BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, September 30, 2012

Apabila Kita Redha....

 
 
 
apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH 
akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka...
Hadiah tidak semestinya berbungkus dengan 
BAHAGIA, kadang-kadang ia berbungkus dengan UJIAN... 
tetapi di dalamnya ada HIKMAH =)
 
 
 
 
 

Sunday, December 13, 2009

+ I LOVE U, APAKAH DOA ANDA?? +

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

dh 2-3 hari x update blog.. lawat2 blog org lain, then turun g gerai tolong family niaga.. sO, xde la bosan sgt dok umah cuiti ni.. heheheh.. aku suka kt entry ni.. my ex yg kasi dulu.. sumber tu, aku tak pasti dr mne plak..



Apakah doa kamu?"

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh
membimbing saya dunia dan akhirat"

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal
mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru.
Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh,
mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang
diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan
wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam
sesebuah rumahtangga selepas doa sigadis untuk
mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah
dimakbulkan Allah. Lelaki yang soleh amat takut
kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya
kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki
yang soleh akan menyuruh, malah kekadang
sehingga menyuruh, malah memaksa isterinya
solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat,
sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan
suami yang soleh.

Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si
suami kejutkan suruh solat tahajud.

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si
gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat
lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat
tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam
mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang
soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah
atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau
berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh
akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada
isteri kurang senang dengan perkara begini.
Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat
suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda
bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah
sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang
hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara
program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar
untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki
halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam.
Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda
dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara
hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid
sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak
suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua
ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya
melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan
sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda
mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada
ibunya), bila dah dapat, anda marah pula!
Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-
mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam
perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan
segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah
beri barang-barang mewah seperti rumah besar,
kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan
keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang
tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh,
tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada
maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu
perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini
memang mana-mana perempuan pantang, malah
membenci suaminya kahwin lagi. Bukankah dulu
anda mahukan lelaki yang soleh?

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai
oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat
suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang
dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh
tidak dapat memberikan sebahagian besar
daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak
perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana
doa untuk mendapatkan suami yang soleh,
mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-
isteri Rasulullah s. a. w. sendiri pernah ditawarkan
pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya
mereka memilih akhirat.

p/s: yang baik dgn yang baik.. yang utk yang jahat..

p/s: doa korang apa plak??