Rss Feed
    Showing posts with label random. Show all posts
    Showing posts with label random. Show all posts
  1. Wednesday, 27 August 2014

    Cik Mah & cik Yah begitu acap mengeluh bila sakit kepala datang menyerang.
    "Aduh...aduh...adudui" bunyinya.

    Telan sebiji dua paracetamol mampu beri kelegaan segera pada mereka.

    Tapi tiada pula kedengaran kalimah hamdalah atau yang sewaktu dengannya daripada mulut mereka.

    Maka, tak heranlah kalau sakit kepala datang menjengah mereka lagi. Mungkin juga berganda.

    "Aduh...aduh...adudui" makin kuat kedengaran.

  2. Besar dan Kecil

    Monday, 11 March 2013

    Besar. Besar. Besar
    Rumah besar. Tulisan besar. Badan besar.
    Orang jelas nampak, walau dari jauh.

    Besar. Besar. Sangat besar.
    Cakap besar. Makan besar. Dosa besar. Ketawa besar.
    Semua melalaikan, melemahkan hati.


    Kecil. Kecil. Kecil.
    Diri makin kecil.
    Bila memperkecilkan orang


    Besar. Besar. Besar lagi.
    Jiwa besar, hati besar.
    Usah berkecil hati dengan perkara kecil

    Besar. Besar. Makin besar.
    Cita besar, impian besar.
    Pengorbanan makin besar.

    Kecil. Kecil. Lagi kecil.
    Kecil mulut, kurang dosa.
    Hanya berkata seadanya, sekadarnya.

    Kecil. Kecil. Kecil jiddan.
    Usaha kecil, hasil pun kecil.
    Hukum alam.

    Besar-kecil-besar.
    Berbesar hati pada manusiawi.
    Yang dicipta Ilahi.
    Berasa kecil bagai mahu sembunyi.
    Bila menghadap, merintih pada Yang Maha Besar, Maha Tinggi.




  3. 5 tahun dari sekarang

    Friday, 16 November 2012

    "Kami berjanji, 5 tahun dari sekarang, kami akan kumpul semula dan banding. 
    Siapakah di antara kami yang masih thabat dalam jalan dakwah. 
    Bukan saja thabat, malah aktivis tegar dalam jalan dakwah"

    Itu perjanjian mereka.
    Termetrai zaman dulu, tahun 2006.
    Ramai menjadi saksi, termasuk saya sendiri.

    5 tahun dah pun berlalu, malah terlebih lagi
    Dan mereka..
    ..benar-benar menepati janji mereka.
    Bukan hanya thabat, malah penggerak, peneraju dalam dakwah.

    Kagum.
    Perjanjian yang bukan omongan kosong.

    Itu janji mereka.
    Janji saya bagaimana?

    5 tahun akan datang: 2017
    Pada usia 27 tahun, di mana saya ketika itu?
    Sudah ada Master kah untuk manfaatkan ummah?
    Jadi clinical psychologist kah? 

    Terbuai kah dengan tawaran dunia?
    Generasi harapan sudah terlahirkah?
    Berapa mad'u yang terkumpul dan terbina?
    Adakah masih menjadi jundi kemetot?
    Atau lebih matang T&D ini?


    Dalam hati kecil saya berjanji,
    TAKKAN BERPALING DARI JALAN INI!


    p/s: wahai yang membaca. mari saling menguatkan. Jauh di sudut hati, anda pun mahu begitu kan? Saya tahu.





  4. Kayuhlah...lagi!

    Wednesday, 8 August 2012

    Saya ada basikal.
    Dia pun ada basikal.
    Mereka ada basikal juga.

    Basikal saya rodanya empat
    Dia canggih, beroda satu.
    Mereka yang ramai, beroda-roda.

    Semua pun mengayuh.
    Walaupun kami ada basikal,
    kami bukannya nak berlumba pun.
    Bukan nak tengok siapa menang siapa kalah.
    Apatah lagi nak bandingkan basikal siapa lebih hebat.

    Tapi...
    yang paling penting
    siapalah agaknya di antara saya dia dan mereka 
    yang tetap mengayuh dalam terik dan hujan
    dalam siang dan malam.

    Kayuhlah...lagi!

    p/s: saya xde basikal pun sebenarnya

  5. Ramadhan Tiba!

    Sunday, 29 July 2012

    9 Ramadhan.
    Hampir habis fasa pertama Ramadhan.
    Siapa sangka betapa pantasnya masa berlalu.
    Rasa macam baru semalam perasaan gundah gulana datang:
    risau-risau andai Allah tak izinkan berjodoh panjang dengan bulan mulia ni.

    Namun, alhamdulillah...
    Ramadhan tiba akhirnya.
    Berbungalah taman hati
    Kembanglah jiwa
    Tangan mendepa luas
    Teruja menyambut kedatangannya.

    Terlalu banyak pengharapan saya untuk Ramadhan kali ni.
    Terlalu banyak...
    Namun, tiada yang lebih besar & lebih diharap-harapkan melainkan redh Allah yang berpanjangan...
    Serta pengampunan dosa-dosa yang lalu.

    Allah...
    Benarlah Ramadhan ini taman ibadah yang terindah.
    Saya cuba jalani Ramadhan dengan penuh kesedaran.
    Biarlah setiap saat dan waktu berlalu tenggelam dengan khusyu' bercinta dengan Allah.
    Semacam mahu waktu merangkak-rangkak pergi.

    Tapi, kurang berjaya nampaknya.
    Buka mata hari ni, oh...9 Ramadhan sudah.

    Takpelah...itu fitrahnya.
    Moga kesedaran & momentum ibadah berpanjangan sampai ke sudah. Ayuhhhh zulaiqa!


  6. Pelik

    Monday, 16 July 2012

    Saya telah taipkan sesuatu yang panjang di sini, semalam.
    Saya yakin saya dah preview, tekan publish banyak kali sebab wifi tersedak.
    Siap labelkan dengan label baru.
    Paginya, entry sudah ghaib. Langsung tak wujud.
    Pelik. Saya yakin saya tak taip dalam mimpi.
    Takpelah. Mungkin penulisan sebelum tidur banyak cacatnya.
    Tapi, menulis untuk kedua kalinya tentang benda yang sama agak mematikan ~.~"
    So, saya tunggu idea baru tibalah!

    p/s: Ramadhan semakin hampir. Semoga Allah memberi peluang menemukan kita dengannya. Bulan pesta ibadah, hadirlah!