raya kedua, jalan-jalan jumpa saudara sekitar Perak di luar Ipoh. Ada rumah yang kami pergi, tak ada orang. begitu juga rumah kami yang orang datang, kami tak ada. keluarga saya memang tak suka buat temu janji untuk beraya. bagi mereka hari raya adalah hari untuk bertemu saudara-mara, lagipun tak mahu menyusahkan tuan rumah. memang kami pun tak kisah, kalau kami ke rumah dan tak ada orang, kami pergi ke rumah lain pula.
raya ketiga, hehe ini dinamakan sesi orang muda. jalan dengan sepupu. tapi saya rasa lebih tepat lagi, ini sesi menghabiskan duit raya. ish ish ish. lepas shopping, saya demam. wakakaka asal raya aje, saya demam!
raya keempat, rasanya ini sesi orang veteran kot. mereka beraya, saya yang dah demam ni memang duduk di rumah saja. sepupu yang tak demam pun duduk di rumah juga. hehe. jadilah rumah itu dunia kami.
raya kelima, sudah-sudahlah beraya tu. cuti pun habis.
jangan tak tahu, duit raya saya sampai tiga angka juga. hahaha macam tak percaya, dah besar-besar pun duit raya banyak. tapi dah orang bagi, ambil jelah. tapi duit raya yang banyak tu pun tinggal sikit saja, saya dah shopping buku hari tu.jeles tengok sepupu-sepupu seangkatan sudah mula jadi pemberi duit raya. saya pun bagi duit raya juga, tapi pada adik saya saja. itupun, tiba-tiba dapat idea bagus punya, saya tukar 'duit' raya tu kepada empat buah novel kanak-kanak Pak Samad. hehehe muka dia macam tension je sebab tak dapat duit. haha.. saya peduli apa, kalau bagi duit, confirm beli mercun atau mainan.

4 comments:
Nissa'
Saya juga mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
selamat hari raya dan maaf zahir batin.
duit tiga angka? bila nak blanjer abg nihh?
salam, nissa' raya ne saya dapat duit raya rm60 je.. wuuuu~~~
selamat hari raya, pak latip.
abg jebat, mana bleh belanja, kan saya dah habiskan duit tu. hehe
firdhaus, awak tu dah besar sangat :)
Post a Comment