Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

20 November 2012

Whoaaaaaaaaaaaa

Hasil soping-sopingan Ahad lepas hanyalah tilam baby.
Eh adalah lagi sikit :P
Towel mandi baby 2 lai lagi, baju tido Naim sepasang, ngan Mamy Poko pants Naim dan maternity pad ibu punya.

Beli tilam ni bukan apa, senang buat bawak jalan-jalan.
Amik yang kecik saja senang nak berangkut ke mana-mana.
Set tilam kecik ni pun boleh tahan harga dia rm90++ dengan bantal kepala sebijik dan bantal peluk dua ketul.
Tapi sebab kain dia 100% cotton maka mahallah sikit.
If not yang 50++ dan 70++ pun ada tapi kain dia not fully cottonlah
Dah alang-alang amik jelah yang elok kan, tambah pulak pakai duit husband. hahaha.

Tilam baby untuk guna kat umah nanti mak nak buat sendiri.
Hari tu dah beli kekabu sesiap.
Sekilo rm14 kat Campbell Street.
Untuk tilam ngan bantal beli 4 kg, cukup rasanya.
Tinggal kain untuk buat sarung luar ja belum beli lagi.
Nak carik cotton chumel-chumels punya.


Dua lai blouse terakhir untuk pregnancy kali ini.
Boleh caya ke? haha
Satu blouse untuk pegi keja, satu lagi yang hitam tu sleeveless boleh pakai dengan cardigan sedia ada ;)
Silalah percaya, last dah nih.
Tinggal sebulan lebih je lagi.
Maksima pun dua bulan kot.


Perspirex brand ni bagus untuk kurangkan peluh tau.
Sapa yang ada masalah peluh boleh try ini.
Peluh tu act memang tak berbau tapi bila kerap berpeluh jadi tak selesa.
Tapi mahal sikit, 25ml rm52.88 tapi memang berbaloi.
Boleh guna untuk tangan, kaki dan ketiak.
Tak perlu pakai hari-hari pun.
Sapu malam masa nak tido, esok pagi mandi ja macam biasa.
Rasanya boleh tahan berminggu-minggu jugak.


Pembawakan baby girl kali memang menjadik-jadik betul tau.
haha salahkan bawaan eh :P
Tapi memanglah, rasa suka gila dengan aksesori yang selama ni tak minat sangat pun.
Sudah in luv dengan aksesori dari Bonita jugaklah.

Act brand Bonita, mekap Elianto ngan kasut Tiamo tu bawah satu company yang sama.
So bila dah ada member card sebab dok beli Elianto, makanya bila beli Bonita ni pun boleh dapat 10% diskaun.
Itupun dah rambang mata pilih tau. haha
Last-last amik yang putih ni sebab rasa macam cantek n stylo.
Bila nak pakai pun entah.
Act Bonita ni aksesori dia kualiti boleh tahan.
Harga asal unt uk gelang macam ni baru 29.90.
Nanti-nanti boleh tambah koleksi lagi.
Tapi tak taulah kalo lepas beranak ni mood nak beraksesori ni hilang pulak ke.
Save.


Dan mari jugak menambah kupon mani-pedicure selagi tawaran masih ada =)
Hujung bulan Julai hari tu dah beli 1 buku. 
Tapi dah abih guna dah pun :P

1 buku berharga rm199.50 ada 5 kupon untuk 5 kali mani n pedicure. 
Boleh pakai sampai lepas beranak nih.
Lagipun kupon ni valid setahun.
Memang untung amik kupon nih.
Kalo tak, satu sesi mani-pedi ni untuk member pun rm58.
Kalo 5 kali dah nak dekat 300, save gak 100 =)


Well, lama jugak saya setia dengan salon kuku nih.
Sejak dari nama kedai dia bermula dengan nama Bloom lagi, masa Queensbay baru bukak.
Sejak belum kawen lagik, betapa setianya aii kan. heheh

12 November 2012

Terrrbesar

Naim dah bertukar botol susu yang paling besar now.
330ml.
Yang biasa guna 260ml dah tak berapa muat sebab bila nak goncang botol dah tak ada space.

Act selalu guna botol yang warna coklat sikit.
Ingatkan botol putih ni susah nak basuh.
Tapi sebenarnya ok ja, tak payah basuh pakai sabun pun.
I loike!
Kalo tau awal-awal dulu beli ja yang putih nih, save cost =)


Bila beli botol 330ml ni puting tak payah beli lain dah.
Kalo tak, beli botol 260ml kena beli puting lain sekali sebab puting yang ada dengan botol tu utk 3 bulan sajo.

Specialnya puting jenis nih cuma kena adjust nombor-nombor tu ke arah hidung baby bila nak bagi minum.
Ada no I, II & III.
Nombor III macam dalam bulatan tu hanya perlu halakan ke bahagian atas untuk heavy flow, baby 6 bulan ke atas.
Tapi kalo baby jenis suka isap sambil pusing-pusing botol, no point jugak :P


Cer tengok pic bawah nih.
No 3 tu dok atas, so lubang puting akan terbukak lebih besar.
To da max!


Harga adalah RM55.90 per bottle selepas 20% diskaun.
di Peekaboo =)

1st time beli yang besau ni, xsurelah mahal ke murah =)

30 July 2012

Selamat Hari Lahir Naim


Hepi Besday our dear Naim.

Tup tap tup tap, terasa sekejapan sangat masa berlalu.
Genap DUA tahun sudah umur putera TERCINTA.


Sekarang hari-hari bertambah ceria dan bermakna sejak adanya dia.
Walaupun sedih, walaupun gusar, hati akan gembira bila mendepani keletahnya



Setiap perkembangannya mahupun setiap kenakalannya, hati ibu dan abah terhibur sentiasa.


Moga-moga Allah mengkurniakan kebahagiaan berterusan buat kami sekeluarga selagi adanya permata yang senantiasa ceria.


Hepi Besday Naim.
Ibu dan abah LOVE Naim SSSSooooooooo Much!!!!
Be a good boy ever ;)



Love,
Ibu & Abah  30/7/2012

27 March 2012

Kesian Kesian Kesian

Hmmmm kesian ini belog kan.
Macam kanak-kanak terbiar :P 
Lamanya tak hapdet secara detail, sepenuh hati. huhu

Agak bizi sekarang, start dengan aktiviti jual-beli Fareeda.
Dengan kesihatan anak yang kurang memuaskan.
Dengan batuk, dengan selsemanya. At last demam terus anakku itu. huhu

Dah nak masuk 2 minggu dah Naim start batuk.
Masa tu refer Thoong Child Specialist kat Bukit Jambul tu tapi macam tak serasi dengan Naim.
Dalam seminggu tu tak hilang-hilang jugak batuk dia.
Khamis dah start panas badan.
Jumaat tu bertahan lagi dengan ubat demam dari klinik panel yang dah spare sesiap saja memandangkan Child Carer kat Pekaka Square tu tutup setiap Jumaat.
Nak pegi Hope memag taklah since tak berapa emergency masa tu.
Hope hosp. macam kurenglah for us, baik Sg Ara, baik Perak Road.
We all suka pegi Sungai Dua tu lagi.

Entry dolu-dolu dah bagi, tapi nah la sape nak amik je :-


Kids-Carer Children Specialist Centre
  2-G-6, Bangunan Lip Sin, Lebuh Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor, 11700, Malaysia
  046582557
Hari : Sabtu - Khamis (Jumaat & Public Holiday TUTUP) 
Time : (9pg-1ptg & 6ptg - 9mlm)

So hari Sabtu tu pegi tengah hari.
Time pegi pulak dah boarder time dorang nak tutup, dokter pun dah balik.
Petang pulaklah jawabnya.

Makanya petang tu bawak Naim, of coz kena sedut gas bagi cair kahak sebab banyak sangat.
Kalau biar lama-lama boleh jadi asma.
Ahad ngan Isnin pun kena lagi pagi dengan malam.

Alhamdulillah demam dia dah kurang start semalam.
Tinggal batuk ja, selsema pun dah kurang.
Tapi still kena monitor lagi coz selagi batuk dia tak betul-betul baik ada kemungkinan untuk hensem boy ibu tu demam balik. huhu

Yang bestnya, walaupun demam kali ni tak seteruk masa dia nk cukup umur setahun dulu.
Kali ni makan tak berapa nak lalu tapi susu ok dia tak tolak.
Dulu tu dengan susu pun tak nak minum langsung, harap air kosong je.
Kali ni siap jatuh-jatuh katil lagi. Aktif bebenor :P
Nasib baik kat Gelugor, lantai papan.
Kalo tiles tu mau bincut pulak dia :P

Itu tara katil dia bersambung dengan katil ibu tu.
Boleh bergolek-golek terjun kot ujung kaki.
Ape daaa Naim :P

Okeh la, nanti hapdet lagi.
Mood update blog sedang meningkat sikit grafnya. haha

03 February 2012

Ting Ting

Start dari ujung tahun lepas baby seawal umur 6 bulan dah boleh bukak buku ASB.
Tapi makpak lah yang kena pegi bukakkan.
Kalo budak umo 6 bulan tu nak pegi buat sendiri tak ke terkojuit orang ASNB tu nanti.

So pagi tadi, si ibu Naim ni pun semangatlah ke CIMB nak pegi buat buku ASB anaknya itu.
Tapi hampeh okeh.
Rupa-rupanya dekat bank, pejabat pos dan seangkatan dengannya still tak dibolehkan lagi.
Tapi dengar cerita kat Maybank dah boleh bukak, saya tak berapa pasti yang ini.
Yang pasti kat CIMB tak boleh lagi setakat hari ni.
Untuk bukak buku baru bagi budak umo 12 tahun ke bawah kenalah pegi ke pejabat ASNB terdekat.

So tengah hari lunch hour tadi saya pegi pejabat ASNB kat area Queensbay nun untuk buat buku naim.

Nah sape nak address Penang punya opis (pejabat dia menghadap ke highway, area KWSP tu) :-

Amanah Saham Nasional Berhad
A-12A-1
Lorong Bayan Indah 4
11900 Bayan Lepas 
Pulau Pinang

Telefon: 04-6406522 & 04-6406523 
Faks: 04-6406520


Tadi sebenarnya sebelum pegi tu saya dah siap isi borang permohonan akaun baru dari umah lagi.
Baru je amik borang tu kat pejabat pos Tesco Gelugor minggu lepas.

Rupa-rupanya dorang bagi borang lama, so dah kena isi borang lain pulak tadi.
Kan udah membuang masa. huishhh
Nganga pulak tunggu turn semula. Nasib baik tak kena amik nombor lain.
Hampeh betoi.

Borang baru.

Naim dah ada ASB, anda bila lagi? heheh

31 January 2012

Pity Him

Pity Naim. huhu

Semalam kan cucuk setahun setengah tu. Lepas cucuk tu ok lagi.
Malam tu tetengok dah merah macam semut gigit, tp taklah bengkak macam pagi ni.
Risau betul ibu dia ni ha.


Paha dia memang chubby tapi taklah bulat kembung macm pic kat bawah ni.
Besar sebijik telur ayam gred A tu.

Tengah hari tadi call balik kat nurse klinik kesihatan tu.
Dia bagitau untuk cucuk tiga serangkai memang banyak kes jadik bengkak cenggini.
Normal. Dia katalah.
Dia suruh tunggu dua minggu untuk bengkak tu surut sepenuhnya.
Kalo dua minggu tak surut baru kena refer balik.

For sure I wont wait until 2 weeks uuu.
Penantian satu penyeksaan tau.

Tengoklah dalam 2-3 hari ni cemana, kalo tak nampak tanda-tanda nak surut kena refer klinik or dokterlah jawabnya.



Tapi kan, ini budak...
Rilex juga ada. haha

Makan, minum, main adalah seperti biasa.
Tak ada yang berubah.

Alhamdulillah setakat ni tak nampak tanda-tanda dia nak demam.
Harap sangat dia tak demam.

Dahlah paha bengkak, kang kalo demam pulak akan menimbulkan pelbagai andaian dalam kepalaku ini :P
Takmo takmo.
Tetiap kali anak sakit demam konfem susah ati tahap maksima, tapi orang tak nampak.
Mommies kat luar sana mesti paham apa yang saya rasa kan.
Sebagai ibu, bapak, kalo boleh nak anak sihat sentiasa.


Sekarang si kenit ni dah tido.
Awal betul. 9 lebih tadi lagi dah lena.

Sebab tak tido siang punya pasal.
Kalo tak, pukul 12 pun jangan harap dia lena.
Kitorang tido baru dia tido sama.

Doa-doakan Naim cepat baik eh kengkawan =)

Ok good nite! Tata =)

30 January 2012

Naim is 1.5 Years Old. Bole? heheh

Pagi tadi bawak Naim pegi cucuk setahun setengah.
Genap setahun setengah today, 30hb.

Abah, Naim kata dia nak choc indulgence 1 ;)
Ibu kasitau bagi pihak ja. haha

Hari ni cucuk tak nangeh ok.
Tapi bunyi 'Aauuuu  auuuu' sampai muncung-muncung mulut dia. haha
Selalu nangeh gak, tapi kejap je lah.
Hope dia tak demam, so far tak penah demam lagi sebab cucuk mencucuk ni.
So ini lastlah kena cucuk, tunggu masuk skolah umo 7 tahun baru cucuk lagi.
Tapi still kena pegi check rutin every 3 month, timbang berat cenggitu.

Sekarang berat suda 14 kg =)
Sihat anak ibu. Alhamdulillah. Macam abah jugak.
Tak macam ibu sebab ibu kurus ja. kahkahkah

Eh, si Fareeda kanan ni ai tak jadik amiklah.
Terover bajet suda.


Mana taknya, dah terganti dengan De'noorish Elegance pulak selai :P
Baru nak try 3 layer dia. =)

04 January 2012

Naim...Naim =)

Naim ada beskal!

Puncanya, asyik tertonggeng ja dia naik keta plastik yang beli dulu tu.
Badan dia kan dah bertambah berat, keta tu pulak ringan so bila nak undur tu dok terlentang ja.
Cian dia.

So ibu dah tak menyempat nak carik beskal jugak kat dia.
Walaupun Naim bukan reti kayuh lagi pun :P
Jenuhlah sapa nak jadik tukang tolak lepas nih. heheh

Kelmarin dah pukul 10 malam gedik-gedik jugak ibu Naim nak suruh bawak pegi kedai beskal kat Bayan Lepas.
Kedai situ selalu tutup lewat sikit.

Beskal Naim ada katak sekor kat depan
Chumels.
Rm148.00.

Amik yang rasa though siket.
Boleh pakai lama.



Yang ada teddy bear lagi cantek.
Tapi kaler fushia pink.
Tak sesuai pulak.
Abah Naim alergik ngan kaler pink.
Anything yang nak beli untuk Naim tak boleh ada pink, termasuk baju.

Cakap dah pandai sekarang.
Tapi kebanyakan wordingnya tang ujung-ujung ja lah.

Akal pun panjang selalu.
Ada-ada je idea baru dia.

:: Pantang dapat cotton buds, nak korek telinga ja dia ::


:: Celah rak towel ni pun nak masuk ::

:: Kalo nak satu-satu benda tu iya-iya tarik kita suruh ikut ::

Masuk kali ni dah 2 kali dia naik tangga sendiri.
Tanpa pengetahuan okeh.
Tetengok ja carik tak ada, dengar tapak kaki dok berlari kat tingkat atas umah.
Phewww

Lari pun dah laju sekarang.
Pantang lepas ja.
Cecepat dia on enjin kaki tu.
Jenuh kejor.

As a mother, saya sangat berbangga dengan setiap perkembangan terbaru dia.
Sekarang Naim dah lancar sangat panggil saya.

Dari hall tu dia jalan boleh jalan sambil panggil-panggil nama kita.
Bu bu... bu bu... tak berhenti dari depan sampai dapur.
Then sampai-sampai ja, siap peluk-peluk kaki buat muka nak mintak air :P
Soooo cute eh?

Baru ni dalam keta Naim dok seat depan ngan maksu dia sambil minum susu.
Dah abih ja susu, dia sua botol kat belakang sambil cakap "bu, amik!"
Wah wah =)

Dan semalam tiger kena siram dengan Naim lagi.

Maktok dia kasik mandi terus, dah alang-alang basah.
Then sidai kat belakang umah.
Naim sedih tengok tiger dia kena gantung :P

Putih berseri, eh kunen berseri tiger tu.

:: Dok suruk amik...amik! ::

01 January 2012

Mari Membeli Susu

Sebelum soping susu kena buat survey dulu.

Kat Tesco semalam kitorang pegi check 41.XX utk 700 gram.
Yang ada gift 200 gram tu promo dia dah tamat :(

Buat masa ni, kat kedai yang dok beli tu paling murahlah.


Kat Terengganu Road nun kedai dia.

:: Sayalah tuan punya susu ::

Beli last year ni.
Ye lah semalam kan last year :P
31/12/11
heheh

Beli 12 kotak 1.4kg.
RM71.50/per box.

Harga masih sama masa beli end of Oct hr tu.
Dan promo macam hari tu pun masih ada.


Dengan pembelian 12 kotak, dapat :-

Free 6 kotak 700 gram!
or 3 kotak 1.4kg.

Worth RM 214.50
Memang berbaloi.


Bolehlah tahan untuk 4-5 bulan kot stock ni.
Paket 700 gram tu tahan lebih kurang 5 hari untuk Naim.

:: Minumlah S26 untuk sihat dan kuat seperti saya! :P ::

Abah Naim tarik napas lega sikit untuk tempoh 4-5 bulan ke depan =)

28 December 2011

Vacay - Day 1

Nak hapdet sikit pasal vacation yang tak dirancang last week.

Macam mana boleh terplan coti last minit eh?

Ceritanya, husband ada koje kat Putrajaya nun.
So, si bini ni nyibuk-nyibuklah nak mengekor sama.
Reason nak ikut?

Wah kena bagi reason kat laki okeh nak pegi sama.

Nak tengok baby maksu saya.
Nasib baik lepas. heheh

Plan dalam kepala otak sebenarnya nak pegi Fareeda kat Bangi nun!
Tapi tak kesampaian.
hukhukhuk

Bukan takat bini ja, dengan anak pon diangkut sekali.
Mana boleh tinggal even sebelum tu mak kata tak payah bawak Naimlah nak pegi sehari ja.

Tinggal kejap-kejap takpalah.
Tinggal sehari suntuk ni beratlah sikit. *plan asal nak pegi sehari ja!
Nehi...haha

So bertolak Isnin tetengah malam.
Pukul 12!
Advance sikit.
Plus sejuk.
Plus jalan lengang.
Plus sedikit seram :P

Naim haruslah tido sepanjang jalan.
Letak ja dia dalam car seat, konfem lena tak hengat.

Pukul 2.30 tu stop kat RnR Tapah.
Husband mengantuk.
Tido dalam keta ja.
Bangun-bangun dah pukul 4.
heheh

Tu lah, nak jalan malam kan :P

Lepas tu perjalanan pun diteruskanlah.

Sampai Hulu Kelang, umah maksu saya pukul 6 pagi.
Elok-elok orang azan Subuh.

Pukul 10 lebih tu husband dok siap-siap nak pegi settle keja dia.

Naim pulak dok tengah naik keta mainan dia time tu.

Jalan punya jalan keta tu.
Undur punya undur tetiba tersangkut kat kain yang bentang kat lantai nun.
Apa lagi, terlentanglah jatuh.

Nangeh toksah kata lah.
Konfem!

Siap muntah-muntah pulak lepas tu

So lelaju bawak pegi klinik kesihatan ibu anak dekat depan lorong umah tu ja.
Sampai ja, nurse je yang ada.
Tak ada dokter situ.
Dorang suruh bawak pegi HKL.

Gila penin mana pulak nak carik jalan ke HKL nih.
Datang pun setahun sekali.
Buta jalan pulak tuh.

Nasib baik ada GPS.
But, bila emergency cenggitu nak touch button pon gigil.

Search spital mana yang ada dekat-dekat situ.
Tetengok ada Pusrawi.
6 km jugaklah dari situ kalo tak silap.

Yang si Naim dah terpejam-pejam mata dah.
Takut gak, apekehal budak nih?
Rupanya kena cahaya matahari!
Tu yang tertutup-tutup mata sakan.
Phewwww

Tetiba nampak KPJ kat tepi.
Apa lagi, terjah situ ajelah.
Terus masuk emergency.

Dah register tu, kena tunggu jap kat bilik sebelah.
Tunggu nurse check dulu.

Dalam dok tunggu tu Naim siap kaco-kaco barang yang ada kat situ.
Good.
Means dia oklah kot.
Dah boleh senyum-senyum.

Nurse masuk amik berat badan & temperature.
Normal ja.
Lega sikit.

So tunggu jumpa dokter.

Time ni rasa dia ok dah.
Tak duduk diam.
Takmo kita pegang.
Nak suruh lepas, dia nak jalan.
Dengan kasut tak pakai.

Bila dokter check, dia kata nampak ok.
Tak ada apa-apa effect kot. Insyaallah.
Cuma monitor ja kalo muntak dalam tempoh 24 jam.

Kena masuk ubat punggung ja sebab takut dia demam sebab terkejut.
Dan amik ubat demam, buat spare.

Total cost RM61 ja.
Terpegun jugak.
Taklah mahal sangat.
Ingatkan 100++

So 3 beranak tu pun pulang dengan senyuman.
Siap singgah McD lagi tapau lunch.

Balik tu Naim sambung main.
Jalan pi mai pi mai.
Tak duduk diam jugak dia :P
Watevalah janji dia ok.

Lepas lunch husband pegi settlekan keja dia.
Ibu dia melepak ngan maksunya sambil jaga baby 3 bulan dengan baby 1 tahun 5 bulan!

Jadi surirumah tanggalah seharian tu.
Sambil gosip-gosip.
Ahaks!

pssssttt nantilah hapdet hari-hari seterusnya =)

Tata titi tutu!

30 November 2011

Hepi Besday Naim!

Hepi 1 year 4 month old Naim!!!


Anak teruna kami sudah besar.
Tak lama lagi buleh dapat menantu dah lah.
haha

Sudah semakin bijak pandai.
Akal pun panjang.

Kat Batu Maung katil rendah sikit, so boleh terus turun.
Kat Gelugor punya katil tinggi.
Kadang-kadang kalo dia turun sendiri tu ada jugak yang tertonggeng, tergelincir :P

Dia dah ada alternatif baru tau sekarang untuk mengurangkan risiko tertonggeng, terlungkup, terlentang dan sewaktu dengannya.

Sebelum turun tu dia tolak dulu bantal bagi jatuh ke lantai.
Lepas tu dia pusing badan.
Then pijak bantal, buat macam tangga!
Bijak...bijak....
heheh

Apa orang buat semua nak ikut.

Suka bebenor main bedak muka ibu.
Iya-iya tonyoh span kat muka tu.
Muka sapa yang dekat semua dia tolong bedakkan :P

Dan suka jugak main lari-lari atas katil, buat-buat macam nak terlajak terjun.
Tapi rupanya pandai corner patah balik.
Terjerit-jerit ibu ni ha!!

Rasa nak geget ja dia.
Boleh pulak main acah-acah kita.
Macam-macam.

20 November 2011

Naim, mana mata?

Naim dah kenal most of dia punya anggita badan sekarang.

Kalo tanya tu, cecepat ja dia tunjuk =)

Mata - Terkelip-kelip mata dia

Hidung - Buat busyuk!

Telinga

Mulut - Aksi mulut ikan.

Lidah - Terjilat-jilat bibir uuuu

Pipi - Kalo aksi nak tunjuk pipi sampai terlentok-lentok kepala then jari telunjuk tongkat pipi.

Dagu

Rambut - Baru ni kan Naim potong rambut botak, 1st time pegang kepala dia heran rambut dah ilang! hahaha

Kepala - Teraba-raba kepala.

Tangan

Kaki

Perut - Usap-usap perut nak kasik tau dah kenyang.

Pusat - kalo tanya time dia stil brbaju iya-iya dia buat heran sebab carik pusat tak jumpa!

Ulat *hahaha totet dia ler!

Tetek pun pandai okeh. hahaha
Naim kan breastfeed 3 bulan cenggitu ja, so kalo buat-buat sua tetet nak kasik dia susu dan-dan dia buat nak termuntah tau. Dok uweek uwekkk!!

Action mau lebih!
Pandai.
ahaks!

10 November 2011

Demam

Naim start demam hari Khamis lepas.
Rabu tu ibu dia yang rasa macam nak demam tetiba tak jadik, terpindah kat Naim pulak.
Cian dia.

Hari mula nak demam tu mantain boleh memain lagi.
Habis dibagi selerak baju-baju kotor dia.


Jumpa star pulak kat baju ni ha.
Sekarang dah tak panggil bintang.
Sudah jadi omputih yuuuu..
STAR okeh!


Time on off.
Nak naik car tapi tak larat.
Landing dulu.


Ini baru 2 bantal peluk dia sekali tido buai.
Selalu ada 3.

Well.
Ada orang risau bagi anak tido buai kan takut pegi memana kena mengangkut buai jugak.

So far Naim ok ja.
Kalo balik Batu Maung ujung-ujung minggu tu tido atas katil tak payah berbuai-buai pun.
Kiranya kalo tak ada buai pun boleh ja dia tido, cuma lambatlah skit.
Kena dodoi lelebih sikit.
Tapi kalo dah ngantuk sangat tu kat mana pun boleh.


Jom kira ubat Naim ada berapa :P

Nama nak bawak pegi spital taklah kot selagi panas dia boleh dikawal.
Lagipun dokter sendiri tak galakkan masuk wad kalo demam tak berapa tinggi.
Kat spital lagi banyak kuman ada.
Silap-silap daripada demam boleh meleret jadi macam-macam penyakit pulak.

Abah Naim jadi dokter kasik sumbat ubat punggung.
Ibu takot! haha

Yang penting bila anak demam kena sentiasa pantau suhu badan dia.
Kalo makin panas tu kenalah rajin lap-lap dengan tuala basah especially tang sendi-sendi dia.
Dan perut jugak.


Hari raya haji tu dah tak panas tapi ada ulser dalam mulut.
Sebab tu dia tak boleh nak isap puting pun.
Isap kejap je dia dah luah balik.
Sakit agaknya.
Semua orang beraya kat umah je lah.
Baju raya pun tak pakai.
Pukul 12 baru mandi.
hahaha

So malam tu pegi Hope Hospital kat Sg Ara.
Check ulser dengan bintik-bintik kat muka dia sekali.
Bila dokter kata bukan denggi & bukan chicken pox, lega...

Antibiotik dengan ubat demam tu tak makan pun sebab esoknya Naim dah ok.
Terbanglah rm130 tapi puas hati sikit bila dengar penjelasan specialist.
Alhamdulillah.

Plan asal nak pegi Child Carer kat Pekaka Square, Sungai Dua tu.
Tapi public holiday dorang tutuplah pulak.
Suka pegi situ.
Saya suka service dokter-dokter & staf dorang.
Puas hati, berbaloi dengan duit yang keluar.

Dah abis jumpa dokter kat Hope nun, singgah sekali kedai gunting rambut.
Memang nak potong rambut Naim pun sebelum raya haji tu.
Tapi dah dia demam tak jadiklah.
Ni dah ok, kasik potong!


Wah-wah kali ni Naim baaaaik sangat okeh.
Pasrah je.
hahaha


:: Layan cermin ::


Dahlah sekarang kat wayang keluar Alamak Toyol!
Dengan kepala Naim macam ni, macam iras-iras pulak.
hahaha


Dah baik demam tu cengginilah dia.
Tak dok diam.
Tapi tak apalah, asalkan Naim sihat sudaaaa.


Lebiu mmuah muahhhh Naim!

03 November 2011

Hari Cecirit! hahaha

Selasa adalah hari cirit-birit memulas-mulas sampai terpulas.
Tapi still pegi keja jugak.
Rajinlah kononnya.

Rabu semalam still saket lagi.
So, kemalasan sudah ada di situ.

E.L lah ai semalam.

Dalam e.l tu sempat jugak pegi Tesco & Jusco.
haha

Tujuan pegi Jusco tu nak amik tiket wayang ja pun.
Rabu kan tiket murah.
So, kasik layan Trepass.

Dah amik tiket singgahlah beli puting botol Naim.

Pandaikan orang Jusco bubuh menatang magnet takmo bagi orang curi ni?
Tapi kalo orang yang nak mencuri ni ofcoslah akal dorang laaaaaaaaagi panjang.

Sesenang boleh koyakkan aje board atas tu untuk tanggalkan magnet.

Encik Jusco, silalah cari alternatif lain untuk mensecurekan puting botol ni ha.
Sebab bila en Jusco buat macam ni, hmmmm memang tak ada maknanya.


Dan mencari ini sekali lagi.
Naim Naik ruam pulak dekat ketiak.
Sebelah ja pulak tu. heheh


Haaaa...
Ini peel terbaru.
Bila heran-heran, macam inilah muka dia.
Muncung-muncung mulut tu ha.
hahaha


Jalan pun macam-macam pesen sekarang.
Sesaja dia jalan kengkang-kengkang lepas tu stop kasik kangkang lebar-lebar macam orang buat aksi akrobatik tu.
Terjerit-jerit ibu ni ha takut dia jatuh.


Aksi kepit-mengepit kembali lagi.
Bagilah apa pun semua nak kepit.
:P



Macam ni pun boleh!


Semalam Naim buat satu rumah gempar.
Bergegar. *sebab ibu dia lari-lari mencari anak yang hilang. haha
Tetiba je ghaib.
Tengok-tengok dah ada dalam jamban.
Elok dok main jirus-jirus air dalam baldi kat jamban.

Rasanya macam dia sempat minum jugak.
Sebab baju basah ja tang perut tu.

Adoilah seriat darah ibu tau Naim ni!

Note : Lepas ni pintu nak ke toilet kenalah ditutup selalu & baldi air dalam jamban dikosongkan. Sekian.