Thursday, June 16, 2011

HaRAP MaKLuM

Tuan blog x de mood nak post citer dah untuk sementara waktu sb duk 'counting days' utk pulang ke tanah tumpah darahku.

Sekiranya tuan blog rasa mood dtg balik utk post citer.. dia main post jer.

Harap maklum. Sekian terima kasih :)

Sunday, May 29, 2011

ExAM WeeK

Yesterday start final exam kekanak unta hingga laa 8 Jun. Alhamdulillah this semester, exam utk paper I, satu this week and another subject next week. Tak macam previous semester, duk asyik last paper jer, then 72 hours marking x sempat. Kalau students x ramai ok laa.. tapi slalunya class I more than 100 students, stress dibuatnya. Ada yg x kluar bilik duk marking papers.

Dan biasa laa minggu exam ni, dapat sms x putus2 dan byk dapat call 'unknown caller'. Sapa lagi kan kalau x kekanak unta. Dari mana diaorg dpt phone no.lecturer? Mmmm.. kat sini, kalau sorang ada phone number, satu dunia akan dapat jugak.

Diantara sms yg penah diterima adalah ( mcm biasa laa yer, dah dialih bahasa):




1. Hello Miss, esok exam kluar chapter mana? 


2. Chapter 5 & 6 penting ker Miss utk exam ni?


3. College lain ckp Chapter 1-7 keluar utk final exam and you cakap Chapter 7-14. Siapa yang betul ni Miss?


4. Miss, markah sebelum final saya rendah sangat, tolong laa Miss bagi peluang kat saya. Ni final semester sy kat sini Miss.


5. Miss ada kat ofis ker? Saya nak datang tanya soalan ni yang sy x faham. Jap lagi exam paper Miss!!


6. Kenapa markah assignment sy rendah sangat Miss. 2 hari saya x tido siapkan assignment ni Miss. Tolong laa saya tambah 5 markah lagi!


7. Markah Mid-term saya full mark Miss, then kenapa assignment sy Miss bagi rendah sangat. Miss ni sangat laa 'bahkil'


8. Miss tolong laa naikkan markah saya, saya kena dapat B+ untuk subject ni, kalau tak CGPA saya turun. Miss jer yg dapat tolong saya.Miss kan 'kareem'.


9. Saya x bleh nak jawab exam tadi, so tolong laaa saya untuk subject Miss!!


10. Miss tadi sy kena tangkap meniru. Tolong laa Miss, saya x meniru pun.. Miss kenal saya kan?


Bila dapat sms cam gini, rasa macam nak cekit2 ker kepala sesorang tau!! And semestinya x de masa I nak melayan semua sms2 ni. Kekadang rasa I ni dibuatnya 'tempat aduan' diaorg tau!!

Then bila x reply sms, x pick up the phone.. diaorg apa lagi the next day terus pegi ofis. Penat okey jd lecturer ni!! Bukannya penat duk mengajar ( itu penat sy suka), ni penat duk melayan kerenah kekanak unta dgn problem yang x de kesudahannya.

Selalunya Miss Nur ni cepat jerr naik angin ( itu kat Msia laa), tapi kat sini sb byk sgt kerenah.. marah jap jer,,, gelak macam hantu yg terlebih. Sebabnya... dah x larat dah nak marah. Gelak lagi bagus sb its so hilarious!!

Thursday, May 26, 2011

ACCiDeNTs

Kat sini kan banyak sungguh dengar kes2 accident. Mula-mula datang tu kanak2 unta ni slalu absent dan bagi alasan sedara- mara, kaum keluarga meninggal sebabnya accidents. Pernah terfikir betul ke alasan bebudak ni tapi selepas duk lama kat sini, alasan tu bleh diterima pakai. Dalam one month tu for sure ada kes kematian, samada accident di jln raya or sakit. Kat Msia terlalu jarang my students bg alasan x dtg class sb kes2 kematian. 

Pernah kat Sur ni on the way pegi class, ramai orang kat roundabout termasuk laa police. Then nampak kat tgh2 roundabout tu ada kete. Ingatkan diaorg ni letak kete utk buat pameran rupa2nya accident. Alkisahnya.. kete pun bleh masuk dlm roundabout kat tengah2 tu. Ohhh.. macam mana bleh jadi cam gitu??? Dah laaa lady driver plak tu!!

Banyak laa kes2 accident kat sini.. dan yesterday pun ada jugak. Nampak orang ramai jer kat tepi jalan. I apa lagi menyibukkan diri skali slow down kete nak tgk apa yg berlaku. Punya laa dgn asap yg tebal.. tgk2 accident lagi sampaikan kete pun bleh terbakar. 

Diaorg ni sangat laa reckless tau!! Bwk kete macam peleset!! I ni punya laa mengikut undang2. Naik jer kete terus pakai seat belt. Biasa laa kita kan.. bila kekanak unta ni nampak I pakai seat belt, diaorg punya laa gelak kat I. Itu okey lagi, mula2 diaorg tgk I drive.. diaorg punya laa terkejut yg I bleh drive. Aapakah korang!! Sangat laa jahat okey gelakkan lecturer korang mcm gitu!! Kalau I ngajar diaorg, minus 5 marks sb gelakkan I okey!!

Bukan kekanak unta jer yg gelak, kalau ada check-point police pun diaorg heran dan senyum2 tgk I drive. Pernah ke Dubai drive sampai kat check point I kena kluar dr kete and diaorg sangat laa terkejut sb I drive kete yg besar gedabak. Helllo... nampak jer I ni pendek, but still sampai kat pedal minyak okey!!

Kalau jumpa dgn kekanak unta ni kat jalanraya diaorg mula laa nak racing2. Tak kuasa nak layan!!

Ramai kekanak unta yg I tahu tinggal jauh2 berulang alik ke college. Ada yang kena berulang alik 2-3 hours from college. Punya laaa sanggup ari2 berulang alik. Diaorg ni sanggup berulang alik sb katanya kat rumah byk keje kena buat termasuk laa tolong itu dan ini utk keluarga. 

Slalunya class 8am tu kiranya x dtg laaa then kalau a day tu diaorg ada 1 class jer, ramai jgk yg suka ponteng. Alasannya diaorg ni x worth it nak drive for 2-3 hours just utk 2 hours class. Aapakah alasan korang ni!!!

Tapi ada jgk yg bangsa x miss class even duk jauh2. Kononnya x nak miss my class yg super exciting. Iyooo laaa, depanku korang suka memuji and blkgku korang suka mengutuk!! Sgt laa x baik. 

Imagine laa I drive pegi ke tempat diaorg for 2 hours and kekanak unta ni just ambik masa 1/2 hour jer. Punya laa memecut 140-160km/hour. Itu laa yg slalu accident!! Katanya kalau bawak kete below 120 macam lady. Amboi!! x sayang nyawakan? For them, ajal maut tu ditangan Tuhan. Memang laa di tangan Tuhan, tapi kalau dah buat cam tu, itu dinamakan cari maut!!

Kat bawah ni sempat I ambik gamba kete yg terbakar tu.. at the same time ada plak yg ambik gamba I. Apakah!!

Satu benda lagi yg pelik kat sini, bila nampak ambulance.. ambulance kat sini x de siren okey.. ohh amat laa pelik skali. 

Tgk tu dgn asap yg berkepul2

Mula2 tu ingatkan ada orang duk bakar something ..

Macam mana bleh tercampak sampai cam ni skali!!

Tak nampak plak orang kat dalam tu. Kat tepi2 jalan tu ramai  laa yg stop nak menolong... kita kat Msia, ramai yg stop nak menengok kan?

Tuesday, May 24, 2011

SiSTeRHooD TRiP To DuBAi- PART 3

Kat Dubai ada Gold Souq yg sangat besar. Pegi berkali-kali pun x pernah pun beli gold kat sana. Bagi yang minat barang2 emas/kemas, this is the right place to go. But definitely not me. Pegi sana ari tu bawak my sisters pun just nak berposing2 jer. Apakah!!!

Area Gold Souq
Sentiasa ada customer kat sini


Mostly yg jualnya orang India.. kat Mumbai ker kat Dubai ni?

Told you.. ramai orang2 dia kat sini

Tourists ada kat mana2 jer.. termasuk laa kami

Suker gamba ni sb x penah nampak sebesar ini kat Oman. Ni tempat bakar 'bukhor'

Pelbagai jenis rempah ratus.. You name it...

Ni laa yang kami naik. utk cross Creek.. its called 'Abra'

Ni water taxi

Banyak nya burung sure byk ikan kan?

Restaurant by the seaside.. nyaman nya :)

Capture by my sis.. burung yg berterbangan

View kat jetty 'Abra'

Busy sgt jalan kat atas air ni.. traffic jam!


Jumpa dgn mat motor ni.. Rockers tu!!

Al-Salam consider mall yg sangat mahal okey.. kat Oman pun ada :)

Burj Dubai.. 

Mall x kami x pegi.. 

Satu tempat yg jauh jugak kami pegi was Dubai Festival City. Pegi naik bus after zohor prayer and kat sana ada Hard Rock Cafe. Unfortunately, blom bukak lagi.. kesian my sisters yg nak pegi sgt but then sempat berposing2 jer. 

Kami bertiga.. Sy syg sgt kat 2 org adik sy ini..
Deco kat sini mmg cantik


Restaurant bertaraf 5 stars.. 
 

Waterfall.. go closer then u will noticed

Deco sana sini
 
river in the mall.. 


Lampu sana sini

Tgk tu masih close... will be next trip okey sis?
 
Yang ni buka.. :)

Trip kami diakhir dgn mall yg next door dgn hotel

Burj Arab
Then lepas pusing2 4 hari berjalan non-stop... shopping till we dropped and sampai laa kekeringan, kami balik ke Oman.

Monday, May 23, 2011

BiAR BeTui

Today bila dah nak balik, one of kanak2 unta datang kat bilik .....

KKU: Miss, sihat?


Me: Alhamdulillah sihat. Awak sihat?


KKU: Sihat. Miss dah nak balik ker? Sy ada hadiah ni nak bagi kat Miss.


Me: Haaa? Hadiah... kenapa? 


KKU: Miss ni kan semester akhir sy kat sini.. please terima hadiah dari saya ni.


Me: Ialah.. terima kasih banyak. Jangan lupa minggu depan datang bilik I yer. Ada nak bagi barang kat you.


KKU: Ish Miss Nur ni.. x payah laa susah2. Saya bukannya macam pelajar yg lain nak balasan. Tak pe.. Tak pe


Me: Datang okey.. kalau x saya x nak hadiah awak ni. ( dgn buat muka yg garang)


KKU: Insyaallah Miss.


Bila balik rumah bukak laa hadiah ni.. I pernah mengajar student ni but not this semester. Biasanya yg suka bagi2 hadiah ni bila kita mengajar dia and before final exam dia umpankan kita dengan hadiah2. Pandai betui kanak2 unta ni kan?

Jeng.. jeng.. jeng...


Paper bag

A box?
Stapler & Staple

Biar betui!!! Bila I tengok hadiah yang dia bagi ni, I tergelak sorang2. Sebabnya ada cerita disebalik stapler ni. Kanak2 unta kat sini bila nak hantar assignment dgn selambanya slalu mintak stapler kat lecturer2 termasuk laa I yang jd mangsa. Dulu slalu bagi pinjam then bila dah selalu sangat kanak2 unta ni datang even bukan students I pun datang nak pinjam stapler kat I. Helloooo.... ingat Miss Nur ni kedai koperasi/ kedai stationery ker?

From that moment, x de nya I nak kasi diaorg guna. Dan satu lagi yang buat I bengang, diaorg ni kekadang/slalu x de manner. Nak pinjam barang susah laa sangat nak 'excuse me' ker dulu.. alih2 terus cakap "I want stapler", "Give me your stapler", " Miss, Dabasal".. tak bengang ker????

Nak citernya, I ada satu stapler pink yg sgt kecik molek kat dalam pencil case I. And kanak2 unta yang pernah I mengajar tahu yang I sayang sangat kat stapler ni. Nak jadikan citer, student yg bagi hadiah ari ni pernah pinjam my stapler kecil molek tu and dia terambik and simpan for a week. I punya laa bengang and every class I sure cakap yg I ilang stapler kesayangan I. And later tu dia dtg ckp dia minta maaf bebanyak sb terambik. Okey.. I dpt balik stapler pink kesayangan I. Naper syg? Sbbnya susah nak carik so laa kecik dan jgk so laa pink!! Sukerrr.... Itu citer last and last semester yg dulu2.

On Saturday this week, student yg ni dtg bilik I ( even I dah x mengajar dia) nak pinjam stapler yg kecil molek tu. And I cakap stapler tu dah ilang dan I sangat laa sedih sb I sayang sgt kat stapler tu. Then I buat lawak laa kat dia.. kalau jumpa stapler kecik molek warna pink, plz beli utk I. Sbbnya I tahu kat sini x de... I beli kat Msia, itu pun x semua kedai ada jual sb terlalu kecik, sebesar ibu jariku okey!!!

Well, tup... tup, today dapat laa stapler kecil molek tu.. I punya gelak sorang2 sampai terkeluar air mata. Sweet betul tau diaorg ni..

Sunday, May 22, 2011

SiSTeRHooD TRiP To DuBAi- PART 2

Rasanya most of the shopping malls kami pegi.. even I dah banyak kali pegi sana, tapi x jugak pegi some of these places. Yang paling jauh naik bus for 1 hour 15 min hingga laa pegi yang paling dekat, next door to our hotel. 

X sia-sia print out maps. Ada yang pegi dgn bus and some of the places pegi naik train. Train and bus kat sana sama price. Jauh dekat.. sama jer.. Yang x bestnya, train and bus stop punya laa jauh dgn tempat yg dituju. Alhamdulillah, even kepenatan jalan ke sana ke mari, kami tetap happy sb dapat shopping. 


Ni taxi kat Dubai dan sangat laa mahal

Ni plak bus yg kami naik ke sana dan ke mari..

2 org adik sy.. left yg bongsu dan right yg after me. Ni kat dlm train station.. punya laa gah kan?

Kat dlm bus separate tempat laki dgn pompuan.. 1st time naik bus kat sini, main redah jer duk kat lelaki.. semua org pandang.. jgn laa pandang, kami baru sampai and baru belajar naik bus ni :)

ni laa tempat yg paling jauh kami pegi.. Dubai Outlet Mall.. sanggup pegi sb branded goods here are cheap. Bus stop kat main road and kami terpaksa jalan kaki masuk kat dalam mall ni.. jauh ni.. nak jgk 15 min jalan.

Sanggup redah semua ni sb nak bershopping..

Akhirnya sampai kat sini

Tak larat nak stop every shop.. too many shops and byk sgt yg sale time ni. Rambang mata 


Masa ni jgk kami pegi after Christmas.. tp still ada sale merata2.. I like!

Kat Outlet Mall ni kami duk sehari suntuk.. pegi masa matahari panas mentari and balik dah nampak bulan mengambang. Nak balik kena jalan jauh ke highway utk tunggu bus.. nasib baik awal tunggu bus if not ada yg balik ke naik taxi. Perjalanan ke sini almost 1 hour-2 hours jugak rasanya naik bus.

The next day kami pegi Dubai Creek dimana ada Dubai Old Souq. From hotel kami jalan kaki sb ari tu I dah datang sini and Alhamdulillah masih ingat lagi jalan. Pepagi after breakfast terus ke sini dan nak cross kena naik kapal. Best!!

Pegi jalan kaki.. balik naik train
Jalan menuju ke Creek.. terlalu awal sampaikan kedai2 pun blom bukak lagi. Excited sgt

Dubai and Oman sama laa.. kat mana2 pun ada masjid

Dah sampai kat Creek ni.. luxury ship
Snap jer laa sb x mampu lagi nak naik ni

Instead kami naik ni jer tau.. one way is 1 Dirham.

Kalau x nak naik yg kapa tu, naik laa waterbus. Mahal laa skir.. 2/3 x pricenya. 

Kapa ni every 5-10 min ada.. diaorg kat sini ramai yg naik kapal ni utk cross the river utk pegi keje.

Biasa laa penjual2 kat sini mostly Indian, Pakistani and Bangladesi

Toilet/ Hammam di Dubai

Menikmati keindahan laut masa kat atas kapal

Naik kapal utk cross pegi souq ni dalam 15 min. Akhirnya sampai laa kami di souqnya.
 
Kain kat sini sangat laa murah and tempat ni dijual borong.

Macam2 jenis kain ada kat sini

Comel kan patung2 tu.. one happy family!

Pepagi pegi org tgh duk buka kedai..

Blouse, kasut, shawl

Sgt laa comel... size sekecik ni pun  ada!!


Kasut aladdin ni banyak kat sini... harga pun bleh tahan jgk sbbnya handmade

Pelita aladdin pun byk kat sini

Suker sgt salt and pepper shakers... Habibi & Habibti

Sangat laa stylo family ni okey!

Pemurah betul senyuman tauke kain ni setelah kami berhabisan fulus disini.