

 ni gambar bosses.. dlm projek yg tgh diusahakan

 gambar dari koridor opis sewaktu pesta belon udara panas di putjaya

Buat sahabat bloggers yang lain, teruskan menulis... manfaat masa yang pantas berlalu. Moga ianya menjadi pahala kebajikan buat kita atas nasihat dan panduan yang dimanfaatkan oleh insan yang lain.

 dgn opismate lama di riyadh. semua di msia skang nih.

Okeh, bertemu di lain masa. Tunggu streamyx masuk umah plak nanti.. ni pun update dari Muar.. :)


ilal liqa' wa maas salamah

Friday, October 23, 2009

Sore di Madinah al-Munawarah

bismillah hir rahman nir rahim

Sore di Madinah
Ditemani srikandi dan puteri
Bersama mencari ketenangan diri

Sore di Madinah
Kami datang lagi
Diberi peluang Ilahi
Menziarahi Rasulullah sekali lagi

Sore di Madinah
Berteleku di Raudhah
Menangisi kesilapan diri
Saban waktu saban hari

Sore di Madinah
Tah bile berpeluang lagi
Menikmati ketenangan di sini
Syukur atas peluang diberi


Sore di Madinah
Kami melangkah pergi
Bersama sebak di hati
Bersama sedu menyerkap diri

Sore di Madinah
Pandangan ke Masjid lagi
Sayu menambat kami
Air mata mengalir lagi

Sore di Madinah
Moga kita berjumpa lagi...


ilal liqa' wa maas salamah

Tuesday, September 8, 2009

Hatiku di Harajuku - Part 5

bismillah hir rahman nir rahim

Masuk hari ke-5 kami di tokyo. Masa mesti dimanfaatkan.. hehe sian kat abg fauzee n family yang asyik kene kuar umah je sebab nak bawak kami jalan2.

kali ni kami naik tren ke tempat yg tak lain tak bukan.. embassy. :) kene pi ngadap la kan, dah masuk kawsan org.. standard practise.

sempat bergurau dalam tren

cume kali ni, rezeki lebih sikit. Ed member lama, ajak lunch kat umah dia. cayalah Ed. dalam kesibukkan ko tu sempat lagi nak jamu kami makan. Ed amik kat stesen shibuya dan bawak ke rumah. Abg Fauzee pun join dari kelas dia..

masuk compound umah depa.. uishh cantiknye. last time aku pi tahun 2007 rasanya tak lawa camni.. hemm patut la.. baru aku tau depa refurbish.. memang cun la.. selesa la walau family seramai mana.. yang penting happening.. serius best.. yelah tapi keje pun 'best' la kan kat situ...

pas makan sume, thanks to ed's spouse dan mummy yang massakan makanan msia.. sempatla belek2 koleksi noritake.. hehe.. siap dapat gift lagik dari ed.. thanks bro.. bergambar sume siap then kami berangkat ke embassy plak. abg Fauzee terus pi kelas seterusnya...

dgn family Ed

kurus siot mamat nih keje sini...

so kat embassy ngadap CDA.. En Rozian dan for sure jumpe Rina.. borak2 rasa cam kejap tapi lama gak rupenye.. sian la plak adindaku dan angah serta anak2 tunggu kat surau.... yelah aku plan kejap je nak jumpa tapi terpanjang pulak.. then sempat gak jumpa bro norhaimi.. hehe dia cam lagi aku.. yelah last dtg tahun 2007.. ngadap En Jasri sume then bergambar la kan for sure...

ngan CDA dan Rina

ngan Ed, En Jasri ngan Bro Norhaimi

gambar wajib

stesen shibuya

barulah kami gerak balik.. time tu pulak tgh peak hour.. penuhla stesen shibuya tuh.. sempat bergambar lagik dan kami terus ke destinasi seterusnya.. Tokyo metropolitan gov's building. TMG opis ni kat atas dia ade tempat nak tgk view tokyo dari atas.. free lak tuh.. dan ade tempat jual souvenirs.. menarik tuh...

kami berenti di shinjuku station.. satu lagi stesen yg bz kat tokyo.. dlm ramai2 org balik keje tuh alhamdulillah diberikan kekuatan tuk melepasi semuanya.. kami berjalan kaki ke TMG dan menyelinap masuk ke atas.. hehe tempat dia macam tak ramai org tau.. sebab kawasan opis kan..

luar shinjuku stesen

tak jauh dari stesen shinjuku

ni dia opis tmg

tokyo: nite view

kat atas tu sebab malam, dan aku tak pakar lagi amik gambar pun tak cun sgt.. so so jelah.. heh tapi nampak la view tokyo waktu mlm.. kami sempat menunnggu abg fauzee kat situ jer.. balik sekali.. zahrah dan areeysa pun sempat menyusu gak.. hehe sian depa.. dah haus sgt berjalan sehari suntuk..

pas abis pusing 3-4 kali kat situ, kami pun bergerak pulang... masing2 kepenatan...

penat la sume..

okeh bersambung lagi yer..

ilal liqa' wa maas salamah