Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, March 3, 2017

Cara untuk tukar nama motor di JPJ

Selesai sudah urusan tukar nama atau hakmilik motorsikal saya. Alkisahnya, motor dah ditangan pembeli tapi tak tukar nama lagi..

Urusan sangatlah mudah sebab JPJ dah membuat penambahbaikan sistem ini..yang mana dulu memang kedua-dua pihak (pembeli & pemilik) kena hadir bersama di JPJ untuk urusan ini. Tapi sekarang amatlah mudah dimana boleh buat berasingan. Jadi tak perlula hadir bersama…lagi mudah dari segi masa.

Cuma perlu isi borang Penyata Milikan Kenderaan Bermotor Secara Sukarela oleh Pemunya berdafar/Pemunya baru (JPJK3)..Boleh download di laman web JPJ.

Isikan borang tersebut dengan lengkap maklumat pemilik (Bahagian atas) & pembeli (Bahagian Bawah).

Selepas tu pergilah mana-mna JPJ untuk serahkan borang tersebut. Anda cuma perlu THUMB PRINT untuk pengesahan. Selesai.

Anda akan diberikan Slip rujukan Tukar milik seperti dibawah ini.
Selepas tu, serahkan Slip tersebut pada pembeli dan pembeli juga perlu isikan semula borang JPJK3. Pembeli perlu selesaikan urusan ini dalam masa 7 hari bekerja. Pembeli boleh pergi mana-mana cawangan JPJ untuk urusan ini.

Pembeli akan diminta untuk THUMB PRINT untuk pengesahan dan diberikan Sijil PEmilikan Kenderaan. Urusan pun selesai dan bolehla membeli insurans & Roadtax dengan nama sendiri.

Senang kan :)


Tuesday, November 17, 2015

Android TV Box in the house!!

Akhirnya..kami dah dapat Android TV Box ni…Kat pasaran pun banyak jugak Android box ni…pilih je yang mana beli ye…yang ni kami beli kat 11Street.my..Yang kami beli ni tak la mahal mana pun…Beli box dan wireless keyboard…total semua RM190 je..Ada jugak yang lagi mahal bergantung kepada version yang dibeli…Box yang kami full install dan ada banyak channel tv dan movie..Boleh streaming sakan la…

Kelajuan internet pulak, kami memang dah guna streamyx 4Mbps dan kalau tanya mr google pun rata-rata cakap mesti 4Mbps ke atas dan unlimited internet untuk kelancaran streaming. So, senang sikit la…Tapi kalau internet time streaming tu tengah slow, ada jugala buffering sikit2. Tapi tak menjejaskan sangat pun..

Selain Box, kami tambah la jugak channel macam astro dan bulanan kami langgan dalam RM30..yang harga langgan ni ikut provider masing-masing la…Dapat langgan full Channel Astro..yang ni ialah Myiptv.

Yang paling best, Movie dah tak payah download dah lepas ni. Cari dan tekan je movie apa yang nak tengok tu…meriah…

Boleh tanya mr google je kalau nak tau lagi pasal Android Box ni…Apa yang saya boleh katakan memang berbaloi..Kami dah jimat bayar banyak..



Thursday, July 18, 2013

Apply mykad secara online

Syukur Alhamdulillah..dah ambil pun mykad….kena buat baru sebab mykad(IC) hilang…memang tak sedar bila IC tu hilang..sedar pun masa nak buat cimb card kat office awal bulan 7 haritu…bayangkan lah dah berapa lama saya tak ada IC..nasib tak kena cekup bagai….hahaha….

Kali ni saya buat thru online je..sebab malas nak ambil cuti p JPN semata-mata nak buat IC….nasib baik sekarang dah ada sistem dalam talian ni….memang sangat senang la…semuanya dihujung jari….tapi untuk kutipan masih kena p JPN tapi kurang la sikit masa kat JPN tu kan..sebab nak ambil je….

Saya buat melalu mykadganti….senang je..kalau melalui myEG pun boleh jugak..tapi kena tambah service charge RM2 la….saya kena RM210 untuk kali kedua hilang….tapi kena bayar jugak la sebab karang jadi pendatang asing pulak……

Tak sampai 10 minit dah siap semunya….kena tunggu dalam masa 10 hari untuk kad siap dan boleh ambil kat mana-mana cawangan JPN yang dekat dan senang untuk kita ambil….saya ambil kat JPN Klang je..sebab dok fikir on the way balik rumah boleh singgah ambil je…

Saya buat 8/7/2013….15/7/2013 dah siap…tak sampai 10 hari pun…tanya status kad pun melalui sms je….senang kan….

Memandangkan hari selasa tu saya EL…terus la p ambil kat situ….tak ramai orang pun, cepat jugak servis kat kaunter…walaupun ramai orang…



Lepas ni kena jaga mykad tu baik-baik….kalau hilang lagi kena RM310 pulak…haih….

Thursday, January 31, 2013

Insurance and Roadtax Renewal with MYEG



It’s so easy...yes, memang senang sangat!! Selama ni ayah je yang dok tolong buat roadtax & insurans…tupun buat kat kedai….siap ada upah egen yang buatkan pulak tu..kali ni saya cuba gunakan servis MyEG untuk buat roadtax dan insurans…pengalaman pertama saya!! Memang mudah la…semuanya dihujung jari je….saya buat tak sampai 30 minit dapat haritu jugak…sangat efektif!!

 Rasanya dah ramai yang tau dan dah gunakan servis ni….saya je kot yang ketinggalan sikit…hahaha…Sebelum ni ada gak nampak iklan MyEG ni kat TV (iklan yang Scha Al-Yahya hantar depan rumah tu) tapi tak pernah pun nak cuba…sekali dah cuba memang best sangat….tak payah la nak bersusah payah p pejabat pos, berpanas, tunngu giliran, dan macam-macam la…

For those yang baru nak guna MyEG ni kenalah register dulu…kalau dah register baru boleh log in…Kena isi borang yang disediakan dalam web MyEG tu je…..geran mesti ada kat sebelah masa nak isi tu bagi memudahkan untuk isi borang…tupun sebab nak tau no. enjin, no. chasis, registeration card dan lain-lain….senang kan….kat situ ada 3 jenis insurans yang ditawarkan….pilih la mana-mana berkenan…
contoh receipt 
Bayaran boleh buat melalui internet banking atau credit card….nanti akan dapat e-receipt dan cover note….boleh print dan simpan…nak simpan softcopy pun boleh….

Untuk kes saya, saya pilih insurans dari AIG….untuk kali ni saya kena insurans sebanyak RM398.35…roadtax pulak RM98.75 (penghantaran, RM6 & e-service charge, 2.75)…total semua RM497.10…
contoh cover note...policy akan dapat thru email..

Memula takut gak sebab duit saya memang dah potong dah…bertawakal je..saya pulak memang sis borang semata-mata..tak ada kol bagai….sebenarnya, boleh gak kol pegawai khidmat diorang…nanti diorang akan guide macam mana nak isi borang tu….tapi kalau tak kol pun tak apa..yang penting semua dokumen ada untuk isi borang tu…senang je!!

Masa tengah dinner semalam, dalam pukul 6.30pm….ada la dengar orang ketuk pintu pagar dan bagi salam…ingatkan siapa la yang panggil…sekali orang tu pakai baju MyEG….sah!!memang roadtax saya dah sampai….pantas sungguh!!



Servis MyEG memang superb la…this is one of the government services that you will never be disappointed J…saya apply dalam pukul 11.45am….sampai roadtax kat tangan dalam pukul 6.30pm…hari yang sama tau, WOW…it was super fast!

From now on, saya akan terus gunakan MyEG….nak bayar saman pun boleh kat sini…boleh cek kat www.myeg.com.my untuk servis yang ditawarkan….

Note: Perlu bayar and buat insurans kereta dulu, baru boleh renew roadtaxJ

Tuesday, October 30, 2012

Barangan terpakai dari hotel

Sharing…..

Saya baru je tau pasal kedai ni….kawan opis yang bagitau….senang cerita kedai ni memang jual barangan terpakai dari hotel….dari langsir, kerusi, sofa, tilam, meja, apa-apa saja la yang dari hotel….lepas je kawan opis bagitau, terus saya google kedai ni….kedai ni tak la jauh sangat pun dari rumah saya…kedai ni kat selayang…dekat dengan tesco estra selayang….dekat jugak dengan kedai-kedai perabot macam cavenvi tu….senang je nak cari…..

Sebelum p sana, kami call dulu sebab takut tutup….walaupun hari sabtu tapi sebab Jumaat kan Raya Haji…kot la tutup lagi….nasib baik tak tutup….lega….

Banyak sungguh barangan hotel kat sini…elok-elok lagi….tapi kena pandai pilih la…..lama jugak kami kat sini….



sofa
ada kelibat mr may...
tilam pun ada...
safety box pun banyak...

beli yang ni..

dapat grab coffee table ada 4 drawer kat tepi (meja tu marble)….harga pun murah dan masih elok lagi….xde calar balar pun…..barangan hotel ni kebanyakannye barangan dari kayu..memang cantik la….
azuin oh azuin...

Sesiapa yang nak tengok-tengok barangan terpakai hotel ni boleh la p kedai ni….mana tau ada yang berkenan..yang penting barangan cantik dan klasik….ada jugak barangan mak datin yang beli kat sini (tau sebab barang yang dah dijual dorang tulis nama lagi)….

Balik je rumah terus nak main bubble yang papa belikan..papa dok ajar azuin picit....
tangkap bubble..perasan tak bubble tu kat lantai & carpet
sukanya azuin main...


Monday, October 29, 2012

Homedec lagi....2012 pulak

Homedec kali ni kami p hari Jumaat….mentang-mentang tak balik raya, kami pun jalan-jalan la kat Homedec ni…lepas siap solat Aidiladha baru kami kesana….Homedec Part 2 ni kami memang aim nak cari barangan rumah sikit….aim sofa, tilam, air-cond, roller blinds, langsir, tv (yang ni saja je dok usha sebab teringin flat tv….sekarang masih pakai yang TV gedabak 21” tu….)

Tapi tak semua yang kami nak tu wajib beli lagi….tengok-tengok jela dulu……lepas round Homedec tu, dapat jugak la grab tilam…tilam dari Eclipse….saiz king….cantik dan sedap tido tilam tu…yang bestnye dapat pad tilam yang sangat empuk, bantal 2 bijik, bolster, bedframe (king size)….bedframe ni saya request nak yang sampai bawah sebab malas nak sapu bagai bawah katil tu..warna nanti nak ambik baru bagitau nak warna apa…rasa macam nak putih tapi katil sekarang ni dah putih…tengok la mana yang berkenan nanti….booking 30% dulu…lepas ni baru bayar penuh masa nak ambik nanti….erbaloi sebab rata-rata dok survey pun lebih kurang tu tapi kebanyakan Queen Size..tapi yang penting tilam tu memang sedap dan rasa tak nak bangun p kerja kalau dah tido….boleh tak macam tu…

Air cond pun kami beli jenama Mitsubishi 1.5hp….lepas tu beli roller blind untuk letak kat dapur….beli roller blind kaler  maroon…roman blind pun cantik tapi macam tak sesuai pulak letak kat dapur…better letak kat bilik kan….roller blind ni beli kat Baagus untuk 2panel tingkap…..Langsir, kami dah book masa Part 1 haritu…book untuk satu rumah…tapi tak nak la buat satu rumah..ingat langsir nak buat kat hall, master bedroom dan bilik tetamu je…bilik lain-lain tu kemudian la…boleh pakai langsir yang ada dulu……
Kami jugak beli Bosch Drill set…..yang ni memang berbaloi….set ni sekali dengan tools dia..dapat jugak free screw driver set…..Harga HOmedec dapat 219 je…kalau kat luar mau ada 500…..setel semua….TV tak beli lagi…budget tak ada lagi….tunggu dulu la….
Azuin dok main-main kat sini…ni kat booth Mitsubishi beli air cond…
main lagi sementara tunggu papa bayar...
Muat stroller azuin….tunggu mr may buat lucky draw ni….ada 8 semuanya….tapi satu pun tak kena..aiyak!!...tak ada ‘ong’ la……
Ni pulak gambar masa luar KLCC masa p Homedec Part 1 minggu lepas …
azuin makan biskut sambil tengok air pancut
2 orang yang pakai baju ungu....
anak beranak....jom pizza.....masa kat pizza ni jenuh dok suruh azuin dok diam....nasib baik la ada ipad papa...diam sikit.
budak tecik dah pandai main ipad..dah pandai pilih-pilih apa yang nak tengok...



Friday, October 19, 2012

Julia


Hari  ni dah Jumaat..On the way p kerja tadi sempat layan lagu Judika – Aku yang bersalah...layan sorang-sorang dalam kereta....dan hari Jumaat juga la tak ada Slot Akasia tu...alahai...sekarang ni memang sangat suka cerita Julia tu.....biasa lakan..saya ni memang suka layan drama ni....lagipun cuma sejam je dok layan drama...masa lain jangan harap la dapat layan tv dengan best..mesti tak sempat habis tengok punya....sekerat-sekerat je tengok....

Layan Julia ni sebab Nabila Huda yang berlakon...memang suka dia berlakon...jangan tanya kenapa..tapi memang sangat suka....satu lagi pelakon yang saya suka tengok dia berlakon ialah Fasha Sandha....mana-mana drama Fasha Sandha berlakon memang saya akan tengok....

Daram Julia ni dah pertengahan dah....Jap je..tak lama lagi habis la tu..ending dia tah la macam mana...tapi saya harap ‘Happy Ending’ la....

Ni sipnopsis Drama Julia ni....


Sinopsis Drama Julia Tv3
Amir (lakonan Fizo Omar ) seorang yang agak nakal di sekolah, Amir telah ditangkap kerana merokok dan dikenakan hukuman rotan di hadapan guru-gurunya.

Amir juga ada hati dengan seorang gadis bernama Sofia lakonan Izreen Azminda, tetapi Sofia dengan selamba menolak cinta Amir, dan mengatakan dia tidak ada hati dengan Amir.

Sementara itu hubungan Amir dan Julia (lakonan Nabila Huda) semakin rapat, Julia berjaya merubah diri Amir dan Amir mulai menumpukan pelajarannya di sekolah.

Julia lakonan Nabila Huda, Fizo Omar dan Izreen Azminda ditayangkan utk Slot Akasia di TV3. Menjalani pengambaran di KL dan juga Korea. Antara pelakon lain yang menjayakan drama ini ialah Iqram Dinzly, Fauziah Ghaous dan ramai lagi.

************************************************************************************
Oh ye, kalau saya & awin layan Julia, mr may buat apa ye!!!!!jemg jeng jeng.....mr may biasala..dok layan game bola...main kat IPAD dia tu....sekarang ni dah layan dah PS2 dia tu.....nanti masuk arkib la PS2 tu....

Info: 

Minggu ni ada MAPEX(19-21 Oct 2012) kat Mid Valley...Jadi, sesiapa yang tengah cari rumah tu boleh la p sana.....kami pun nak p jugak..manatau ada rumah yang berkenan...hahaha, ada hati!!

Ada Home dec jugak kat KLCC...18-21 Oct 2012....tapi minggu ni untuk Design & Renovate punya..minggu depan 25-28 Oct 2012 pula ada yang Furnish & decorate...InsyaALLAH kami nak p yang minggu depan sebab sekarang ni bukan nak cari yang renovate punya dah.....tunggu minggu depan jela....

Thursday, October 18, 2012

Dylon berkesan....Hilangkan lunturan warna pada pakaian

Benda yang telah buat saya sakit hati...sungguh!!!

Nak tau???

Habis baju-baju putih saya, azuin dan mr may jadi warna kuning....ni semua gara-gara blouse kuning saya turun warna.....geram seh!!!!

tu la saya pun satu gak..terlupa nak asingkan baju tu...memang tak ingat masa tu...main letak je dalam washer....campur segaa bagai....kesudahannya...baju dah bertukar.... 

Dah cuba guna varnish..memang tak berkesan lansung...nasib baik la terjumpa info ni kat blog kawan saya, fara.....apalagi terus la mintak mr may belikan sebab nak cuba.....
Azuin jadi model Dylon..ye..ni la Dylon yang berjaya menggembirakan hati saya....yang ni mr may beli kat Mid Valley....sebabnya, senang sikit....office mr may kan kat situ..tak yah la saya nak singgah Tesco ke..Giant ke.....
 
Kotak Dylon....harga RM 12.70....kalau tak salah la..dah lupa dah.....ada dua paket dalam tu...

Saya cuba rendam..ikut instruction kat belakang kotak ni.....dan tak semua baju yang saya rendam tu berkesan....cuma 2 helai baju azuin je berkesan....mungkin sebab air sikit dan pakaian yang direndam banyak......

Disebab setiap rendaman tu memang nampak perubahan pada warna tu....saya pun beli la lagi satu kotak.....kali ni beli kat Tesco Extra, Cheras yang kat Taman Midah tu.....guna 1 paket...dan akhirnya......telah buatku tersenyum.......syukur....baju dah ok......
 
yang ni beli kat Tesco Extra Cheras....kotak tak berapa nak sama tapi paket dalam sama......

Credit to :


Wednesday, January 11, 2012

Kenny Rogers Lover : ROASTERS Eating Day (RED) is back! 11/Jan/2012 only

* 11/Jan/2012 (Rabu) only



RED is BACK at Kenny Rogers ROASTERS on 11 Jan 2012!


Time to don RED all over again this 11 January 2012 as the annual ROASTERS Eating Day (RED) is back!  Wear RED – the colour of life, to celebrate good health and vitality through good eating and healthy living with Kenny Rogers ROASTERS (KRR).


The ticket to a year full of vitality starts with an active lifestyle fueled by a wholesome and healthy diet. KRR is in support of maintaining your resolution to a healthy 2012 for you and your loved ones. Celebrate health and vitality by wearing something RED to any KRR outlet and get two (2) Kenny’s Quarter Meals for the price of one.*


Whether it is a RED t-shirt, trousers or cap, celebrate health and vitality of you and your loved ones or friends by wearing RED – the colour of life to KRR!


*Terms & Conditions Apply. Visit our website for more information: www.krr.com.my

Tuesday, November 1, 2011

HOMEDEC 2011 Part 2

Seperti yang dijanjikan, kami sudah pun p Homedec 2011 Part 2..Venue masih sama di KLCC..Hmmm, apa yang nak saya ceritakan yang Homedec minggu ni (Furnish & Deco) sama sekali tak menarik bagi kami...mungkin sebab tak ada apa yang nak dicari kan...macam last week (Part 1), memang ada ‘aim’...tu yang rasa teruja...kami cuam jalan2 tengok2 je...amik phamplete bagai....banyak gak la set sofa yang best, lampu2 pun menarik gak...tapi saya rasa kami boleh cari yang lagi menarik kat luar sana...lagipun masih ada masa nak cari...decoration ni ada kat mana2 kan.....mengenai haga pulak....pakej yang ditawarkan ada yang menarik dan ada gak yang kurang banyak.....macam set sofa yang harga 7k boleh dapat dapat 5k je kat sini...tapi taktau la kat luar harga macam mana untuk jenis sofa yang kami tengok dan duduk tu....empuk betul sofa tu....takpa, nanti kita cari yang lain la kot dapat lagi best kan....

Is the new Maxis Home Broadband available in your area?: So how fast is 30Mbps? Surf without lag,
Owh, minggu lepas tak sempat nak tangkap gambar kat Homedec ni....sebab tak bawak camera...nak harapkan hp, hp saya dah rosak...so sekarang pakai hp yang season dari zaman “U” dulu....takde camera bagai....yang ada fungsi biasa2 je...boleh la sekadar nak SMS dan telefon kan...memang niat nak beli hp baru tapi bukan keperluan lagi...tu lebih kepada kehendak je...so, perlu diutamakan yang penting dulu....terutama persiapan nak masuk rumah nanti....banyak tau nak kena pakai duit....bayangkan la nak buat kitchen cabinet pun dah ribu riban....tak masuk perabot, ceiling, wiring, grill....lama2 makin kurang duit simpanan kami...huhu.....
Haish, jom layan gambar kami dulu la....

Lepas p Homedec, terus keluar dari dewan pameran tu dan jalan2 kat luar KLCC...saja je bawak azuin.....tak leh lama2 takut panas pulak..nasib baik masa tu agak redup....boleh la kami jalan2....azuin memang tersangatlah excited...berbunyi je mulut dia...nak sembang je....


Kami tak dok lama dalam KLCC sebab tak ada benda nak buat & shopping pun....destinasi seterusnya p JJ Maluri....p sana sebab nak beli barang azuin sikit....sampai je sana terus Nampak MamyPoko Super Jumbo M72 harga RM42.90....huh, apa lagi, saya terus rembat 3 packs...mana tak nya harga biasanya RM54.90 macam tu..memang berbaloi beli masa promotion....
Jalan punya jalan, perut pun lapar....teringin makan pizza pulak...dah lama rupanya tak makan pizza..last makan masa saya tengah memboyot lagi....haaa,lamakan....memang layan makan pizza sabtu tu....gambar tak ambik pulak....masa kat pizza ni la saya sempat suap azuin makan...sementara tunggu menu kami sampai.....lega sikit...at least menu dah sampai, azuin boleh dok diam2...tak kacau mama&papa mamam.....good azuin!! Cheese-Baked Meatballs sedap gak...first time cuba...yang ni baked with Mozzarella cheese...then, kami cuba Triple Pleasure gak....yummy...the damage =RM54.90...huh...

Monday, October 24, 2011

HOMEDEC 2011 Part 1

HOMEDEC 2011 memang syiok...apa yang kami cari, Alhamdulillah dapat....3 hari kami melilau kat exhibition ni tau...sampai dah ada exhibitor yang perasan muka kami..hahaha....peduli apa kan...yang penting kita sebagai pembeli mesti la survey dan beli barang yang betul-betul memuaskan hati....betul tak?....

Sebenarnya, hari jumaat kami dah p lepas selesai urusan PGY tu....almaklumlah, saya dan mr may EL haritu...tapi kami cuma jalan-jalan cuci mata je..ambik segala bagai phamplet..kononnya, boleh review kat rumah dan datang semula hari sabtu tu la....tapi ada jugak yang dah berkenan dah masa tengok-tengok tu...

Jadi, hari sabtu kami pun book/lock harga untuk barangan yang kami nak beli tu...so, dalam banyak-banyak benda tu, kami berjaya lock harga untuk Kitchen Appliances...semestinya ELECTROLUX...memang dah lama nak beli jenama ni dan lepas sesi tawar menawar kami pun decided ambik 90cm Chimney Hood (hood ni suction power dia 1400m3/hr), 90cm Gas Hob with 3 Burners (siap beli yang 3 burners lagi..bak kata promoter tu alang2 beli, cuma tambah RM100 je..huhu..burner yang kecik tu boleh la buat masak megi ke...bubur ke kan kan),  & Build-in Oven (yang ni memang saya suka sebab ada 8 fuction tu...dok berangan nak buat kek or cookies guna oven ni..manatau satu hari nanti boleh jual cookies or cake ke..buat guna oven ni...boleh la tambah pendapatan gak...huh! berangan lagi...hoho) ...locked cuma 10% dari harga asal...memang dah lama aim nak beli barangan dari Electrolux ni….nasib baik promoter/exhibitor tu banyak bagi diskaun and gift kat kitorang….memang berbaloi..tambahan pulak harga yang kami dapat sangatlah murahan dan berpatutan tau...untuk 3 barang ni kami dah save up to 2k (dari harga pasaran la)......pastu dapat free portable induction cooker lagi...memang datang sabtu tu nak lock harga terus sebab jumaat promoter tu dah terangkan pasal barangan Electrolux ni...balik rumah memang dah tak tertahan dah nak beli....

Ni lah gambar kitchen appliances yang kami beli....



Free gift Portable Induction Cooker



Selain tu kami jugak lock harga untuk Outdoor Water Filter jenama Alphamax...dapat free locker box lagi...mr may memang suka betul safety locker tu...yang ni pun kami lock dengan deposit 10% gak....
Hari Sabtu tu kami cuma jalan2 tengok kitchen cabinet gak...tapi tak lock apa2 lagi...just amik quotation je....ingatkan dah dekat nak pindah rumah baru p cari or maybe HOMEDEC 2012...hmmm....tapi, bangun je pagi ahad tu terus mr may bagi idea nak p lock harga untuk kitchen cabinet gak....apa lagi....hari ke3 kami p HOMEDEC lagi.....huhu....hari ahad kami berjaya amik quotation untuk 3 booth yang ada pakej kitchen cabinet yang menarik....macam2 dorang nak bagi gift, diskaun, sebab suruh lock harga dengan diorang...tapi hati kami terus tertarik dengan SIGNATURE KITCHEN...cara diorang promote dan quote sangat la bagus..kami cuma bagi floor plan dan dorang try design macam mana yang kami nak dan hasilnya memang memuaskan....kami nak kitchen yang ada ‘island’ tu dan semestinya under our budget la....lepas quote tu, kami memang dah rasa nak ambik dari dorang....terus  lock harga..bayar 10% dari harga asal..lagi 80% bayar sebelum pemasangan dan 10% masa deliver&checking....tu apa yang dorang cakap la...nanti dah dapat kunci rumah baru bagitau dorang...material memang dah lock jugak tapi rasanya nanti baru kitorang finalize sebab ingatkan nak mix & match material, colour jugak boleh tukar...

sketch dari Signature Kitchen...kitchen cabinet kitorang macam ni la...ada "island" =D...nanti dia buat 3D baru nampak menarik....
Oh ya, dah alang2 p KLCC, sempat jugak kami survey MacBook Pro...survey kat Machines KLCC...hmm,  kami memang dah aim lama jugak nak beli MacBook ni....harga mesti la within the budget la....nampak  gaya macam nak own MacBook ni jugak....bila tu nak beli ek??? Keinginan membuak2 dah...almaklumlah laptop kat rumah tu dah agak season dan lembab jugak....mr may, jom beli MacBook....

Minggu ni nak redah HOMEDEC Part 2 pulak....JOM RAMAI2....kot la dapat lock harga furniture dengan murah lagi ke......aim kami sofa yang best=D

Now you can earn rewards by sharing through facebook and twitter with #ChurpChurp! How cool is that?


Sunday, September 11, 2011

The 5 love languages

**sharing


Terjumpa tips menyemai kasih berpanjangan suami isteri dalam 5lovelanguages.com..tips yang amat berguna.. Malahan, blog SaifulIslam turut menyarankan The 5 Love Languages ini di amalkan pada anak2 juga.


Words of Affirmation
Hearing the words, “I love you,” are important—hearing the reasons behind that love sends your spirits skyward.


Quality Time
Being there for this type of person is critical, but really being there. Distractions, postponed dates, or the failure to listen can be especially hurtful.


Receiving Gifts
A missed birthday, anniversary, or a hasty, thoughtless gift would be disastrous—so would the absence of everyday gestures.


Acts of Service
Can vacuuming the floors really be an expression of love? Absolutely! Anything you do to ease the burden of responsibilities weighing on an “Acts of Service” person will speak volumes. 


Physical Touch
Hugs, pats on the back, holding hands, and thoughtful touches on the arm, shoulder, or face—they can all be ways to show excitement, concern, care, and love.


# taken from 5lovelanguages.com #

Friday, June 10, 2011

katakan TIDAK pada air kosong

Just nak share info pasal ni...saya dapat ni lepas tanya mr google....bagus untuk tambah ilmu...especially for new mom macam saya ni....

Kenapa bayi di bawah 6 bulan tidak perlu diberi air kosong?

Susu ibu telah lengkap dengan segala keperluan bayi termasuk kandungan air. Pemberian air kosong kepada bayi adalah tidak digalakkan.

Banyak halangan sebenarnya untuk melaksanakan misi tidak memberi air kosong ni. Tambahan lagi bila dah terbiasa dengan budaya orang-orang lama yang memang akan berikan air kosong pada bayi.

Air kosong boleh menghakis salutan pelindung penyakit yang telah dibentuk oleh susu ibu. Huh…Penat-penat menyusu badan, bagi imunisasi semulajadi, lepas tu kikis balik.
Pembaziran kan! Tanpa salutan pelindung penyakit ni, sudah tentu bayi akan lebih terdedah kepada risiko jangkitan penyakit. Walaupun bayi menyusu badan, belum tentu dia kebal. Hanya dengan penyusuan eksklusif sahaja yang boleh memberi kekebalan tersebut.

Dan lagi, pemberian air kosong kepada bayi juga akan meningkatkan keracunan air. Sebabnya, air kosong akan mencairkan kandungan garam dalam darah yang akan mengakibatkan suhu badan menjadi rendah, masalah kembung perut dan menyebabkan sawan tarik.

Sesungguhnya apa yang telah Allah ciptakan itu adalah yang sebaik-baiknya untuk kita. Bagi bayi anda yang masih di bawah enam bulan, katakan TIDAK pada air kosong.

SHARING IS CARING

Friday, June 3, 2011

Insurance

Insurance ni sangat penting tau...memandangkan kami ni memang la positif tentang insurance ni...so, kami pun dah pun pilih insurance yang terbaik untuk our baby...dah register azuin under PRUmy Child pun..ala, yang iklan ada Sheila Majid tu...haa memang sebelum azuin keluar dah deal dengan my agent nak amik policy ni...coverage yang sangat baik n anything happens it turn to saving...tu yang bes tu....we have to spend RM 150 for that policy...berbaloi la untuk azuin....so..nanti azuin besar, at least ada dah simpanan dari insurans ni...since agent yang sama n kawan saya jugak..senang la sikit....

Okey, ini plak antara benefits yang ada di dalam PRUmy Child:
  • Perlindungan Lengkap untuk setiap peringkat hidup anak, dari sebelum lahir lagi
  • Secure Education Fund - menyemai benih ke arah menjamin masa depan pendidkan bagi anak anda
  • Perlindungan Kesihatan - perlindungan untuk penyakit tertentu anak kecil
  • Perlindungan Ibu bapa - anak-anak dapat perlindungan insurans berterusan sekiranya apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kepada ibu bapa


Atau  boleh log to http://www2.prudential.com.my/prumychild/index.html bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut...
Moms out there....do register an insurance policy for your baby n urself as well okay.....kita tak tau apa2 negatif yang akan berlaku di masa hadapan.....

Me, dah ada 2 policies from Prudential...which is Prudential BSN Takaful & Pru Lady...My hubby with MAA insurance and azuin with PRUmy Child...

Just for sharing..........

Friday, February 4, 2011

Bengkak Kaki (swollen feet)


See, my swollen feet and hand....sungguh chubby kan!!!tangan tu ok lagi...selalunya kat kaki la...but i don't care because it's temporary...ia akan hilang la once deliver baby..tp kaki ni kadang2 kebas dan mencucuk bila pijak lantai...tumit pun sakit gak..tapi Alhamdulillah, Thank God, i still can drive to work...jauh tau kena drive dalam 90km pergi-balik tiap2 hari....cuma aktiviti2 shopping kena kurangkan sebab dah tak larat nak jalan lama2 & jauh2...sekarang ni, kalau cuti mostly lepak kat rumah je...


Some info yang sangat berguna saya dapat masa surf tadi....

Pada masa kehamilan, ibu hamil memiliki lebih banyak kadar air dalam tubuhnya. Retensi air inilah yang menimbulkan gejala pembengkakan pada tubuh ibu terutama di daerah kaki dan tangan.

Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.

Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:

* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.
* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.
* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.
* Rendam kaki dalam air sejuk.
* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
* Minum air secukupnya.
* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

Sunday, January 16, 2011

Khasiat Air Kelapa

Entry kali ni nak share pulak pasal khasiat minum air kelapa terutama untuk wanita hamil...kalau ikut tradisi elok diminum pada third trimester agar air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan akan bersih kulitnya dsb...BETUL KE???

taktau la sejauh mana kebenaran tu tetapi air kelapa ni memang mengandungi banyak zat. Sebab itu la secara tak lansung buat bayi lebih sihat.

sekarang ni memang dah start minum air kelapa....memang sedap n segar rasa...hari tu sempat jugak la minum air kelapa ni masa makan satay syamuri...memang kenala satay n air kelapa..tp kadang2 kalo tak dapat ar kelapa yang betul2 dalam buah kelapa tu, saya just beli kat pasar malam je yang dalam cup rm1 tu...walopun dah dicampur dengan ais tp ok la dari tak dapat kan....

Jom baca khasiat air kelapa ni...

info dr mr google : khasiat air kelapa.

Kandungan Zat-Zat Dalam Kelapa Muda

Elektrolit Alami
Air kelapa muda kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin. Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit sama dengan elektrolit tubuh, air kelapa muda sangat bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh.

Ibu hamil membutuhkan lebih banyak air dibandingkan orang lain. Dehidrasi selama kehamilan dapat menyebabkan berbagai komplikasi, termasuk sakit kepala, kram, edema dan bahkan kontraksi yang dapat menyebabkan persalinan prematur.

Diuretik Alami 
Sebagai diuretik natural yang steril, air kelapa muda melancarkan air seni dan membantu membersihkan saluran kemih. Hal ini berkhasiat mengeluarkan zat-zat toksin dari tubuh dan mencegah infeksi saluran kemih– yang juga cukup umum terjadi pada wanita hamil.

Antipenyakit
Air kelapa muda mengandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.

Membantu Pencernaan 
Air kelapa juga dipercaya memperbaiki fungsi pencernaan. Selama kehamilan, plasenta memproduksi hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga pencernaan pun melambat. Air kelapa dapat membantu meningkatkan kecepatan pencernaan.

Meningkatkan HDL 
Air kelapa muda tidak mengandung lemak dan kolesterol, bahkan menurut riset dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

Thursday, December 30, 2010

3D / 4D Scan@Vision College

Akhirnya dapat jugak tengok baby harini....kira in week30 saya dapat tengok si cerdik ini...banyak yang nasihatkan yang the best time to go is 26-30 weeks...sebab baby tak la kecik n tak la besar sangat.....

Dah banyak tempat jugak la kami survey untuk buat 3D/4D scan ni...at last kami pilih Vision College, Kelana Jaya..harga pun tersangatlah murahan compared to other clinic/hospital...hanya RM90 kami dapat buat 3D/4D scan and dapat CD jugak...so, bleh tengok berkali2 dirumah....Vision College ni selalu fully-booked...kira sebulan jugak la saya booked untuk dapat tarikh yang sesuai...Sabtu Ahad jangan cerita la...lagi la susah nak dapat...but that's ok as long as dapat tengok dia...sangat comey and teruja tau....It was a fantastic experienced!! Kalau tak silap yang scan tu sudent or mayb qualified sonographer kot, tapi memang best...she did everything she could n did her best to try to get the best pictures...

Scanning process tu dalam 30-45 minutes jugak la dan static je pandangan mata ni kat screen monitor tu..Masa tengah scan tu, dia explained everythings. Yela, kalo ikutkan saya yang tengok memang tak reti pun..
so cute kan..masa scan ni memang dia tengah aktif...she was moving non-stop...kejap tunjuk muka, kejap pusing ke bawah..sonogapher tu jenuh la usik-usik baby masa baby ubah kedudukan....dah penat kot kan...


baby letak tangan kat muka..alololo..manjaneyee...

she smile=)

Ni dah start menguap...luas betul dia menguap...macam mr may pulak

sejuk hati tengok our baby..sonographer tadi ckp baby nampak chubby...hehe, ni yang tak sabar nak cubit pipi ni...

Panjag jari baby..ikut mr may lagi...

saya malu...

alolololo

Overall memang happy and tak sangka dapat tengok baby so clearly..dapat tengok baby menguap banyak kali..baby bukak mulut...

Saya nak share jugak few videos of my baby...enjoy it!









sungguh teruja kan..kan...kan...hari jugak dah dapat confirmkan gender......baru puas hati...so, boleh la cari nama yang sesuai..tapi kami akan spare jugak nama for baby boy....next time kalo ada rezeki baby boy boleh guna terus kan nama tu.....

taraaaa..................


so, lepas ni boleh la shopping barang2 yang pinky2 n girlish......gheeeee