Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Oct 21, 2011

Al-Fatihah Buat Nor Azmi Othman

By Nash   Posted at  7:24 PM   smss No comments
Semalam aku dikejutkan dengan berita rakan lama sekolah ku meninggal dunia kerana kemalangan. Sungguh tak disangka, umur kami sebaya tapi dia dahulu pergi meninggalkan dunia ini. Menjadi peringatan kepada aku dan semua orang di luar sana tentang ajal tidak mengira usia. Jadi marilah perbanyakkan amalan sebelum kita pergi menemui Pencipta kita. Al- Fatihah...

ALOR GAJAH - Niat seorang lelaki untuk menegur seorang remaja lelaki yang merempit di depan rumahnya, berakhir tragedi apabila dia pula maut dirempuh kereta ketika mahu melintas jalan di Batu 23 Kampung Ayer Molek, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Nor Azmi Othman, 27, berjalan keluar dari pagar rumahnya dan kemudiannya dirempuh sebuah kereta jenis Kenari yang datang dari arah Kuala Sungai Baru menghala ke Masjid Tanah.

Saksi yang juga nenek saudara mangsa, Putih Abd Ghani, 73, berkata, ketika kejadian, dia sedang berehat di beranda rumahnya dan dikejutkan dengan dentuman kuat.

“Saya lihat mangsa melambung sebelum tersembam ke atas jalan raya dan ketika itu mangsa dilihat masih bernyawa.

“Sementara itu, pemandu wanita dalam lingkungan 30-an memberhentikan :kenderaannya di kiri jalan tidak jauh dari tempat kejadian tetapi dia tidak keluar dari kenderaan, sebaliknya terus memecut laju keretanya ke arah Masjid Tanah,” katanya.

Mangsa yang juga pegawai di sebuah syarikat perkapalan di Kuala Lumpur adalah anak ketiga daripada lima beradik, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan, Nur Damia Qaisara yang baru berusia setahun enam bulan.

Isteri mangsa, Nur Syakirin Mohd Fauzi, 25, yang masih sugul dengan kejadian itu berkata, dia tidak menyangka suaminya pergi meninggalkannya serta anak yang masih kecil dalam sekelip mata.

“Arwah suami adalah anak tunggal lelaki dalam keluarganya.

“Dia masih bercuti tiga bulan dan dijangka melaporkan diri untuk belayar ke Mesir pada 26 Oktober,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharudin yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Sumber : Sinar Harian

Mar 11, 2011

Bayi Memerlukan Bantuan untuk Pembedahan

By Nash   Posted at  9:05 PM   info No comments

Assalamualaikum w.b.t.

Salah seorang rakan ku, En. Muhammad Nashrun bin Hj. Shamsudin dan isterinya, Zaiton binti Zakaria memerlukan bantuan setelah bayi mereka yang baru lahir pada 9 Februari 2011 lalu mengalami masalah jantung dan perlu dibedah segera.

Menurut laporan doktor, bayi mereka mengalami masalah jantung berlubang (3 tempat) dan memerlukan antara RM 38,000 hingga RM 40,000 untuk pembedahan.

Encik Nashrun merupakan pekerja di sektor perkilangan di Seberang Perai, Pulau Pinang, manakala isterinya merupakan guru KAFA dan mereka tidak mampu untuk membiayai kos pembedahan ini.

Sehubungan dengan itu, aku turut sama bersimpati, dan merayu kepada anda pembaca semua untuk menghulurkan sumbangan serta sama-sama lah kita berdoa akan kesejahteraan mereka dan bayi mereka.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi En Muhammad Nashrun b. Hj Shamsudin (850309-07-5029) ditalian 013-4771556

Segala bentuk bantuan boleh di salurkan ke akaun Maybank 157167062444 (Muhammad Nashrun b. Shamsudin) atau boleh datang sendiri rumah beliau di alamat TBP 6750, Kampung Masjid Timah, 13700 Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sumber Asal...credit to Jiwa Kacau.net

Feb 26, 2010

Selamat Pengantin Baru...Paan dan Moon!!!

By Nash   Posted at  4:21 PM   Friends No comments


*Sorila Paan & Moon, aku rembat pic tunang korang utk blog aku..hehe

Hari ini, seorang lagi rakan ku, rakan zaman sekolah menengah ku selamat diijab kabulkan. Dua² belah laki dan perempuan sama² bersekolah, cuma berlainan kelas dan ini perkahwinan kedua, yang mana dua² belah pengantin sekolah sekali dengan aku dulu. Hari tu Pojik dengan Nazarul. Sekarang Ahmad Farhan dengan Munirah Asma. Kalau dah jodoh tu tak ke mana ye tak? Anyway, my humble apologize to both of you as I can make myself ti your beautiful wedding ceremony, huhuhu. Selamat Pengantin Baru dan semoga berkekalan ke akhir hayat. Snapshot later aku upload. Just waiting the pics to be uploaded in Facebook by any of my friend. Pastu aku grab jekla share kat blog aku..hahaha

Jan 2, 2010

My Good Friend Engaged!!!

By Nash   Posted at  7:39 PM   Friends No comments



Akhirnya, bertunang juga rakan ku seorang ni. Bagitau pun tiba² jek. Hampeh tol ko Dib, hahaha. Aku kenal Adib ni dari diploma sampailah ijazah, belajar sama². Apa² cerita dia hampir semua aku tau..hahha, adibo tol...anyway, my best wish for u my friend, Selamat Bertunang, semoga bersambung di jinjang pelamin, jagalah anak dara orang tu kali ni elok². (Sumber gambar diambil dari FB adik adib, thanks Teera!!)

p/s : Dia ni di samping murah rezeki, murah jodoh gak (bukan murah pe dib, mudah bertemu jodoh)..hahahhah!!!!




Adib duduk bersimpuh konon² sopanla tu..hahahha

Dec 24, 2009

My Friend Wedding...

By Nash   Posted at  9:46 PM   Friends No comments
19 dan 20 Disember 2009 - Dua orang rakan ku selamat melangsungkan majlis perkahwinan. Mohd Azhar a.k.a Boy dan Norman. Boy dah nikah awal seminggu manakala Norman pula 19 Dis tu baru nak akad nikah. Selamat akhirnya jadi suami orang. Susah la lepas ni nak ajak lepak², dah ada tanggungjawab. Norman, lepas ni ko didikla anak ko silang kaki cam ko. Boy lak, ajarla anak ko menonton cerita Korea dengan Jepun. Biar mata anak ko jadi setajam ko gak bile tengok awek, hahaha. Minggu ni, 26 haribulan, rakan ku Banjir lak nikah, Hazri a.k.a Botak dah nikah semalam dengan rakan sekelas ku jugak. Adib lak 2 Januari 2010. Lepas seorang, seorang mengikat tali dengan pasangan masing². Secara tak langsung tertubuhlah kelab baru; Family Club. Aku pula, insyaAllah tahun depan. Nantikan jek kad dari aku. So, rakan² ku yang lain bila lagi nak register ahli kelab baru ni??? Lone Ranger Club semakin berkurangan ahli² nya....Aku nak kongsi la dekat sini gambar² di majlis perkahwinan Boy dan Norman..




Dekat majlis Boy, konvoi 7 buah kereta, makin berjaya rakan² ku dengan kereta masing²



Norman bersanding, tapi tak dapat nak bergambar bersama sebab dah letih tunggu ko Norman, tunggu durian jatuh pun tak lama mcm tu, haha - Faiz jadi best man tu, ko bila lak Faiz?

Oct 2, 2009

Tun Nak Kawen....

By Nash   Posted at  10:38 PM   Friends No comments
Hari yang di tunggu² telah tiba. Kawin gak member aku sorang nih. Kira perintis dan inspirasi la ko Tun kepada bakal² pengantin lain. Tapi kad kawin ko scan nih kaburla, nanti ko upload lain la, cantik² sikit, baru orang leh tengok.

TUN - 'kawan2 yg mengenali,dijemput datang ke majlis kesyukuran perkahwinan sy pd 24/10/2009 di rumah sy kmpg pulau rusa...kad akan di upload kat my picture k!' Tuesday 11:40:56 PM

fatma - 'KPD SEME KWN2 YG MENGENALI DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS PERKAHWINAN SY PD 17/10/2009 DI RUMAH SY.SILA BAGI NAMA & ALAMAT KE NO. 013-9231190 UTK HANTAR KAD.' Yesterday 7:15:09 PM

Jan 18, 2009

Long no Update.....(^___^)

By Nash   Posted at  11:08 PM   Friends No comments
Assalamualaikum w.b.t...

It's a very long time since I last update this blog...tak tau nak taip ape...hidup still cam biase, working..working....and working...aku just nak taip senarai rakan² ku yang dah bekerja...

Buza TNB
Sham TNB
Boy Proton
Anas Perodua
Tuty Tanjung Maintenance Services Sdn Bhd
Adib Open bisnes (pengusaha dobi berjaya, hahha)
Rokan Resign from Sime (now JKR)
Mizi MMHE - Pasir Gudang
Botak Resign from Silterra (now JKR)
Kuba McDermott (Batam, Indonesia)
Anuaruddin Puspakom (now TNB)
Azim NEC
Mat Shah NEC
Ja Currently doing master a.k.a lecturer
Elda Lecturer UiTM Penang
Roy MISC
Afham(perot) SBM - Single Bouy Mooring
Farah(electrical) Numonyx - Muar
Diana JKR
Hisham Sime
Muji Denso Bangi

will be updated after this...nak keep in touch...

(^____^)

Sep 28, 2008

Kereta Baru...

By Nash   Posted at  10:46 PM   Friends No comments
Tahniahla kepada rakan-rakan ku yang dah ada kereta baru, Buza dah beli Swift, Sham dah ada Persona, Meru dah angkat MyVi (kuat tol Meru angkat MyVi, hahah)...yang lain aku tau bakal menyusul kemudian, janganla sorok-sorok, kita share ramai-ramai kejayaan rakan-rakan kita, hehehe, aku dah buka satu topic kat forum LuncaiFC, LuncaiFC Car Club, postla pics korang bersama kereta baru dekat situ, kita share, aku pulak tak tau bile lagi, lambat lagi kot nak beli kereta, nak simpan duit dulu...ekkeke...pape pon all da best to all my friends...always keep in touch...


Go...Go...Go LuncaiFC Car Club (^__^)

LuncaiFC Forum <--click here
Sham Punyer


Buza

Back to top ↑
Connect with Us

    Demi Masa..


    Powered By Nash
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Followers

    About Me

    My Photo
    Nash
    Hmm...I not really expert in describing about myself, why don't u tell me...(^__^)
    View my complete profile

    Chatbox

    Advertisement

    Live Traffic Feed

    Music

    Happy-o-Meter!!!

    Value

What they says

Nothing much regarding this blog, just to fulfill my free time rather than sit doing nothing in front of my pc. So feel free to look around and leave comments or whatever that come across inside your mind.

Cheers!!(^__^)
© 2013 My Official Blog. WP Mythemeshop Converted by BloggerTheme9
Blogger templates. | Distributed by Rocking Templates Proudly Powered by Blogger.